Assalamualaikum wbt dan salam bahagia
Agak terlalu lama tok muda tidak menulis artikel ilmu untuk manusia mengkaji , ya kaji..bukan untuk di percayai ya. Ia untuk anda kaji, selagi mana ia tidak mampu dibuktikan melalui sains manusia, maka setiap generasi yang membaca Tulisan tok muda perlulah mengkajinya sehingga mendapat jawapan yang pasti.
Kali ini tok muda ingin kongsikan sebuah ilmu yang tok muda pelajari dari Alam Bunian.. Ya.. bukan alam manusia, jadi lagi jauh lah untuk anda percaya kesahihan Ilmu ini melainkan anda juga hendaklah mengkajinya bagi mendapat keyakinan diri.
Sedia maklom Tok Muda mempunyai serata Guru semenjak Berusia 10 tahun, Dari Ayah tok sendiri, dari Arwah wan tok sendiri, dan juga dari Guru Asal Budi Suci Pakcik Ramli, Masih tok ingat di Kaki beranda Pak Ramli mengajarkan tok Asas Budi Suci, Ya.. waktu tu Budi Suci belum terkenal seperti hari ini dan Pak Ramli pun sudah meninggal dunia. Al Fatehah.
Selain itu juga Tok juga mempunyai keluarga Angkat Org Bunian dan di sahkan oleh 3 guru , 1 darinya Adalah Seorang Makcik di Gunung Medan dan Seorang darinya Pula Ialah Mahaguru yang agak handal...jika tok fikir semula, Kehandalannya sehingga ke hari ini tetap nombor 1... Ya..kehebatannya menarik Patung sihir dari langit dengan seutas tali, Menarik batu dengan hanya menepuk dinding rumahnya dan paling teruja dan yang belum ada mana mana guru mampu lakukan ialah Sedulang Duit Kertas RM 50 datang terbang Melayang di Luar rumah lalu memasuki tingkap yang sudah terbuka , Semua Hadirin dapat melihat dengan mata kepalanya sendiri. Malah Mahaguru Ini juga mampu menarik org...ya brader...tarik org hilang di depan mata...org yang dah di jual di Thailand di tariknya di depan rumah dan sampai org hilang itu dalam pakaian Seperti Pelacur, ya anda faham sendiri lah.. Itulah Namanya Allahyarham Mahaguru Bahadur Utan Aji, Perlis. Al Fatehah.
Arwah wan tok yang mampu melesapkan Rumahnya dari pandangan musuh atau sesiapa sahaja dan pada waktu maghribnya dia berjalan keliling rumah sambil membaca ayat kursy dan sampai di 1 penjuru penghabisan ayatnya, di situlah dia Solat Maghrib, itu belum masuk Kehebatannya Menepuk Lantai Pondok yang di buat dari kayu jati sampai bergegar walau tepukannya cuma ringan.
Kehebatan Ayah tok sendiri yang sukar di racun musuh , pernah Cawan di dalam tangannya pecah kerana di dalamnya sudah di racun, ilmu itu ada tok ijazahkan di Blog ini dulu. Belum yang makan penamparnya lalu jatuh terbaring tidak mampu bergerak dan belum lagi gerakan silatnya bagaikan kilat. Dia tu.. sampai ke hari ini walau usianya sudah 76 tahun tok tak berani nak berlebih kurang. Org yg tak kenal sahaja ingin berlebih kurang, kalau dah kena sekali mampos tak masuk dah kampung tu.
Habis mukaddimah?....
Baru nak masuk Mukaddimah Sulbi... Apa itu tulang sulbi?
Tulang yang amat keras dan tidak mampu di hapuskan. Walau dengan Nuklear sekalipun. Ia bernyala di malam hari tuan tuan, kerana itu org nak pindahkan kuburan Mesti di waktu malam kerana tulang ini bercahaya dan paling penting ialah tulang ini.
