Sabtu, 15 September 2012

IKLAN DESIGN

CUBA TEKA SIAPAKAH PEMILIKNYA ?







Cincin GMG Bersalut Emas
&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&



Cincin G.Umbi Nibong Tunggal Pembisa Pukulan Salut Emas

( Item di Atas Tidak Di Maharkan, Ianya Koleksi Tok Sendiri )
Assalamualaikum wbt....

Item di atas adalah contoh Perak yang telah di salut dengan emas... Boleh juga ingin disalut suasa jika mahu


Kos Salut Emas : RM 40

Kos Salut Suasa : RM 100


Pelikkan kenapa salut emas lebih murah, tok pun pelik juga.


22 ulasan:

  1. lawa tok.. design tu tok mmg bunian lah

    BalasPadam
  2. lupa nak bagitau....delima sebelah pun tok tak juai tau... dah ada yang menanya ni...

    BalasPadam
  3. fuiiyo..marveless..
    kan dah kata..design nie mariii punya..siap ada type SE lagi.

    BalasPadam
  4. lawa nyaa terpikat laaa nasib baik la x leh pakai emas atasu suasa..kalu x nak tempah satu

    BalasPadam
    Balasan
    1. erm.... laki x leh pakai suasa eh?.... lain mcm jerk.... masa tok belajar sekolah dulu kat perlis utz tok cakap boleh... erm konpius ni...konpius... yang arif..tolong explain .......

      Padam
    2. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

      Padam
    3. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

      Padam
  5. hahahaaa...sy tulun xplainkn..yg sy tau laki xleh pkai emas je...suasa ngan perak blh...tlg btulkn klu sy salah....

    BalasPadam
  6. haaa assalamualaikum...meh sini hamba nk criter ckit pasal suase.ni aper yg hamba blajar dulu la.tp still digunapakai sbb ilmu ni sampai tua kte gune.asalnya suasa ni adalah perak + emas.kuantiti emas dn perak adalah berlainan.dalam Quran Mukjizat Nabi Muhammad S.A.W pn dh tertulis terang yg membawa maksud lelaki x dibenarkan memakai emas dan benda2 yg dibuat dari emas.dan apabila mati kelak akan ditanya didalam kubur SIAPAKAH IMAM KITA dn jawapannya adalah Quran.jadi apa yg tertulis dalam Quran adalah benar2 belaka.hamba harap pnjelasan ini dapat kita renungkan.ini adalah dari apa yg dah diajar oleh guru agama dulu.saya mohon maaf jika ianya fakta salah.dan tolong betulkan ksalahan ini jika ianya salah. (habib paskal)

    BalasPadam
    Balasan
    1. haa, bagus tu penerangan tuan hamba... sapa sapa lagi sila mintak share..kita berkongsi pendapat... sebab tok dengor banyak pendapat..mana satu yang sohih dan tersohor ni..tok pun pening juga haaa

      Padam
    2. 4. JAWAPAN DARI JABATAN MUFTI KEDAH

      Soalan:
      Apakah hukum memakai cincin suasa?

      Jawapan:
      Menurut kenyataan dan perakuan daripada tukang-tukang emas beragama Islam yang ada kepercayaan dan mempunyai pengalaman dan pengetahuan terhadap jenis-jenis logam yang diperbuat hiasan adalah suasa itu sejenis logam yang diadun dari berbagai-bagai logam menurut kadar dan peratus yang tertentu iaitu:

      1. Tembaga 70%
      2. Emas 20%
      3. Perak 10%

      Logam ini setelah diadun dan dicampur dengan cara-cara yang tertentu akan beroleh menjadi sejenis logam yang dikenali sekarang ini sebagai suasa dan suasa ini menurut perakuan dari tukang-tukang emas tersebut apabila dilebur kali pertama maka unsur-unsur emas di dalamnya tiada dapat dikesan lagi dan apabila dilebur pada kali kedua akan berubah menjadi tembaga.

      Menurut pendapat fuqaha’ adalah halal bagi lelaki memakai cincin daripada logam yang " مموه" iaitu yang bersadur atau bercampur dengan emas yang sekiranya dileburkan emas itu tiada dapat dikesan lagi dan jika dapat dikesan halal bagi orang-orang perempuan sahaja iaitu tertentu pada barang-barang hiasan mereka tiada pada barang-barang lain, walaubagaimana pun perbuatan menyadur atau mencampur itu adalah haram sekalipun bagi perhiasan-hiasan perempuan kerana terdapat padanya pembaziran.

      Rujuk nas Tuhfah Muhtaj Bi Syarh Al-Manhaj juzuk 1 hlmn 122.

