Nah Petir pasir Selendang
Kod tu salah , baz p letak Guts.. takpa memori tok kuat lagi.. kekadang lupa juga maklumlah dah 5 tahun dan lebih dari 7000 post dalam blog ni..kalau ada yang tok lupa, sasul tu, maaf lah... tapi selalunya tok tau tok lupa dan akan letak harga murah sikit dari biasa.
Petir pasir selendang... kita maik selendang dah la.. tu pun dah cukup mahal orang jual... kenapa mahal?... cuba sekali bayangkan benda ni ada di jari sebagai batu cincin, lawo tak?.. haaa lawo.. Alhamdulillah
Petir pasir ini ialah perolehan Lata Changkah.. lata Changkah ni di Permaisuri Terengganu, jauh dri rumah tok, tapi tok selalu ke sana memandangkan anak anak tok menetap dan bersekolah di sana...sekolah depan jalan ke Lata Changkah sahaja. Lata Changkah ni belum banyak terusik, yang selalu ke sana mandi manda pun orang orang kampung sahaja.. orang luar memang tak ada, dari Kuala Terengganu nak ke sana dalam 2 Jam dan dari besut nak ke sana ialah 1 jam lebih... nyata ia hanya di lawati orang kawasan Permaisuri sahaja.
Petir pasir mempunyai kelebihan :
Pembisa beragan dengan izin Allah SWT
Penjauh Sihir atau anti sihir
Kekuatan pukulan dan badan
Jenis selendang nyata bukan mudah memperolehinya.
Kod Produk : G.SELENDANG 17916
Bentuk : Petir Selendang
RM 150
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadam