BUNIAN
SIAPA MEREKA
UMAT SIAPA MEREKA
Bila masuk ke tajuk ini tok muda amat yakin anda semakin berminat untuk mengetahui kerana Inilah saudara paling terdekat dengan kita, mimiknya sama kita 100% cuma....mereka di alam lain, Ramai Manusia nyata kita Panasaran mahu ke alam mereka bagi melihat.
Alam mereka umpama cermin, cuma pakaian mereka putih sentiasa , merah sentiasa, hitam sentiasa dalam 1 warna.
Jika anda mahu melihat alam mereka, lihatlah alam kita. ianya sama cuma alam mereka matahari agak jauh dari bumi.
Mereka terdiri dari pelbagai etnik, Agama dan bahasa juga sama persis seperti manusia, cuma sayangnya mereka di alam lain. Ada yang menangis kerana mengingati mereka, kenapa anda menangis atau berasa sebak?.. kerana perasaan anda dari emosi bawah sedar dan emosi bawah sedar di kawal oleh roh Rehwani yang menyatakan ADA SAUDARAMU DI SANA. Ada Atok mu di sana, Ada Adik mu di sana dan ada Abang kakakmu di sana.
Mereka bekerja, mereka berpolitik, mereka berkerajaan, mereka kerja dan berniaga untuk hidup, mereka juga ada kekayaan dan mereka juga ada kemiskinan bagi negara yang di perintah oleh pemerintah yang kurang bijaksana.
BUNIAN atau manusia KEBENARAN bagi panggilan di kalimantan ini hidup di Antar-dimensi , antara dimensi alam kita dan alam Jin.
Alam mereka dan alam kita cuma di pisahkan Allah oleh dinding yang tebalnya setebal Kulit bawang , kulit bawang ialah merujuk kepada Kornea mata anda sendiri...nantiiiiiiiiii jangan rosakkan kornea anda hanya semata mata ingin melihat mereka. Itu bukan caranya.
Caranya ialah dengan mengawal 1 saraf di antara otak kanan dan kiri anda bagi menipiskan lapisan kornea ..itu sahaja, ya dengar mudah bukan. Tapi bukan semudah itu. Trust me.
Bunian ini banyak versinya.
Mereka umat Nabi Isa
Mereka Umat Nabi Sulaiman
Mereka umat Nabi Ibrahim
Mereka umat Nabi Abhas
Mereka Umat Nabi Ishoon
Mereka Umat Nabi Ilyas
Mereka Umat Nabi Bunasy
Sehinggalah Ke zaman Nabi Muhammad.. adanya mereka
Mereka datang dari pelbagai kisah antaranya yang lari dari kekejaman bangsa mereka sendiri , ada yang malu kepada Allah kerana rakyatnya Kufur dan melakukan maksiat, ada yang kisahnya kerana Malu kepada Nabi Muhammad Kisah Daging anjing, ada kisahnya yang ghaib kerana Jodoh, ada yang ghaib kerana Ilmu, ada yang ghaib kerana terpilih sebagai pemimpin, ada yang dari perjanjian kerana perkahwinan dengan mereka sendiri.
Bunian ini ialah Manusia, Jika di katakan Jin, itu kurang tepat..sudah semacam mahu memperkecilkan ciptaan Allah SWT di alam semesta ini.
Buat mereka yang menidakkan hal hal ini, ingin tok tanyakan.... anda tahu Planet Pluto yang jauh tu?.. Anda pernah terfikir apa kandungan mineral dalam kandungan mineral apa pula kandungan Atomnya dan kandungan zarahnya?..... Itulah ciptaan Allah SWT. Jadi jika Kandungan yang boleh di nyatakan dengan mata pun kita belum tahu, nun jauh di hujung galaksi.. jangan di pertikaikan benda yang ada di bumi yang kamu tidak pernah mahu kaji dan fahami.
Dari kalangan mereka ada pelbagai Agama, pelbagai Etnik.
Ada Islam
Ada Kristian
Ada Buddha
Ada Hindu Asal
Ada Nasrani Asal
Ada bermata hitam
Ada bermata biru
Ada Bermata Hijau
Ada juga bermata hazel dll
Ada yang berambut Hitam, keperangan , coklat dll
Hazel tu tak perlu tengok Jauh, Mata Puan Kai Original Hazel, Neneknya Bermata Biru,,,sebab tu tok kejar dia hahaha, nak keturunan mata hazel dan kalu bertuah mata biru.
