Rabu, 14 September 2016

PERINGATAN!!

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.

Ini ialah Peringatan kali terakhir dan selepas ini ia akan di lakukan tanpa sebarang notis dari Pihak Kami. 

Seperti sedia maklum pihak kami mempunyai authoriti bagi melakukan sekatan ke atas mana mana Individu / pelawat di dalam blog ini melalui sistem yang kami lengkapkan di Blog Kami dan juga sistem pengesanan melalui satelit akan kedudukan tepat mana mana kedudukan pengguna malah sekiranya mereka ialah pelanggan TMNET pihak kami mampu mendapatkan No Telefon rumah mereka dengan sekali pintasan satelit sahaja. 

Apa yang tok ingin tegaskan ialah LOCK dan UNLOCK anda tidak kiralah siapa anda sama da otai, newbie, Dato Dato seri , Tan dan Tun .

Sedia maklum bahawa kami melayani sesiapa sahaja baik newbie atau otai atau Berstatus DATO sekalipun pada kadar yang sama terutama dari Tok Sendiri. 

LOCK anda yang tiada sebarang ulasan kenapa ia lambat dan kenapa ia tiada bayaran menyusahkan pelanggan lain dan juga menyusahkan pihak Kami di Geliga Bunian.

Di Ulangkan sekali lagi, sekiranya memang anda bertujuan untuk menyusahkan kami, mempunyai niat serong kepada kami maka tok meminta anda melakukan 1 perkara sahaja iaitu mengambil semua staff tok menjadi saraan anda kerana tok tidak menggajikan orang kaya untuk bekerja atau anak orang kaya melainkan orang yang susah susah dan memerlukan pekerjaan bagi menyara keluarga, sekiranya anda gagal berbuat demikian maka tugas anda di masyar menjawab soalan dari mereka adalah sebuah perkara yang WAJIB.

Lock unlock anda di blog Geliga Bunian hendaklah atas pertimbangan PROFESIONAL dan bukan di atas nilai etika yang negatif atau kerana mengikut nafsu. 

Lock bertempoh perlulah anda letakkan ulasan di bawahnya pada tarikh bila ianya akan di selesaikan , usah merasa malu dan segan kerana pihak kami menjaga privasi dan maklumat pelanggan kecualilah dari pihak anda sendiri yang gatai tangan dan mulut nak buat grup la atau menyertai grup.

Dimaklumkan pihak kami tidak mempunyai mana mana grup whatsapp/wechat/telegram di atas sebab sebab tertentu terutama untuk menjaga privasi anda di sini. 

Bagi yang mempunyai Lock dan masih tiada ulasan / alasan kenapa ia tiada payment done... ingatlah , kami tidak memaksa mana mana pihak untuk membeli, tapi kami juga tidak menerima sekiranya ada yang cuba mempermainkan isu lock dan unlock item di Geligabunian.. ia sebuah isu yang amat sensitif di dalam perniagaan kami dan kami tidak akan teragak agak untuk segera membenterasnya melalui kaedah yang kami jalankan selama ini. 

Di harap anda semua sedia maklum .

Bagi mereka yang lock dan memegang janji insyallah sememangnya ada anak anak yatim yang mendoakan anda di mana di hujung bulan tok kini melakukan sumbangan ke rumah anak anak yatim dan madrasah dan meminta mereka doakan kerahmatan, kebahagiaan , kesihatan dan kekayaan anda dunia dan akhirat kerana bagi tok di GeligaBunian ini perolehan pendapatan adalah untuk Gaji Anak melayu yang berkhidmat dengan kami di sini dan hutang piutang yang di tanggung oleh syarikat bagi pembangunan perniagaan , tok bercita cita untuk mempunyai sebuah bangunan rumah kedai bagi menjalankan perniagaan baharu dan madu kelulut dan sudah tentu melibatkan penambahan pekerja dari kalangan anak melayu kita..maaf bukan tak nak ambil anak bangsa lain, anak bangsa lain yang tak nak kerja dengan tok hahaha, Jika anda ingin sangat melihat gambar dan video semasa dermaan di lakukan dan doa di lafazkan di atas kata nama pelanggan maka ia akan di sediakan di bulan akan datang kerana pihak kami sebelum ini tidak melakukannya memandangkan khuatir timbul ujub dan takbur dan tidak mendapat apa apa ganjaran dari Allah SWT, namun jika ia mampu membuatkan anda berpuas hati ,insyallah akan tok sediakannya nanti. 

Jadi tok minta kerjasama anda lah bagi memajukan anak bangsa dan golongan bumiputera walau pun bukan dari daerah anda namun jodoh pertemuan Yang di aturkan Allah kita tidak tahu. Wallahualam. 


6 ulasan:

  1. Terbaik tok muda..kena keras sket...

    BalasPadam
  2. Betoi tok..sy mula2 lg dh kena sb ada yg x update payment done...nk buat mcm mna xdak rezeki sy..huhu..

    BalasPadam
  3. Alhamdulilah Tok Mat
    Saya doakan usaha murni mu tercapai.
    Saya respect anda.
    Buka job opening untuk anak2 melayu islam. Kita harus berfikiran terbuka dan support anak2 melayu islam untuk terus maju.kalo orang2 fikir dalam sikit mereka akan tahu niat murni tok ni.

    BalasPadam
  4. As-salam, ngam dan tepat pada masanya. Semoga Blog Geliga Bunian TMGB sentiasa maju jaya dan harmoni.

    BalasPadam

Komen menggunakan Akaun Gmail anda & Browser Opera Sahaja

CARA BERURUSAN