Geliga Raja Amar emir, jenis darinya ada beberapa jenis dan masih dalam simpanan tok, insyallah jenis satu lagi akan muncul malam esok, item tu malam tadi dapatnya. Tapi antara item tu dan ini, yang ini lebih cantik dan menarik.
Kegunaannya 2 dalam 1:
Jika di pakai oleh mereka berketurunan Raja terdahulu warna kuning di bahagian sebelahnya akan meningkat , manakala jika pemakai adalah berketurunan Pendekar atau panglima, maka bahagian ini akan bertukar menjadi warna merah, Jika mereka berketurunan biasa ia akan bertukar menjadi hitam sahaja.
Pendinding dari dihir dengan izin Allah dan pemilik seorang tawaduk kepada Allah dan sentiasa berdoa akan keselamatannya
Tok memperolehi item Banding ini di tasik Banding sendiri.. Bukan dengan cara kiriman ke kerajaan Betong atau lain lain kerajaan.
Raja Amar Emir merupakan pemerintah tunggal di Kerajaan Banding Kini , Jika anda lalu di sana, kedudukan istananya di alam Kasyaf ialah betul betul di bangunan Hotel Tasik Banding di atas bukit tu. Jika anda menyewa bilik hotel berkenaan dan deria panca yang sensitif, anda akan merasakan diri anda benar benar di dalam istananya, Hotel itu sendiri sayup dengan Pengunjung berbanding Resort di hadapannya Belum Resort Banding... di bandingkan dengan Belum Resort yang sering mempunyai tamu dan pelancong asing...nak kata best tak juga..Bilik Superiornya pun dah Rm 800 semalaman. Mungkin perasaan pengunjung yang berasa sayup untuk menyewa bilik hotel di atas bukit itu menyebabkan Tasik banding Hotel kurang di lawati. Wallahualam
Jika anda menyewa bilik hotel ini, sila pandang ke bahagian tasik yang berhadap dengan Jambatan penghubung ke Pulau Banding itu, lihat sedikit ke kanan dan perhatikan di dasar, anda akan dapat melihat sebuah garisan condong ...ia bukan bayang jambatan kerana jambatan itu tegak, bayang jambatan ada di atas permukaan air, sementara bayang condong ini di dasarnya, itu adalah sempadan kerajaan Toman dan Juga Sempadan Kerajaan Naga... Sebuah Imej Naga Putih pernah muncul di Google earth di kedudukan Paling kiri ( mengarah sempadan siam ) suatu ketika dahulu... Bab 2 kerajaan ini bukanlah urusan tok melainkan urusan kerajaan Raja Amar sebagai pendamai mereka selama ini.
Sejarah Tasik Banding.
Dahulunya tasik banding tidak seluas dan sedalam kini, ia di korek oleh mesin manusia , Tapi sejarah ini tidaklah pelik sama sekali.... di sana dahulunya ada sebuah perkampungan lama... perkampungan asalnya beberapa panglima, alim ulama tersohor . Pada suatu ketika, Kerajaan Negeri Perak memerintahkan Semua penduduk itu berpindah kerana tiba tiba Air di tasik banding menjadi tidak keruan. Deruan gelombong sama tinggi dengan pokok kelapa ( ini apa yang di saksikan sebelum mereka sempat di selamatkan oleh Helikopter Nuri ) seluruh perkampungan hancur sama sekali dan berita tentangnya di tutup khuatir mengundang pelbagai spekulasi yang kita ceritakan hari ini. Kisah misteri ini menjadi bualan penduduk sekitar dari masa ke semasa dan akhirnya jelaslah mengapa air tasik di atas gunung itu menderu dengan kuat dan menghasilkan gelombang dasyat. Pertarungan antara Naga dan Toman berlaku. Wallahualam cerita ini benar atau tidak, namun jika kita fikirkan lojik... air di atas gunung..bukan laut nak jadi tsunami?.... bagaimana boleh menjadi gelombang?
Kod Produk : GAE 16316
Bentuk : G. Raja Amar Emir
MAHAR : RM 122.25
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadamAssalamualaikum tok muda.. payment done.. detail saya wassap tuan Baz tok.. Terima kasih.. ;)
PadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadamSory terlock pulak
BalasPadamLock 2a.
BalasPadamPayment done Tok, maaf lambat. Saya sekalikan dgn tasbih sekali.
PadamTest test.
Padam