Jika..sekiranya bahan tanah bancuhan simen adanya tulang ini dan di jadikan dinding rumah anda , maka tidak hairan jika rumah anda berhantu , panggil raja bomoh pun tak selesai selesai , kalau org dulu dulu, hukumnya mudah.. runtuhkan rumah lama dan buat rumah baru. Kalau tok muda yang sarankan idea ini kepada anda mesti anda akan cakap tok muda gila bukan?.. Tapi itulah cara org dulu.
Tulang Sulbi ialah HDD manusia. Hard Disk Drive... ia merakam semua memori, tatkala anda tidur, pejam mata, koma, ia merakam semuanya. Tiada apa pun yang dapat anda sembunyikan, ia terdiri dari semua.
Apa yang anda fikirkan
Apa yang anda ucap
Apa yang anda buat
Apa yang anda Hirup
Berapa banyak oksigen di sedut sehari
Berapa suap anda makan
Berapa teguk anda minum
Apa yang anda minum
Apa yang anda makan
Everything......
Ilmu Ini tiada di mana mana laman google, cuma di sini, cari jika tidak percaya.. Bagaimana pendekatan yang akan tok dedahkan pada pagi ini.
Anda tahu bahawa setelah manusia di bangkitkan , manusia akan tumbuh seperti anak pokok melalui tulang sulbi, bermulanya tulang, sel, otot otot, kulit dll , anda akan di bangunkan dalam keadaan Berbogel di masyar kelak.
Namun pernahkah anda mengkaji Setelah mati ke mana anda pergi... setelah di siksa , Atau setelah anda menghembuskan Nafas di alam lain kerana perjanjian anda?
Bagaimana keadaan anda ketika itu?.
Roh Manusia ada 9, 2 pada Allah dan 7 Pada manusia. Kali ini tok ingin menyentuh 2 sahaja.
1 yang kita benar alami
1 yang org kata Hari khamis malam jumaat roh balik mintak sedekah amal lah dll... roh gentayangan lah.. roh roh yang ada di kuburan lah yang mengutip benda, menyelak rumput dan lain lain.
Mana 1 yang tepat. sebenarnya semua tepat. Tapi yang mempunyai perasaan dan akal di mana?
Adakah selepas manusia mati terus tidak berakal?
Jawapannya ialah di HDD ini. Namun akal yang ada adalah yang limit di gunakan sahaja semasa di atas dunia , semasa hidup. Manusia menggunakan keupayaan otaknya berapa percent sepanjang hayat?
Ok lah, tok tak mahu kelirukan anda kerana tok muda tahu ramai yang sukar nak faham.
INTERMISSION
Sebenarnya selepas anda meninggal ,di dalam kubur anda di akan hidupkan kembali, tapi di dalam dimensi antara dimensi, anda di dudukkan dan di soal 2 malaikat, bagaimana anda di dudukkan sedangkan semasa di tanam anda diiringkan sebelah kanan hadap kiblat?... Itulah rahsia dimensi dan alam lain. Bayangkan sekarang anda di dalam kafan dan mengiring sebelah kanan, tiba tiba anda di dudukkan dan anda berasa malaikat di depan anda dan anda berasa tidak kekok dalam duduk anda... Beerti dunia manusia cuma di sebelah kiri anda sahaja.. benar?.. dan apa di sebelah kanan anda?.. alam lain..
Sampai bilakah anda akan di soal dan di siksa dengan soalan yang tak sampai 40 soalan pun?... Ya, ada tempohnya. Dan malang sekali bagi segelintir mereka yang di tanya malaikat itu. Kenapa?
Selepas anda menghembuskan nafas terakhir dalam masa sepantas masa Sahaja Malaikat Pancabut nyawa akan membawa anda naik ke arasy dan duduk di depan Allah. Lalu Allah berkata antara 2 sahaja Samada :
" Ini ialah hambaku yang Syahid "
" Ini ialah hambaku yang kufur/berdosa"
Jika Allah memberi jawapan ke dua, yakni berdosa..maka roh anda akan di pulangkan semula ke alam manusia di mana tiada siapa pun yang dapat melihat anda, dan selama 40 hari roh anda yang 1 lagi akan merayau ke semua tempat anda pernah pergi dengan pantas, maybe 1 lokasi cuma 2-5 minit sahaja. Ya ..jika anda pernah melawat London , maka anda akan melawatnya sekali lagi dan jika anda pernah melawat rumah pelacuran maka anda akan melawatnya lagi.
