Khamis, 11 Februari 2016

GELIGA PANGLIMA KERAJAAN PUEH








































Alhamdulillah . Setiap kerajaan ada Organisasinya, tidak kira apa apa organisasi sekalipun dan jika tiada organisasi maka ia cumalah seorang individu yang tunggal dan bukan berkumpulan dengan teratur. 

Awal awal Dulu, Geliga Kebesaran Panglima yang kita perolehi amat unik, malah sehingga ke hari ini tok sendiri tidak dapat mencari walau mana mana toko yang menjual permata jenis itu, ya kehitaman dan keemasan di permukaannya dengan corak tertentu, tok cuba membandingkan ia dengan Black.. black apa tah, lupa dah.. tapi nyata ia tak sama, jenis itu mempunyai corak perak sementara yang di perolehi dulu di dalam corak keemasan, dan minta maaf... ia tiada lagi dan semestinya tidak akan di perolehi lagi sekitar puluhan tahun ini. 

Di atas adalah dari jenis Permata pakaian Panglima Kerajaan Ulu Pueh... Jika anda dari Kuala berang , sebelum simpang ke tasik kenyir sebelah kanan, anda akan lihat sebuah bukit terbelah puncaknya di hadapan anda.. di situlah lokasi tok melakukan ritual , di kawasan itu rupanya adalah kawasan bersejarah kerajaan Melayu lama dan tok jumpa infonya melalui seorang sahabat di dalam Facebook yang melakukan kajian sejarah Bugis dan champa. 

Permata di atas di gunakan dan di pakai semasa menyertai peperangan, bukan sebagai cincin.. kalau nak perang anda pakai cincin.. tidak sesuai, kerana di dalam peperangan, semuanya rough, kasar dan kalut... silap haribulan batunya jatuh, cincinnya patah. Jenis ini di pakaikan di pinggan atau pergelangan tangan samada di buat dengan cantik sebagai aksesori kepala tali pinggang atau diikat dengan kain dan seterusnya di balut di pinggang atau lengan sahaja... asalkan... asalkan ia berdakap dengan tubuh pemilik. 

Perlu tok nasihatkan lagi dan terus menasihati bahawa pemakaian batu permata , geliga dan mustika atau apa sajalah yang anda gelarkan. Mestilah di serahkan keyakinan , tawakal, dan tawaduk kita sepenuhnya kepada Allah, memilikinya ibarat memiliki sebilah pedang dan sebuah perisai....jika kita sesat... kita akan syirik sebagaimana orang Jepun yang memuja Katana mereka dan golongan Knight ( Pahlawan Salib ) yang memuja cincin dan juga pedang mereka. Ingatlah sebuah perkara bahawa sekiranya kita meninggal, warisan kita mampu mengirimkan ayat ayat sebagai pahala kepada kita, namun jika kita mati di dalam kesyirikan bahawa mempercaya ada perkara lain yang LEBIH....ingat... LEBIH berkuasa atau ADA...ingat... ADA yang berkuasa selain Allah walaupun ketika itu anda mempercayai Allah itu is God... Ketahuilah bahawa anda sudah jatuh syirik. Jalan selamat ialah , beranggapan ia adalah sebagai Usaha dan SEBAB , kerana adanya pedang , maka dengan izin Allah anda dapat melawan musuh, mencantas musuh dan sebagainya... Ingat... Mesti sentiasa menjaga hati bahawa semua ini adalah ASBAB dan salah satu Jalan USAHA.


Kod Produk : GPKP 10216
Bentuk :  Geliga Panglima 
MAHAR : RM 90.25

13 ulasan:

Komen menggunakan Akaun Gmail anda & Browser Opera Sahaja

CARA BERURUSAN