Ada juga yang cantik dan ada juga yang tidak cantik.
Cuma penempatan mereka bukan seperti kita. Kalau kita di Malaysia, owhh maka bunian pun wajib muka melayu lah ya? hehehe. Itu cuma halusinasi minda kamu saja kawan.
Di alam mereka tiada yang terbatas macam alam kita, alam kita ini kerana pemimpin yang membuat batasan. Di susun sejak zaman british apa mau jadi dengan bangsa kita.
Antara alam jin...alam mereka ini yang paling dekat dengan kita, NAMUN...ya Namun tu tapi lah.... TAPI...bunian bukan mudah mudah mencampuri urusan manusia nyata
Kenapa mereka berpakaian putih semua bagi Bunian Islam?... kerana mereka ingin mengingati untuk sentiasa suci, jika pakaian mereka kotor sedikit, mereka akan terus menyucikan tubuh mereka, mereka akan mandi di mana sahaja yang bersih dan mereka sempat.
Tubuh mereka tidak pernah kering dengan air wudhu. Mereka sapu semua solat wajib dan sunat dan harus .
Perilaku mereka juga sama macam kita, ramai dari mereka soleh dan solehah, namun ada juga sebilangan kecil mereka nakal, membohsia , berbuat maksiat dan aktif menggoda manusia lelaki, jika manusia sukakan seks, mereka 6x lebih suka , jika mereka suka kepada seseorang mereka suka 6x lebih dasyat dari manusia biasa mampu lakukan.
Bunian Hidup bersama manusia. Serumah dengan manusia, terkadang rumah kita kecil , rumah mereka besar indah.
Bila berlaku anak dalam kandungan hilang , itu ertinya Semasa perilaku setubuhan di lakukan di alam kita, serentak di alam mereka, mereka suami isteri juga sedang bersetubuh di kedudukan longitut dan magnitud yang sama. Dan apabila adanya kandungan mereka terkeliru itu adalah anak mereka, maka di ambil mereka secara baik ( di hilangkan dari dalam perut tanpa sakit ) dan tanpa derita. Mungkin emosi ibu lah menderita. Tapi kesungguhan dan keyakinan mereka juga 6x ganda dari kita.
Selalunya jika kes begini , sesudah scan Dalam Kandungan tidak kelihatan Anaknya, sebaiknya segera cepat berjumpa Mereka yang ada pengaruh dan link di Alam Bunian seperti Pemerintah alam Bunian,Tok Sida atau Raja Bunian Pengutip zakat Bagi membuat perbincangan dengan Suami isteri Bunian Yang menyembunyikan anak Manusia ini. Jika selepas lahir dan kempis minta maaf memang tidak dapat berbuat apa apa Ikhtiar. Jika di perbuat juga , anak itu di pulangkan ia akan di pulangkan tanpa nyawa, bukan kerana di bunuh tapi Perjalanan Inter Dimensi sudah menyebabkan tenaga Bayi itu habis dan Meninggal, Kesudahannya Dua dua tak dapat.
Doktor menjelaskan bahawa kandungan hilang kerana tiada bayi di dalamnya, ini adalah untuk menggelakkan kemurungan psikologis sang ibu, hal yang sebenar , bayi itu ada tapi tidak kelihatan kerana sudah di book Bunian
Alam bunian terdiri dari banyak lapisan ( negara dan kemajuan teknologi ) sama seperti kita, Bandingkan malaysia dan Jepun, di mana bezanya?... seperti itulah Kerajaan Kayang dan Kerajaan Tangga 7 dan kerajaan Lainnya.
Sebab itu ada org melihat alam bunian ni ada yang masih purba kala, ada yang dah moden tahap kemodenan di Dubai, ada yang melihat alam mereka Moden dan canggih tiada di dunia ini utk di bandingkan.
Teknologi mereka 300 tahun lebih maju dari manusia kerana apa?... kerana sesebuah teknologi dapat di habiskan penyelidikannya dalam 1x hayat, sementara 1 hayat manusia hanya mampu menyelesaikan separuh dari kajian sebelum meninggal dunia, malah Bunian mampu selesaikan banyak kajian dalam hayat mereka sebelum ajal.
Mereka ada yang cantik, ada yang huduh ada yang ramping, ada yang gemuk, ada yang montok ada yang beshe2 .
