MK 18417-2A
Tok merasa pelik dan hairan.... sejak dua menjak ni banyak item kekayaan atau berupa penarikan rezeki sampai kaya muncul ( dengan izin Allah la ).
Mungkin juga kini sudah ramai ahli di blog kita ini kebanyakannya peniaga peniaga atau yang baru memulakan perniagaan, wallahualam. jika benar, maka tok ucapkan tahniah, insyallah dengan usaha anda dari pelbagai cabang, mudah mudahan perniagaan anda maju dan kekal sehingga mampu di perturunkan ke anak cucu, walau perniagaan yang kecil mungkin sampai ke tangan anak anak kita ia akan menjadi besar itu tidaklah menjadi mustahil.
Item di atas ialah item penarikan kerezekian dan kekayaan sekiranya walau ada sedikit usaha., Di dalam pengalaman hidup anda tok yakin anda mempelajari sesuatu iaitu, sekiranya belum takdir, usaha bagai nak rak sekalipun.. 24 jam berjaga rezeki jika belum sampai, maka tidak juga akan membuahkan hasil yang lemayan. sehinggalah anda di takdirkan oleh Allah SWT menjumpai blog ini kini sedangkan blog ini sudah wujud hampir 5 tahun di alam maya ( internet ) dan sudah mempunyai lebih dari jutaan Klik dari seluruh dunia. Mengapa sebelum ini anda tidak menjumpainya walaupun ia hanya berada di hujung jari anda?... Ya.. takdir.. biarpun ia berada di sebelah anda, sekiranya Allah belum ingin memberikan anda gerak , maka anda pasti tidak akan menjumpainya.
Blog tok mungkin antara blog blog yang anda ketemui dan tok juga yakin di dalam banyak banyak blog ini ada item yang anda inginkan namun masalah pula kepada harga, insyallah di mana mana blog sekalipun tok memberi nasihat, walau ia murah bukan beerti ia tiada kualiti, anda perlu sedar anda bukan di pasar tani atau di Pasaraya Besar, anda kini sedang berada di sebuah dunia lain iaitu dunia Ghoib dunia mistik yang menyajikan item item mistik, maka sekiranya tergerak hati anda untuk membelinya dan memilikinya dan anda yakin pula, maka di mana mana blog peniaga pun belilah. tapi tok nasihatkan.. selepas beli simpan lah elok elok, taruhlah molek molek, jangan di tayangkan kepada tok, kepada lain lain peniaga kerana anda kena ingat nasihat tok tadi, anda membeli item alam ghoib, bukan item pasar tani atau pasaraya besar yang org biasa pergi. Jika anda membeli kemudian anda meminta peniaga lain scan pula.. maka jelas keyakinan anda kurang atau tiada langsung beerti juga kepada kami di dunia mistik, anda hanya membazirkan wang sahaja membelinya dan jelas secara tak langsung ia tidak akan memberi manfaat langsung kepada anda selain hanya menjadi hiasan di jari seperti yang ada di pasar tani, pasar malam atau pasaraya besar di kawasan anda sendiri. Maka jika tiada keyakinan usahlah anda terjebak dengan dunia alam ghoib selain membelinya sahaja di pasar malam atau pasar raya besar berdekatan.
Perniagaan mistik mempunyai taruhan nyawa kepada peniaganya. Ya.. kami peniaga mistik, sudah nama pun peniaga mistik, pesaing kami juga bukan calang calang orang , ada jiwa yang sudah terkorban?.. ya setahu tok tahun 2015 menyaksikan 2 peniaga mistik terkorban nyawa kerana perbuatan pesaing. Tok sendiri sudah 2x terkena selama 5 tahun berniaga di alam mistik ini. Perlu diingat , jika anda ingin menceburi bidang ini, pemagar dinding paling kuat perlu anda amal dan keyakinan kepada Allah perlu tinggi, kerana Allah lah yang paling berkuasa di dalam segala sesuatu. Sekiranya pemagar anda kuat, anak isteri anda pula menjadi taruhannya?.. Maka kerana itu keyakinan kepada Allah , tawakal kami kepada Allah amat tinggi . berniaga di dalam bidang ini... jika esok di takdirkan mati sekalipun, jika Allah izinkan sekalipun maka kami sudah bersedia .. itulah pertaruhan kami dan khususnya tok muda sendiri di sini hanya demi sesuap nasi. Sekurangnya kami tidak mencuri, melakukan jenayah atau membunuh untuk sesuap nasi, kami tidak jual pil kuda, dadah sehingga merosakkan bangsa.