      Negara asal : Malaysia
      Negeri : Kedah
      Badan yang mengisu fatwa :Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah
      Penulis/Ulama : Mufti Kerajaan Negeri Kedah
      WALLAHUA'LAM

      Sumber: http://ustaznaim.blogspot.com/2010/02/hukum-lelaki-memakai-cincin-suasa.html

      Padam
    3. HUKUM LELAKI MEMAKAI SUASA

      Soalan; Assalamualaikum ustaz, Bolehkah ustaz berikan penerangan yang jelas mengenai hukum memakai cincin suasa bagi lelaki? Terima kasih

      Jawapan;

      Mengikut kaedah yang diputuskan ulamak dalam kitab-kitab Fiqh tentang ketulinan emas dan hukumnya, ia berada dalam tiga kategori;
      1. Emas bersih; tidak ada khilaf di kalangan ulamak bahawa ia haram dipakai oleh lelaki.
      2. Emas campuran; iaitu emas yang dicampur logam lain. Ia terdiri dari dua jenis;
      A) Kandungan emas dominan; ia mengambil hukum emas walaupun warnanya berubah dari warna asal emas. Contohnya; emas putih, hukumnya adalah haram lelaki memakainya kerana kandungan emasnya banyak sekalipun warnanya putih. (Baca jawapan tentang emas putih dalam blog ini).
      B) Kandungan emas sedikit; iaitu kurang dari 1/3 (34%).[1] Hukumnya hendaklah dilihat;
      - Jika kandungan emas tidak dapat dipisahkan lagi dengan apa cara sekalipun (sama ada meleburkannya atau cara lain), harus ia dipakai oleh lelaki kerana tidak lagi dianggap memakai emas.
      - Adapun jika kandungan emas masih dapat dipisahkan, haram dipakai oleh lelaki kerana dianggap memakai emas.[2]

      Melihat kepada suasa, untuk menentukan hukumnya, perlulah dilihat nisbah emas dalam suasa dan apakah kandungan itu dapat dipisahkan atau tidak? Dalam satu laman web (Nusantara Heritage), ada dinyatakan; suasa adalah hasil campuran tiga logam iaitu tembaga, perak dan emas. Nisbah emas berlegar antara 22% hingga 37.5%, bermakna; suasa terbaik ialah yang campuran emasnya 37.5%, sementara yang terbawah 22%. Jika maklumat ini tepat, maka kita tidak boleh meletakkan satu hukum sahaja bagi suasa dengan merujuk kepada standart tadi. Suasa yang kandungan emasnya 22%, hukumnya harus bagi lelaki. Adapun yang kandunganya 37.5%, hukumnya haram kerana melebihi had minima yang dianggap sedikit iaitu 1/3 (34%).

      Kesimpulannya, suasa ada yang harus dipakai lelaki dan ada yang haram melihat kepada nisbah kandungan emas di dalamnya. Apa yang terbaik ialah kita tidak memakainya kerana dibimbangi terpakai suasa yang diharamkan. Selain itu, ulamak yang mengharuskan suasa yang sedikit kandungan emasnya (yakni yang kurang dari 34%) mereka mengharuskannya dengan makruh (yakni walaupun tidak haram, akan tetapi makruh iaitu lebih baik ditinggalkan) kerana syubhah (disebabkan terdapat kandungan emas di dalamnya). Namun jika ingin memakainya juga, hendaklah benar-benar dipastikan kandungan emasnya di bawah kadar yang diharuskan tadi.

      Wallahu a'lam.

      Padam
    4. Nota;

      [1] Meminjam pandangan mazhab Maliki yang menetapkan kadar campuran emas 1/3 ke bawah sebagai berada dalam lingkungan sedikit. Menurut ulamak-ulamak mutaakhir mazhab Maliki (dalam masalah percampuran emas dan perak); jika kadar emas melebihi 1/3, haram lelaki memakainya. Jika kadarnya 1/3 ke bawah, tidak haram lelaki memakainya, akan tetapi dimakruhkan. (Lihat; Minah al-Jalil Syarh Mukhtasar Khalil (1/58), As-Syarh al-Kabir Li ad-Dardir (1/63)).
      [2] Dalam masalah menyadur logam dengan emas, pandangan mazhab-mazhab adalah seperti berikut;
      A) Mazhab Hanafi; bekas yang disadur dengan emas dan perak harus digunakan jika kandungan emas itu tidak mungkin dipisahkan lagi dari bekas.
      B) Mazhab Syafiie; harus menggunakan bekas yang disadur dengan emas dan perak jika saduran itu sedikit iaitu tidak dapat dipisahkan lagi dari bekas. Jika kandungan emas itu banyak iaitu dapat dipisah dari bekas yang disadur itu (melalui peleburan atau sebagainya), haram menggunakannya. Menurut mazhab Syafiie juga; jika bekas emas atau perak disadur dengan logam lain, harus digunakan kerana tidak ada lagi kebanggaan emas padanya.
      C) Mazhab Hanbali; bekas yang disadur dengan emas dan perak haram digunakan sama seperti haramnya bekas emas dan perak itu sendiri. Namun jika berubah sifat emas setelah proses saduran iaitu warnanya tidak lagi kelihatan seperti emas, harus digunakan dengan syarat kandungan emas tidak lagi dapat dipisahkan dari bekas yang disadur itu.
      D) Mazhab Maliki; Tidak haram menggunakan bekas yang disadur dengan emas kerana ia mengikut hukum bekas, bukan hukum emas.
      (al-Mausu'ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyah (1/119, Aniyah), Mughni al-Muhtaj (1/129, kitab at-Toharah), al-Insaf (1/478, bab Sitr al-'Aurah), As-Syarh al-Kabir Li ad-Dardir (1/63)).


