Khamis, 4 Oktober 2012

UPDATE DAN UPLOAD

Assalamualaikum wbt 

Kepada Semua Pelanggan Tok Mat G.B

Dimaklumkan Bahawa mulai Malam Ini 3/10/2012, Semua upload dan update Barang Baru akan dijalankan Pada Jam 1pm, di mana waktu tu tok tau yang di opis Sedang rehat, Insyallah.

Sejak dua menjak ini, tok asyik upload barang sehingga terlupa kepada pelanggan yang bekerja, tok ingatkan hari hari ialah hari sabtu =)   . Jadi asyik upload waktu malam sahaja.

Sebagai manusia biasa, kemungkinan ada lah kelewatan atau tercepat masa tu, namun aanggaran upload barang baru sekitar 12-2pm, insyallah.. namun tok akan cuba kekalkan upload pada jam 1.00pm, kecuali hari jumaat dan sabtu.

Untuk hari ini, Tok cuma memperolehi Batu delima Dan sebutir Batu , Entahla tok nak cakap pun tak tau, warnanya hijau keemasan, potongan berlian, besar... Permata tu Tok ingin milikinya, dan dah hantar buat cincin suasa tadi di kedai, lusa siaplah. Jenuh menanya sana sini, apakah batunya di setiap kedai gems, semua tak kenal... nak kata buat buat tak kenal. takkan lah 5 kedai tok tanya, semua tak kenal... Jenis rare juga Alhamdulillah, Permata itu sebenarnya memang diberi khas kepada Tok atas Tujuan Tertentu, nanti lusa siap cincinnya, Tok Akan Upload untuk kita sama sama berkongsi melihatnya.. Insyallah...

Jadi untuk esok, hanya ada item Delima sahaja..Maharnya RM 86 sahaja, insyallah.

---------------------------------------------------------------------------------

ITEM TEMPAHAN ANDA YANG BELUM SIAP

Bagi Item anda yang belum dihantar, sedia maklumlah macam cincin tu, esok baru siapnya ( Tuah ), Barang Tuan Wafi 2 Butir Besi Kursani, dah makan 1 mata Grand Milik unkle...punya payah nak canai besi tu tuan, keras.....

Bagi item wang sukarno, Tok g kedai unkle sekitar jam 6pm, Suplier pulak tutup kedai jam 5pm, ades.... untuk pengetahuan semua, sukarno yang akan dihantar kepada tuan tuan ni takda kalimah 4 penjuru, tapi boleh juga bergulung, jika tak mahu..boleh batalkan tempahan dan pilih samada dipulangkan wang 100% atau ubah ke order lain..semuanya terpulang kepada Anda, Sukarno berkalimah ni ada musim dia keluar kilang. Harga tetap sama juga.. Tu yang pelik... hehehe

Insyallah, Di dalam OPERASI TEMPUR MISTIK Yang sedang berjalan sekarang, Tok akan dedahkan beberapa item ( ada yang sudah terdedah ) yang sebenarnya murah namun di maharkan mahal dengan pelbagai alasan tak konkrit .... insyallah.... Mungkin 1 Masa Tok nak kena buat Pertubuhan Pengguna Barangan Mistik Untuk kebaikan pembeli... 

16 ulasan:

  1. Saya org pertama setuju n sokong usaha murni tok..tahniah tok..moga usaha murni tok diberkati Allah..btol x rakan2 blog skalian..?

    BalasPadam
  2. Terbaik la tok... Mula heran gak pase apa bila bukak blog ja brg da hbeh. Bila da beli baru tau rahsia nya hehe.. Tp bila polisi baru ni, lagi senang..biaq suma pakat dan tgk..tq

    din

    BalasPadam
  3. salam.. semoga niat baik tok dimakbulkan oleh-Nya..

    BalasPadam
  4. Upload awal sikit Tok... pikul 12 tgh hari ke.. pukul 1pm dah nak keluar office Tok...

    BalasPadam
  5. Haaaaa... Semua tengah tunggu tok upload...

    BalasPadam
  6. sokongan padu...!!! internet opis pn free hahaha...

    BalasPadam
  7. Tok p makan dulu kotttt nie...huhu

    BalasPadam
  8. Mungkin kot...sbar2...jp lg upload r tu

    BalasPadam
  9. nie kita mcm bratur nak beli iPad la nie hehe

    BalasPadam
  10. dah upload dah ... maaf lewat..tok demam... hehehe..tp dah kebah dah

    BalasPadam
  11. syukur alhamdulilah tok dh sihat...

    BalasPadam

Komen menggunakan Akaun Gmail anda & Browser Opera Sahaja

CARA BERURUSAN