Selasa, 17 September 2019

CARA MEMAKAI KHODAM BANDUAN

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera

Sedia maklum bahawa kini tok sedang melakukan Ops Cantas Jin Jin yang melakukan kesalahan tidak kira islam atau bukan dan tidak kira di mana sekalipun. Kalau ia jin Kafir maka kita akan cuba islamkan dan hantar ia ke dalam Jemaah Ulama Jin Islam Di Mekah dan tinggal di sana, Jika ia engkar kita akan membuangnya ke Lautan LauhMahfuz , sama juga dengan Jin SAKA yang tiada tuan dan kemudian menganggu keluarga keturunan. 

Jin Islam yang melakukan kesalahan walau kesalahan itu bermula dengan sikap manusia sendiri yang tidak di sengajakan contohnya kencing di busut anai anai yang di duduki Jin Islam dan Testisnya bengkak tak dapat di ubati, maka Jin yang melakukan ini akan di tangkap dan di penjarakan.

Kesemua Jin ini melalui pemenjaraan Maksima 40 tahun ( bagi mereka cuma 4 bulan sahaja -+ ) samada terus tetap di dalam botol atau berkhidmat kepada manusia, Hukuman jenis ini rasanya ada di kalangan kita juga manusia di mana pembuat laku salah di kenakan hukum berapa jam melakukan kebajikan bukan?. 

Jin yang di maharkan ini akan melakukan perkhidmatan mengikut jenis dan kelebihan mereka kepada manusia selama cukup tempoh 40 tahun ini. 

Jadi ada soalan yang di bangkitkan oleh diri tok di sini untuk anda.

Bagaimana jika anda ingin membuangnya dari badan kerana jelas cara pemakaian khodam ini adalah melekat pada diri anda selama hukumannya berjalan?

Mungkin di satu masa anda mungkin ingin membuangnya atas sebab sebab tertentu ..bagaimana caranya?

Caranya ialah :

1. Ambil embun di padang rumput , guna kain kering dan sapu rumput hingga basah dan kemudian perahkan dalam baldi sampai cukup, mandilah seperti mandi junub dengan berniat " Ya Allah aku berniat membuang semua khodam yang ada di badanku , sebagaimana air embun ini mengalir ke tanah maka seperti itulah ia mengalir kembali ke alamnya dan aku bebaskannya dari hukuman "

2. Jika anda sudah mengahwininya maka cara di atas adalah tidak berkesan, maka anda perlu buat ialah melanggar pantangannya, katakan dia melaranga anda memakan bawang, maka makanlah bawang, mudah dan berkesan tanpa kesan sampingan -


Cara Memakai Khodam ini setelah di maharkan

DALAM NEGARA

- Bakarkan setanggi dan tunggu ia sampai separuh , kemudian buka botol, masukkan air paip biasa/mineral atau sungai.( JANGAN AIR LAUT JIKA IA BUKAN DARI LAUT ) ..buat masa ini kita belum ada memaharkan dari laut. 

- Sudah penuhkan air dalam botol, jirus di kepala sampai habis, sikat rambut anda atau pakai tudung bagi wanita, dan biarkan ia kering... ( Kerana itu kita tak tangkap dalam botol besar, nanti anda berjirus basah lencun )


LUAR NEGARA

- Bakarkan setanggi Tinggal separuh dan kemudian buka botol , di dalam botol tok masukkan batu dan di dalam batu adanya Khodam, ini bagi menggelakkan khodam tidak tertinggal semasa lintas laut ( terkecuali bagi borneo kerana kita ada kerjasama imigresen alam Jin ke Singapura, Brunei dan Sabah Sarawak ) 

- Masukkan air sampai penuh dan jirus di kepala dan biarkan sampai kering, batu ini buang sahaja di TANAH NEGARA anda duduki, Jika anda bercadang nak pindah negara kelak Maka tidak menjadi masalah anda ke mana mana sekalipun, khodam sudah ada di badan anda dan andalah pasportnya

*Membuang khodam di badan bagi pemahar luar negara ialah dengan cara yang sama di atas

20 ulasan:

  1. Moga dipermudahkan segala urusan Tok

    BalasPadam
  2. Salam tok, putri jin utk kekayaan dan kemewahan tanpa had serta tanpa tumbal berapa maharnya tok?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tok boleh tak bayaran secara ansuran seperti mana perjanjiaan dah habis bayar baru diserahkan khodam tu tok..boleh ke tok

      Padam
    2. sebaiknya tuan saving sendiri dan kemudian menebusnya tuan. Tapi nasihat tok jangan paksa diri memilikinya, biarlah takdir menentukannya, guchmani pun dah banyak berjasa , ibu duit bunian juga banyak jasanya, di sini tuan punya banyak pilihan. penangkapan semakin merendah setiap hari dan permintaan pula semakin meninggi, tok takut tuan bayar dan bayar bila sampai masa, barang dah tak ada, kami kat sini jenuh juga nak refund semula tuan

      Padam
  3. Tks banyak tok insyaAllah saya usahakan tok.

