Geliga Raja Amar emir, jenis darinya ada beberapa jenis dan masih dalam simpanan tok, insyallah jenis satu lagi akan muncul malam esok, item tu malam tadi dapatnya. Tapi antara item tu dan ini, yang ini lebih cantik dan menarik.
Kegunaannya 2 dalam 1:
Jika di pakai oleh mereka berketurunan Raja terdahulu warna kuning di bahagian sebelahnya akan meningkat , manakala jika pemakai adalah berketurunan Pendekar atau panglima, maka bahagian ini akan bertukar menjadi warna merah, Jika mereka berketurunan biasa ia akan bertukar menjadi hitam sahaja.
Pendinding dari dihir dengan izin Allah dan pemilik seorang tawaduk kepada Allah dan sentiasa berdoa akan keselamatannya
Tok memperolehi item Banding ini di tasik Banding sendiri.. Bukan dengan cara kiriman ke kerajaan Betong atau lain lain kerajaan.
Raja Amar Emir merupakan pemerintah tunggal di Kerajaan Banding Kini , Jika anda lalu di sana, kedudukan istananya di alam Kasyaf ialah betul betul di bangunan Hotel Tasik Banding di atas bukit tu. Jika anda menyewa bilik hotel berkenaan dan deria panca yang sensitif, anda akan merasakan diri anda benar benar di dalam istananya, Hotel itu sendiri sayup dengan Pengunjung berbanding Resort di hadapannya Belum Resort Banding... di bandingkan dengan Belum Resort yang sering mempunyai tamu dan pelancong asing...nak kata best tak juga..Bilik Superiornya pun dah Rm 800 semalaman. Mungkin perasaan pengunjung yang berasa sayup untuk menyewa bilik hotel di atas bukit itu menyebabkan Tasik banding Hotel kurang di lawati. Wallahualam
Jika anda menyewa bilik hotel ini, sila pandang ke bahagian tasik yang berhadap dengan Jambatan penghubung ke Pulau Banding itu, lihat sedikit ke kanan dan perhatikan di dasar, anda akan dapat melihat sebuah garisan condong ...ia bukan bayang jambatan kerana jambatan itu tegak, bayang jambatan ada di atas permukaan air, sementara bayang condong ini di dasarnya, itu adalah sempadan kerajaan Toman dan Juga Sempadan Kerajaan Naga... Sebuah Imej Naga Putih pernah muncul di Google earth di kedudukan Paling kiri ( mengarah sempadan siam ) suatu ketika dahulu... Bab 2 kerajaan ini bukanlah urusan tok melainkan urusan kerajaan Raja Amar sebagai pendamai mereka selama ini.
Sejarah Tasik Banding.
Dahulunya tasik banding tidak seluas dan sedalam kini, ia di korek oleh mesin manusia , Tapi sejarah ini tidaklah pelik sama sekali.... di sana dahulunya ada sebuah perkampungan lama... perkampungan asalnya beberapa panglima, alim ulama tersohor . Pada suatu ketika, Kerajaan Negeri Perak memerintahkan Semua penduduk itu berpindah kerana tiba tiba Air di tasik banding menjadi tidak keruan. Deruan gelombong sama tinggi dengan pokok kelapa ( ini apa yang di saksikan sebelum mereka sempat di selamatkan oleh Helikopter Nuri ) seluruh perkampungan hancur sama sekali dan berita tentangnya di tutup khuatir mengundang pelbagai spekulasi yang kita ceritakan hari ini. Kisah misteri ini menjadi bualan penduduk sekitar dari masa ke semasa dan akhirnya jelaslah mengapa air tasik di atas gunung itu menderu dengan kuat dan menghasilkan gelombang dasyat. Pertarungan antara Naga dan Toman berlaku. Wallahualam cerita ini benar atau tidak, namun jika kita fikirkan lojik... air di atas gunung..bukan laut nak jadi tsunami?.... bagaimana boleh menjadi gelombang?
Kod Produk : GRAEMIR 10316
Bentuk : G. Raja Amar Emir
MAHAR : RM 122.25
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadamTahniah tuan...ada rezeki sy nk lock jgk item mcm ni...hehe..in shaa Allah
BalasPadamTahniah tuan,salah satu target ayah ari tu..barang baik tu..
PadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
PadamHebat sejarahnya tokmuda..ayah sgt kagum kerana adanya naga dan toman gergasi..apa2pun tkda yg mustahil kalau kita percaya perkara ghaib..
Padamterima kasih tuan2.. ;)
PadamSaya penah dgr la cerita org kpg sana yg ternampak kelibat naga putih di kawasan tasik banding ni. Tapi kalo sampai bley dilihat dlm google earth... Mmg benar la kisah org kpg tu
PadamYa benar, besar dalam google map tu. kalau dekat lagi tatau la besar mana lagi..... tapi sejak 3 tahun ni org kawasan sekitar yang tgl sana ada yang pernah nampak kelibat toman besar bermain di bawah jambatan tu, jambatan tu macam lidi je ha
Padamsetakat ni toman gergasi di tasik banding mmg cite legend... tapi kira kuat juga la kerajaan toman ni sbb setanding dgn kerajaan naga tasik banding
PadamLock menunggu ye
BalasPadamtuan berhajat ke? sy boleh lepaskan dulu pada tuan.. ;)
PadamXpe tuan... Kalo tuan benar2 nak lepaskan, baru saya lock.... :)
PadamBaik tuan Nashrul, sy unlock utk tuan.. silakan lock ye tuan.. ;)
Padamkalo mcm tu saya lock... terima kasih tuan lykan...
Padamsama2 tuan.. ;)
Padamtahniah ya pada yg dpt...belum penah kuar ni geliga ni...simpan elok2...
BalasPadam