Sabtu, 1 September 2012

PERKARA PALING PENTING

PERKARA PALING PENTING DALAM URUSAN KITA


Assalamualaikum wbt

Salam sejahtera bagi yang bukan beragama islam

Perkara yang ingin tok sampaikan perlu DI AMBIL PERHATIAN OLEH SEMUA PELANGGAN TOK ya....

Ingin Tok berpesan kepada semua , apabila anda semua ingin membeli sesuatu item, Tok ingin meminta anda :

BAGI PELANGGAN BARU

1. Nama 
2. Alamat 
3. Nama Item yang dipesan dalam 1 SMS

BAGI PELANGGAN YANG PERNAH MEMBELI DENGAN GB

1. Senarai Nama item sahaja
( Pihak Kami dah ada alamat dan nama penuh anda yang di rekodkan dalam 3 medium, hp, fail dan website )


Kemudian setiap barangan yang dipesan mestilah jelas sebagai contoh:

- Setanggi : ia ada 2 jenis, kotak besar dan kotak kecil, dalam kotak besar ada 12 kotak kecil.... jadi sila nyatakan adakah ia kotak besar atau kotak kecil, jika kotak kecil, berapakah bilangan kotaknya.... 

Memang Cust is right juga, tapi kalau sms ayat tak betul takkan lah nak persalahkan Tok pula kan... Sebab Tok simpan semua sms anda dalam 1 folder.

Setiap Item yang anda pesan pula Tok uploadkan ke dalam 1 aplikasi android bernama " EVERNOTE", Aplikasi ini mempunyai jaringan dengan Hp dan tablet isteri Tok serta Website evernote sendiri yang boleh tok akses kan melalui laptop @ lapy ( bahasa manja ). Jadi adalah AGAK mustahil order anda yang mengikut LANGKAH LANGKAH YANG BETUL boleh tercicir....

*http://evernote.com/

Ada juga Pelanggan yang bilamana tok dah hantar Semua itemnya, dia call @ sms menyatakan barang itu ini tak cukup... macam yang Tok cakapkan... Kami ada 3 medium rekod pembelian... Jadi Tok tak marah... Tok layan kan aje, tengok sampai mana barangnya tak cukup... biarlah dia sedar sendiri 1 masa, sebab apabila ia mencapai barang ke-3 dipintanya cakap tak cukup. Di barang ke-3 itu tok ada ISIKAN sesuatu... sendiri tau lah nanti hehehe.... 

Namun Pelanggan yang Tok maksudkan tu pun dah lama tak berhubung dengan Tok..mungkin dah " kena" kot... jadi malu sendiri lah... 

Apa yang Tok ingin sampaikan di sini ialah, sila ikut langkah langkah di atas, jadi lepas ni jangan bilang Tok tak bagi tau na.

Ada juga Cust yang item ordernya dalam Rapid SMS, sebagai contoh:

SMS 1 : Mani gajah
SMS13: G.Bulan
SMS 25:G.Semut
SMS LAST : Tok, saya nak Kayu penunduk siap cincin

Jawapan Tok : Ok tuan: maharnya Kayu penunduk RM 86 + Cincin RM 130 : RM 216

Bila Barang sampai, hanya ada kayu penunduk siap cincin sahaja, lepas tu nak marahkan Tok... alamak..kesian la kat Tok..bukan Tok nak kata apa, La ni, Ada time time tertentu, pelanggan2 Tok serang tok dengan Pelbagai SMS ( tanya dan nak beli item ) , kadang kadang berpuluh SMS macam berpakat pulak hahahaha, kalau tak, tak lah Galaxy Noted Tok dulu Pun Boleh Hang Dan JEM... Ni Baru Tukar HTC One x Pun dah mula hang dan jem dah, baru pakai tak sampai sebulan haaa,,,hehehe..... 

Jadi Tok Mintak TOLONG dan MERAYU sangat Sangat.... Di sms Last Sila bagi nama, alamat dan Semua nama item ( pelanggan Baru ) dan Semua nama item dalam 1 sms ( pelanggan Lama )

Bagi yang nak kecoh kecoh item tu... Tok nak cakap 1 sahaja.. jangan samakan Tok dengan penjual lain, sistem perniagaan Tok ni, Tok rasa dah canggih sangat dah..hehe...