Sementara roh yang 1 lagi akan duduk bersebelahan Mayat sendiri , ada yang bermuka duka, ada yang berwajah keliru, ada yang berwajah ceria.
Pelik ke roh ada banyak?.habis tu yang berjalan dalam mimpi sedangkan jasad masih bernyawa tak pelik?.. nabi kata apa ?" Tidur adalah separuh dari mati dan manusia bermimpi itu rohnya berjalan Jalan " ..Gelaran mainan syaitan itu apabila mimpi yang anda alami itu menakutkan.. dan anda pun abaikan, walhal sememangnya roh mengalami situasi mimpi itu secara benar. Kalau tak mahu mimpi ngeri maka kuncilah Tapak kaki dengan membasuh kaki sebelum tidur. Dari segi sains perubatan moden anda sebenarnya menstabilkan darah di dalam badan dengan membasuh kaki dan bla bla urat saraf menghantar isyarat ke otak bla bla. malas nak cakap banyak bab sains medic, sebab semuanya akalan manusia sahaja tanpa penjelasan yg lebih mendalam secara ketuhanan.
Ok, kita skip sikit.
Bila sampai 1 saat roh yang berjalan jalan tu biaq p kat dia, sebab tu cuma roh memori sementara. Yang duduk kekal, ada perasaan dan akal tu .. tiba tiba anda akan nampak kelam, dan tiba tiba sahaja anda sudah berada di dalam kubur . Datang malaikat... bermaksud anda bukanlah org org yang syahid.. anda kena jawab soalan exam tu bagi mempastikan anda asasnya beriman. Jika anda jawab semua tepat, maka Allah akan bukakan 1 jendela syurga bagi anda merasai angin syurga, sementara jika anda tidak beriman, ya anda tahu sendiri nasib anda.. namun..ia bukan selama lamanya.
Selesai kena siksa bagai.. anda akan..ops..actually yang beriman tadi pun sama... akan tiba tiba sahaja masuk di alam lain... alam fantasi anda.
Alam Fantasi anda ialah impian anda semasa anda hidup.. Allah tu adil, dia akan bagi.. nak kaya...anda akan rasa jadi org kaya di alam itu.. itulah ALAM SULBI. Namun semasa anda kaya itu datanglah semua memori anda sejak kecil sampai meninggal, jika ada perasaan serba salah, bersalah dalam diri anda maka anda hidup di alam sulbi itu pun anda akan di selubungi perasaan bersalah.
Jika anda berimpian untuk memiliki Pickup Jeep Jimmy semasa Hayat, maka di alam sulbi itu, anda naiklah Jeep Jimmy tu meneroka sana sini mengikut impian anda sampai Pak Jamil Mampos..opss. actually sampai di bangkitkan semula.
Betul ke lepas mati kita akan hidup di dalam sulbi, alam sulbi?... mustahil..kita kan besar dari sulbi... bendernyer yang mustahil.. ingat bumi ni besar ke?... cuba bayangkan di luar bumi ini masih ada planet yang lebih besar, dan di luar planet planet adanya galaksi yang lebih besar... apa yang mustahil....kalau Allah berkehendak kita hidup di dalam Sesebuah Atom pun DIA Mampu laksanakan.
Ada 2 perbezaan alam... 1 alam sulbi dan 1 lagi di alam lain..maksudnya Kubur itu cumalah gerbang ke alam lain, selepas di tanam 2 minit, di korek semula.jangan kata jasad, sekali dengan kapan hilang... ada... kalau dulu kes mcm ni kita sering dengar..kenapa tak dengar lagi sekarang?.. sebab proses rumit.. nak tanam pun kena ada permit. apatah nak korek..ia menjadi sebuah kesalahan kalau saja saja nak korek balik. Kalau tertinggal Iphone kat dalam tu pun, sayonara la.. tak boleh korek semula. Jadi tak dengarlah lagi kisah kisah mayat hilang dalam kubur.
