Rabu, 23 Mac 2016

BID BESI KURSANI










Alhamdulillah hari ini hari menggembirakan diri Tok Muda dengan pelbagai berita baik, maka item besi kursani kita ini tok buat bida sahaja sebagai Bid Bonus.

Seeprti semua sedia maklum Bahawa Mahar Besi Kursani Asli yang kita maharkan di Blog ialah bernilai Maksima Rm 500 , namun tempohari tok memulakan nilai item ini pada RM 300 dan ia bertambah nilainya Rm 20 di setiap halaman.

Jika anda merujuk di Halaman Terakhir Besi kursani iaitu pada 16/2/16 Jam 3petang, ia sudah bernilai RM 340 dan di halaman ini ia sudah bernilai RM 360..Nilai ini akan menaik sehinggalah ke tahap maksimanya di Blog GB iaitu Rm 500 dan harganya ketika itu terus kekal RM 500 sampai bila bila, walau adanya GST 12% kelak. 

Besi kursani di atas di anggap Unik kerana mempunyai spot putih yang tidak di miliki oleh besi kursani atau mana mana kursani di dalam sejarah permaharan GB selama 4 tahun di media internet ini. 

Dan semua sedia maklum kelebihan Besi kursani ialah bersifat Kebal darurat jika di pakai mengena kepada kulit, Sudah menjadi tradisi kepercayaan ini semenjak sebelum zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi di mana Kerajaan Gangga dan Tibet sendiri mempunyai kepercayaan kepada barang bertuah jenis ini. Pada zaman dahulu item ini hanya di tempa oleh tukang senjata khusus seperti tukang senjata di Raja dan Di gunakan untuk membuat senjata istimewa kepada Raja Serta Panglima sesebuah kerajaan. Kini di zaman Pentadbiran bebas kerajaan dan dunia, setiap dari kita mampu untuk memilikinya dan terpulang samada ingin di pakai sebagai permata cincin, Hiasan Hulu parang/keris.pedang atau di jadikan salah satu bahan pembuatan senjata anda.

Perbezaan setiap besi ialah kekerasannya dan ketahanannya melawan senjata lain serta kelebihan lain untuk pemiliknya sendiri. 

Di sini tok ingin berkongsi antara bahan pembuatan Pedang atau parang yang bermutu, lebih bagus jika anda sendiri adalah penempa senjatanya, kerana ramuan bahan ini jika di dedahkan kepada tukang pandai besi zaman kini terkadang kala di hadapan kita ia menjadi bahan kelakar, namun di belakang kita mereka menempanya sendiri untuk kegunaan sendiri kerana bahan bahan yang ingin tok kongsikan ini jika di tempa menjadi sebuah pedang atau senjata, ia mampu membentuk sebuah senjata yang amat tajam, kuat , kukuh dan istimewa. 

Sedikit Emas

Besi Kursani

Besi Kursani berpeluh ( Rail keretapi yang lama dahulu, sekarang di simpan di Klang )
Jenis kursani berpeluh ini mudah di perolehi dengan mengenalinya sebagai besi kursani Yang Jatuh di Mesir

Kulit Pokok

Sederhana Perak

Dan bahan asas lainnya, bahan di atas ialah bahan khusus yang istimewa.. mungkin ada yang bertanya bagaimana kulit pokok boleh di libatkan di dalam pembuatan senjata. Jika anda ingin tahu Kulit pokok di tempa sebanyak 2x di dalam pembuatan pedang, pertama sewaktu sebelum lapisan ke dua kursani di masukkan dan yang seterusnya ialah semasa sebelum pedang itu di masukkan ke dalam air bagi menyejukkannya. 

Pembuatan menggunakan Kulit kayu di amalkan di dalam pembuatan pedang Nano yang menjadi lagenda pembuatan pedang , ia juga mampu membuatkan sesebuah pedang itu melentur dengan baik tanpa menjadi bengkok selepas lenturan di lepaskan.

Jika anda ingin mengetahui apakah itu pedang Nano, silakan google sahaja... tok ada sebilah yang di simpan sebagai salah satu pedang kesayangan dan ia sentiasa tajam dan tidak pernah berkarat.

Jika anda ingin menjadikannya sebagai cincin belah rotan ( tanpa permata ) , anda boleh meleburkannya dan membuatnya sebagai sebentuk cincin dan di pakai di jari , boleh di cipta mengikut keinginan anda, nipis, tebal, kecil, besar...

QUICK GRAB : RM 360

===============

MULA BID : RM 1.00

===============

MULA BID : 23.Mac 2016 / 12.00 PM
TAMAT BID : 24. Mac 2016 / 12.00 PM
( 24 Jam )




PERATURAN

Boleh Quick GRAB

Pengguna Baru GB kurang dan Belum pernah Membeli dengan Kami hendaklah meletakkan nama tanpa bin dan lokasi tempat tinggal mereka ( Cth Azman.Shah Alam )

Bid suka suka Tidak Dibenarkan Dan Id anda akan di Senarai Hitamkan di dalam semua sistem Bid Dan Permaharan Kami

Kenaikan Tidak dibenarkan dalam sen sen

Di dalam Pembidaan 24 Jam ini Pelanggan Tidak dibenarkan berbual bual

Pembayaran Dalam Masa 3 Hari Sahaja


====================================


Untuk hari ini, tok mampu sediakan 1 halaman sahaja memandangkan pada ketika tok menulis halaman ini, diri masih keletihan akibat berada di Changkah dan malam semalam tok berada di sebuah kawasan bagi mendapatkan Sejadah Bunian... Mungkin Jam 11am sekejap lagi tok sudah ada di rumah. 

Jadi . harap bid ini di teruskan , dan cuba untuk elakkan GRAB.... kalau dah ada yang nak grab juga, tok nak buat lagu mana... terpulang... 





13 ulasan:

  1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  2. Grab rm360, hairulizam. Payment within 3days

    BalasPadam
  3. Tok sebelum kerajaan gangga negara di nusantara kerajaan apa ya? Jika tok tahu bagaimana mereka amalkan ajaran nabi ibrahim harap boleh kongsikan..sedih orang luar lebih tahu tentang nusantara dari orang yg tinggal di nusantara sendiri

    BalasPadam
    Balasan
    1. itu dah masuk bab sejarah lebih jauh dari 3000 tahun tu... member tok boleh jawabkan. dia pakar sejarah, tok ni kang nanti bercakap salah pula

      Padam

Komen menggunakan Akaun Gmail anda & Browser Opera Sahaja

CARA BERURUSAN