Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera
Alhamdulillah pada jam 9.00 malam ini Tok Muda akan persembahkan kepada anda 1 Pembidaan barangan yang baharu semalam tok dapat. Ia sebentuk cincin lama, namun sayang sekali puan kai bawak ia pergi polish, tok lupa nak suruh dia polish sebelah sahaja.
Kerana asalnya cincin ini ialah barang purba dan di miliki dulu oleh seorang Puteri Tanah Melayu dan cincin ini ialah Hadiah Raja Siam kepadanya sebelum Sang Puteri melarikan diri dari di kahwini Raja Siam Ini.
Cincin ini bercorak purba berseni dan mempunyai 8 ( LAPAN ) biji batu delima asli, dan sudah di sahkan oleh kedai Emas di Kangar sebagai delima yang mempunyai nilai tinggi setiapnya, Kalau harga sekarang setiap biji delima itu berharga RM 2000-3000 mengikut negara mana ia di pasarkan ( Mungkin anda yg akan pasarkan ia ) dan delima ini berusia lebih dari 350 tahun , Delima ini sudah di sahkan sebagai delima Burma, bukan delima afrika ya tuan tuan.
Barang yang mempunyai nilai estetik lama ini mungkin menjadi rezeki anda kerana ia tok perolehi semasa Promosi bidaan sempena Ulangtahun kita yang ke 10 di sini. Siapa tahu mungkin tuah anda.
Pembidaan akan di mulakan pada Nilai RM 800 RM 350 SHJ dan pembidaan ini akan tok lakukan dengan pantas yakni selama 1 jam sahaja.
Mahar asal tok nak letgo ialah RM 3500 namun itu lah... memandangkan ia tok dapat semasa sebelum 5hb Februari... so ....hahahah rezeki anda... dan pembidaan pantas ini juga akan di akhir dengan pembayaran pantas sebelum jam 12 malam.
SEKIRANYA TIADA PEMBIDA
Sekiranya tiada yang membidanya maka tok akan anggap pembidaannya gagal dan ia akan di masukkan dalam halaman biasa pada nilai RM 3500 , mungkin jika puan kai nak buat promo di blog legasi pun pada nilai RM 2000 dan kalau bonda JJ pun mungkin promo dia bagi sekkitar RM 1500. Itu sudah tentu jika ia melebihi 3 bulan dalam simpanan kami. Or maybe.... salah seorang dari mereka akan memakainya hahaha.
Warna asalnya ialah seperti ini.....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komen menggunakan Akaun Gmail anda & Browser Opera Sahaja