---------------------------------------------------------







23 ulasan:

  1. HEBATTT!!! Tok Mst, terima kasih atas penulisan yang sungguh panjang lebar nih..heheh..saya ada termasuk ke dalam golongan orang2 yg tok mat rasa mcm menyampah ke..apa ke..sebab saya banyak tanya soklan terutama dalam sms...heheh..ape2 pun..teruskan usaha murni tok mat nih...semoga Allah akan memudahkan dan memurahkan lagi rezeki Tok Mat dan isteri...AMIN Ya Rabbulalamin...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tanya soalan takpa tuan, tok paling suka jawab sms, jangan risau... menjawab sms itu sebenarnya akan lebih membuatkan ingatan tok kepada apa yang tok lalui dalam "perjalanan" ini 1 ketika dulu...( x la dulu sgt ) :)

      Padam
  2. Tok takda la nak menyampah kalu banyak sms datangnya, kalu lambat balas tu , that means tok sedang bz balas sms sebelum sms anda sampai..

    Hp tok pula on 24 jam, kecuali habis bateri sahaja.... selalunya masuk maghrib saja bateri dah kong... faham lah ya..... hehehhe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam. Camna nilah adat org berniaga. Byk dugaan & cabaran. Bukan senang nk jadi senang. Kalau senang dh ramai org senang lenang. X ada tukang sapu, x ada bibik, x ada angkat sampah. Dunia ni complete dgn ada semua ni. It complements each other. Bak kata Mr Bean " God Works In a mysterious ways".

      Padam
    2. Betui..macam macam dugaannya... bukan sikit sikit... hadapinya dengan tabah dan banyak sabar, kalau tak sabar dah lama hangus hehehe

      Padam
    3. tapi ...ia memang menyeronokkan.... Tok kena jaga perniagaan ni elok elok, tak boleh buat kotor dengan pelanggan, kalu brg tarik cakap tarik, kalu kedai cakap kedai, kalau ori cakap ori, kalau tak ori tok cakap tak ori.... teliti se-teliti Unit Sharp Shooter... slack sikit memang kesannya panjang. Kalau ada barang Blog memang kecoh barang baru, kalau takda barang, blog akan diam sebentar. Tok bukan merungut, cuma kesal ada yang tak pernah nak fikir akan kesusahan perit orang lain... malah langsung tidak dapat menghargainya... Tok menghargai sebuah tali silaturahim dan cuba tok sampaikan dengan elok dan dalam senyuman walau pahit rasanya di hati. Cerita tok ni bukan nak meraih simpati, sebab tok bukan pengemis ... cuma nak bagi sedikit kesedaran dan mulai menghargai pengorbanan, perit getir orang... kalau nak everything is free, tok boleh cakap 1 sahaja... buat sendiri hehe....

      Bayangkan barang idaman yang dah lama di cari sana sini, habis beratus malah beribu ringgit... tpi dengan mudahnya sms order barang dan esoknya pos laju dah persembahkan depan rumah...dengan mahar mampu milik... dari pada masuk hutan, berisiko jumpa ulaq, lipan, beruang, kemudian lari laju laju sebab nak kejar masa dan takut keadaan mulai gelap akibat nak malam. dan bermacam macam risiko lagi...

      Yang tok marah sangat ialah blogger yang snap gambar item tepi jalan , snap snap snap, masuk kete kena aircond, balik ngadap lapy, masuk order, tinggal cuma g jumpa balik peniaga jalanan tu dan beli dengan harga modal, tempek sikit sanggul bunian kat batu tu dah jadi batu bersanggul, bawah lapik sikit kain kuning bermodalkan rm4 semeter..kemudian masuk blog orang yang susah payah ikhtiar jalan betui...pastu kondem bagai nak rak... cakap itu ini... macam tu?.. cubalah terima saingan sihat... kemudian dah la jual batu tu partime, keje bagus pulak, ada cikgu ( ramai ) ada keje kerajaan yang memang tunggu cucuk dinding je hujung bulan... ada dulu 1 kes di kelantan... tok p cari dia sebab buat hal kat blog... sampai tergagau gagau kena soal dengan tok, sebab tu tok cakap, belakang Ya rabbi... berapi api, depan kita senyum macam kerang busuk... mungkin dia tak sangka tok sanggup p kelantan cari dan bersemuka.

