Khamis, 25 Oktober 2012

JADUAL KEM MISTIK TOK MAT G.B

Kem Mistik Bersama Tok Mat G.B Akan Dijalankan Pada Ketetapan berikut :


TARIKH : 7-9 DISEMBER 2012

NEGERI : JOHOR

LOKASI : TG BALAU BEACH RESORT ( LOKASI GPS AKAN DIBERIKAN NANTI )

YURAN : RM 300


- Makan 5x sehari
- Tempat tinggal
- BBQ Udang dan Ikan Segar*
- Dewan



KELENGKAPAN

- Tasbeh ( sila dapatkan jenis Kayu wali suci , gaharu, atau lainnya..kecuali kokka, kemuning, bertam dan kayu bisa lain di larang )

- Wisel ( akan diberikan urusetia kami nanti )

- Lampu Suluh

- Ubat Nyamuk / anti nyamuk

Program ini ialah program kedewasaan, Pihak Kami Tidak akan memperlakukan anda seperti Kanak kanak Atau Pelajar sekolah Menengah.

Chalet Chalet peserta dengan surau Jaraknya cuma 30 Meter, Kita Akan lantik seorang Imam  Dari kalangan peserta Jika Tiada penduduk tempatan Yang Meraikannya.


Bagi Pelanggan Pelanggan Yang Ingin mengikuti Seminar Ini, Pembayaran boleh Mula Dilakukan Mulai Sekarang. 

Bagi Pelanggan dari Borneo, Anda Boleh Landing di Air Port Senai, Tok atau Sahabat Tok Akan Menjemput Anda di sana, insyallah.





Kemudahan :

- Dorm Katil Double Decker 8 Org 4 Buah

* Jika Ingin membawa keluarga, peserta perlu memaklumkan awal kepada kami untuk menempah Bilik, atau anda boleh menempah sendiri melalui kad kredit atau Kad debit kepada pihak Chalet.

- Jeti Memancing

- Pantai Peranginan Terkemuka


Sengaja Tok memaklumkan kemudahan ini agar anda boleh bersedia jika ingin membawa isteri, ibu bapa atau sesiapa sahaja untuk tujuan bercuti. Bagi yang berminat memancing, boleh membawa peralatan memancing untuk mencuba memancing di kawasan berdekatan ketika ada masa masa terluang di dalam Seminar ini.


MODUL SEMINAR 

- Seminar ini dijalankan secara bebas mengikut masa masa yang sudah ditetapkan , di dalam seisi seminar peserta di beri peluang untuk bertanyakan apa sahaja soalan berkaitan mistik, keilmuan dan kebatinan, insyallah tok akan menjawabnya secara umum beserta pengijazahan kepada semua peserta

- Peserta akan di ajarkan Teknik " Pernafasan Maut ", di mana teknik ini akan membangkitkan daya mistik semulajadi yang dahulu ( masa dalam kandungan ) Allah keruniakan kepada kita. Bagi Pelanggan yang pernah datang ke rumah Tok dan mempelajari teknik ini , mereka tahulah macam mana perasaannya apabila seluruh tubuh bergetar seolah olah di kelilingi medan elektrik.

- Peserta akan di dedahkan erti Ilmu Hakikat, erti jurus jarak jauh

- Peserta akan didedahkan dengan Seisi Jati Diri di mana setiap peserta akan di tempatkan berseorangan dengan jarak antara 1 sama lain kurang 100 meter. Semasa seisi ini Tok Mat G.B akan mencuba membuka 7 pintu Alam ghoib agar makhluk halus dari alam Jin dapat keluar dengan mudah untuk memberikan dugaan kepada peserta.




Untuk Urusan KEM MISTIK ini , Sila Hubungi Pengurus Seminar :

Tuan Han : 012-995 5598
Puan Mimie : 012-749 0498



Pendaftaran Di buka Sekarang

Pembayaran Yuran Dari: 

25/10/2012 - 20/11/2012
-----------------------------

Unsur Mistik Sekitar Tg, Balau

Terdapatnya kawasan 7 Pontianak di dalam jarak 800meter dari kawasan chalet

Pantai Tg.Balau Wajib Memakan Mangsa Lemas sekitar 8 orang setahun

Beberapa pengunjung yang datang mandi manda melihat perempuan melambai lambai dari tengah laut , mengakibatkan mereka berjalan tanpa sedar ke arah laut dan akhirnya mati lemas

Kawasan Perkemahan Pantai Tg.Balau Adalah kampung Bunian di mana siang selalu kedengaran orang bercucuk tanam, malamnya terdengar orang berbual dan ketawa

Dari Jeti Tg.Balau 1-3 tahun sekali akan timbul kapal dagang lama yang 1 masa dahulu tenggelam, sebelum timbul akan kelihatan 9 cahaya seperti tahi bintang menjunam jatuh ke dasar lautan, kemudian kapal ini akan muncul di dalam keadaan yang amat mengerikan

