Ahad, 14 Februari 2016

DELIMA KAPAS


























Alhamdulillah tok selesai dan sudah pulang dari Ulu Changkah , fb tok pun tak aktif selama 2 hari kalau x silap... dan tak perlulah mengadd fb tok kerana ia bukan jenis aktfi sepanjang masa haha. 

Alhamdulillah, perolehan ulu Changkah tidak kurang hebatnya.. 

Tok tak dapat nak melakukan ritual di kawasan biasa, berikutan Gerdong air naik dan banyak ular berlonggok di dalam air yang mengalir, Kawasan kolam patung Pula air penuh sampai melimpah limpah, Kawasan Ulu Kg Pulau Kerengga pula ramai orang kg melalui jalan yang tok lalui untuk memikat burung, gerdong pula sering naik kepala air memandangkan semuanya kerana musim hujan,,, Kat ganu baru nak lebat dan di jangkakan sepanjang bulan ini, Di Lata Changkah kawasannya luas, tok boleh pilih samada nak duduk di seberang yang ada kawasan tanah tinggi dan rata atau di kawasan perkhemahan sahaja dan kawasan changkah ini jarang di lawati orang kecuali tambah musim hujan begini.

Pada ketika tok menaip halaman ini pun ( 12.31am/14.2.2014 ) tok tak yakin dapat menyediakan semua halaman memandangkan esok tok akan ke sebuah kawasan dan alhamdulillah apa yang di janjikan akan tok perolehi dan tok tidak menjangkakan hal itu kerana tok tidak melakukan pun persyaratan yang di berikan....... sejadah bunian..... tidak perlulah tok menerbitkannya di mana mana halaman ini atau fb bagi menggelakkan tok terkena badi amarah org dalam, dah la tak buat syarat yang di berikan, dah dapat menayang pula haha... cukup lah barang siapa yang selepas ini bersolat dengan tok, insyallah berpeluang melihatnya..insyallah...

Delima ini kita panggil delima kapas.. kalau dalamnya macam urat heksagon kita panggil delima cindai.. mungkin anda tahu bagaimana tok menamakannya dan tak sangka nama itu di guna pakai oleh beberapa peniaga lain juga, 

Khasiatnya alami , tok x mengisikan dengan sebarang zikir , cuma nak mendapatkannya ia perlukan zikir . kekuatan alami sebagai delima , apa kelebihan alami.. banyak.. dan tok nak kasitau 1 sahaja yang mungkin menarik minat anda.. delima ada kelebihan kebal darurat, tapi bukan semua jenis delima. Hanya delima yang diberikan kepercayaan...malah apa sahaja batu yang di berikan kepercayaan ke atasnya dan keyakinan kepada Allah, maka ia akan berlaku dengan izinNya Juga. 

Silakanlah.. maaf jika halaman selepas ini tok menulis agak pendek, tok masih kurang rehat dan esok tok perlu bermalam di sebuah kawasan pula bagu mendapatkan sejadah ini. Jika ada yang bertanya apakah kegunaannya... anda jangan anggap ia sebagai medium utk buat tarik duit.. walau mungkin ada yang kata boleh, tapi bagi tok . tok hanya jadikan ia sebagai hamparan untuk bersolat.. walau biarlah apa orang nak cakap kepada tok... dan ia bukan kerana atas nafsu tok nak bersolat atas sejadah pemberian bunian, melainkan di tawarkan... jika tok bernafsu, mungkin tok akan melaksanakan persyaratan yang di minta iaitu pertapaan 14 hari, dan tok tidak melaksanakan kerana memikirkan adalah mustahil utk tok meninggalkkan isteri yang sedang sarat mengandung. Tapi memang x sangka mereka dapat mempertimbangkan untuk memberikannya juga memandangkan tok hanya ingin jadikan medium untuk bersolat sahaja.. tanpa tujuan lain.


Kod Produk : D5KAPAS 13216
Bentuk : Delima
MAHAR : RM 90

15 ulasan:

Komen menggunakan Akaun Gmail anda & Browser Opera Sahaja

CARA BERURUSAN