Selasa, 4 September 2012

RAHSIA

RAHSIA BERTAM BERKALIMAH DIBONGKAR
Assalamualaikum wbt

Bagi yang sudah memiliki dan bakal memiliki Bertam Berkalimah

Kalimah "Ha" Sambung "Wau"
( Di dalam sebutan Kesufian Mendalam Secara rahsianya )

Rahsianya : HU... merujuk kepada " Dia"

Lama Tok diam nak Lihat Jika ada Yang Boleh Menghuraikannya dengan 1 Ibu Segala Ilmu, Atau Di sini kami panggil sebagai 

Ilmu Pamungkas

Be-erti :

Pemotong

Pengakhir 

Pe-Mati

--------------------------------

Di sini Tok revealkan Apakah Rahsia Kalimah " Hu" walaupun ia sebenarnya sesuai di Postkan di Blog 1 Lagi tu, Takut ada yang tak Jumpa Blog yang 1 tu.

ILMU HU

Membawa Maksud 

ILMU DIA

Dalam Istilah Kesufian: 

" Hu adalah DIA, Dia Ialah Allah, Allah Itu Dia, Dia di dalam diri Kamu , Di mana Dia?"

Di dalam Istilah Bahasa:

Dia merujuk kepada sesiapa sahaja, sohih kepada manusia bukan kepada Binatang , Tumbuhan tidak berilmu Dan tidak pula mempelajari sesuatu Ilmu, Dia tidak merujuk kepada Jin, Syaitan, Atau iblis Kerana Mereka juga Tidak Punya Ilmu, Ilmu merujuk kepada manusia, Sejak dahulu kala Ia merujuk kepada Ilmu Manusia.

RAHSIA HU 
 * Mengapa ia ada di Tumbuh Tumbuhan dan binatang?.

Perkara ini merujuk kepada peringatan Allah itu sendiri kepada Hambanya , Sehinggakan Peringatan Ini Tampak Jelas lagi Nyata Ke atas sesuatu Makhluk Yang lain Agar Manusia Ini Berfikir Akan KekuasanNYA Melalui akal Fikiran

Di manakah Ilmu Itu?...

Ada dalam diri setiap kita, Namun Siapa Kah " DIA"... Perkara ini merujuk kepada siapakah yang memilikinya... Memiliki apa?... 

Memiliki Peringatan dan petunjuk Yang di tampakkan jelas Terhadap sesuatu benda.

Tak Faham?.... Cari dan fahami sendiri...

--------------------------- 

Kalimah HU

Ilmu segala ilmu

Merujuk kepada 

Ibu segala Ilmu

&&&&&&&&&&&&&

Ilmu Hu

Insyallah, bagi pemilik Bertam Berkalimah Hu ini, sila amalkan 

Allah hu, Hu Allah : Senafas

Sebanyak 100x Bermaksud 100 Senafas 

dalam sehari

Jika mahu kesan cepat, Amalkan 1000x sehari dengan tiapnya 1 nafas juga.

Amalkan selama terasa ia ada di dalam Raga dan Jiwa...

Cara Test: Ambilkan Lilin Dan nyalakan... Baca Kalimah ini 100x dan di pengakhirannya Tarik Nafas dan tangan ke belakang  untuk melancarkan Jurus Jarak Jauh, Hadangkan antara lilin dan diri dengan kertas atau papan... Lancarkan jurus ini sambil  lepas nafas dan tapak tangan dilancarkan ke arah api lilin..insyallah padam.

Lebih bagus jika lilin dalam jarak agak jauh dari diri untuk elakkan ia padam akibat hembusan nafas kita.

Jika terpadam, insyallah..ia sudah sebati di dalam tubuh, namun..awas..jangan sesekali melakukannya kepada lawan jika masih ingat ia kawan

Api di sebalik dinding boleh terpadam, apatah pula organ dalaman di sebalik kulit manusia

----------------------------------------------

IlMU PENDINDING SEGALA PENDINDING

Bangun Pagi, Sebelum keluar Bekerja, Bacakan :

Tahan Nafas di perut sekuat hati Dan bacakan dalam hati :

Hu Allah 21x

Selesai Baca dalam hati , lepas lah nafas, insyallah jika ada pada hari itu :

Orang ingin menyihir, sihirnya patah balik

Orang yang ingin mendengki, tidak akan berupaya

Orang yang ingin berbahas, bila berdepan akan terkunci mulutnya dan tergagap gagap

Orang yang ingin menggunakan Penunduk Terhadap diri akan tersipu sipu seorang diri

Jika ingin berlaku kemalangan , insyallah terasa kenderaannya seolah di angkat dan di ganjakkan

Jika Dalam hari berkenaan Ada binatang ingin menggigit, membaham, mematuk insyallah mulutnya terkatup

Jika pada hari berkenaan Ingin masuk mahkamah, insyallah Dalam mahkamah terjadi kekalutan dan kecelaruan pihak pendakwa 

Jika Ingin di tipu akan dielak tertipu

Insyallah

INILAH KEHEBATAN ILMU SEGALA, ATAU ILMU YANG DIKATAKAN DI WASIATKAN OLEH NABI NUH 1 KETIKA DULU.... 

