Selama hayat Tok Muda Hidup di atas dunia nyata ini, ramai yang tok jumpa ingin hijrah ke alam sebelah?..
WHY?
Itulah yang selalu tok tanyakan.
Jawapan mereka tidak lain tidak bukan ialah..... UNTUK LARI DARI MASALAH.
INI CERITA KALAU KITA KE SANA SELEPAS FAKE DEATH DI DUNIA MANUSIA
Hurmmm... Sebenarnya anda tidak boleh lari dari masalah, anda di lahirkan sebagai manusia memang untuk di berikan masalah untuk anda selesaikan. Itu salah 1 peranan hidup anda , dan dari situlah Anda Meraih KEHORMATAN dan di segani.
You Create The Problem, You Must Solve Yourself la.
Jika anda ke alam BUNIAN, boleh la kan berkahwin dengan Puteri Raja.. anda ingat anda boleh duduk saja?.. Puteri Bunian yang sudah di kahwinkan akan di berikan 1 Kerajaan Jajahan Ayahandanya dan Anda kena memerintah sebagai Wing je.. Isteri anda yang jadi Ratu Permaisuri.. anda tak rasa kekok ke macam menumpang je kan?.. dah la menumpang, Banyak masalah rakyat, Korupsi pembesar anda kena selesaikan, Tu tak Habis lagi bila anda kena mengetuai Angkatan Perang pergi berperang, Sakit woii kena libas pedang..sebab anda pergi tu dengan Zahir nyata .
Ada 1 Hamba Allah yang sudah duduk di sana Ratusan Tahun dia menceritakan kepada tok, dulunya dia melakukan sesuatu untuk ke alam Bunian kerana Ibu Tirinya banyak melakukan Fitnah ke atasnya, Dia ni Putera Raja Alam Manusia Nu Zaman Hang Tuah dok menyusu lagi. Dia kata apa... kalau boleh masa tu di undurkan balik, dia lebih rela menerima Fitnah Ibu tirinya dari duduk di alam Bunian ini.
Mana Taknya.. Perang sana sini sekejap perang sekejap perang, perang Pulak bukan dengan Makhluk sama jenis, Nuh..makhluk Gorg.. Gerbang di cerobohi Oleh Makhluk pelik pelik. Kena atur strategi, kalau kalah dapat malu dengan abg abg Ipar di kerajaan Lain. Kalau Minta bantuan ada sajalah Nanti minta Ganjaran, Tanah Negara dia Perintah dah jadi kecil akibat di tuntut hanya utk meminta bantuan peperangan.
Kadang kadang nak tidur malam tak boleh, Nak bersama pun kena bagitau Mak bidan dulu, baru Mak bidan dan dayang dayang persiapkan tatacara nak tidur dengan isteri untuk setubuh, di tanya nak anak ke tak nak anak, kalau nak anak tatacara di buat kepada Isterinya cara nak anak. Di mandikan lulur herba dan sebagainya, sementara dia pula kena santap makanan Berzat tinggi sebelum setubuh untuk anak, maksudnya 3-4 hari sebelum nak ehem ehem kena bagitau mak dayang dan mak bidan dah. Hangpa ingat senang..bhahahahhahahahahha.
Anak anak tak boleh di ajarkan macam kita ajar anak anak, Tak boleh panggil Ayahanda depan Pengawal pengawal , kena panggil Tengku Atau Sultan. Nak P mana pun susah, kena ada teman pengiring. Ini bukan cerita Korea Putera Korea keluar dari istana menyamar cari bakal isteri cantik dari kalangan rakyat woii. BUKAN.
Makan pun ada cara, ada etika, nak berjalan pun kena belajar semula, nak bercakap dengan org pun ada cara. Ni kalau sembrono , memang takda la.
Mo kala kawin dengan rakyat jelata.. Nak hidup bang, kena kerja... Terima gaji bulan bulan. Gaji di kawal kerajaan, Nak beli apa apa kena hantar Permohonan, contohnya Nak beli rumah, Hantar permohonan, kerajaan akan bagi katalog jenis jenis rumah dan potongan sekian sekian. Nak beli kereta pun macam tu juga..
Nak berniaga?.. di alam sana bukan semua BOLEH dan DI BENARKAN BERNIAGA. Nak berniaga kena lawan macam lawan tender dulu , kalau dapat , dapat la tapi pelanggan tetap kurang sebab Pengilang, pemborong, kebanyakan adalah dari Jabatan kerajaan sendiri. Hanya Bila rakyat kena penalti baru dia guna duit p beli kat hang.
