Untuk makluman peserta peserta yang membuat permohonan penarikan Terlebih dahulu tok ingin mengucapkan tahniah kepada mereka yang berjaya . Alhamdulillah.
Selama 71 hari dan sebenarnya tak sampai pun 71 hari memandangkan keadaan cuaca di musim hujan lepas dan juga keadaan kesihatan tok yang terganggu ada beberapa penama masih belum mendapatkan rezeki mereka , bukan kerana nama mereka gagal, tapi kerana belum di hulurkan nama mereka kepada Rijalol Ghoib untuk di usulkan peruntukan mereka kerana masalah di atas.
Yang paling ketara ialah keadaan kesihatan tok , bila duduk bersila lama lama ni, bukan macam org muda dah. Tok ni dah berusia , bila duduk 1 jam sahaja , nak bangun tak boleh bangun, sampai tok terpaksa melunjur dulu, kemudian baring dan pusingkan badan dan bangun macam org buat sit up pelan pelan dengan lutut dan bangun , kemudian berjalan pun tak berapa nak betul dah akibat sakit urat di belakang, lutut dan sendi buku lali. Haishh dah tua rupanya hahaha.
Ada 1x tu sampai tok terpaksa ambil suntikan penahan sakit kerana kaki kiri sakit dari pangkal pinggang sampai ke tapak kaki, Bonda JJ kata urat tenggelam. Sempat la dia urut dan lega sekejap.
2 minggu lepas tok ke kedai hardware nak beli skru dan Dawai, masa nak bayar rasa nak pitam , sempat anak cina tu pegang tok , taukey kedai suruh tok p cek takut darah tinggi. Tok dok cek darah tok okay, mungkin rendah kot, kalau rendah jadi juga nak pitam ni. Tok jadi darah rendah tu sebab tok dok amalkan makan sireh Cina. Kalau tak tau apa dia sireh cina, google sajalah.
Tok ni darah tinggi okay, kencing manis okay, gout dah hilang, jantung okay yang tak okay ialah saluran jantung yang memang sejak lahir dah ada sempit dan bocor. Tapi bocor bocor pun berapa banyak dah gunung tok Jajahi Alhamdulillah.
Kalau nak di kira ritual, tak sampai 71 hari, baru 21 hari jika di kira hari yang tok sihat selama 3 minggu . Tapi tok tidak mahu memberikan alasan alasan begini atau tok akan mengecewakan mereka yang berhajat. Oleh demikian tok sudah menghubungi kenalan dan sahabat tok di Bogor .
In Sha Allah dalam masa terdekat ini.. kurang 6 hari kot. Tok akan ke Bogor sana untuk mendapatkan bantuan mereka demi membantu anda.
Tok juga akan membawa balik barangan dari sana untuk di maharkan di sini , yang mana yang dok tanya tu tok tak mau cakap banyak la jadi melalui permaharan barang barang tu dana mereka akan tok kembalikan, ada beberapa org sahaja.
Tok berusaha untuk membantu mereka yang memerlukan dan melalui keadaan kesihatan tok yang bukan lagi muda ni ada toleransi dari mereka untuk memahami bahawa usaha tok untuk mereka dan bukan untuk org lain juga. Itu yang tok mampu di dalam sisa sisa hayat yang maasih tinggal kini, In Sha Allah.
Tadi tok dah bincang dengan Puan Kai, In Sha Allah kami akan ke Bogor dan mungkin juga ke Indramayu untuk berjumpa Master Master dan Grand Master di sana untuk 2 tujuan, 1 tujuan bantuan penarikan dan yang kedua untuk membawa pulang barangan penarikan mereka ke Malaysia.
Kalau dulu org pelik bagaimana tok membawa balik sepuh sepuh keris lama pulang Ke Malaysia. Tok cuma tersenyum..... tok bukan tau keris tak boleh bawa masuk ke Malaysia sebab tok dah terlalu lama tak pergi ke Indonesia, last tok pi masa dengan Isteri paling pertama , tu pun masa tu dia ada program Perantarabangsaan Sekolah , Dia handle program, tok pula pergi jumpa kawan kawan seperguruan.
