Assalamualaikum wbt dan salam bahagia buat semua, amacam apa khabar?.. tok di sini sihat alhamdulillah
Actually dah lama tok tak menjenguk ke blog ni kecuali komen komen sahaja melainkan bonda yang buat deskripsi melalui hint yang tok beri.
Bukan apa. la ni tok dok meligan bisnes emas dan perak dan tambah pulak cendawan la pulak... tok tau ada yg akan kata projek ni semua basi, ya memang dah basi la kalau emas dan perak ni sebelum Zaman Nabi Lagi org tau dah apa emas dan perak, tapi sampai ke hari ni masih juga tak basi, cendawan juga alhamdulillah semenjak tahun 2003 dulu ia mulai di komersilkan , sampai ke hari ini bekalan masih tetap tidak mencukupi, Alhamdulillah. Projek cendawan ni tok buat MOU sahaja dengan 1 ladang dan yg nak di jual hasilnya tok buat di rumah, dalam bilik amah saja ( amah takda jadi boh cendawan dalam tu ) , tu pun dok menunggu staff dapat rumah sewa tok nak hadiahkan dia Set katil kelamin tu, bilik tu sepenuhnya akan di penuhi cendawan tiram kelabu. Alhamdulillah rezeki Allah bagi.
Di atas ni ialah Geliga Panchar Ratu Bongsu Gunung Tahan, Kakak ipar angkat tok, eh macam mana pulak tu jadi kakak ipar angkat hahaha. Ceritanya macam ni, al kisahnya 1 masa dulu di tahun 2010 tok tinggal di desaru, iaitu tepatnya di Taman Desaru Utama, ( TDU ) tok kerap di kunjungi seorang Puteri yang bernama Puteri Balqis, Bermula dengan tok memberi ceramah ugama di atas bukit belakang taman tu di temani oleh Murid tok masa tu ( id Panglima Alam di FB ), dan semasa tok melakukan ritual di Rumah, Puteri ini jatuh cinta pula, asal mula dia nampak tu di mana tok pun dah lupa, samada di kerajaan atau semasa tok ke Gunung Tahan Bagi melakukan rundingan Kerjasama Politik antara 2 kerajaan masa tu.
Beberapa kali Puteri ni datang Melamar , dan tok menolaknya , sampai lah 1 masa.. nak cerita panjang.. tok pendekkan. Tok sendiri yang pergi cari dia dan mengahwini dia di Gunung Tahan, Masa tu Ratu Bongsu ni ialah Pemerintah Kerajaan Tahan, La ni pun sama.
Kalau dulu tu, semenjak tahun 1998 hari hari tok bermain dengan terawangan, sampailah ke tahun 2014 boleh kata hari hari, la ni saja dah jarang2 , setiap kita akan melalui fasa tertentu di dalam kehidupan iaitu Syariat, Tariqat, Hakikat dan Makrifat... bagi pengalaman tok ilmu begini semuanya ialah cabang Hakikat, cabang ilmu Tauhid ( ilmu Yakin ) dan apabila sampai ke 1 tahap kita hendak atau mahu dengan sendirinya untuk meneruskan musafir perjalanan hidup ini ke peringkat selanjutnya. Ini semua org akan melalui, cuma masa tu org selalunya akan fikir, sayang atau tak sayang nak meninggalkan bidang ini, Tinggal bukan tinggal terus, tapi ada praktekkan sikit sikit habuan ingat diri sendiri, ilmu kalau x amal, ia tidak akan berguna lagi dan tidak lagi berfaedah.
Ramai di kalangan dari kami yang tidak ingin meninggalkan, masakan tidak jika bidang ini mampu menjana pendapatan sesi keluarga, sama juga bidang cabang lain dalam mistik antaranya ilmu perubatan Islam. Apabila sampai 1 masa, bila kita bersedia untuk meneruskan musafir hidup maka dari sale sebulan RM 80,000 ia hanya akan menjadi RM 10,000 sebulan. Itu lah yg org ramai dalam bidang ini tidak bersedia, untuk berhadapan dengan istilah " Manusia tak pernah Puas ". Ya itulah yang paling memeritkan. Kalau bagi kita org lelaki ianya sebuah benda yang mudah, apatah tok sendiri pernah hidup miskin dan susah ( masa tu anak sulung hanya makan moi ubi kayu saja ) , yang menjadi masalah ialah anak isteri kita.. adakah mereka sanggup?. Ya..jika mereka tidak sanggup. maka teruskan sahaja bidang ini sementara kita LELAKI meneruskan perjalanan untuk bekalan menghadap Allah SWT.
