Jumaat, 14 September 2012

PENGUMUMAM PENTING

MASALAH PERBANKAN TOK MAT GB


Assalamualaikum wbt

Salam sejahtera dan jutaan terima kaseh kepada pengunjung serta Pelanggan GB.

Alhamdulillah, masalah perbankan Maybank Tok Mat GB Sudah berjaya diselesaikan, Ini kali ke 2 perkara yang sama terjadi ke atas akaun Tok Mat GB di mana pihak Maybank menyekat semua wang keluar dan masuk akibat terlalu banyak transaksi, bak kata Pegawai bank tadi, Transaksi terlalu Heavy, Alhamdulillah syukur ke hadrat ilahi, lepas pulang dari Kota tinggi, sempat Tok singgah rumah anak yatim Kota Tinggi Bagi mengeluarkan 25% hasil perolehan untuk kebajikan mereka, diniatkan juga nama nama pelanggan yang memaharkan Item dari Tok seperti kebiasaannya.

Pada Isnin ini insyallah Tok akan cuba membuka akaun baru di maybank di bawah Nama Syarikat MY GEMSTONE yang telah di daftarkan dengan SSM, Tok akan memaklumkan di sms dan juga di blog akan nombor Akaun Bank Atas nama syarikat berkenaan secepatnya, insyallah ( sebelum ni nak buat, tok takda introducer, sekali unkle rupanya ada dan boleh tolong, aiseh.

UNTUK PERHATIAN BAGI YANG MENJALANKAN TRANSAKSI DARI SEMALAM SEHINGGA HARI INI : 

Alhamdulillah semua transaksi anda telah berjaya, usah risau lagi... Item anda juga selamat diposkan tadi ( harap sampai sebab isnin cuti, macam macam boleh berlaku selama cuti tersebut ). Terima kaseh Tok ucapkan , Fast And Reliable Buyer A++++ hope will trade again with u .......... Macam kenai saja ayat tu ( dalam lelong.com.my ) =)


-------------------------------------------------------------------------
TAWARAN MEMILIKI LESEN MEMBAWA SENJATA ( KECUALI SENJATA API )


Peluang ini di buka oleh Unkle kepada tok semalam, Jika anda ingin memiliki lesen membawa senjata seperti keris, pedang , tombak, panah, atau apa pun yang bernama senjata kecuali senjata api. 

Sila kemukakan :

- Salinan IC : 1 keping
- Gambar Passport : 2 Keping 
- Yuran Seumur Hidup : RM 150

Pendaftaran ialah menggunakan Sebuah persatuan senjata Purba dan lesen ini laku untuk ditunjukkan kepada pihak berkuasa jika anda ada membawa senjata seperti ini ...bukan saja saja bawa...tapi mestilah atas urusan perniagaan, jadi kalau kena tahan, dan didapati membawa senjata ini, tunjuk saja kad dan lepas...tak perlu di soal dan banyak bersoal jawab...insyallah.... 

Tawaran ini ditawarkan kepada DROPSHIP, AGEN, BLOGGER ANTIK, PENJUAL PASAR MALAM dan yang bersangkut paut, Lesen siap dalam tempoh 2 bulan.


Terima kaseh.





11 ulasan:

  1. Tok Mat, saya berminat untuk dpatkan lesen membawa senjata tuh...camna caranya ttg dokumen tuh?? hanya poskan kat Tok Mat..ok ke??/hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Poskan sahaja beserta Yuran RM 150....jangan bankin, sila buat wang pos atau wang tunai, kalau tunai, sila baca ayat Kanzal Arsy' Sekali Dan tiupkan ke dalam sampul tersebut....

      Padam
  2. wah...kalau macam ni nak kena jadi agen dropship tokmat la,baru ada alasan kukuh nak dapat lesen tue...saya berminat tokmat...serious!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh, kalau takda syarikat, tok boleh buat tuan sebagai cawangan dan didaftarkan di bawah syarikat Tok, insyallah

      Padam
  3. tok sy lock 1 .. nnti sy poskan salinan ic n gambar kt tok.. pas trnsfer duit sy roger tok tq.

    BalasPadam
  4. Tawaran ini bukan untuk buat main main tau, hanya yang ada lesen kompeni dan dropsip, ajen , sekutu, blog blog sekutu tok sahaja mendapat kelebihan ini...

    Lepas dapat lesen ni kena p balai polis dan bawa salinan potostat lesen niaga SSM dan minta depa cop... jadi anda akan bawa 2 dokumen sepanjang berjalan:

    a) Salinan SSM yang ada cop polis
    b) Kad Lesen Membawa senjata

    BalasPadam
    Balasan
    1. klau camtue xjdikla...takut...

      Padam
    2. hahahah.... ini untuk org niaga la, bukan lesen bebas bawa senjata macam zaman hang tuah dulu, masuk kedai makan je ...letak keris atas meja dan order...teh ais sato... macam to?...hehhehe... naya naya ...tok yang naya nati ha, kena pelangkung ngan unkle hahahah

      Padam
  5. kalu meniaga golok, sabit, parang, cangkul dab leh war x tok

    BalasPadam
  6. Saya nk lesen...tok mat mcmana ea?-fairuz bp-

    BalasPadam

Komen menggunakan Akaun Gmail anda & Browser Opera Sahaja

CARA BERURUSAN