Kemudian p pulak bila dengan bonda JJ , tu pun 2x sahaja sebelum PKP.. after 7 tahun kahwin dengan bonda.. Maksudnya kali pertama tok p indon tu sekitar 11 tahun yang lepas selepas 7 tahun dengan bonda.. kalau la ni dah 13 tahun lepas lah ..itu kali pertama ke Indonesia semasa beristeri. Zaman bujang dulu memang kerap, boleh kata ulang alik tiap minggu, tu zaman bujang.
Bila tok masukkan gambar dalam FB dan tok kata tok nak bawak balik, Takdak 1 org pun tegur..PM , Komen nak habaq kata benda tu salah , tak boleh bawak balik... padahal dalam FB tok tu ada je Yang kerja kastam dan aktif di FB tok. YA..takda sorang pun yang nak habaq. Tu yang tok sedih dan sebab tu tok x aktif sangat dah FB sebab tok tau dalam tu banyaknya bukan KAWAN,,,tapi MUSUH.
Bila tok berjaya bawak balik ke Malaysia...... Ramai terkejut , ramai yang bertanya. Lagu mana tok bawak balik?... Tok cuma bagi jawapan..... Tok pakai kapal terbang Bunian.... Awat depa tak nganga... masalahnya betuii ka?... kalau nak tau, try la p beli sekali dan try bawak balik.. toksah banyak ..1 pun dah cukup .. kot nak kena rampas di KLIA ...
Selepas peristiwa tu lah tok tak menulis sangat di FB kalau anda perasan.... tok cuma tulis berita terkini, PKP, covid dll, benda yang xda kena mengena bab mistik. Perkara itu sebenarnya sangat menyedihkan tok... Actually sebenarnya bukan tok bawak balik dengan kapal terbang bunian... tok dok cakap lama dah kan.. dalam keturunan tok ni, tok sorang saja berniaga, hak lain semua pegawai pegawai besaq, Menteri pun ada, tapi tok bukan suka sangat nak pakai kabel ni..tok x suka terhutang budi dengan org, tapi bila tok kena di airport tu tok terpaksa la jugak pakai kabel tok yang ada di putrajaya. Meh tok nak oyak v.. KPN 2 generasi lepas sebelum Tan Sri Musa Hassan... Itu Pak Sedara Ayah tok.. Kalau ASP ka, ISP ka, DSP ka ( buat tukaq polis salah guna kuasa p dok pedalaman sabah barang bertahun tahun )... berlambak dalam family tok muda, KDN pun bersepah, Parcel A Putrajaya Sayap Kiri JPM Pun ada, ADUN T.Merah Cikgu ***** Pak Menakan, ADUN Pauh Ku **** Pak Menakan, Dalam ASTRO , TV3 pun ada kazen, Allahyarham Hj I***** HPA Pak Menakan sedara jauh, CEO SIREH ( pencuci wanita bini hangpa pakai ) Tok menakan tok muda , kastam, JPJ berlambak lanar ( buat settle saman )... KPendidikanM Timb Pengarah Bhgn ******..anak beranak kami nak masuk matriks atau jadi cikgu petik jari ja terus masuk khidmat ( Ni tok petik sebab ramai kazen guna, bekas xwife pertama pun guna hehe ) ... Dan tok dulu pun Pegawai Felda ( Pakai kabel ayah tok sendiri )..org lain Iv 30 minit tok iv 4 minit saja huhuhu....., tapi sebab tok ni tak suka di kongkong dengan masa, maka tok resign. Kalau dak, la ni tok dah jadi manager Felda ( kalau ikut ranking kawan kawan yg masuk sekali dulu ) . Sebab tu kalau macam contoh org nak ugut tok nak itu ini, tok sengih ayaq liuq basi saja ( kes dulu dulu la ). Kalau Polis pun dia kena ikut prosuder dia , bukan main sembrono, nak tunjuk kad polis pun kena pada tempatnya bukan boleh main sesuka hati saja, Nak tangkap org pun ada Prosuder bukan boleh main tangkap, nak tuduh org pun kena ada Saksi , bukti dalam tangan semua. Tok sebut ni kalau korang ingat lah dulu kan ramai sangat yang kecam tok... Tapi tok nak habaq 1 benda la kat korang.... dalam semua semua tu, takda sekoq pun tok jumpa atau mai jumpa.. semua setakat keyboard warrior. Kata dok cari tok lama dah, apa dia dok cari nya , alamat tok jelas terpampang di setiap parcel postage , malah alamat Mak Bapak tok pun ada di dalam Internet tok pernah tulis dulu.
