Sementelah semenjak beberapa dekad, semenjak zaman zaman Terdahulu pantangan di kenakan kepada suami suami yang mempunyai isteri yang sedang mengandung, Salah satu pantangannya ialah Jangan memburu, memancing, sembelih binatang dan sebagainya yang di lihat sebagai bentuk Penganiayaan ???????
Tanpa membuang masa kerana masa yang tok ada pun sedikit sahaja, Tok kupaskan dengan ringkas mengapa Hal ini berlaku.
Hal yang di maksudkan ialah, apabila ada suami yang pergi memancing dan mendapat ikan, anak yang di lahirkan bermulut cemeyy..kecacatan Bibir yang menyebabkan sengau. Ini paling popular
Yang seterusnya Mengapa dan teruss mengapa yang lain juga berlaku kepada anak mereka sama seperti apa yang berlaku ke atas binatang yang di buru suami mereka.
Perlu diingat kemurungan kepada ibu boleh menyebabkan kesan tidak baik kepada anak di dalam kandungan dan mampu menjejaskan kesihatan anak selepas di lahirkan....dan ini bukanlah bab memburu, ia cuma sebuah hint untuk di fikirkan.
Pertamanya sebagai seorang muslim kita percaya doa suami dan ibu itu adalah mustajab, apatah apabila ada bayi di dalam kandungan yang masih bersatu dengan ibunya.
Keduanya Apa yang di perhatikan ibu mengandung akan kerap di fikirkan dan terkadang ada rasa belas dan bersalah dalam dirinya.
Kedua faktor ini akan menyebabkan kesan kepada anak di dalam kandungan.
Owh bosannye menulis dengan formal......... meh kita santai...
Macam ni la... kalau nak memburu..boleh.. tapi jangan bawak isteri atau kuncinya jangan beri isteri melihat binatang buruan kita yang sudah mati, ikan ke, kijang ke, rusa ke, burung ke.... Keadaan binatang itu yang sudah mati, matanya mungkin terkeluar, bibirnya mungkin terkoyak, kepalanya mungkin sudah berlekuk...ini adalah sebuah pemandangan yang mengerikan dan selalu menghantui fikiran ibu mengandung , dan mereka akan mengingat ia , ingat dan ingat ok.... bila kita merujuk kembali kepada Gelombang otak di dalam ilmu Metafizik. Otak ibu akan menghantar gelombang pemikirannya kepada otak anak , atau dalam sains kedoktoran, apa yang ibu fikirkan , ingatan ini akan sama sama di kongsikan dan di cernakan bersama otak bayi di dalam kandungannya.
Kalau isteri nak ikut , boleh.... tapi jenis yang cekal, jenis yang selamber rock, jenis yang ....ada aku kesah..ni kan benda makan ......... hah, kalau jenis ni takpa.
Perkara ini mengantui bangsa melayu dan mungkin kini cina dan india yang tinggal lama dengan bangsa melayu, yang peliknya ... pelik neh..... bangsa lain macam omputeh ke, arab ke, tok tak rasa mereka mempunyai kepercayaan begini...
Kepercayaan....... Tok bagi 1 contoh, kenapa pocong tiada di england?.... hehehe.
Kepercayaan yang sudah lama di terapkan di dalam minda orang kita, melayu , akhirnya menjadi sebuah kelemahan kepada diri kita sendiri, malah mungkin juga sebuah kerugian bagi mereka yang memang kerjanya sebagai penyembelih atau pemburu. Takkan dalam tempoh 9bulan 10 hari ni mereka tidak memburu langsung atau mereka terpaksa memilih kerja lain sementara anak mereka di lahirkan?.
Kuncinya di ulang semula.... apa yang anda perlu buat sebagai seorang ibu mengandung ialah jangan terlalu memikirkan sangat mulut ikan tu terkoyak, kepala burung tu senget, langkah sisik ikan , anak keluar bersisik .... jangan.....
Ibu ibu dulu bila dorang melangkah sisik, dan mereka nampak sisik yang di langkah, terlintas secubit pikiran iaitu " ah aku langkah sisik ikan, habislah anak jadi bersisik ", walau pun selepas itu dia menidakkan... ingat... semasa anda berfikir begini... perasaan anda penuh dengan kesungguhan dan serius... bukan kita cakap ia main main, doa kita sebagai ibu yang mengandung itu amat mustajab. Mengapa tidak jika kita melihat Al-Quran dan dengan seriusnya kita berharapkan anak kita menjadi tahfiz dan berguna di masa hadapan?....
Ya kerana faktor kepercayaan yang sudah lama di terapkan dalam minda masyarakat melayu walau di mana negeri sekalipun, di bandar dan di kampung.
Asas akidah kita sebagai muslim... percayalah sihat atau tidak anak kita, itu semua ketentuan Allah belaka, ada hikmahnya atas apa yang berlaku..bukan kerana badi sesuatu yang menjadi kepercayaan semenjak ratusan tahun dulu.
Walau bagaimana pun.. sedikit hal yang tidak dapat kita fikirkan dengan akal sudah tentu ada... sebagai contoh memukul mati seekor anak ular dan bila kita balik rumah, isteri kita keguguran... namun bukan semua kes pukul anak ular ini anak di rumah mati ... purata cerita dan kejadian depan mata kita , yang berlaku begini hanya sekitar 1:5 hanya 1 kematian anak manusia akibat memukul anak ular dan 5 lagi selamat.
Perlu tok tegaskan dan ulangkan lagi sekali demi menghakis kepercayaan kuno ini.... yang tok tak rasa ia ada di dalam kepercayaan islam....... Islam bukan sahaja Ugama Malah ia Tatacara kehidupan kita.
Di dalam sosial masyarakat melayu, adat melayu lebih di jaga dari ADAB ISLAM itu sendiri.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komen menggunakan Akaun Gmail anda & Browser Opera Sahaja