Jadi jika anda ingin berada di dalam bidang ini sebagai peniaga , anda perlu sedar anda perlu redho sekiranya esok lusa anda atau isteri atau anak anda menjadi korban nyawa akibat sihir.
Item di atas di gunakan di dalam asbab penarik kekayaan.
Sekiranya anda adalah seorang peniaga batu permata biasa , anda akan cakap ini ialah batu biasa, ini ialah batu dari jenis akik.. ya.. memang ia batu biasa bagi mereka kerana lain orang lan tahap pengetahuan di dalam bidang masing masing.
Mungkin tok berkelayakan SPM di dalam bidang batu permata dan mereka di dalam bidang PHD , tapi tok PHD di dalam bidang mistik sementara mereka pula SPM. dan setiap level pendidikan ini pastinya mempunyai pendapat yang berbeza ke atas sebutir permata bertuah.
Kami di alam mistik bukan sekadar meniagakan batu biasa yang biasa dan kosong, dengan pengetahuan kami, segala pintu mampu di buka, sekiranya pintu alam ghoib mampu di buka di mana mana hutan sekalipun apatah pintu ghoib bagi sebutir permata yang berada di dalam genggaman?..
Batu biasa mampu di jadikan luar biasa. umpamanya percakapan orang mistik pun sudah luar biasa berbanding percakapan orang biasa?... umpamanya cara percakapan org level SPM dan orang PHD... adakah sama?... terkadang apabila duduk berdepan dan berbual umpamanya salah seorang pasti tidak selesa kerana salah satunya ego di dalam cara percakapan... di dalam sebuah kedai makan.. ada beberapa kumpulan orang duduk berbincang, perbincangan mereka juga ada yang hanya berbual mengenai pintu rumah yang di baling batu, dan perbualan mengenai pintu di baling batu ini meleret leret selama 2 ke 3 jam...langsung tidak memberi manfaat..... ada kumpulan lain yang memperbincangkan mengenai hal hal tender dan kontrak , namun selalunya hal hal yang memberi faedah seperti ini perbincangan mereka tidak melanjut sehingga berjam jam..itulah perbezaan tahap seseorang dan ini ialah HAKIKAT dan KENYATAAN yang perlu semua orang sedar.
Nah.. maka sama lah dengan kami di dunia mistik , perbincangan kami di blog blog tidak sampai berjam jam, namun manfaat yang anda perolehi kekal seumur hidup selagi mana ia menjadi milik anda..
Jadi tok harap anda faham sekiranya ada org yang menyatakan bidang kami karut marut. maka anda sila kaji dan nilaikan semula dirinya itu di tahap manakah dirinya sendiri , adakah ia tahap SPM atau tahap PHD di dalam dunia mistik ini. Kami mengaku kami hanya tahap SPM sahaja di dalam bidang batu permata biasa, gemology , istilah istilah moden dan sebagainya.. kerana kami tidak berapa berminat di dalam hal hal sains rekaan manusia melainkan kami meminati akan kelebihan yang Allah ciptakan terhadap batu permata , geliga dan lain lain item mistik lainnya. org mungkin berminat menulis fakta di atas kertas dan kemudian menjadikannya tajuk kajian, tapi kami lebih berminat menulis potongan ayat ayat suci atau wafaq yang sudah terbukti kegunaannya untuk kami kaji dan pakai.. kenapa mahu pening... kan kita sudah ada Al-Quran sebagai pedoman.. ?.. kenapa mahu pening pening mewujudkan teori teori hanya untuk memeningkan kepala?
Kod Produk : MK 18417
Bentuk : Permata asbab kaya
Promo Israk Mikraj : RM 100
Grab 3a
BalasPadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
PadamTamat 20hb 12.30pm. Sekiranya tiada pd pelanggan lain blh lah pd
PadamGrab 1a
BalasPadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadamGrab 2a
BalasPadamSalam Tok payment done 2a
PadamTerima kasih tuan.tok akan update halamannya jumaat malam. Skrg tok di hutan
PadamGrab 2a
BalasPadamgrab 2a
BalasPadamtok geliga ada berapa?sbb 2a ramai yg commend nk grab.lg 1 sy keliru boleh ke buat payment sdgkn tok aprove komen depa jugak untuk item sama
PadamKalau tuan org pertama yg komen grab. Maka yg lain lain terbatal. Tp jika tuan x bayar tg grab seterusnya akan bayarm sbb tu semua kimen lain juga di buka
Padamgrab 2a
BalasPadam-saiful-
tok nak grab 3a
BalasPadamtok nak grab 3a
BalasPadam