Aura dalaman
Kurator Muzium Alam Semulajadi, Putrajaya, Degor Johia,
memberitahu, kesihatan tubuh badan manusia banyak dipengaruhi oleh diet
pemakanan dan pengambilan makanan tambahan dalam bentuk vitamin atau zat galian
yang diperlukan oleh sistem badan.
“Batu-batuan yang dijual dengan kepercayaan bahawa ia mampu
merawat, mengawal dan membantu meningkatkan kesihatan badan setakat ini masih
belum dapat dibuktikan kesahihannya.
“Ia bergantung kepada si pemakai kerana setiap orang
mempunyai ‘aura dalaman’ berbeza, sama seperti sistem ketahanan antibodi dalam
badan manusia,” katanya.
Katanya, kajian saintifik pernah dilakukan berhubung perkara
tersebut, walaubagaimanapun para saintis setakat ini masih belum lagi menemui
jawapan yang konklusif.
“Memang terdapat unsur elektromagnet di dalam batuan. Lebih
tinggi kandungan mineral berlogamnya, maka lebih tinggi gelombang elektromagnet
yang terhasil.
“Selain itu, batuan juga mengandungi unsur radioaktif iaitu
peratusan kandungannya bergantung kepada bagaimana dan di mana batuan itu
terbentuk,” ujarnya.
Sebagai contoh katanya, batu akik, flourit, kalsit dan
obsidian untuk sakit belakang, batu garnet, jasper, dolomite dan karang putih
untuk penyakit alahan atau alergi manakala batu delima, garnet dan aventurin hijau
untuk masalah kesuburan.
Contoh di atas hanyalah sebahagian kecil daripada
batu-batuan yang digunakan dalam bidang rawatan alternatif kerana Degor
memberitahu, ia hanyalah sebahagian daripada ikhtiar untuk mengubati penyakit.
Bagaimanapun ia tidak semestinya berkesan 100 peratus.
“Keunikan batu-batuan bergantung kepada mineral
pembentukannya. Sekiranya kandungan besinya tinggi, batu yang terhasil akan
berwarna kemerahan atau jingga karat dan kebiasaannya lebih berat daripada
batu-batu biasa.
“Teknologi moden telah berjaya menghasilkan batu permata
sintetik dan tiruan yang amat halus buatannya sehingga hampir menyamai batu
permata asli,” jelasnya.
Tambahnya amat sukar membezakan di antara batu asli dan
tiruan dengan mata kasar kecuali menggunakan alat makmal gemologi iaitu
Infrared Spectroscopy yang mampu mengenal pasti kandungan mineral asli dan
tiruan di dalam batu permata yang diuji.
Namun, untuk memiliki batu-batu permata itu, seseorang perlu
melabur wang yang banyak kerana harganya tidaklah murah.
“Namun, kita sebagai manusia perlu berusaha untuk mencari
penawar bagi setiap sesuatu kerana Allah telah menciptakan setiap kejadiannya
di muka bumi ini dengan manfaat masing-masing,” ujarnya.
Artikel Penuh:
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=0127&pub=Kosmo&sec=Rencana_Utama&pg=ru_01.htm#ixzz4ve4hRg3D
Hakcipta terpelihara
Assalamualaikum Tok Alhamdulilah BesiKuningan Sya Beli Dkt Tok Memang Hebat Kuasa Allah Bila Di Genggam Berdenyut2 Dlm Genggaman Dan Ada Perubat Tu Nampak Penjaga Tu kikiki Terima Kasih Tok...Terbaikk😘
BalasPadamw.salam wbt, alhamdulillah
PadamBarang tok semua terbaik. Alhamdulillah
BalasPadamAlhamdulillah
Padam