Mana p depa?... tadak sekoq pun mai jumpa atau ajak jumpa, semua berani atas angin.... Bila nak Salah guna baju... Lupa bahawa baju pun ada SENIORITI. Tu namanya tak habis mengaji sekolah "Majlis Majlis ". Dalam majlis tok dah habis ranking dah baik putih baik merah. Local, international ada nama ada pangkat. Untuk apa semua tu, untuk cari kawan, bukan cari musuh.
Tok Tau ramai yang nak tengok tok jatuh sebab 1 masalah saja, Masalah HARGA.... Tapi la ni Tok senyum...berbangga...pasai apa.. pasai muncul ribuan peniaga mistik online muda muda berniaga barang mistik dengan harga setara tok jual, xdak la jual harga macam 'depa2 " jual. Dulu mereka perangi tok , sekarang mereka perlu perangi ribuan peniaga lain.. Usaha Tok berjaya, Munculnya ramai peniaga mistik menunjukkan Usaha tok selama ini berhasil. Tok muda galakkan anak anak muda berniaga... maka bertambahlah org org gila... mereka sampai jadi gila, YA, Memang Realiti mereka sekarang dah jadi sewel, gila,,tidak siuman lagi sebab mereka tak mampu lagi nak perangi Tok muda kerana di belakang tok muda ada ratusan malah ribuan peniaga peniaga baru yang meniagakan mistik dengan harga berpatutan dan mampu di miliki sesiapa sahaja. Malah ada di antara mereka sudah berputus asa, ada yang beralih perniagaan ke bidang lain, ada yang tinggalkan bisnes ini dan pergi kerja Pengawal keselamatan. Dan ada yang dah menerima rawatan psikiatrik pun.
Selalu tok muda pesan.... rezeki bukan dari kita...rezeki dari Allah taala.. kalau Allah kata YES...dengan usaha kecil pun kita akan dapat hasilnya, tapi kalau Allah Kata NO buatlah bisnes kapal kargo pun, kompom kena rompak dengan lanun di tengah laut... Bila rezeki tak lancar maksudnya Allah suruh kita STOP sekejap.. Allah nak suruh kita muhasabah diri kita... tapi kite merungut, kita cari salah orang, kita nak salahkan org .. Maka Allah uji lagi dan lagi dan lagi Sampai kita sedar.. Allah tak heran pun kalau kita tinggal sebatang kara kerana yang penting bagi DIA ialah Kita mengingatiNya dan kembali ke jalan Asal. Mungkin kita ada buat salah dengan Ibu Bapa Kita, mungkin kita ada sakiti hati rakan rakan kita, mungkin kita ada buat salah pada hewan ...mungkin kita tak sedar mulut kita ni jenis celupaq nak mampuih sampai org kecik hati dengan kita.. muhasabah balik diri kita , dan cari kesalahan diri kita..bukan kesalahan org lain.
Bertahun tahun mereka mencari jalan menjatuhkan Tok Muda... tapi...AKU MASIH DI SINI..