Mereka yang hilang selepas meninggal dunia ini ada tugasan mereka sendiri. Bukan saja saja , suka suka syiok syiok ke alam sana, mereka ada tugas yang perlu mereka selesaikan, malah mungkin tugasan itu lebih memeningkan kepala sampai mungkin ada di antara mereka ingin di matikan semula secara betul. Tapi mustahil kerana di alam sana memori mereka hanya ingat kepada perjuangan dan perjanjian mereka, mereka tidak akan ingat lagi isteri dan anak mereka, malah mereka tak sedar pun mereka pernah hidup di alam manusia. Maka tidak perlu di persoalkan kenapa Moyang anda yang pernah hilang ke alam lain dulu dah tak melawat anda. Jika ada,..itu ialah Jin yang menyamar... Jin tak boleh menyamar Sebagai Nabi Muhammad Sahaja, Selain dari itu , small matter .
Semasa berlaku kematian, semasa kematian dan selepas kematian ada banyak kejadian, samada yang mengaibkan anda atau sebaliknya.
Tidak kurang Ulama yang mati dalam keadaan di aibkan. Org pun menyangka yang bukan bukan.. sebenarnya Mayat itu di jadikan Allah taala sebagai Alat untuk menguji org org yang masih hidup sedangkan Roh Ulama itu di angkat terus duduk di syurga dan melihat Jasadnya di jadikan alat untuk menguji org org yg masih hidup.
Ada mayat org jahat yang di matikan dengan cara baik, berseri seri, sama juga ... untuk menguji hati manusia... Pasti akan ada yang terlintas begini " dia ni hidup menyamun, main pompuan, main judi tapi mati elok elok je... rugilah kalau aku tak buat maksiat sepanjang hayat, nanti nak mati aku taubat lah" ... ada..jangan tipu...kes ini ramai.
Kerana itulah bila ada kematian. apa pun yang berlaku, kita mesti mengucapkan Istigfar agar kita tidak menjadi berdosa. Nanti bila kita meninggal khuatir kita tidak aman di alam sulbi itu.
Alam sulbi adalah alam peribadi.. jika di alam itu anda berjumpa org yang masih hidup, itu cumalah memori anda dan memori itu real...real bagi anda shj, anda boleh menyentuhnya dan apa anda lakukan di alam itu tidak menjejaskan buku dosa pahala anda kerana pada ketika itu anda di berikan masa " rehat " dan kebebasan diri sepenuhnya....kenapa tidak di kira?.. kerana itu cuma memori dan kehendak anda sahaja, bukanlah yang sebenar, jadi jika anda berdendam dengan fulan si fulan dan di dalam Sulbi anda membunuhnya , itu tidak menjadi dosa kerana fulan si fulan itu masih hidup dan tidak jadi apa apa ke atasnya di dunia nyata , atau jika dia sudah meninggal juga, dia berada di dunianya sendiri, dunia sulbi.
Alam ini tidak lama.. sekira kira 2 minggu sahaja bagi semua org.. alih alih anda tahu anda sudah di bangkitkan semula, sekejap sahaja...
Habis jika org nampak roh anda balik tu, duk ganggu anak cucu tu apa pula...?.. jika bukan Jin maka itu ialah roh yang tiada akal dan perasaan, ia juga adalah memori, memori yang ingin menghantui rumah pusakanya yang mungkin juga dia nak beri pada org lain tapi org lain pula yang datang tinggal. Maka ia menganggu. Tapi cuma sekadar itu sahaja, tidak mampu berkomunikasi dengannya kecuali mencari bla bla bla..malas nak cerita sat g jadi panjang.