Dari Jeti Tg.Balau juga selalu kelihatan Raja Pari Yang besarnya seperti Pulau Timbul dengan atasnya di tumbuhi batu karang , jika dilihat seolah olah pulau batu
* 2 tahun lepas beberapa orang menyewa sebuah sampan besar untuk memancing di tengah laut ( 5km dari darat ), semasa khuyuk memancing seorang rakan merasakan tali jorannya sangkut... bukan kah mustahil di tengah laut boleh sangkut pada kadar -+10 meter, Pemilik sampan yang tahu rahsia kawasan berkenaan cepat cepat menyuruh orang ini tadi memutuskan tali jorannya, dalam keadaan terpinga pinga ia mengikut apa yang di suruh. Enjin bot di hidupkan dan terus memecut pulang ke darat,  sebelum mereka sempat ke darat lagi, benda tu sudah timbul sebesar pulau, sampan yang mereka naiki melambung akibat arus ombak yang amat kuat , namun perjalanan itu diteruskan sehingga ke darat.. kerana jika mereka berhenti... maka mereka seperti menggadai nyawa, kerana apabila ia tenggelam semula, air akan tertarik masuk ke dalam ( arus ) mengikut Raja Pari berkenaan...

Ini ialah cerita benar yang anda boleh dapatkan dari Penduduk sekitar chalet...nanti jangan nangis nangis nak balik pula.


Apa pun Kita doakan agar seisi seminar kita berjalan dengan lancar tanpa gangguan

------------------------------

Rancangan Kem

Kem ini akan dijalankan secara berperingkat mengikut tahap tahapnya, insyallah peserta yang mengikuti penuh semua seisi akan diuji mengikut keupayaan masing masing setelah tamat seisi seminar tahap advance, di mana peserta insyallah boleh:

- Memindahkan hujan
- Menyedut Jin Di pokok keramat
- Menyedut penyakit
- Menukarkan Pasir menjadi tebuan
- Menukarkan Kayu menjadi besi
- Menyedut Kebatinan Orang lain dan mentawarkannya
- Mampu berinteraksi dengan Makhluk Ghoib
- Menarik keris dan pusaka
- Kebal dan mampu bersilat terbang
- Menukarkan awan menjadi bentuk kalimah " Allah " dan " Muhammad " dalam bahasa Arab
- Penglihatan Menembusi Alam Ghoib 
( Alam Bunian, Jin, syaitan, Iblis, Roh )


Semua ini insyallah boleh anda perolehi dengan keyakinan, Anda buat seperti mana Tok Mat Ajarkan, Tanpa Penafian akal, insyallah anda boleh mencapainya.

Tok dulu suka belajar ilmu Yang ayat ayatnya ringkas, sebab tok tahu akan rahsia ilmu, insyallah, nanti dalam seminar..tok akan bagi tahu rahsianya.

Jadi, Kebolehan di atas juga ialah antara ilmu ilmu yang mudah di capai oleh diri anda, cuma ...jangan ada penafian dari akal sahaja... jika nak menafi... Tuhan kita pun kita akan nafikan... ya lah ..cakap ada tapi tak pernah nampak seumur hidup... akal akan menafikan.... namun Allah itu ada dan wujud... jadi di sini buktinya ada certain part..akal tak boleh pun sebenarnya di guna pakai....

Asalkan benda tu menjadi... baru akal boleh menerima..insyallah

42 ulasan:

  1. salam..selamat hari raya tok mat sekeluarga..sy nk ikut kem mistik no,,bpe byrn tu tok mat..

    juwita

    BalasPadam
  2. Tahniah tok...akhirnya menjadi juga kem yang dinanti nanti...insyallah..kalau tiada halangan, saya join....mudah jea tempat dia..siapa biasa pergi desaru....dia akan jumpa tanjung balau...boleh cerita tok..mistik yang ada kat sana....best nak tau...

    BalasPadam
  3. Insyaallah, moga niat untuk menuntut ilmu dipermudahkan. Teringin jugak nak joint...takut ++++berani----Selamat berseminar

    BalasPadam
  4. Saya joint second batch kalau ada nanti sebab awal bulan december nak bertunang.. Kalau dak memang saya orang ke sepuloh join :(

    BalasPadam
  5. Saya berminat tapi lokasi tidak mengizinkan rasanya, susah nak tinggalkan kerja kalau nk pegi jauh, mungkin di izinkan Allah kalau buat sebelah kl atau selangor saya join.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Insyallah, memang kita akan buat berkali kali, tapi dalam tahap berbeza, ini tahap pertama la

      Padam
    2. Tahap pertama pun kita akan pastikan peserta mendapat pelbagai keilmuan dan kefahaman permainan mistik

      Padam
  6. perhh , kawasan pontianak yang gerun tu ,, agak agak tok kene kekoh tak ?

