Sabtu, 27 Februari 2016

GELIGA MUSTIKA ULAR TEDUNG SELAR PUTIH ( KUBU )























Mustika Dwi warna....

Kalau dulu tok tidak bersetuju bahawa Panggilan Mustika adalah nama yang di berikan Orang Indonesia bagi kata ganti Geliga. Setelah tok lakukan pembacaan di Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka. Mustika Merujuk kepada jenis Batu yang tidak sama dengan geliga, baik khasiat atau sumbernya. Jadi selama 4 tahun ini ada di sini yang bernama Mustika namun tok namakan Geliga dan boleh di katakan kebanyakan Item permaharan kita di sini di dalam pengkelasan Mustika.

Nama Mustika sebenarnya yang sebenar ialah MESTIKA dan ia adalah sebuah bahasa melayu lama untuk item ... Mestika dan Gemala adalah dalam maksud yang sama iaitu jenis yang di dapati dari ular atau tubuh badan ular.. 

Anda boleh merujuknya di sini dengan sohih :


Mestika juga merujuk kepada item yang di sayangi, yang tercantik, dan termolek. Membawa maksud bagi sesiapa yang menyimpannya ia akan menjadi item yang di sayangi dan di jaga dengan teliti. Mungkin kerana keberadaan dan kepayahan mendapatnya. 

Kami di sini Memang mampu mempersembahkan kepada anda sesuatu mestika atau geliga dengan Berbilang, tapi ia tidak semestinya kami mampu menyediakan ianya setiap hari, setiap minggu atau setiap bulan bagi di maharkan. 

Apa yang di maharkan di sini bukan mengikut trend dan permintaan tetapi ialah apa yang di berikan dan di benarkan ijin di maharkan pada tempoh tertentu dan nilai tertentu.

Mestika di atas ialah Mestika Ular Tedung Selar Putih.... anda pernah melihat tedung selar putih?... atau ingin tok tanya anda , pernahkan anda melihat tedung selar Kuning ?..... Jika anda tidak pernah melihat tedung selar kuning.. jauh sekali untuk ketemu dengan tedung selar putih... di kampung kampung, Ular tedung selar paling berbisa dan bahaya ialah Ular tedung selar Kuning. Zaman sekarang agak sukar menjumpainya dan semua orang memang tidak ingin ketemu dengannya.. Ular tedung selar kuning ni kalau jumpa memang dia kejar tak cukup tanah, sampai dalam bilik dia kejar, ia tak seperti tedung selar biasa yang hitam keemasan tu... 

Tedung selar Purtih wujud dan keberadaannya lebih jauh sukar di jumpai dari tedung selar kuning ini... orang kalau jumpa mestika Tedung selar kuning pun dah mampu kembang hidung dan kalau nak di maharkan pun mau mau boleh beli rumah banglo 2 tingkat sebiji.... 

Mungkin ada yang bertanyakan .... kenapa pemahar macam tok atau pun mana mana peniaga mistik tidak menjual sendiri sahaja harga juta juta... Jawapannya... ia umpama kami menjual periuk nasi kami beserta plugnya sekali.... memang boleh makan sekali dengan wang jualan itu, tapi selepas itu kami pula perlu membeli nasi sendiri di kedai, nak menanak nasi periuk sudah tiada. orang lain pula memiliki periuk nasi kita. Itu jawapannya.... Jika anda bekerja dengan majikan sekalipun, bukankah ada assingment letter?... ada surat perjanjian?.. sama juga dengan pemahar item mistik. Di dalam pekerjaan Penjawat Awam..jika anda melanggar perjanjian , anda akan di buang kerja atau di gantung kerja, sama juga dengan pekerjaan mistik, samada Kena dam selama beberapa tahun atau selamanya kena dam....ni bukan dam aji... 

Mustika Ular selar putih ini berguna di dalam :

Penunduk binatang Buas dan manusia

Penumbal balik sihir yang di hantarkan

Pembisa pukulan

Pembisa ke dalam air dan di bagi minum kepada pesakit kerasukan 
( Ni mesti cuba, pesakit Kerasukan jin akan kesakitan macam terminum Racun ular ) 

Dan kelebihan lain

Tok di khabarkan ia mampu berubah warna... apa warna keduanya wallahualam.. dan jika ia berubah warna bagi tok ia normal bagi sebiji organik bernama batu. 