Huiiii penattt. sebenarnya Yang nak kahwin dengan hangpa tu lah senang... dia kahwin dengan hangpa dia dapat permit kebebasan. Dia tak lagi di suruh Masuk campur hal Istana, Kalau perang pun dia rilek je bersama Suami Manusia di rumah kita waima kita tak nampak,dia selamat dengan kita. Sebab tu kalau Hang Kasyaf, dia sanggup buat apa saja bagi apa saja kat hang waima tubuh dia utk hang kekal bahagia dengan dia, kalau dia kena tendang, balikkk semula ke istana.. Naya member. Kalau dia dah kena sentuh tanpa di kahwini, dia akan di tendang keluar istana dan cari makan sendiri, hidup Dalam Kehinaan, Sebab tu tok kata kepada yang ambik Puteri..tolong jaga elok elok.. Kalau nak kawin dulu. Kalau x reti , belajar terawangan dulu. Mujur la kalau dia hilang dara tak kahwin kena halau istana, kalau kena penggal macam Kerajaan Jerai dll Buat tu?.. Kesian mereka.
Bila kita ke alam sana secara mati di alam sini... kita hidup di alam sana kita dah tak ingat dah Alam sini, waima kita ada bini ada anak anak..kita dah lupa mereka.
Sesekali kita akan bermimpi muka bini kita, anak anak kita..itu bukan mimpi ..itulah memori kehidupan dunia . Bila kita sedar dan cerita pada Isteri kita di alam sana dia akan kata mainan tidur. jika berlanjutan kita akan di bawa berubat. Makan la ubat pulak untuk tak mimpi dah.
Pernah terawangan?
Bila kita pulang dari terawangan, dari 100% memori terawangan tu, hanya 30% je kita ingat, yang lain kita jadi ingat2 lupa, padahal baru tadi je terawangan. Kenapa jadi gitu eh?.. haa tu la rahsia Allah
Nak lari dari masalah apa kalau kita p duk sana kita lupa yg kita pernah hidup di alam manusia ini?... Kan macam sia sia je?.
Yang kita dok pening pikir di alam sana ialah , esok nak makan apa, gaji dah habis, Kad Belanja dah habis guna, nak beli beras di kedai pun duit takda.. tak pening jadi lagu tu. aiyaa.
====================================
Alam Jin pula.....
Apa jadi dengan kita bila kita di bawa ke sana?
Kita ingat semua...kita malah boleh nampak anak bini kita...kita duduk di sana 10 tahun, di alam Jin dah 100 -300 Tahun..kita tengok anak kita menangis rindu pada kita, kita lihat isteri kita merana teringatkan kita, kita nampak mereka meninggal ,bila kita masuk dalam mimpi mereka org kata mereka hanya rindukan kita sebab tu termimpi kita.. tak tersiksa kita... syokkk bini lawa dok sebelah sambil mata melihat anak anak sakit, mati.. sampai batu nisan mereka reput pun kita masih teringat mereka.. Syiok?..
Syiok melihat Ibu bapa kita sedih kerana mengingatkan kita dah Mati sedangkan ianya cuma Fake Death yang di buat oleh Isteri Jin kita. Kita Lihat mak kita sakit?... Allahhhhhhhhhhh seronok ke nak tanya?.
Nak Balik tak boleh, nak pegang pun tak boleh..x lekat kita pegang.. Kita berjaya alihkan penyapu kat rumah je kita syiok sbb nak buktikan pada mak kita yang kita masih hidup. Mak kita takut dia p Cari bomoh dan pagar rumah.. elok elok anda boleh Tidur sebelah mak anda.. dah Tak pasai duk kat luar rumah melihat dari jauh, Syiokkk.
Sebab tu kalau dah jadi manusia ni... Ilmu KENA belajar . Tapi jangan kita nak melampaui batasan. Belajar sekadar yang kita boleh dan kalau di takdirkan kita terpilih nak ke alam Bunian bersyukurlah...hajat tercapai. Tapi kalau masuk alam jin...Allah siksaaaaaaa. Takda selera dah biarlah bini Jin Yang lawa seksi tu goda lagu mana pun... Paling pun dia bagi anda ubat bagi lupa sekejap Keluarga anda.
Maka Bersyukurlah.
Pendek kata utk sy tok.bersyukur dgn kurniaan Allah.kebiasaan org bisa tewas dgn keindahan.tp mereka buta di sebalik keindahan tu penuh onak yg blm mereka pernah bayangkan.
BalasPadambetul
PadamKhatam dah utk sesi pengajian sy petang ni tok.hehe
BalasPadamAlhamdulillah tahniah..membaca jambatan ilmu
Padam