Isnin, 6 November 2017

KELEBIHAN KHAZANAH ALLAH ( UMUM TERMASUK BATU PERMATA )


Intisari ayat (Surah Al An’am ayat 50)



Allah memerintahkan nabi muhammad SAW agar menegaskan kepada semua manusia bahawa allah tidak melantik para rasul sebagai pemegang khazanah-Nya.

Allah juga mentadbir khazanah-Nya tanpa memerlukan kuasa lain.
rasul bukan malaikat yang menjelma sebagai manusia.

Rasul tidak mengetahui perkara ghaib kecuali setelah diwahyukan.

Rasul adalah manusia biasa yang melakukan sesuatu perkara berpandukan wahyu.

Maksud khazanah allah  “khozaainullah”

khazanah allah.
Pembendaharaan allah.
Ilmu pengetahuan dan kekuasaan allah.
Contoh-contoh yang termasuk dalam khazanah Allah


UMUM

Alam semesta.
Lautan.
Angkasaraya.
Makhluk allah.
Alam musyahadah.
Cara menjaga khazanah allah
Menggunakan khazanah allah dengan sebaik dan mengikut syariah.
Membuat penyelidikan bagi mendapat manfaatnya.
Memelihara dan memulihara khazanah dengan sebaiknya.
Maksud orang yang celik dan orang yang buta


APAKAH itu KHAZANAH?..... Hanya mereka yang beriman sahaja mampu tercapai akal untuk berfikir mencarinya dan rahsiaNya




Orang yang celik: 

(i) beriman dengan allah.
(ii) mendapat hidayah allah.
(iii) menggunakan akal untuk memahami wahyu allah(iv) memiliki ilmu pengetahuan.



Orang yang buta: 

(i) tidak beriman kepada allah.
(ii) tidak mendapat hidayah allah.
(iii) tidak menggunakan akal untuk memahami wahyu allah.
(iv) tidak memiliki ilmu pengetahuan.



Maksud berfikir dengan kalimah “ afala tatafakkarun”
berfikir tentang semua kejadian yang allah telah cipta.

menyelidik dan mengkaji ciptaan allah di bumi dan di langit menggunakan ilmu.



Dari : Bonda JJ ( I.S.M )

( Bekas Ustazah SBP Bandar Penawar, Johor )

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen menggunakan Akaun Gmail anda & Browser Opera Sahaja

CARA BERURUSAN