      Sebab...Tok orang berniaga menggunakan kemahiran yang tok ada, sebab tu tok cakap dan asik cakap berbuih mulut, jangan risau akan barang tok jual dan berurusan dengan tok. Sebab ..nak kena jaga perniagaan ini betui2.... bukan boleh sembrono pow mahar bukan bukan lepas tu barang tepi jalan... bukan cara tok.... memang ini semua cabaran orang berniaga, malu kadang kadang dengan orang di lain lain negara dan bangsa.. lihat kaum cina... tok salute... 1 baris rumah kedai tu semua bawahnya kedai makan...ada dia dengki dengki, ..ada tu ada.tapi takda lah sampai buat orang putus rezeki dan tutup... sapa masak sedap maka dia kawal pasaran, masak tak sedap pakai pelaris tok moh diraja pun x berguna juga... kenapa kita tak boleh macam tu... lagi best kalau boleh kerjasama, katakan blog tok takda barang yang dipinta, dan tok boleh suggest ke blog peniaga lain, dan sebaliknya dengan syarat barangnya asli juga.... kan seronok...

      Padam
    4. aik ada jugak org duk merungut?! aku penah tgk dlm blog ni ada item mahar dia cuma 0.25cents! lagi nk merungut kata mhal?!

      sabaq tokmat...kami menyokong anda,hehe...psssttt saya tak bodek ar...kah3

      Padam
  3. Dont worry tok kami sentiasa menyokok blog tok ni.walau pon saya org baru dlm blog ni tapi sy rasa tok ni mmg peramah n iklas orgnya..harga pon dah memang berpatutan dah tu.

    BalasPadam
  4. askum?tok,baik juga rasanya 'menegur' cust/org2 yg X'paham'ni.kasi dorank paham,bkn mudah mdptkn item2 kt tok,..jd cust kena paham jgn jd mcm budak skolah.ok.sokonk tok.dr Din

    BalasPadam
  5. salam...kalu kita benar jangan takut....sbb Allah maha mengetahui dia akan membantu.....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya... memang itu tok pegang... tapi kalau dah nama langau ni, tetap langau tuan huhuhu

      Padam
  6. perhh ..pnjang r tok ... ini blh bt ceramah ni =P ... ape yg tok karang ni , adalh peringatan ,nasihat dn iktibar ... tpi,sy ni jenis akan bertnya walau kene mrh .. slagi x tnya mcm ne nk tau kn =/ mcm smalam , sy mintak kurang =) hihi .. tpi , sy dh cukup fhm dh ...sape2 yg x fhm ,x tau lh -_-'' .. bro rafhan ,roti tampal je ,roti john x de kew =P

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ceramah..... erm.. ni 1 lagi mengingatkan tok ... dulu tok selalu bagi ceramah kat murid murid kelantan di masjid lemal.p.mas... murid 3 org sahaja, kat masjid sana kan org selalu singgah solat, rehat dsbgnya, maka bila depa nampak ada kumpulan dok dgr org bebel, depa pun nak ikut juga, sampai alih alih dah ramai ikut kat belakang bermula dari 3 org... erm... itu cerita tahun 2009 lah.. syeikh pondok lubuk tapah pun dah meninggal maka tiada bertujuan lagi tok ke sana, ada syeikh baru tp tak berapa ngam ngan mulut laser tok ni hehehe

      Padam
    2. Tok pun suka bertanya, kekadang org tengok tok bertanya macam org yang terlebih bodoh pulak kah kah kah... ya lah, kita nak ilmu orang bukan boleh dok menyombong diri, sapa nak ajaq kan... ngeeee...