    BalasPadam
  7. Sesi jati diri tu yg kecut sikit tu!!!!! Kalu menatang tu mai depan mata...lari terjun laut la jawapnya....Kalu kecut jugak..ingat nak pi makan aje kot ...ada 5x sehari tu ...(Nak tidoq sebilik ngan Tok boleh ka?).

    BalasPadam
  8. Dasyat ..betul kursus nie....mcm tak caya jea..apa ilmu yang bakal diperolehi....takut pun ade...terlebih mencabar.....tak dapat lekat bnyak lekat sket pun jadila.....

    BalasPadam
  9. pontianak ggit org tk tok?...abis darah sye nanti.......

    BalasPadam
  10. love bite smpai abis darah ,"jangan biarkan anda digangu sosok2 sosok2 ghoib" hahaha

    BalasPadam
  11. siapa yg tinggal di selanggor dan kl, jom kita kongsi kenderaan atau konvoi ramai2.... boleh jimat duit dan merapatkn silaturrahim....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul....salah seorang yang ada mpv, sila letakkan no hp anda di sini, jadi mudah nanti kawan kawan hubungi... lagi mudah dan jimat macam tu insyallah

      Padam
    2. Salam..Tuan effies,saya Khairul dari Putrajaya...nak join konvoi bersama boleh?boleh berjimat cermat.

      Padam
    3. Lupa pulak..Tok Mat,saya nak join..nak kene confirm dengan siapa ya?

      Padam
    4. Tuan effies,ni number phone saya 014-7262433

      Padam
    5. ok tuan khairul.. nie no sy... 0166615884
      nanti kita boleh berbincang...

      Padam
  12. Boleh tahu 7 hb program mula pukul berapa dan 9 hb selesai pukul berapa Tok. Nak budget masa utk pergi dan balik Tok, Insyallah jika tiada halangan pada tanggal tersebut boleh ikut.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tok dah bagi no hp tuan kat pengurus kem, dia akan kol tuan nanti ya

      Padam
    2. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

      Padam
  13. salam tok.pas ni wat belah utara plak..mybe ramai group2 blah cni akan join program tok ni...tak sabaq nk nengok ngan makluk ghoib.mn tau dpt buah tgn dr alam sana ker....heheheh

    BalasPadam
    Balasan
    1. Insyallah, kalau belah utara kita akan buat dekat bukit aiq yang penuh angker

      Padam
    2. Terbaik tok,,kami di disini menunggu rombongan tok sampe

      Padam
  14. slm..tok kem nie mmglh menguji kemantapan n ketahanan diri..klu cm sy ni ilmu x bpe nk cukup
    agk2 blh join ke tok...sbb sy ni kire penakut gak, hahahaaaa...cmber cdgn tok...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Insyallah tuan, dalam seisi jati diri @ muhasabah diri itu, peserta akan tok ajarkan ibu segala pendinding, simple dan boleh bertahan 12 jam dengan izin allah.kalau ada benda datang dia tak boleh dekat....

      Masa tu kita memang amat amat berharap ada benda yang datang untuk menguji, jadi lengkaplah tujuan kem ini diadakan

      Padam
  15. Balasan
    1. salam .. ustaz ijam tggl kat pekan kan ..ade kekosongan pada kenderaan tuan x ? sy nasrudin .kuantan

      Padam
    2. insyaallah ada..kita pergi dgn tuan hilmy

      Padam
  16. Terliur nak ikut serta....
    Insya Allah , selepas ini.
    Tahniah buat tok GB dan sahabat2 yg akan turut serta. Usaha tangga Kejayaan..Moga beroleh ilmu untuk dimanfaatkan sesama insan.
    Selamat Menuntut ilmu.

    BalasPadam
  17. salam tok..kem ni ada insuran x utk peserta..kalau terjadi perkara yg x di ingini..seperti patah,@ kematian ke?sekadar bertya

    BalasPadam
  18. Salam Tok,
    kalau di zon Tengah,Tok nak buat di mana?

    BalasPadam
  19. Ada masa, Tok buat la kat Sabah Ya...

    BalasPadam
  20. salam tok mat & sahabat2 GB, ade sape2 lg dr KL yg join Kem Mistik Tok Mat nie, sy tgh mencari sahabat2 dr KL utk mencukupkan car pool pergi ke Tjg Balau nanti...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam tuan ibnu sharqaway.. Saya sulaiman stay shah alam... Nak tya masih ade kosong lg tak untuk car pool tu.. Sy nak tumpang boleh...:-)
      Ni no fon sy 017-7839116... Boleh la kite sama-sama g sana dgn tujuan yang sama..:-) tq..

      Padam
  21. salam tok mat...sy tgh mmcari & bbesar ati mmpelawa sahabat GB dr N9 yg nk ke kem mistik utk pergi bsama bg mcukupkan car pool... call @ sms jika bminat 0192531535

    BalasPadam

Komen menggunakan Akaun Gmail anda & Browser Opera Sahaja

CARA BERURUSAN