Isnin, 8 Oktober 2012

RAW MARJAN LAUT GRED A



Assalamualaikum wbt tuan tuan... 

Ini ialah RAW Batu MARJAN, huh..lama sungguh benda ni dalam simpanan tukang, ada la jugak dalam 3 bulan lebih, tak sempat dia nak canai, jadi tok ambik keputusan untuk meletgo koleksi unik ini kepada tuan tuan dan puan puan, insyallah...

Di atas ialah jenis marjan kelas A, Bila dipakai sebagai batu cincin , insyallah boleh bertukar warna merah dan oren gelap apabila serasi dengan pemiliknya. 

Insyallah, banyak sekali kegunaan marjan ini, bolehlah merujuk di link ini ya :


Secara jujurnya permata marjan yang sudah dipotong dan dibentuk di jual sekitar RM 800-1200 Dan jika siap pasang cincin ia boleh mencapai sehingga RM 1800 - 2500. Ini nilai yang pernah Tok lihat tentang marjan ni.

Insyallah, kat blog tok..tak lah semahai tu...

Kod Produk : RAW MARJAN
Bentuk : RAW
MAHAR : RM 256 
( jika dipotong potong, sila kirakan berapa biji boleh buat, banyak tu )



6 ulasan:

  1. saya cadang kan tok potong wat batu permata, baru best

    BalasPadam
    Balasan
    1. Uih..mahai tuan kalau buat permata... marjan bila dipotong , permukaannya akan berlobang lobang, kena pakai gam khas untuk buat ia nampak shining.... gam tu... alahai... mahai la....

      Padam
    2. ooo ye kew... ok lah kalu cam tu tkpe la tok..

      Padam
  2. Balasan
    1. Baik tuan.... selalunya org dapat mcm ni dia takkan potong, simpan dalam bentuk asal, sebab nak dapat dapat dalam bentuk asal...bukan semudah dan calang2 orang

      Padam
  3. Salam persaudaraan...

    Saya ingin berkongsi sikit perihal Batu Marjan di sini...

    Marjan (مرجان) berasal dari karang laut, bahasa Inggeris menyebutnya Coral (كورال). Umum mengenalinya sebagai batuan akan tetapi ia adalah spesis bintang. Marjan berasal dari perkataan Yunani. Marjan ada disebut dalam al-Quran.

    Firman Allah Taala:

    يَخْرُجُ مِنْهُمَا اللُّؤْلُؤُ وَالْمَرْجَانُ (٢٢) سورة الرحمن
    Ertinya: Dari keduanya keluar mutiara dan marjan.

    Kata Al-Alūsī: Mutiara itu yang kecil-kecil dan yang besar adalah marjan.

    كَأَنَّهُنَّ الْيَاقُوتُ وَالْمَرْجَانُ (٥٨) سورة الرحمن
    Ertinya: Seakan-akan bidadari itu permata yakut dan marjan.

    Batu Marjan terbaik ialah Coral Rubrum (مرجان الربروم) yang meliputi pelbagai warna iaitu putih, kuning, merah muda, merah gelap dan biru. Adapun marjan berwarna hitam keemasan dinamai Coral Nagrum atau Nagur (مرجان النجروم). Banyak terdapat di pesisir laut India, Autralia dan Lautan Pasifik. Batu ini amat rapuh dan untuk mencanainya memerlukan kepakaran.

    Diketahui bahawa batu marjan atau karang laut ini adalah spesis hidupan yang dilindungi kerana ia tergolong dalam kumpulan terumbu karang. Kepupusan dan kemusnahan terumbu karang akan mengganggu ekosistem hidupan laut. Namun apa kami temui dan dijual bukanlah diambil dari dasar laut melainkan dijumpai kerana terdampar di pesisir pantai dan ditemui dalm bentuk serpihan.

    Adapun kelebihan batu ini kepada pemakai yang paling aula ialah kerana ia disebut di dalam al-Quran. Faedah lain ialah membaiki perjalanan darah, penyakit susah nak tidur, memberi ketenangan, menguatkan jantung, menguatkan rahim, penyakit hemophilia, kemandulan dan sebagainya. Kelebihan ini bukanlah suatu perkara syirik akan tetapi ia adalah disebut sebagai kelebihan semulajadi (الخواص الطبيعية). Kelebihan semulajadi ini diberikan oleh Allah Taala sama seperti kelebihan buah limau contoh memberi kesegaran bila memakannya. Syirik berlaku apabila kita menyakini batu ini berkuasa sepenuhnya sedangkan sepatutnya ia ada kelebihan apabila Allah mengizinkan, sama juga minum air sejuk dapat menghilangkan dahaga tapi kuasa bukan terletak pada air sejuk, kuasa terletak pada Allah namun sifat tabi’e air sejuk memang menghilangkan dahaga. Jadi hendaklah dipahami perkara ini sedalam-dalamnya sebelum menuduh orang syirik tak tentu pasal.

    Batu ini kalau diletak di perut dalam memperbaiki usus dan memudahkan penghadaman serta membaiki aktiviti di dalam perut. Kalau dibuat kalung dapat menguatkan tubuh sehingga mampu menangkis hantaran sihir kepada si pemakai, sumber ini tidak dipastikan kebenarannya . Wallahua’lam.

    Sumber:
    http://tokuban78.wordpress.com/2011/07/01/al-marjan/

    BalasPadam

Komen menggunakan Akaun Gmail anda & Browser Opera Sahaja

CARA BERURUSAN