Kerana apa?.. kerana perjuangan tok ... ramai pelanggan cakap..tok ni kalau sy kira sejak 2012 , jutawan dah?.. memang pun. Tapi adakah AKU akan berhenti bila dah jutawan?.. TIDAK.. sebab aku bukan mencari kaya... banyak hasil aku bagi kat org gelandangan, bantu asnaf , perlu ke aku tunjuk?.. tak perlu kerana semua itu akan membuatkan aku jadi riak sekaligus menghapuskan apa yang selama ini aku perjuangkan , semua pahala aku buat mungkin tiada lagi, yang mana dok provoke suruh tunjuk , itu semua setan munafik yang nak aku juga jadi seperti mereka....aku pun dah balik duduk di pondok kebun kecil lebih kecil dari ruang tamu rumah hangpa kalau nak tau, aku tak mau semua tu dan aku sudah buktikannya apa yg aku cari dan buat ialah aku ingin berjuang, kalau org tengok anak bini aku duduk di banglo 3 tingkat, bini muda aku di banglo 2 tingkat, itu mereka..bukan aku....tok jarang balik ke rumah isteri isteri tok kalau nak tau.. giliran dorang, dorang kena mai sini..tok memang tak berganjak dari pondok kecil tok ni....org melayu......kalau kita kata "JANGAN" mereka akan terus buat dan buat....jadi ..mereka minat mistik..maka apa salahnya kita yang ada sedikit ilmu lebih ni GUIDE mereka agar sentiasa berada di jalan lurus...Bukan Obses dengan Mistik, bukan taksub ........Tapi tok tahu, ramai peniaga cuba buat pelanggan mereka taksub dengan mereka kerana manusia ni bila dah taksub.. apabila datang kebenaran pun mereka akan menolaknya..kerana itu tok selalu pesan kepada anak murid tok...Jangan taksub dengan tok, siapa yang taksub tok akan terus menolak mereka dari KKST 8 sekaligus bukan lagi murid tok.
Guru lain kalau berjalan ada saja apit kiri kanan.. tok muda..Sorang diri..apa mau takut jika kita Yakin kiri kanan Kita di apit Malaikat?. ..Jika takut mati?... kita semua akan mati..... Jika org nak bunuh..maka bunuhlah.. tidak takut kerana SYAHID itu yang kita cari... biar mati sebagai Bermaruah jangan mati Dengan Hina. Itulah pesan Arwah Nenek tok dulu semasa mengajarkan tok cara mencabut pedang .
Ni apa barang berjalan pun abg long, kanda kanda apit kiri kanan haha.. Kata hebat..dah hebat, jalan la sorang sorang, baru Hebat.. hebat pada jiwa , pada keyakinan diri Yakin Allah ada untuk jaga kita.
Bukan mendabik dada, mendabik dada tu namanya bodoh, tapi sebab kita yakin kepada Allah, Tok beberapa kali dalam "Majlis" dulu di cabar "Majlis Merah".. sungguh bang..bila kita siap bagi alamat dan bagitau kita tak takut mati kerana Syahid tu lah kita kejar... Haram bayang pun tak nampak...kita ni bersungguh dah ni.. Ya lah..kita org islam.. Syahid tu kita kejar ...bukan senang nak dapat . mati terus p syurga... takda timbang2 dah, takda tanya tanya dah.. mati ja terus bidadari mai amik bawak p syurga.. tak lalu dah masyar ka, Jambatan Ka, nak p naik kapal angkasa p jumpa para nabi ka, tarak... Mati ja, terus p syurga, hangpa tak mau lagu tu?... org gila saja tak mau. Kita bukan hidup selama lamanya.. kok mana pun akan mati juga. Nabi Khidir yang hidup lama pun akan mati juga kelak bila sampainya Kiamat.
Sebab tu tok sedih tapi kesedihan itu bertukar dengan kegembiraan bila di saat akhir tok muda, tok muda melihat dengan mata kepala sendiri naiknya peniaga peniaga muda lain , bukan 1, bukan 2, ratusan malah ribuan di dalam Malaysia samada full time atau partime..tok boleh "Balik" dengan tersenyum In Sha Allah, selamat tinggallah para peniaga mistik yang lintah darah.. semoga kamu belajar dan kembali sedar,......