Jadi apa impian anda?... usah risau.. anda pasti akan kecapinya juga nanti di alam sulbi walau sebenar anda adalah bakal ahli neraka. Allah itu Adil, dia tetap memberikan apa yang anda mahukan walaupun setelah anda mati cuma Ya, ia sama seperti dunia nyata, ia bersifat sementara dan lebih pendek dari masa alam dunia nyata.
Tidak terkesankah memori anda selepas kena siksa?.. TIDAK.. sebenarnya selepas anda kena siksa dek malaikat 2 org tu. Anda akan tiba tiba berada di alam sulbi yang anda inginkan.. kegembiraan itu akan membuatkan kesakitan anda lenyap..opss maaf, sebenarnya di angkat sementara kesakitan itu, Allah tidak zalim bhai.. Sebab...selepas anda di bangunkan semula di masyar, anda akan merasakan kepedihan, kesakitan dan kesiksaan yang lebih dasyat dari itu.
Prosesnya macam seorang banduan juga... Kena soal, kena tumbuk, kena belasah, dah mengaku, kena penjara , dalam penjara anda dah lupa kena pukul tu semua sebab banyak aktiviti anda kena buat bukan duduk saja. Sampai lah anda kena siksaan sebenar, samada kena sebat atau kena Gantung.
Sekian dari tok, semoga Ilmu ini anda kaji , kajilah sampai kiamat
Waalaikumussalam tok, Alhamdulillah.. dapat penambahan ilmu baru...
BalasPadamWaalaikumusalam, terima kasih atas perkongsian tok
BalasPadamWaalaikumsalam wbt...betul tu Tok..macam sy Tok..sy sudah beberapa kali mimpi ke alam roh dan bertemu dengan roh-roh orang yang baru meninggal seperti arwah kawan sy,arwah mak kawan sy dan pernah juga sy bermimpikan Almarhum Sultan Ahmad Syah..yang mana sy bersama Almarhum menaiki kereta kuda..dan dengan arwah kawan sy,sy bertanya bagaimana di alam sana dia bcerita dengan sy dan dengan arwah mak kawan memang sendiri melihat dia didalam kesusahan..alam dia sama je sy lihat seperti alam kita..ada rumah ada pokok ada jalan raya..jadi tak silap la dari dulu sy berfikir yang alam selepas kematian ini bukan hanya dialam kubur sahaja..terima kasih Tok..sebab dapat menjelaskan lagi apa dari dulu bermain difikiran sy tentang alam selepas kematian..
BalasPadamsama sama. In Sha Allah ilmu Allah ni besar lagi tuan tuan, kalau kita cari pasti jumpa jawapannya. Kajilah in Sha Allah ketemu jawapan, tok hanya memberi asasnya sahaja , umpama benih pokok, tok berikan kepada anda, andalah kena tanam , siram dan bajainya. jika anda simpan sahaja benih itu, anda tidak akan mendapat hasilnya
PadamTerimakasih TokMuda atas perkongsian ilmu.
BalasPadamEncik Jamil Zaini, Pelatih Kubik Asia Tengara di Jakarta melaporkan dalam Majlis Berbuka Puasa di Al-Azhar, Solo Baru, Jawa. Katanya berdasarkan kajian mutakhir yang bertajuk “Inspiring Day: Inspiring The Spirit of Life”, dikatakan tulang sulbi/ekor ini merakam semua perbuatan anak Adam dari sejak lahir hingga meninggal dunia. Tulang ini merakam semua perbuatan baik-buruk mereka. Dan perbuatan mereka ini akan mempengaruhi keadaan tulang sulbinya. Putih bersih atau hitam kotor. Semakin banyak tenaga positif atau kebaikan seseorang maka semakin bersih tulang sulbinya. Sebaliknya semakin banyak tenaga negatif atau keburukan seseorang maka semakin hitamlah tulang sulbinya. Wallahuaklam.
BalasPadamhttps://mekmad.blogspot.com/2015/04/tulang-sulbi-ilmu-osteologi-dalam-al.html?m=1
BalasPadamWaalaikumusalam, terima kasih tok di atas perkongsian tok