SOLD OUT
Tn Zamani KL
Sejenis Akik Berpusar Mata , Selalunya jenis ini bersimbol mata . Bukan Freemason tau hahaha.. Bila ia bersimbol mata maka ia di hakikatkan sebagai Pembukaan kasyaf atau membantu pembukaan kasyaf atau memudahkan kasyaf sedia ada.
Kalau di maharkan batu saja pun tanpa di maharkan di blog item item bertuah dan mistik. Harganya boleh tahan juga lah. lihat pada peniaga, kerana harga batu tiada had atau tiada siapa yang mengawal.
Alhamdulillah maha suci Allah yang mengaturkan segala galanya. Kini tok mendapat perolehan dari 3 sumber 2 sumber dari perolehan tok sendiri dan 1 sumber dari kenalan tok yang tok percayai..lama dah dok berurusan dengan dia bermula bab bertap dulu dulu.
Jenis ini tok isikan dengan kelebihan :
Membantu kasyaf bagi yang dah ada ilmunya.
Ada pelanggan terdahulu memaharkannya dan melakukan amalan ringkas yang tok berikan, alhamdulillah sudah mula kelihatan warna warna di hadapan matanya, penampakan warna warna ini ialah asas kepada kasyaf. beerti melihat sesuatu yang org biasa tidak melihatnya.
Amalan di teruskan dan latihan di ketatkan dan alhamdulillah ramai juga yang sudah kasyaf, tok tidak menafikan ada yang memaharkannya tapi sampai hari ini tidak kasyaf. itu bukan urusan tok, itu ialah urusan anda dengan Allah SWT, kerana belum diizinkan.
DESKRIPSI LEPAS
Nak kasyaf ni tak susah, mudah saja.. tapi kalau x paham memang jadi susah tambah tambah kalau kita sendiri tambah sana sini buat dia jadi lebih susah.
Sungguh tok kata , nak kasyaf tak susah, takyah pakai jin pun.. Batu kasyaf kita maharkan adalah isian Zikir, kalau nak kata dampingannya jin, tu terpulanglah, kalau bukan jin makanya kat akhirat tok tuntut semula Aib dan Ghibah tu di akhirat sana , xda masalah , sini nak tuntut pun tak guna. nak tuntut apa, saman?... tak larat aih kalau nak saman orang.. bab saman saman ni org yang pikiar nama, kedudukan, pengaruh , kuasa, dan jawatan dan juga donia, aku la tu dulunya haha.
Dia macam ni lah.. Tok dah kata 10 taun tok x kan ajar ilmu ghoib bab alam halus dan sebagainya, tapi tok keluarkan juga batu kasyaf..bukan bermaksud tok nak ajar, tak sama sekali, kita manusia hidup pegang pada janji.. di mana manis , manis di lidah, tapi manis tu sekadar di lidah jangan sampai menusuk ke qolbu dan mengotorkan jiwa kita. Jadi macam tok kata, KASYAF yang tok maksudkan ialah MEMBANTU kasyaf.. bukan sapa sapa beli batu ni teruih kasyaf, aih.. kacau.. kiamat dunia lagu tu. Ni nak membantu... kita nak bantu mana mana ahli perguruan yang dah lama dok puasa mutih la apa la semua , yang mutih sampai muntah pun ada keluaq angin.. jadi batu ni... BATU... tau batu?.... tok isikan dalamnya dengan zikir., nak bantu kelebihan kasyaf tu lebih jelas lagi, hak tu saja, Tak lebih tak kurang.
Kalau tak mau pedulikan kelebihan kasyaf dia tu takpa.. amik sebagai geliga Ulung , mahar dia pun sama dengan geliga ulung .
Mahar dia pun tok jual sama dengan mahar akik wulung . Jadi bagi yang belum kasyaf jangan nak gatai tangan nak wassap tok tanya macam mana nak guna... kena ada ilmu dulu baru tau nak guna, so kena tanya Guru memasing , tu saja
Kod Produk : G.KASYAF 12417
Bentuk : Permata Kasyaf
MAHAR : RM 120
Grab 2a
BalasPadamPayment done
PadamTerima kasih tuan
PadamAlhamdulillah Tok Muda :)
Padam