Sabtu, 9 Mac 2019

GELIGA PERMOHONAN AKAN DI JALANKAN LUSA

Assalamualaikum wbt semua dan salam sejahtera. Alhamdulillah sekarang tok sedang melakukan persiapan Geliga Permohonan yang akan di jalankan pada 11.3.2019  sebagaimana yang di janjikan.

Kali ini kawasan yang akan tok lakukan ialah di Pulau Ko Ta Ru Tao atau dalam bahasa Melayunya PULAU KOTA RUNTUH.. Di siam ni memang nama melayu di siamkan, contohnya Tan Yong Po... Nama melayunya ialah TANJUNG PAUH. So kalau datang sebelah siam selatan ni. Nampak nama macam bunyi melayu.. haaaaa, betollah tu memang asalnya nama melayu. tapi di slangkan Bahasa siam Semasa British memberikan Kawasan ini kepada Siam dari Kedah , Kalau nak ikutkan kawasan ini adalah Negeri Perlis, Namun di Rampas dan di berikan sesuka hati kepada Thailand. 

Anak anak Thailand di ajarkan bahawa Kawasan ini sampailah ke Negeri Kedah sana adalah kawasan Thailand dan di rampas British dan di berikan kepada kerajaan Malaysia kerana menurut mereka sampai ke Perak sana lagi, dari zaman dulu ialah di bawah kerajaan Siam, dan perlu membayar ufti setiap tahun berupa Bunga Emas.

Jika anda duduk di Siam ni, org akan melihat anda dengan kasihan kerana anda di takdirkan jadi rakyat Malaysia, dan kita pula melihat mereka jadi kesian sebab mereka jadi warga Thailand... Hahahah, Ini lah yang berlaku.. tapi di sini kasihan pun bukan  semudah tu, Warga Thailand sukar mempercayai org Malaysia Sekarang kerana mereka kata lelaki malaysia yang datang sini cari bini KUAT BOHONG cakap di Malaysia takda bini lah, tak bahagia lah, kerja bagus bagus lah padahal kerja biasa biasa  dll lah. Tok terasa hati gak masa depa kata tu, tapi tok di kecualikan memandangkan tok dah tinggal di sini jadi org depa haha . Kalau boleh genap 5 tahun in sha Allah nak tukar warganegara nanti

Pulau tempat tok nak buat penarikan geliga permohonan ini terletaknya di belakang Pulau Langkawi sahaja dan ia merupakan sebuah Pulau Peranginan yang Mahal ( agak mahal kalau nak sewa chalet ) . 

Bagi yang sudah memberikan nama dan bayaran mereka in sha Allah tok akan lakukan esok , jika tiada ribut dan aral melintang, Maka ia akan di lakukan 


Tarikh Akhir anda Submit permohonan ialah pada :

11.3.2019


Masa

12.00PM ( waktu Malaysia )


KADAR UPAH
RM 100 + Kos Pos 





6 ulasan:

  1. semoga semua berjalan dgn lancar tok. dipermudahkan oleh Allah s.w.t.

    BalasPadam
  2. kalau pegi sana ikut langkawi kena naik bot ikut vua buaya ni... kan tok?

    BalasPadam
  3. Asalamualaikum...tok buat kan sekali dana ummah ke?? Sebab saya belum dpt lagi dana ummah..

    BalasPadam
  4. Assalam tok ayah, semoga segalanya dipermudahkan dan brjalan lancar seperti yg tok ayah rancangkan serta dilindungi dan diberkati sepanjang programnya. Aamiin

    BalasPadam
  5. assalammualaikum ,, Maaf sya org baru dlm blog ini ,, mcm mn mw submit untuk geliga permohonan ini ??

    BalasPadam

Komen menggunakan Akaun Gmail anda & Browser Opera Sahaja

CARA BERURUSAN