Khamis, 27 September 2012

KERIS BETOK






Keris BETOK ini berusia sekitar 719 tahun , iaitu sekitar permulaan zaman pemerintahan majapahit... mari bersama Tok kita kembali ke Tahun 1293 - 1364.

Dipercayai melalui jawapan orang orang lama dan juga dari rijalul ghoib, Pemilik pertama Keris Betok Ini ialah Jayakatwang yang pernah membunuh Kertanagara dan membunuh ribuan Tentera Singhasari serta Askar Mongolia Lari dalam keadaan kelam kabut dari medang perang....Keris ini dahulunya Bersarungkan Kayu Kemasan Perak dan emas, Namun sudah Beratus tahun, Hulu dan sarung asalnya sudah pecah dan reput.

Kini ia diberi nafas baru dengan Sedikit kemasan sederhana Hulu dan sarungnya di buat baru. Matanya Juga sudah berkematu menandakan usianya yang sudah terlalu tua.

Ada pihak pihak yang mengatakan bahawa ianya ialah keris Bali, tidak... Keris Bali diilhamkan dari Keris Betok Dari kerajaan Srivijaya cuma matanya agak tipis dan keris bali di olahkan dengan 7 jenis besi dari 7 daerah di Indonesia.

Bahan Besi Keris ini Ialah Iron Nikel, Terlanjur tok upload Besi kursani Puteh Alam Sebelah, Nah... Ini pula dalam bentuk Keris, Dan Totally Besinya ialah Kursani Semata Mata, Ianya dipercaya boleh berdiri tanpa sarung, wallahu...sebab tok baru nak mencubanya.

Di Bahagian mata keris ini kelihatan bekas bekas darah mangsa tikamannya .... Dan seperti yang tok ceritakan kepada Zul Kluang....Keris Ini Lapar....!!!!

Manakan Tidak, dah letak minyak kasturi Ulama , kering macam tu sahaja tanpa meninggalkan kesan berminyak, ini belum di mandikan limau dan di asapkan dengan setanggi gaharu.... mungkin boleh haru dibuatnya, keris goyang tok dalam bilik pun dah tak terjaga dah.

Katakan dari Jayakatwang sehingga zaman 2012 ini, setiap pemiliknya berusia 70 tahun ( lunsum ), maka Tok adalah pemilik ke-10 sepanjang hayat, masyallah.... 

Secara mistiknya tok perolehi bayangan sekitar 1000 orang lebih sudah menjadi mangsa tikamannya, ini berdasarkan suara suara jeritan yang terlalu ramai kedengaran apabila Tok memegang matanya dan menggunakan mata dan telinga batin, sedih, sadis dan kehibaan menyelinap di sanubari tok... Betapa kejamnya pemilik keris ini sehingga ke pemilik yang ke 8, alhamdulillah didapati rasa rasanya di miliki oleh seorang Ulama... wallahualam siapa namanya... 

Cuba kita ambil Nilai Matanya sahaja tanpa mengira sejarah, asal usul dan hikmatnya :

Seluruh mata ialah Iron Nikel ( Besi Kursani )...Sebiji besar permata sudah RM 500 , harga pasaran cecah sehingga RM 2000 sebiji pada kadar permata..... agak agak..apakah nilainya bagi Iron Nikel ( Kursani ) saiz mata keris Bekok ini....

Katakan Jumlahnya RM 30,000 ( mengikut kiraan inci di matanya )

RM 30,000 Perolehan Yang Tok boleh hasilkan melalui Kursani Menggunakan Matanya....Gilo...Kayo den.....

JUMLAH : RM 30,000

Belum masuk Sejarahnya, Insyallah jika di jual di muzium matanya sahaja Rasanya Lepas RM 4000 ( muzium Kedah, sebab majapahit ada kaitan dengan kedah Tua)

JUMLAH 34,000

Campur lagi dengan nilai estetikanya Sebagai Keris Berhikmat RM 2000

JUMLAH : RM 36,000

Apatah Lagi Jika Boleh Berdiri : RM 1 Juta

JUMLAH BESAR : 1,036000.00

Aihhhh..... Tak Boleh Jadi ni, Tok Nak Try Juga Bagi dia Boleh didirikan....insyallah.... haiii... audi TT oh TT heheheh

Berangan Sajalah Tok Mat Ni...... Heheheh.....


Ada Sapa sapa Minat ?.....

Tok tak Mau Cakap Maharnya Berapa, Anda calling dan anda sebut Maharnya sendiri...ingat..sekali sebut sahaja..no dua atau tiga kali.... Kalau O.K.... Lepas.. Tak O.K... Takpa...maksudnya belum rezeki anda....

Tak dapat dilepaskan Pun takpa, Sayang neh...bukan senang nak dapat macam ni.. 

Wallahualam bissawab.... Salam sejahtera....

Sila SMS Atau Hubungi Untuk Menyebutkan MAHAR Lamaran Anda .... Tok Menunggu......


Sila Rujuk Di Sini Jika Tidak Percaya Ianya Keris paling Terawal :

CARA BERURUSAN