      Aik, lepas tok bebel kat atas nu, dah xde pulak ramai2 sms tok.. hehe... tauuuu...hari ahad memang lagu tu pun tiap minggu, tambah bila masuk malam , semua tidoq awai, esok senin ada meeting pagi hehehe..... barang blog belum ada yang boleh upload, yang ada, semua nak kena test dulu, tasbeh dah habih kena borong. insyallah, tunggu selasa tengok lagu mana yaaa.....semoga Allah memberkati anda semua

      Padam
  7. Adaaaaaa..... Ada juga cust yang tulih sms panjang lebar, tapi tok balas ringkas dan padat... lepaih tu marah tok, cakap dia tulih bukan main panjang then tok balas pendek coek.. serba salah dibuatnya, kalau tulih pjg2, cust lain pulak tertunggu dan marah2... haaaa... macam mana... tu tok dok cakap kat alisya....ni baru ada 100 cust, kalau 500? 1000?,.... jenuh... ingat hp 1 minggu kena tukaq sebiji... hehehe.... apa pun tok bersyukur rezeki yang Allah hantar, ni kira macam dia hantar juga lah... Alhamdulillah setelah bertahun mengalirkan aiq mata ( murid2 lama tahu kesusahan tok sebelum ini, bukan tok bagi tau, depa lihat dan dengar sendiri rintihan jiwa tok ). Terima kaseh Allah

    BalasPadam
  8. biasa lah tokmaT bukan org luar jer kekadang darah daging kita PON merah mata lihat kesenangan kita.adat niaga dugaan melimpah luah tp itu lah sebenarnya rezeki kita jikalu dpt kita harungi. saya pon niaga juga waktu malam siang kerja tapi ni pon kena di berhentikan kerja saYA ambil itu adalah dugaan dan ada hikmah yang baik.harap ALLAH akan membantu kita yg bersabar dan berani mengharungi cabaran. sama2 kita berdoa. InsyALLAH

    prinsip saya: PERCAYA DAN YAKIN PADA ALLAH TAPI BUKAN DGN MANUSIA.YANG BAIK DATANG DARI ALLAH YANG JAHAT DATANG DARI KITA SENDIRI

    rafizi selayang.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betui tuan darah daging ialah duri yg plg berbisa lagi.namun mujurlah darah daging tok atau yg tdekat x pernah berani nk berduri. tok pun x tau Napa depa x Mau menduri ...

      Erm Tak pa tuan. tuan buat la KerjA yg 1 tu ya. kdg2 kita lakukan.dan ulangi melakukan berkali Kali shga bertahun .namun tidak buaya.. bg tok... itu bukan jalan buat kita. Lamar motivasi selalu mengatakan bahawa kita perlu lakukannya berkali Kali barulah bhasil. namun jika mereka berada berada d tpt kita pun mereka akan fikir, sampai bilakah mereka harus ulanginya utk mdptkan sedangkan dlm masa kita ulanginya.ADA peluang yg lbh bagus dri APA yg kita Cuba itu secara berulang Ulang... dan apabila ia sudah berlalu barulah kesedaran itu dtg, dan sesal kemudian itu tiadalah berguna bagi kita...

      Padam
    2. Tok plg benci komen blog pakai hp... ADA saja error spellings. :P

      Padam
  9. tok guna opmin komfom dpt kmen punya..dr Din

    BalasPadam
  10. Assalamualaikum..Tok Mat,kalau saya nak update number phone saya yang baru boleh?sebab number yang sebelum ini saya tak akan pakai lagi tak lama lagi,nak terminate..jadi saya nak update number baru saya pada Tok Mat untuk meneruskan dan mendapatkan lagi info update terkini mengenai barang2 daripada Tok Mat lagi..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh tuan, sila berikan nombor terbaru tuan kat tok nanti ya

      Padam
  11. Ok..terima kasih Tok Mat

    BalasPadam

Komen menggunakan Akaun Gmail anda & Browser Opera Sahaja

CARA BERURUSAN