Kuantiti..... 4... 2 di bawah stok dapor boleh di dapatkan dari Mr Baz ( x Silap tok )

Kod Produk : GMUSTIKA ULAR 21216
Bentuk : Mustika Selar Putih
MAHAR : RM 250

======================

Makluman... jika anda dapati terkadang ada nama nama yang berbeza dari halaman lepas, ia bermakna ia masih di dalam semakan dan kajian untuk mengetahui tentang sesuatu itu dengan mendalam, nama ke dua adalah yang yang sudah di Pastikan melalui tindak balas batu ( nama umum Bagi semua produk ) dan juga melalui pengesahan orang tua tua yang kenal dan arif tentangnya. 

Keduanya pula, Ada batu yang sama dan pada nama dan nilai berbeza, Kerana sumber perolehan, kerajaan dan keampuhan nya tidak sama, ada yang mempunyai kelebihan alami, ada yang mempunyai kelebihan di tapakan, ada yang mempunyai kelebihan multiple iaitu alami dan pengisian, dan ada yang di diami sesuatu khodam , perolehan tidak sama merujuk aras. dari atas bukit, dari tepi sungai, dari dalam air, dari celahan pokok dan sebagainya.... sama dnegan bertap... ketika ia di daun di panggil bertap, ketika di di bawah pokok ia di panggil lara. Maharnya pula mengikut atas syarat yang ditetapkan dan selalunya kita akan ambilkan syarat maksima bagi item siap sedia untuk di maharkan bagi menampung kos yang jatuh kepada batu mentah lain melalui kaedah carigali, kos canai 1 permata kini ialah Rm 30 ..bukan lagi 10... di Jb kos canai ialah Rm 36 sebiji. Anda kena Tanya GST lah tentang itu...Kami tidak kenakan GST, tapi barang canai kami di kenakan kos GST .....  jadi jika di sini tok memaharkan pada nilai Rm 30 ke bawah , ia ibarat percuma sahaja, tak apa kerana kosnya sudah siap di tampung kos maksima di item perolehan siap sedia.

Ketiganya.. kekadang ada error nama item dan sudah sedia maklum kepada anda semua , yang melabelkan dan memasukkannya ke dalam blog ialah pembantu Tok Muda ialah Mr Baz / Adi dan deskripsinya disediakan oleh tok kemudian baru di terbitkan, kerana itu jika ada nama berbeza tapi kod atas nama lain, maka ia adalah kesilapan semasa melabel oleh Pembantu. 

Harap Maklum  

28 ulasan:

  1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  2. Balasan
    1. Tuan sudi nak lepaskan pada saya? ;)

      Padam
    2. Ok tuan sy lepaskan 1a kepada tuan.. :)

      Padam
    3. Terima kasih tuan Faizul.. saya lock yg 1a tok.. ;)

      Padam
    4. Tok, maklumat pembayaran item ni, sy dah maklumkan pd tuan baz.. terima kasih tok.. ;)

      Padam
  3. Pernah jumpa ular tedung selar kuning masuk dewan sedang berkursus. Nasib baik tak tak kejar sorg2. Yg pelik nya, tau plak jalan kluar, dan ghaib tnpa jejak...

    BalasPadam
    Balasan
    1. huiii bahaya jenis tu tuan, dia badan panjang tak lebar kan... lebar dalam 2 hari je paling pun.. kalai selar patuk 4 minit out, dia ni 1 minit setengah je.

      Padam
    2. Tok sy ada jumpa sarang ular tedung selar kuning nie tp lubang nye besar lengan je sama dengan sarang ular senduk..

      Padam
    3. Korek lubangnya, dalamnya kekadang ada batu dan ada lubang pada batu tu, dia duduk dalam batu tu.. bukan semua tuan ada batu dalam.

      Padam
  4. Tahniah ayah, tuan Lykan, tuan faizul Dan tuan yusofishak...

    BalasPadam
  5. T.kasih tuan nashrul,ayah dapat rasakan yg tuan gembira sangat ari ni setelah dapat kursani bunian..haha!

    BalasPadam
  6. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam

Komen menggunakan Akaun Gmail anda & Browser Opera Sahaja

CARA BERURUSAN