Selasa, 18 April 2017

MADU KELULUT TOK MUDA MINI TRIGONA FARM










Alhamdulillah setelah menunggu musim hujan reda selama 5 bulan, kelmarin siang dapat juga tok menuai madu kelulut bersama seorang pekerja. Dan alhamdulillah belum sempat di maharkan di mana mana.. belum keluar dari pagar rumah, jiran jiran yang memang sudah lama menunggu stok ini sudah membelinya umpama harimau menerkam Kijang. 

Untuk baki yang di tuai semalam dari penghasilan 4 sarang semuanya berjumlah 3.40 Kilogram yang tinggal cuma 1 botol ini sahaja. 

Pada Hari ini .. jam 11am sebentar lagi tok muda akan menuai lagi 5 log kelulut bagi mendapatkan madunya, jadi untuk tujuan penempahan , tok mampu berjanji untuk 6 Botol sahaja dulu walau jangkaan sebenar ialah sekitar 9 botol. 

Hasil kali ini menghasilkan warna yang lebih cerah, rasanya yang kurang masam namun tidak manis gula, Ia Lemak lemak manis alhamdulillah. Dan hasil Madu kali ini datangnya dari Sumber :

Pokok Herba dan Tanaman Kampung yang berbunga



Sedia maklum, khasiat madu kelulut di perakui lebih daripada khasiat madu lebah apis( biasa ) malah madu tualang juga tidak mampu menandingi kehebatannya. Antara Kehebatan Madu Kelulut ialah :

Tidak panas seperti madu biasa, boleh di minum 2 sudu besar untuk mendapatkan kekuatan Seks luar biasa selepas 2 hari meminumnya

Hanya di campurkan dengan telor ayam biasa dan sesudu kecil madu kelulut mampu memboostkan kekuatan dan saya nafsu pasangan dalam masa 1 jam ( khusus buat lemah syahwat )

Hebat untuk darah tinggi , kanser, Hep B / C , Asma / penat / lelah  Memang No 1 Power keampuhannya, , Lemah lemah badan, Angin dalam badan.


Ingin Tok Maklumkan bahawa madu kelulut tok hanya melalui proses Penapisan sahaja, kami tidak melakukan proses Double Boiler atau pemanasan melalui bara kayu atau pemanasan melalui matahari kerana ia jelas dan lojik akalnya akan mengubah Nisbah kandungan madu kelulut ini sendiri di mana penyejatan air di dalam madu akan berlaku dan akan mengurangkan kuantiti air di dalamnya, ini akan mewujudkan beberapa kelemahan dari segi rasa, tidak bergas dan kurang rasa segar madu kelulut ini sendiri. Gas madu kelulut adalah peranan utama untuk membuang angin berlebihan di dalam badan. Air di dalamnya untuk mengurangkan rasa manis. Alasan mereka melalui proses ini dengan menyatakan bahawa madu yang tidak melalui proses double boiler kurang khasiat adalah tidak berasas kerana sesungguhnya ciptaan Allah itu sudah cukup sempurnanya. 

Proses Double boiler ini di lakukan oleh kebanyakan pengusaha hanya untuk 1 tujuan iaitu menggelakkan botol pecah , bocor semasa di dalam proses pengeposan dan perjalanan dan mengakibatkan pengusaha perlu menggantikannya semula, ini akan menyebabkan kerugian kepada mereka.  

Jadi sekiranya anda membeli madu dari Tok Muda, Maka sememangnya akan ada kebocoran dan kelemahan ini sudah di Perbaiki dengan cara ianya akan di poskan di dalam sebuah Thermos ( kedap udara ) dan apabila sampai ke tangan pengguna di nasihatkan jangan terus membukanya, masukkan ke dalam peti ais selama 10 minit dan kemudian baharu di buka. sekiranya tidak madu akan memancut keluar seperti air coca cola yang di kocak. 


Pembeli adalah di utamakan dari kawasan terdekat untuk COD. 


Kod Produk : MDKELULUT 17APR
Bentuk : Madu 320 Ml
MAHAR : RM 120

7 ulasan:

  1. Tok...nak share info cikit...
    madu kelulut ni kalau campur dgn telor ayam....kuat sebab yakin diri, bkn khasiat madu sendiri...sebab drpd kajian MARDI, protin dlm telor akan hisap habis khasiat madu kalau makan sekali...

    BalasPadam
    Balasan
    1. uii mcm tu ka.. tapi tok kurang bersetuju pasai mardi sangat tuan , sebab mardi juga lah berkata proses double boiler tu dapat meningkatkan khasiat madu walhal ia hanya akan meningkatkan kandungan gula di dalam madu itu sendiri.

      Pengalaman tok makan madu+telor ialah ia menaikkan darah, rasa denyut di gusi. dan muka menjadi merah, degupan menjadi laju dan kerana itu nafsu menjadi naik.

      Sekiranya mardi menyatakan telor menghisap khasiat madu dan meningkatkan protin telor itu sendiri sehingga mampu menaikkan tekanan darah atas sebab sebab tertentu, tok setuju.

      Padam
  2. kajian ni dibuat olh Dr Suri Roowi...
    sebelum ni kita ada hadir seminar Dr...dia bg huraian2 berkenaan..

    BalasPadam
  3. Assalam tok..madu 320 ML ni masih ada stok x???

    BalasPadam
    Balasan
    1. W.salam wbt tuan, masih ada tuan, silakan... ni sekarang musim dia dah

      Padam
    2. Baik tok..In Shaa Allah sempat hari ini sy bank in naa

      Padam
    3. baik tuan. madu boleh di poskan pada 7hb.

      Padam

Komen menggunakan Akaun Gmail anda & Browser Opera Sahaja

CARA BERURUSAN