Menurut teks bukan kanun dari persuratan rabbinik Yahudi klasik (eksegikal), Josephus (Ant. 8:165–73), berpendapat Ratu dari Saba' adala ratu yang mempunyai empayar penaklukan dari selatan Mesir dan Habsyah. Ratu ini telah dibawa ke Jerusalem, bersamanya dibawa sekali balsam (sejenis tumbuhan yang jarang digunakan untuk membuat pewangi dengan komposisi perubatan). Balsam dari Gilead kini boleh ditemukan di Jerusalem tetapi berasal dari selatan Semenanjung Arab. Josephus (Antiquities 2.5-2.10) menonjolkan Cambyses sebagai orang yan berjaya mengawal Aethiopia, dan menukar namanya dari Seba ke Meroe. Josephus menegaskan Ratu dari Saba' ini berasal dari tanah Sheba atau Saba' dari selatan Semenanjung Arab. Terdapat juga hubung kait diantara perkataan Saba dan Sabaco yang merujuk kepada pemerintah awal Aethiopia.
Talmud (Bava Batra 15b) mendesak ia bukannya kerana raja perempuan itu, sebaliknya kerajaan Saba' itu (berdasarkan pelbagai bentuk intepretasi dari perkataan Ibrani yang menyebut mlkt) yang datang tiba ke Jerusalem, secara jelas cuba untuk membuang kisah hubungan anatara Sulaiman dan Ratu itu.Baba Bathra 15b: "Sesiapa mengatakan malkath Sheba (I Raja-raja X, 1) bermaksud perempuan yang membuat kesalahan; ... bermaksud kerajaan (מַלְכֻת) dari Sheba.
Berdasarkan beberapa laporan dari kurun ke-8, ratu itu melawat Sulaiman, boleh ditemukan dari Targum Sheni hingga ke Kitab Ester. Burung hudhud memberitakan pada Sulaiman bahawa terdapat satu kerajaan di Saba' dimana ratu itu penyembah matahari. Sulaiman kemudiannya menghantar Kitor ke negeri berkenaan dengan sepucuk surat yang diikat di sayapnya dan memerintahkan untuk Ratu itu menghadapnya. Ratu itu kemudian menghantar barang-barang hadiah dan 6000 pemuda yang sama tingginya, semuanya lahir pada waktu yang sama dan berpakaian ungu. Utusan hadiah dari Ratu Saba itu juga membawa surat bahawa baginda ratu akan tiba di Jerusalem dalam tempoh 3 tahun walaupun biasanya perjalanan kapal akan mengambil masa 7 tahun lamanya. Apabila Ratu itu tiba di Istana Sulaiman dkat Jerusalem, Ratu itu menganggap bahawa gelas yang disangka air itu adalah sebuah kolam air yang besar, maka ratu itu pun menyinsing sedikit kainnya yang menutup kakinya. Sulaiman kemudian menegur tentang perbuatan Ratu itu dengan kakinya yang berbulu. Ratu itu bertanya Sulaiman 3 perkara (Targ. Sheni to Esther 1:3) atau, menurut Midrash (Prov. ii. 6; Yalḳ. ii., § 1085, Midrash ha-Hefez), terdapat banyak perjalanan lain untuk menguji hikmat Sulaiman.
Pada kurun ke-11, menurut teks zaman pertengahan (medival), Aksara Ben Sira yang tidak diketahui penulisnya siapa. Teks tersebut juga disebut Hikmah Sirach atau Sirach, atau Kitab Ecclesiasticus /ᵻˌkliːziˈæstɪkəs/ (singkatan Ecclus.) atau Ben Sira, merupakan hasil kerja pengajaran beretika yang telah ditulis oleh orang Yahudi bernama Shimon ben Yeshua ben Eliezer ben Sira dari Jerusalem, kira-kira 175 hingga 200 tahun sebelum masihi. Dalam teks tersebut suatu bentuk penegasan bahawa Raja Nebuchadnezzar, Raja Babylon telah memperakui kesatuan anatara Sulaiman dan Ratu Saba'.
Dalam bidang disiplin atau kaedah falsafah keagamaan Yahudi Kabbalah, Ratu Saba' dianggap sebagai ratu dari golongan jin, dan adakalanya dianggap sebagai sebahagian dari Lilith, pertamanya dalam Targum Yaakub (1:15), dan kemudiannya dalam Zohar dan dalam beberapa penulisan sastera terkemudian. Terdapat mitos dalam kalangan orang Yahudi dan Arab yang mengekalkan Ratu Saba' barangkali merupakan dari golongan jin ataupun sebahagian jin dan sebahagian lagi manusia.[9][10]
Dalam pengamatan cerita-cerita mulut orang Yahudi German dari milinium pertama, atau Ashkenazi, terdapat figura penting yang menggabungkan imej popular Helen dari Troy atau mitologi German Frau Venus. biasanya kata-kata mistik berbaur sihir puak Ashkenazi meletakkan Ratu Sheba sebagai penari bersifat seduktif (menjolok mata). Sehinggalah pada generasi terkini, anggapan ini dilihat telah meresap masuk dalam dunia kanak-kanak, ada cuba mempamerkan ratu sebagai penculik kanak-kanak atau ahli sihir yang jahat
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komen menggunakan Akaun Gmail anda & Browser Opera Sahaja