Sedia maklom bahawa tok kini tinggal menyepi di sebuah kawasan pedalaman di sebuah kebun yang tok dirikan dan berada di hujung kampung dengan di kelilingi 4 penjuru Tanah perkuburan hanya semata mata untuk mengahwini akhirat, Namun walau tok muda berdiam di sini tanpa apa apa usaha keduniaan, Allah masih ingin tok muda menjalankan peranan dan masih ingin menguji tok.. Tengah mencangkul batas Pokok Bendi tiba tiba saja tok dapat panggilan untuk menjadi calon Ahli Parlimen.. apakah ini?.. tok tak pernah mengundi pun sepanjang hayat tok dan dengan perjalanan politik itu tok mengenali Puan Kai.
Dalam duduk tak duduk... bonda dapat blog GB , jadi tak wujudlah kedai bonda JJ, Manakala Puan kai Tok berikan Blog legasi. Sementara Kedaiayahpay kini menyepi kerana Anak sulung tok bakal melanjutkan pelajarannya tak lama lagi.
Tok pula jadi serba salah..bila tok menulis di sini , cari sale di sini kang Sebelah legasi pulak akan kata tok tak nak bantu haha, jadi begini saja lah ya..
Sekarang tok sedang menimbang nimbang untuk mengambil semula Blog Kedaiayahpay.blogspot.com dan mungkin tok akan mengubah nama kedai itu , in Sha Allah akan tok maklumkan kemudian, dan tok juga akan membina sebuah Syarikat baharu khusus untuk urusan tok sahaja.
Syarikat My Gemstone akan tok anugerahkan kepada Bonda JJ dan in Sha Allah selepas ujikaji tok ini selesai maka bonda JJ akan handle ia 100%, Maklom bahawa ilmu bonda JJ juga kini sudah hampir setara dengan Ilmu tok berikutan Latar belakangnya sendiri datang dari Ibu bapa Bidan Di Raja dan Juga Pawang di Kg Nya ( Ibu ayahnya ) dan 9 tahun dia dengan tok sudah banyak ilmu dia pelajari dan dia terima.
Sementara Puan Kai sudah membina Syarikatnya sendiri yang bernama NKK LEGACY dan puan kai akan meneruskan perniagaannya di blog tersebut dengan ilmunya yang ada di pelajari dari tok semenjak perkahwinan kami hampir 1 tahun ini.
Sebab tu bila ada pelanggan yang pening, bayar dekat bonda JJ bagi detail pada Puan kai.. itu pening namanya.. Sekarang begini ya.. Tok dah dalam proses nak asingkan semua syarikat dan semua syarikat ini akan mulai berdiri di atas kaki sendiri , Mereka akan ada produk mereka sendiri dan Ada juga produk dari tok juga.. tapi sudah tentu produk tok akan di beratkan ke Arah Kedaiayahpay.
UJIKAJI yang ingin tok jalankan ialah Tempoh service kepada pelanggan. Mungkin tok akan menjadi Penjawab soalan terlambat tapi akan menjadi yang paling pantas pos barang pelanggan, Malah bukan itu sahaja, tok juga menyediakan COD.. di mana katakan anda tiada modal hari ini dan akan ada lagi 3 hari, maka anda boleh terus COD sahaja dan apabila barang sampai anda bayar saja kepada posmen. Jika masih tiada modal, tidak apa, barang akan di pulangkan semula kepada tok. senang bukan?.
Tok juga Menyediakan diskaun 10% bagi mereka yang membayar melalui TnG atau Boost Dan Promo ini VALID SEHINGGA HUJUNG MAC 2023 ini.
Apakah niat sebenar tok?.. adakah untuk bersaing dengan bini bini sendiri ?.. hahah tidak.. sebenarnya tok ingin beri galakan untuk menjadi yang paling terbaik di antara semua , bersaing secara sihat di antara kami sahaja.
Sedia maklom service tok sejak tahun 2012 adalah tip top.. Otai lama tahu lah.. pagi bayar, tengahari dah pos, esok dah sampai barang anda. kerana JNT atau Pos Laju buat 2x penghantaran
Sebelum jam 2pm dan sebelum jam 7pm
Yang mana di poskan sebelum jam 2pm, Pasti akan sampai keesokan harinya kepada Pelanggan.
Tok suka melihat pelanggan gembira dan tok tak suka mendengar rungutan pelanggan akan penghantaran lewat dll kerana pelanggan adalah aset berharga bagi sesebuah perniagaan, duit tu nombor 4 @ 5, Yang penting tetap pelanggan.
Bonda JJ pula baru habis bercuti 1 bulan balik kg. Banyak juga yang HOLD di GB.
Ini semua bukan salah mereka , tapi ianya salah tok 100% kerana membiarkan mereka kendalikan Bisnes Tok sendiri, seharusnya tok yang kendalikan Atau mengajarkan bahawa PELANGGAN ADALAH ASET UTAMA , KEGEMBIRAAN PELANGGAN ADALAH NO 1 biarpun dalam bisnes mistik Peniaga adalah Raja ( Anda punya wang , kami empunya barang ). Di situlah kunci kenapa GB masih kekal sehingga ke hari ini.
Tok sayang perniagaan yang tok bina sejak Tahun 2009 dan rasminya di blog pada tahun 2012. sudah 14 tahun usia perniagaan ini dan sebelum pelanggan hilang kepercayaan maka tok mengambil langkah pertama memasuki alam perniagaan semula bertujuan hanya 1.. Memberikan mereka galakan untuk bersaing dengan suami mereka sendiri, bukankah itu menyeronokkan?
Tok sudah menyiapkan sebuah ruang utk tok bekerja, unit set pengeposan dan peralatan lainnya untuk tujuan mempercepatkan penghantaran juga sudah tok sediakan. Tok 1 set, Bonda JJ 1 set dan Puan Kai 1 set. masing masing ada sistem database sendiri.
Tapi tok ada 1 kelemahan... tok tiada kesabaran menjawab soalan kaunter pos untuk penghantaran luar negara, jadi penghantaran luar negara akan di uruskan bini bini tok lah.. kalau tok yang di kaunter tu di tanya macam macam.. maunya kena karate Meja kurier tu hahaha.
Buat sementara tok akan menumpang di kedua dua blog, sekejap tok di GB sekejap di Legasi sampailah tok fikir tok dah bersedia untuk menyambung blog kedaiayahpay..itu tok akan maklumkan kemudian ya.
Permaharan dengan tok harus melalui Akaun akaun di bawah, kerana nanti kita nak buat perbandingan . baru lengkap ujikaji ini.
Sekian dari Tok Muda
"Apabila Sang Naga Yang Ketiduran Kembali BANGKIT, Kita Lihat Nanti Jika Ada Sang Harimau Sudi BANGKIT Juga, Jangan Lari Sudahlah"
==================================