Seorang Idola tok di Indonesia yang juga di kenali dengan Pemilik sebuah madrasah, ada 4 isterinya.. sebelum ada 4 isteri dia membangunkan bisnesnya sendiri sampai berjaya, kemudian beliau hendak meneruskan musafir perjalanan Jiwa kepada Allah, Maka BIsnesnya di teruskan isterinya , kemudian tidak cukup lagi kakitangan asalnya ( bahagian jaga duit dan lain2 yg lebih sensitif ) Di kahwini lagi dan lagi sampai cukup 4. Mula mula 4 isterinya dalam 1 syarikat. 1 bahagian Management, 2 Bahagian Disiplin pekerja, 2 Bahagian Stok dan pengilangan dan 4 bahagian Lojistik dan penjualan.
1 Ketika dia terfikir bagaimana jika 1 masa dia meninggal?.. pasti akan berlaku perebutan. Maka dia membahagikan 4 isterinya ke 4 daerah di dalam Indonesia dan setiapnya di berikan 1 kilang memproses pelbagai industri, Wang pendapatan di jaga sendiri beliau, isteri2nya hanya menerima wang saku , belanja dan nafkah setiap bulan duit kita sekitar RM 10,000 seorang.
Dari setiap mereka pula di berikan rumah atas nama anak sulung lelaki , Maulana ini pula mempunyai rumahnya sendiri, maksudnya mereka mempunyai 5 biji rumah diduduki sementara selebihnya di sewakan.
Kesemua anak anaknya tinggal bersamanya di Jakarta ( perumahan mewah berhampiran laut ) dan mengikutnya pulang ketika dia melakukan giliran kesemua isteri2 beliau sambil membuat pemeriksaan ke atas industri mereka. Bila dia pulang ke Jakarta anak anak isteri ini akan turut pulang mengikutinya.
Kini di rumahnya, kesemua anak anaknya tinggal bersamanya, ada yang sudah bekerja membantu ibu mereka masing masing menjalankan bisnes, sementara yang masih di Kolej tinggal bersamanya dan di hujung minggu mengikuti maulana ini ke Madrasah untuk menghabiskan waktu mengaji Al Quran, Hafal Al Quran dan sebagainya, di Madrasahnya pula di letakkan guru guru lulusan madrasah lain yang tidak mendapat pekerjaan, siap ada rumah Kuarters dan di bayar gaji.
Inilah keluarga Islam. Jika di Malaysia kita mungkin memanggilnya dayus, harapkan isteri bekerja, tapi sebenarnya awal awal pilihan sudah di berikan kepada isteri2nya. Adakah mahu 100% meninggalkan dan makan apa yang bersisa dan meneruskan pengajian ugama atau gi mana?.. Bisnes di teruskan oleh 4 isterinya dan dana mereka ini sudah banyak menyumbang kepada para asnaf di Indonesia sana, Malah tok juga di maklumkan bahawa Maulana ini ada menaja kumpulan kumpulan mujahidin di timur tengah.
Bagi tok beliau ada peranan, beliau CEO. CEO mana buat kerja pengurus, CEO mana buat kerja penyelia, dia cuma datang pejabat suka hati dia bila perlu dan menangani masalah2 berat berat yang berlaku yang tak mampu di tangani Isterinya sebagai Asst CEO. Jadi di mana pula dayusnya?.. lainlah kalau kita ni duduk di rumah 100% makan hasil titik peluh isteri yg bekerja, itu baru namanya dayus dalam islam.
Baik tok teruskan... tok cerita panjang agar anda boleh sama sama ambil iktibar dan jadikan ia sebuah idea , paling tak pun anda nampak apa hala tuju tok sekarang.
Dalam hal Mistik. Keluarga Tok dan keluarga Bonda JJ juga masing2 di dalam bidang mistik bidang masing masing, Tok juga Pawang, Bonda juga masa mengajar sekolah dulu kerap di panggil asrama bagi mengubati pesakit gangguan kerasukan dll. Sampai saat ini dia sudah mampu untuk menggantikan tok, cuma yang dia tak boleh buat ialah ke alam sebelah, Kelebihan tu bukan boleh di pelajari, ajar boleh ajar, jadi belum tentu. Pada Bonda JJ sendiri , dia dah kena blok, ada sebabnya..mungkin wife tok di sana Puteri Balqis tidak benarkan dia mempunyai kelebihan mampu berinteraksi dengan makhluk Bunian ( Rahbaniyah ) atas sebab sebab yang anda boleh tangkap sendiri maksudnya tu.
