SOALAN PAGI NI ATAS ARTIKEL TOK ?
Jadi maksud tok skrg tak perlu la kita selawat,istigfar atau berzikir lagi?
Jawapan Tok :
Wirna Wijaga : perlu untuk kita selawat dan zikir, kita perlu juga cuba mendapatkan syafaat Nabi walau apa pun.
Maka di Huraikan Pula:
Selawat, zikir ni umpama surat rayuan kepada Nabi. Rayuan demi Rayuan, Syafaat ni umpama recommendation Nabi Kpd Allah utk kita ke syurga.
Bila tok menulis tentang ini , Maka sudah tahu apa kewajiban kita., bukan lagi berzikir biasa biasa, syok syok, kerana di suruh, kerana saja saja hanya kerana kita org islam, Tapi Ia perlu di lakukan lebih keras dan kuat lagi kerana kita tahu kita antara mereka yang membiarkan. Maka rayuan kita itu mestilah lebih kuat dan bersungguh sungguh Kepada Nabi Junjungan kita.
Semasa Pembaitan Imam Mahdi Nabi Kata Apa? " Pergilah berbait dengannya walau pun kamu terpaksa merangkak di atas salji ".
Itu utk membait, maksudnya dengan 2 kaki dan tangan , walau di halang dgn pelbagai cara, merangkak atas salji ni amat siksa.. pernah buat tak?.. cuba buat sekali merangkak sambil pakai seluar biasa. bukan suruh tak berlapik... itu pun terasa kaku, beku, macam ada jarum menikam , kebas, .. maksudnya merangkak atas salji tu, walau pun di dalam halangan, walaupun tersiksa , kena pergi juga. Pergi membaiat tu utk apa?
Ya. untuk membantu mereka , saudara/ri kita yang tertindas, bukan pergi membaiat untuk suka suka, utk hari hari dgr ceramah dalam masjid semata mata. Tapi membaiat tu utk pergi berjuang.
Nabi Tak suruh pun kita tunggu... ada tang mana ayat Nabi Suruh tunggu?... tok tak pernah jumpa lagi ayat tu baik dalam Firman Allah, Hadis hadis , baik hadis Shohih atau dhoif.
Zikir dan selawat lagi lah kita kena banyakkan, kita kat sini dok rilek, syiok syiok. enjoy enjoy...kita tak sedar , air kita minum umpama air darah saudara kita, jalan kita lalu hari hari di penuhi darah saudara kita.. kita bukan tak mampu.
Kalau tok nak kata.. ini lah yg tok nak kata... dulu ada 1 org indonesia, dia ni kontraktor.. ada duit.. tapi dia nak ke Mekah berjalan kaki, dan dia berjalan Kaki dari Indonesia , naik Johor terus ke utara sampai ke Mekah sana , tak silap tok 3 bulan baru dia sampai.
Ini menunjukkan apa?. Sendiri mau jawab.
Tok tak mau menulis lagu tu semalam atas artikel tok kerana bagi pihak berkuasa Malaysia , POLIS, KDN.... artikel begitu ialah artikel untuk menghasut rakyat menjadi pengganas, artikel begitu akan di katakan memberi ancaman kepada Negara ( Maklumlah negara kita ni anak manja british, manja sungguh.... silap tulis kena gari. silap cakap ada tamu mai tanya apa kita cakap tu , pegawai semua nama nama indah, nama nama islam... tapi yang nak datang tu wakil kepada Musuh Allah.... dari dulu tok dok kata... negara kita ni ..tak lojik dek akai... ada kuasa.. kuasa bagi musuh islam pakai ), Artikel begitu akan memberi inspirasi kepada org melakukannya, biar pun tok tak melakukan ( ke sana juga berjuang ), tapi mungkin yang membaca 1000 orang, 500 akan menyampaikan dan dari yang mendengar cukup 1 yang membuak buak semangatnya dan pergi ke sana dalam diam... ia datang dari mana semangat itu, Ya... Inspirasi dari penulisan artikel tok mat gb... Maksudnya tok pun takut nak tulis hak betuinya. sebab tu tok pun kata aku pun p neraka sama macam Hangpa..hangpa tu tak semestinya anda, mungkin org lain.
Jadi lepas ni, dah tau kita ni puak poya poya lupa sedara. Tapi kita dok buat amal juga, maka amalan tu kena lebih keras dan bersungguh la na.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komen menggunakan Akaun Gmail anda & Browser Opera Sahaja