Betapa Hebat Dan besarnya Ilmu Hu Yakni Ilmu DIA ( Allah Itu ), Lebih dari segala ilmu.... 

Tidak perlu panjang berjela, jika kesusahan , apa sempat dibaca ayat berjela jela, nah..sendiri mau fikir !!!!

------------------------------ 

Bukan wajib pakai Bertam Berkalimah Ini, namun bila di satukan ia... insyallah lebih hebat lagi kesannya... hebat tahap nya berbatas yang Allah telah Bataskan... mana boleh melangkaui batasanNYA...


20 ulasan:

  1. ada 1 persilatan yg mengunakan Hu Allah dlm pernafasan,akan wujud aura di badan kita,senang crita mcm aura dragonball,tp org yg tertentu ja dpt lihat n rasa aura tu,maaf la jika saya salah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betui tu, bukan persilatan itu sahaja..beratus persilatan memakainya, malah tabligh, pak imam, bomo bomo, pak kiyai2, pak wali wali pun memakainya... namun bila kita nak belajar selalunya depa senyum dan bagi yang panjang berjela dulu.... bagi kita faham sendiri, bila sudah faham maka akan jumpa lah rahsia ini...

      Kalimah HU ini banyak lagi gunanya..kebal boleh, tumbuk dinding dnding pecah boleh, pecahkan kepala org boleh dan mcm mcm lagi.

      Jangan lupa pula kepada kalimah Bismillahhirroh manirrahim... merangkap kepada seluruh nya keilmuan juga, rahsianya.. jika mahu amala apa apa mesti di dahulukan dengan bismillah..kekadang hal ini pun tidak di sadari oleh diri kita akan rahsianya.....

      Padam
    2. Apa yg ada pada diri kita itu semua hak Allah

      Padam
  2. banyak sungguh ilmu tok, rasa macam nk ambik sikit. heheh

    BalasPadam
  3. Besar sungguh fadilat kalimah hu allah..ad gak yg ckap kalau di amalkan wat zikir kte akn dapat bkak nafas alpha dan orang xbleh tarik ilmu kte..bernafas melalui hidung dahulu ataupun menggunakan mulut dahulu mengucapkan kalimah hu allah ataupun allah hu..banyak sungguh keistimewaannya...awalludin makrifatullah..allahu akhbar..

    BalasPadam
  4. Betul Rahsia dalam rahsia.. Ilmu pembuka rahsia..

    BalasPadam
  5. Salam semua,

    Di dalam amalan para pendekar, kaedah dan susunan NAFAS amat dititikberatkan. Sekiranya diamalkan aturan nafas ini secara rutin, ianya mampu untuk mengekalkan kesihatan,awet muda, menambah kewibawaan, tingkatkan keyakinan dan membangkitkan tenaga dalam dalam tubuh. Selain itu, zikir diterapkan untuk mengingati Allah yang dipanggil ZIKIR NAFAS. Setiap kali menyedut nafas di zikirnya "ALLAH" dan saat mengeluarkan nafas di zikirnya "HU". Dalam ilmu bernafas ini, ada 4 peringkat iaitu;
    -Nafas
    -Anfas
    -Tanaffas
    -Nufus
    Secara saintifiknya pula, bila kita bernafas secara betul dam beritma, sel darah merah kita mampu untuk menerima isipadu oksigen yang lebih tinggi. Maka, isipadu oksigen ini mampu untuk diagihkan dengan secukupnya ke seluruh sel-sel badan terutamanya di bahagian sel otak.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terbaikkkkkkkkkkkkkkkk Sang Arjuna..tip top berdesup !!!

      Padam
  6. Bagaimana zikir yg betul? HU ALLAH atau ALLAH HU, kerana maksud setiap zikir ada bezanya, yg masuk yg keluar,yg menyatakan.. (khalifah yg keliru)....

    BalasPadam
  7. Ramai jugak sahabat2 Tok Mat di sini yg hebat per JALAN an depa. uma low profile sja kan Tok... bila Tok panaskan enjin bru depa bersuara bertukaq ilmu. Alhamdulillah..dgn bloq Tok ni kita eratkan segala cabang ke SUFI an bergabung menjadi satu atas dasar ILMU ALLAH....

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahah tok mmg suka buat jerangkap samar..ramai dah terkono

      Padam
  8. ilmu yg baik..mintak dihalalkan..insyaallah sy amalkan..

    BalasPadam
  9. Tok nk tnya skit.. Sume suluh bertam sama ke utk aktivkn khasiatnya?? Trima kasih..

    BalasPadam
  10. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  11. Assalamualaikum..kayu bertam hu ade lagi??...

    BalasPadam
    Balasan
    1. w.salam wbt , kayu bertam ada lagi, tapi ada kalimah macam ni dah takda dah tuan

      Padam
  12. Assalamualaikum tok....qolbitu mohon dihalalkan ilmu pendinding segala pendinding untuk amalan...tk.

    BalasPadam
  13. Assalamualaikum tok..mohon izin amalkan ilmu ini

    BalasPadam

Komen menggunakan Akaun Gmail anda & Browser Opera Sahaja

CARA BERURUSAN