Ratu bongsu ni ada suami ka?
Tidak ada. dari dulu sampai ke la ni, dia tidak bersuami, entah la tok tak pernah nak tanya sebab perwatakan dia macam tomboy sikit, macam Pengkid. Bukan perempuan kasar, tapi macam Pengkid. So tok memang x berminat.
Geliga ini di alam sana ialah Batu delima, namun bila bawak mai sini unsurnya melemah mejadi entah la batu apa.
KELEBIHANNYA :
Pengasehan Ampuh
Penunduk Manusia
Mempunyai 1 panglima bagi 1 geliga untuk menjaga pemilik dari kesan sihir dengan izin Allah SWT.
CARA JAGA
Kena rendam dalam air hujan 1 bulan sekali, sekali rendam mestilah 1 hari ( 24 jam )
Kena rendam dalam air hujan 1 bulan sekali, sekali rendam mestilah 1 hari ( 24 jam )
PANTANGAN
Tiada Pantangan, Ingat, brg ada pantang ialah barang sakit, atau ada ayat Al Quran , tu pun sebab nak menghormati ayat ayat yang diisikan dalamnya.
Kod Produk : PRSU 25220
Bentuk : Panchar Ratu Bongsu
MAHAR : RM 250
========================
CARA PAYMENT BARU
Jika anda menggunakan MAYBANK APPS anda boleh terus scan QR code di bawah dan terus melakukan pembayaran dengan mudah sekali
Klik QR Scan Di bawah Apps dan lakukan verifikasi
Kini Anda Boleh Melakukan Pembayaran Melalui TnG E-Wallet Dengan Scan QR di Bawah
========================
Siap Kos Pos, dont worry be happy untuk semenanjung dan Borneo kini
Pantangan Membeli Item Mistik ialah JANGAN meminta kurang kecuali di beri promosi, berkurangnya Mahar maka berkuranglah Khasiat dan kelebihan, Ini lah peraturan dunia Mistik Semenjak Berabad lamanya
*we use FREE Shipping In Malaysia
( No Postage cost will be charge )
Id " Tanpa Nama" @ " Anonymous", sila lakukan pengesahan id di no khusus yang kami sediakan yang berhubung dengan sistem canggih kami di +601111113044, Atau komen anda tidak akan di terbitkan
Hantarkan whatsapp nama anda dan komen GRAB yang anda lakukan di halaman tertentu
Bagi Pelanggan Baharu ( Id Baharu ) sila Whatsapp juga Nama anda ke Nombor ini Sebelum Komen anda di terbitkan
Kami ingin menggelakkan SPAM ID dari pesaing blogger lain yang meniagakan item yang sama bidang
Sekiranya ada peniruan ID , Pihak kami akan merujuk kepada pemilik asal ID dan memintanya melaporkan kepada pihak berkuasa di atas penyamaran yang di lakukan
GRAB Melebihi dari 1 di dalam 1 Halaman Perlu pengesahan ID di 01111113044 KECUALI bagi OTAI LAMA BLOG, Jika Tidak GRAB anda tidak akan di Pamerkan
Sila Tinggalkan ulasan GRAB anda dan semak semula dalam masa kurang 2 jam sebelum melakukan permaharan, sekiranya anda berjaya mendapatkannya, maka sila lakukan bayaran dalam tempoh 12 jam, kemudian buat Ulasan PAYMENT DONE atau PD atau sudah bayar di bawah ulasan GRAB anda itu tadi. Langkah ini sangat penting kerana ia akan memudahkan semua pihak. Harap maklum.
Setiap permaharan atau bayaran hendaklah dimasukkan ke:
MAYBANK E-WALLET
Maybank 551016691626 My Gemstone
ATAU
Atau Jika anda ingin menggunakan medium RHB atau PAYPAL, sila rujuk header blog di atas akan maklumatnya .
Kemudian hantarkan detail bayaran anda ke Bonda JJ ATAU PN. EKA Blog ini yang menjadi admin anda dan pemudah cara anda di dalam permaharan bersama GB
BONDA JJ : 0178259540
PUAN EKA : 0127845231
tok.. grab 3a
BalasPadamSilakan
PadamGrab 5a
BalasPadamSilakan tuan
PadamPd detail pada bonda..
PadamBaik, tahniah
Padam