Rabu, 8 Februari 2023

COD




Assalamualaikum wbt dan salam Bahagia semuanya

Alhamdulillah tok kini menyediakan COD kepada anda, tapi urusan ini hanya mereka yang berurusan dengan tok sahaja, rasanya Bonda JJ belum menyediakan sistem ini, Puan Kai mungkin akan Menyusul.

Anda kini boleh memaharkan item dari Tok Muda dan Puan Kai secara COD di mana barang baru sampai baru anda bayar, jadi tiada istilah anda perlu bersusah payah bila barang hilang di tengah jalan. 

Dan bagi mereka yang tiada ONline Banking, tidak perlu beratur di ATM lagi. Cuma anda kena pastikan anda yang menerima bungkusan ini, jika pasangan anda yang terima , hehee, takut juga pasangan anda akan return ( tidak menerima parcel ) atau tiada di rumah. 

PERATURAN COD

Selepas parcel di reject kali pertama , penghantaran kedua adalah melalui urusan biasa Bagi barangan yang sama.. Maksudnya jika parcel sampai pasangan anda reject dan return kepada kami, anda mahu ia di poskan semula, maka COD tidak akan di jalankan, ia mestilah di lakukan cara biasa. 


SISTEM COD BERMULA HARI INI
( Bagi Yang memerlukan Sistem ini )


BAGAIMANA BUAT COD?

Maklumkan kepada Tok Muda Barang mana anda ingin, tok poskan kepada anda dan anda Bayar semasa ia sampai kepada posmen ..itu sahaja prosesnya. 

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen menggunakan Akaun Gmail anda & Browser Opera Sahaja

CARA BERURUSAN