      Sumber : http://ilmudanulamak.blogspot.com/2011/02/hukum-lelaki-memakai-suasa.html

      DI SINI MENUNJUKKAN EMAS ADA 2 JENIS, 1 HARAM DAN 1 HALAL, DIPERTIMBANGKAN MENGIKUT PERATUSAN EMAS DI DALAMNYA..

      JADI KALAU NAK BELI, SILA TANYA KEDAI EMAS DULU, BERAPAKAH NILAI CAMPURAN EMAS DI DALAMNYA, JIKA LEBIH MAKA X BOLEH PAKAI.

      Padam
    5. Salam..dr apa yg prnah saya blajar dan kaji dlu.,emas adalh haram bg laki.sebab ia nya khas bg pmpoan je kt dunia.bg laki plak tggu kt syurga nnti la bru ble pakai.bab suasa plak,kebanyakan ulama2 besar kita mgharamkanya bg laki2.tp ada jga sbilangan kecilnya meletakkn harus sbb emas td tlah dcampur dan x dpt dpisahkan,tp ada had cmpurn emasnya..tp dr kdai2 yg saya prnh tgk dan tanya,kebanyaknya jumlah cmpuranya adalah lbih dr sepatutnya.tp elok kte blik smula kpd apa yg nabi pesan,tinggalkan yg shubhah,sbb byk membawa kpd kburukan.i2 yg lbih baik..
      Maaf,skadar brkongsi..
      -hamzah jrantut phg-

      Padam
  7. B) Mazhab Syafiie; harus menggunakan bekas yang disadur dengan emas dan perak jika saduran itu sedikit iaitu tidak dapat dipisahkan lagi dari bekas. Jika kandungan emas itu banyak iaitu dapat dipisah dari bekas yang disadur itu (melalui peleburan atau sebagainya), haram menggunakannya. Menurut mazhab Syafiie juga; jika bekas emas atau perak disadur dengan logam lain, harus digunakan kerana tidak ada lagi kebanggaan emas padanya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cincin Perak bersadur EMAS seperti di atas, sadur beerti di warnakan emas...

      Jika kita menulis sesuatu menggunakan tinta bewarna emas, maka adakah kita boleh katakan ianya tulisan beremas?...... sedangkan ianya cuma warna sahaja.... dan jika kita mengecat syiling 50 sen dengan warna emas, adakah kita memanggilnya syiling emas?....

      Jadi... dari semua kesimpulan di atas... apa jawapan anda semua?.... boleh atau tidak memakai cincin perak bersadur emas?..... atau suasa?....

      Hehehe...pandai tok buat pembangkitan soalan.... sila sahabat semua menjawabnya ?

      Padam
    2. Klu jwpan saya,brgantung kpd keadaan.adakah btl2 brsadur emas atau warne je sama mcm mas.tp elok elakkan yg shubhah spt yg nabi pesan,.. Ini pndapat saya la..skadar brkongsi
      hmzah

      Padam
  8. menurut tuan guru syeikh nuruddin suasa umpama sebotol coca-cola di campur 1 tutup air kencing


    cuba copy link you tube
    http://www.youtube.com/watch?v=XtnK-2mEO5U

    BalasPadam
  9. pada saya hukumnya harus setelah dirujuk.....sadur boleh walaupun ia dari emas tulin...TETAPI jangan melebihi bahan asal contoh cincin tu perak 100% disadur emas 40%....walauapa pun kalau was2...LEBIH2 BAIK JANGAN...walahualam...sila tanya pakar agama dan ulama yang arif sebelum buat keputusan...harap maaf dan maklum

    BalasPadam

Komen menggunakan Akaun Gmail anda & Browser Opera Sahaja

CARA BERURUSAN