Sabtu, 28 Februari 2015

MIMPI

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera semua

Haaaaa, pelik lihat tajuk di atas?....

Ni kisah pelik yang tok nak citerkan ke korang la , excited sangat nak citer sampai sekarang pun belum tido lagi, update sini dan lelong dah siap, ibay je belum update update lagi.  Anda dapat mengontrol isi Mimpi Anda
Semalam lepas asar Tok ke Kuala Berang jejalan la lepas lepas amik angin dari betong nu.... sampai ke Kawasan Tuan Joe kebetulan pegi nak berurut sama, maklumlah dah 6 tahun x bersilat, sekali bersilat maunya macam nak putus urat kaki ni haaa. 

Selesai berurut semua, alhamdulillah ok la sikit. Waktu pun dah hampir maghrib maka wife mengajak ke masjid Kuala Berang nu, amboiiiihhh bunyi azannya hari ni lain macam, sebiji macam azan di Mekah nu tuan tuan.. cuma piching je lari sikit hehehe.... masuk waktu imam pun memulai bacaannya, merdu sungguhhhh... ni imam mana lak ni, 2 hari lepas org lain .. dan dalam masjid masa tu banyak jemaah yang pelik pelik lah.... Tok kebetulan dah salin baju shirt biasa dengan jeans, dalam kete nu ada baju silat dan kain bukan takde, lupa nak salin.. entah kenapa lupa...Jadi bila pakai shirt ni tuan tuan, pepaham je la kan dengan boroinya lagi. mau mau masa sujud boleh nampak juboq kang hahaha... jadi masa nak sujud tu tok tarik la awai awai baju ke bawah sikit, walhal tau belakang bukan ada orang.... masa sujud tu nampak kelibat orang sujud di belakang... then bila nak masuk antara 2 sujud nampak orang belakang bergerak, aih ..... tadi mana ada orang, jeling sebelah belakang kiri ada orang tapi sebelah tengah, so antara tengah ni dan org belakang tok ada jarak la kan... kenapa org tu tak masuk jemaah..... arghhh jahanam solat aku kali ni, ni semua setan.. kata dalam hati tok....

Selesai solat, cepat cepat toleh belakang... masyallah... memang takde orang.... sah setan. jahanam solat aku... undur ke belakang, buat semula solat maghrib sedangkan orang lain dah masuk sunat..tak pa la....

Berjalan turun ke bawah masjid ni, bawahnya ada 1 ruang tapak yang bersih, tok berjalan dari hujung ke hujung, jauh gak la, mesjid tu besar beb. nampak la kelibat beberapa budak pakai jubah hijau dan orang tua 3 orang jubah hijau gak turun ikut tangga satu lagi nu... dalam hati terpikir, isk aku nak naik tangga tu tadi kan kunci... erm, org sejid kuttt... pikir baik la kan , lagi pun takkan nak tenong je dorang.. omputeh kata " dont stare at me like that or u will eat my damn punch kick " hehehe.... 

Sampai di kete, terus masuk tekan button 3 yang dah disetkan untuk rileks sambil berbaring, maklumlah wife tok ni solat doanya panjang.... asal nak baring sekejap terus terlelap. mata ni lillah tak boleh bukak langsung..walhal tidur dah cukup tu... wife datang dan tanya kanda nak tidur dulu ke, kalu nak tidur , tidur la dinda tgu.......... dia tunggu....sampai dia pun terlelap..... bayangkan depan masjid, azan isya dgr sayup sayup je..memang kami laki bini x bangun dan x leh bangun... 

Dalam tidur tok bermimpi 4 babak dan 3 darinya tok lupa... yang akhir sahaja tok ingat di mana tok melihat banjir besar Ya Rabb, 3 mimpi lagi tu macam perang tah la, tatau nak kata lagu mana aih... walhal masa tu keadaan psikologi tok ok , ye la baru lawat kampung , tgk air terjun, tengok sungai mengalir... menenangkan.....namun dalam mimpi dapat alamat macam tu..... Tok terjaga pun dalam Jam 10 malam lebih itupun disebabkan mamai ada orang datang ketuk pintu suruh balik sebab dah lewat, otg tu berpakaian jubah hijau.... tok x nampak mukanya dan tak perasan siapa, yang nampak dalam kabur jubah hijau selendang putih dan serban putih dot hitam ( serban pokodot ). Ibarat macam dah di suntik ubat pelali atau termakan ubat tidur, tok bangun gerakkan wife dan cakap... kanda dah x leh bawak kete ni, tangan ketaq sebab terlalu mengantuk, boleh bawakkan...... so wife pun pandu la balik.... 

Ini ialah kali kedua kejadian seperti ini berlaku kepada Tok, dulu ialah pada tahun 2000 sekali masa tu mimpi org melayu islam ramai ramai dalam sebuah padang di hinjak, di pijak dan di ludah orang orang berpakaian kotor...kali ni mimpi perang yg x jelas dan mimpi banjir besar. wallahualam apa tafsirnya, namun insyallah tok akan merujuk kembali ia kepada guru guru yang masih hidup untuk di jadikan persiapan..........

8 ulasan:

  1. Allahuakhbar... Moga Allah pelihara ummat Islam dari segala ancaman dan bahaya....

    BalasPadam
  2. IBAY SUDAH UPDATE.....KURSANI ASLI YANG DI JANJIKAN SUDAH NAIK DI SANA

    BalasPadam
  3. Harap bila tok dh rujuk dgn guru2 tok dan dpt jawapannya nnti, tok hebah la kt kami yg sememangnya leka ni xda persiapan apa nk hadap malapetaka gini. Berkias pun xpa sy phm benar ayat2 tok mat nk berguru je belom kne tggu 10tahun emmm

    BalasPadam
  4. jika ada apa2 yg tak baik..tuan elH tak pa ,,,ada pendamping yg comel dlm gambor tu...aauuummmmm....
    classic gambor tu,,,saya suka nor

    BalasPadam

Komen menggunakan Akaun Gmail anda & Browser Opera Sahaja

CARA BERURUSAN