Ada yang kaya, ada yang sederhana, ada yang bekerja sebagai Guru, ada yang bekerja sebagai guru tadika, Ada yang bergaji 2000 Malayar ada yang bergaji 2000 Dinar , Ada yang bergaji 2000 Sabat. Ikut jenis matawang, namun emas tetap menjadi rujukan..mereka tak pakai forex
Kita ada kereta Proton mereka juga pakai proton, kenapa?...
Kerana mereka amat suka, amat kagum, amat sukaaaa gila dengan manusia...jika kita gilakan artis, mereka gilakan manusia nyata.
Gadis gadis bunian mampu bercerita mengenai lelaki manusia yang mereka temui di Hutan, bandar , Kampung, pasar pagi berbelas belas tahun lamanya malah jika mereka sudah jatuh cinta dengan lelaki manusia, mereka tidak akan berkahwin dan mati beragan hanya kerana terindu rindu kepada lelaki tersebut. Sayang mereka 6x ganda. Cinta mereka 6x ganda. Jika Isteri anda sanggup menggadaikan nyawa demi anda, mereka pula betul betul sanggup tanpa was was dan berfikir..
Mereka selalu bercerita Manusia bunian ( Kitalah tu ) org orgnya kacak, baik, bersopan, mereka teringin ke alam bunian ( Nama Alam Bunian tu asal dari mulut dia utk alam kita...Bangsa bunyani ) itu namun Gerbang yang ada di Kawasan mereka di jaga ketat oleh Pengawal Pengawal gerbang yang terdiri dari bangsa Jin terkuat. Hanya Pemerintah, Ulama dan Utusan Sahaja di benarkan melaluinya dan gerbang ini ada di dalam kawasan istana
Sementara Pintu pintu kecil ada di hutan hutan dan di jaga oleh haiwan haiwan buas dan jika melaluinya mereka perlu mengikut lencongan ke alam Gorg tanpa melalui alam jin kemudian baru terus ke alam manusia, Jika mereka sanggup bergadai nyawa ..mungkin mereka akan melaluinya. Namun yang melalui gerbang dan berbual mengenai lelaki bunian itu ialah terdiri dari kalangan Puteri puteri dan dayang dayang yang menyamar sebagai manusia biasa untuk ke Mall mall, Pasar pagi dan Kampung kampung.
FREKUENSI RADIO, WIFI, GELOMBANG HP.
Kerana alam mereka tidak jauh, kita juga berkongsi Frekuensi bersama mereka, Kita ada FB, ingat mereka takda FB?.. kita membaca Blog ini.. anda rasa sudah berapa kali tok menerima pelanggan yang sebenarnya Bunian alam Sana?.
Kita ada UITM, KUIP Dsbgnya anda rasa mereka tiada?.. Pasukan Tok Muda pernah menyergah seorang Puteri dari Alam lain yang belajar di UITM Shah Alam di tahun 2009 sehinggakan Puteri ini menangis dan ghaib di depan kami di kampus UITM. Kes ini menjadi bahan tawa kami sehingga ke hari ini bila sama sama kami berbual, tawa dan terkenang , tawa kerana betapa Takutnya Puteri itu terketar ketar kerana Kami berjaya mengesannya. Malah dari nombor yang di pakainya kami berjaya mengesan beberapa lagi Bunian lelaki dan perempuan lainnya yang tinggal di alam Manusia kita.
Mereka itu semua kerabat di raja yang ada Permit menggunakan Gerbang bagi keluar mendapatkan Ilmu Manusia. Tidak perlu lah nanti mereka menggajikan Manusia biasa yang mulutnya Sebesar tempayan tu.
Bagaimana untuk melihat mereka?
Bukalah minda anda seluas luasnya dan bukalah mata hati anda seluas luasnya, tenangkan diri anda dan bukalah mata hati anda..lihatlah bayang bayang mereka di sekeliling anda.. pastikan di tempat tu adanya mereka lah, sebab bukan semua lokasi adanya mereka yang bernama bunian.
Nak tengok bunian ni, ishkkkkk, senang yang amat... nak cakap pun tak tau, tapi senang lah... Anda tak dapat melihat tu sebab 1 je, sebab anda dah kena brain wash dengan Tell Lie Vision.. Sapa suruh hahahaha.
Sekarang Umat apakah yang terbesar?
YA ..UMAT NABI MUHAMMAD SAW
Sekian
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komen menggunakan Akaun Gmail anda & Browser Opera Sahaja