Rabu, 5 Februari 2020

ARTIKEL HARI INI ( 1 )



Tok Tak mau kata sapa sapa..

Balik kg hari tu, tok jumpa 1 org .. sebut jumpa 1 org ni pun takut dah tok kalau dia kecil hati.. tapi kerana mujur dia takda di fb tok ni , maka 5% tok rasa tok boleh cakap dan kena cakap jugaklah.

Kami sembang bab tanah, tok ada sebidang tanah dan ingat nak beli lagi 1 buat tambah2 , dia tanya apa tok nak buat dengan kera babi bersepah kat situ?... tok kata tak tau lagi la.. mungkin buat rumah kot, bini 2.

Dia cadang buat kolam mengail ikan, " tu .. jalan p bukit ayaq tu , 3 hari dapat RM 1000 ".. beriya dia kata.

Tok tanya " aih buat bertanding mesti ada hadiah, bayaq pakai apa?"

Dia jawab " ho bayaq hadiah pakai duit yuran org bayaq tu la "

Tok jawab " hish, tu kan dah jadi judi , mana boleh, serupa kita jadi taukey kedai nombot la "

Dia jawab " Allah Takpa aih, tu hak tu lagu tu jugak org dok mai beribu org ( kolam besar ) , kita buat kolam ja, hak berjudi tu org tu".

Tok jawab last : " kalau macam tu baik aku buat kedai judi teruih ( kedai labi ) ".............Kami sama sama gelak.

Perbualan tu syiok2 ja, mungkin sama sama kami nak uji tahap pengetahuan dalam ugama di diri masing2. Kerana tok tahu dia pun bukan org jenis lagu tu, janggut panjang la jugak.

Apa yang dia cuba nak bagitau ialah, judi bermaharajalela kini, atas nama nama baik, pertandingan memancing dll.

Dulu ada 1 pertandingan memancing di Ganu Hadiah RM 100k. dia kata duit bayar tu dari duit syarikat kontraktor dia. Masalahnya syarikat Kontrak dia pun nak merudum dah, dan dia gunakan modal last dia tu utk buat acara memancing.

Kerana , pertandingan memancing ni lah paling mudah penganjur buat duit.

Modal apa sangat?

1. surat ke Bandaran jika kita nak pakai tasek di bandar

2. Modal Ikan

3. Modal Hadiah ( Bukan Berupa wang )

4. Sediakan tapak jualan, itupun mereka dapat duit juga atas sewa tapak gerai

5. Khemah Khemah....

Macam ni lah..kira kira semua... atas 1 kolam yg mampu memuatkan 3000 org ... memancing ni boleh buat 2-3 layer macam double parking depa buat... 1 kepala Katakan RM 150 Yuran... Cuba Kalikan dengan 3000 orang?. Tak jadinya RM 450,000....

Tolak p tolak mai, modal apa semua... mustahil dak nak dapat RM 200,000 bersih?... RM 100,000 pun cukup banyak dah utk event 1 hari , nak buat kerja kontrak utk dapat rm 100,000 1 hari kah?... masuk tender, masuk sebut harga, kawtim , pelan, susun kerja, buat kerja, di nilai, kena denda, atau tunggu payment.. Alaaaahhhhhh.... 3-5 bulan punya kerja baru nak dapat RM 1 juta.. bayangkan kalau 1 hari boleh dapat RM 100,000.... cuba kalikan 3 bulan?..... Katakan setiap hari buat...Anak no 1 buat di pahang, anak no 2 buat di kedah, anak no 3 buat di Selangor, modus sama sahaja... 1 hari dapat RM 300,000 bersih kesemua anak ... kalau dalam 3 bulan buat.. 10 hari dalam 3 bulan?... tak jadinya 3 juta?.

Senang je kan nak dapat duit zaaman skrg?

Tok nampak benda ni lama dah, dari duduk johor lagi, pernah merangka nak buat , modal memang ciput giler tambah kalau kita ada member boleh kawtim. Tapi tok x nak buat, akhirnya tok kata... biar lah aku hidup susah miskin hina pada manusia tak apa, jangan aku miskin hina di depan Allah... tu saja la ayatnya.... maaf kalau terasa kalau ada mereka di sini penganjur pertandingan kail. Tapi..inilah sebenarnya, ia Judi....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen menggunakan Akaun Gmail anda & Browser Opera Sahaja

CARA BERURUSAN