Assalamualaikum wbt dan salam bahagia semua, Kisah ini tok ceritakan apa yang tok alami dalam masa 2 hari lepas di mana tok banyak melakukan terawangan untuk mencari alam yang lebih halus, sebagaimana yang di terangkan oleh Ustaz Syeikh Zainul Asri seorang Ulama Terkenal Kedah bahawa alam ini ada 118,000 Lapis .
Apa yang kita ketahui dan beredar ceritanya di alam manusia cumalah Alam Manusia, Alam Bunian, Alam Jin, Alam Syaitan , Alam Iblis , Alam Roh dan Alam Allah ( Alam Allah atau Alamallah Yang di kenali sebagai Alam Ketuhanan ini sebenarnya bukanlah Alam Allah tapi ia Adalah Alam Diri , Sebuah alam yang dekat tapi jauh untuk manusia kecapi. Iaitu sebuah alam yang hanya ada kegelapan, bintang bintang, tiada bunyi , ia seperti di atas . Tapi sebenarnya alam diri ini ada dekat dengan manusia, malah ia lebih hampir kepada diri berbanding alam manusia itu sendiri.
-----> 2 Hari kaki dan tangan tok bergetar halus, ini kerana tok terlalu berkejar untuk siapkan 71 hari yang kian hari kian mencabar fizikal dan minda dan semakin hari juga tahap kesihatan tok tidak menentu, terkadang Puan kai merajuk dengan tok sebab tak dapat temankan dia ke pasar kerana tok mengalami masalah lemah jantung . Bukan sakit jantung, tapi jantung di rasakan amat lemah denyutan sehingga jam nadi tok menunjukkan denyutan cuma 42-45 sahaja. Tidak dapat bangun , jika bangun juga cuma akan menghabiskan sisa hayat, di rasakan sampai seperti itu, dan tok tidak mahu menghabiskan sisa hayat tok dengan ke pasar jika sisa hayat itu seperti bateri lah. Tak mahu tok habiskan dengan hanya ke pasar.
Maka akibat terlalu bosan dengan hanya duduk dan menenangkan diri, tok mulai memulakan terawangan kerana itu sahaja yang mampu tok lakukan.
Perjalanan tok kali ini lebih kepada ke sebuah alam yang sentiasa senja dan malam, tidak pernah sekali ia mengalami suasana siang kecuali senja sehingga ke malam. Alam ini di kenali sebagai alam Pari oleh manusia biasa.
Setibanya tok di sana sudah ada 1 lelaki dan 2 wanita menunggu, pakaian mereka serba putih labuh, besar kainnya menutupi seluruh kepala mereka kecuali yang lelaki pakaiannya di kepala seperti songkok bewarna coklat dan ada sedikit batu batuan berkilau di sekelilingnya.
Seorang wanita yang lebih tua memegang sebatang tongkat kayu terus mengetuai kami berjalan ke arah sebuah tasek yang besar dan di tepi tasek itu ada denai laluan lebarnya kira kira 3', kami meredah denai itu lorong demi lorong dan akhirnya tiba di 1 lorong yang denainya lebih besar, kami belok ke kiri , ia sebuah simpang 3. Tok pula setelah membelok ke kiri tok menoleh ke belakang dan melihat sebuah papan tanda yang tok kenali warnanya, ia bewarna biru dan ia sebuah papan tanda besar di tepi jalan, papan tanda itu di naiki semak samun dan ia bertulis " Johor Bahru , Alor Gajah dan Seremban " pada ketika itu tok terkejut rupanya denai besar itu ialah sebuah highway dan sudah di naiki semak samun , tok melihat jauh ke depan pemandangan yang mengerikan, bangunan bangunan yang roboh, pecah, hancur seperti sebuah bandar yang sudah lama hancur.
Si lelaki yang ada di dalam kumpulan kami tadi memanggil tok untuk meneruskan perjalanan, Tok masih terpinga pinga melihat pemandangan itu , kehancuran itu seperti sudah berlaku lebih 100 tahun, Adakah Malaysia akan hancur dan adakah ini ialah alam masa depan Malaysia?.. wallahualam.
Kami meneruskan perjalanan ke arah kiri tadi dan berjalan lagi sampailah berjumpa sebuah denai kecil sebelah kiri, denai ini menuju ke sebuah rumah usang tidak jauh dari lebuhraya lama ini. Nenek tua tadi menunjukkan dengan tongkatnya sebuah kotak dan lelaki yang ada bersamanya mengambil kotak berkenaan dan menyerahkan kepada tok , mereka menyuruh tok membukanya dan tok membuka peti yang berukuran 1' x 1' itu, Di dalamnya ada sebuah tengkorak manusia dan di sebelah tengkorak itu ada sebuah kain yang lusuh bertulis nombor 2034. Setelah itu terawangan ini menjadi kabur dan tok terus terlelap di katil pembaringan tok di rumah.
Sekitar selepas subuh tok bangun dan bersolat, dan kemudian tidur kembali, kali ini betul betul tidur. Dan tok bermimpi berada di tepi tasek berkenaan lagi. Ini menyebabkan tok berasa hairan kenapa isi terawangan tadi masuk ke dalam mimpi pula kerana tidak pernah berlaku begitu selama ini. Kelihatan seorang wanita muda menyambut tok, riak wajahnya seperti org yang berada di dalam keadaan sedih tapi keliru. Dia dan bersama seorang lelaki yang juga ada tadi di dalam terawangan tok kecuali wanita tua yang tidak bersama.
Mereka membawa tok di laluan denai yang sama, cuma kali ini kami tidak mengikuti simpang denai yang di bawa wanita tua, denai ini lebih dekat dan kami tidak melalui pun kawasan lebuhraya usang. Terus menuju ke rumah itu, lelaki dan wanita ini bercakap sesuatu seperti cuba memberi pesan , namun suara mereka tidak kedengaran, berkali kali mereka berdua mengucapkan perkara yang sama dari bibir mereka namun tok tidak dapat mendengarnya. Akhirnya tok terjaga pada jam 8pagi dan sehingga kini ...tok menulis tulisan ini tok masih keliru apakah yang ingin di sampaikan mereka. Mungkin tok akan meneruskan terawangan ke alam ini sebentar lagi in Sha Allah.
Wallahualam.
Waalaikumussalam tok, moga dipermudahkan segala urusan dan sentiasa dlm lindungan rahmatNya
BalasPadamWaalaikumusalam, semoga dipermudahkan segala urusan tok
BalasPadamWaalaikumussalam tok,semoga dipermudahkan segala urusan..
BalasPadam