    BalasPadam
  4. Assalamualaikum Tok
    Nanti Khodam tuh duduk dalam botol balik ke,lepas semua cara2 memakai nya di buat

    BalasPadam
  5. Salam tok, mcm mana kalau tak sempat membuang khodam ini dan saat sakaratul maut tiba?

    BalasPadam
    Balasan
    1. w.salam wbt , soalan bagus.

      Tok sudah nyatakan bahawa utk pemilik khodam ini, apabila sakarat khodam ini akan bebas dengan sendirinya. Jika sampai usia 40 tahun juga ia akan bebas dengan sendirinya.

      Perjanjian inilah antara tok dengannya dan ia tidak di janjikan sebagai saka

      SAKA akan tunggu sampai mati, dah mati dia akan ke anak cucu pula , perjanjian dan kadar bayaran anda ini cuma untuk diri anda sahaja dan tidak termausk kos ke anak cucu anda. Jadi service ini hanya terbatas kepada kadar bayaran yan anda berikan kepada tok.

      Tok ulang semula untuk lebih faham

      1. Khodam ini adalah atas nama anda sahaja, bukan ke atas seluruh anak cucu anda ( rugi lah tok bagi samnpai ke anak cucu dengan bayaran yg kecil macam tu ).

      2. Khodam ini mempunyai hukuman bebas automatik selepas 40 tahun

      3. Khodam ini juga mempunyai perjanjian sekiranya pemiliknya meninggal bukan atas perbuatannya katakan hari ni ambil esok meninggal, maka dia serta merta dia juga akan bebas kerana kesudian dia menjadi khodam kepada manusia.


      PERJANJIAN SAKA

      Untuk perjanjian SAKA, anda perlu menambahkan kos 1 orang / generasi 1x ganda lipat dari bayaran asal namun tok x melakukannya kerana tok takut anak anda kelak akan salah guna. tok tidak takut bagaimana anda sakaratul maut kerana urusan ini ialah urusan Allah dan yang kita banyak terpergaruh pun sebab drama menayangkannya dengan kesan gimik yang 10x ganda menipu dan kita mempercayainya, sedangkan drama itulah PENIPU PALING BESAR yang tak pernah orang tidakkan selama ini.

      Contohnya.... dalam drama asyik sebut
      " Aku ceraikan kau "
      " Aku talak kau "
      " kita berpisah "

      Dan akibatnya masyarakat kita sering terikut ikut dan menggunakan kuasa cerai, sedangkan TALAK cuma ada 3, dah habis 3,, menyesal pun tidak ada gunanya

      Sedangkan dalam nak bercerai berpisah ni ada bahasa lebih lembut lagi boleh di gunakan iaitu :

      FASAKH

      Fasakh boleh di buat lelaki dan perempuan, suami atau isteri.. dengan ungkapan :

      " Kita fasakh "
      " Kita berpisah dulu dengan fasakh "

      asakh dengan talak adalah berbeza, Fasakh ialah pembatalan akad daripada asas dan menghilangkan sifat halal yang menjadi kesan ke atasnya, manakala talak pula ialah menamatkan akad dan sifat halal masih kekal kecuali setelah talak ba’in (talak tiga). Fasakh berlaku sama ada dengan sebab hal-hal mendatang ke atas akad yang menafikan perkahwinan atau hal-hal yang berhubung kepada akad yang menyebabkan ia tidak lazim dari hukum asal, manakala talak pula ialah talak tidak berlaku kecuali berdasarkan akad yang sahih dan lazim. Selain itu, fasakh tidak mengurangkan bilangan talak yang dimiliki oleh suami, manakala talak mengurangkan bilangan talak.

      Berapa kali dalam setahun pun boleh buat dan tiada bilangan had. maklumlah ada antara pasangan kes mereka dah terlalu berat , sampai sikit sikit bergaduh , nak cerai.

      DRAMA lah sebenarnya memainkan peranan paling BESAR mendidik masyarakat... bukan sekolah , bukan program iklan kerajaan... Jadi jika anda mahu melihat di mana agenda musuh islam, Lihat di dalam DRAMA.

      Padam
    2. paham dah, terima kasih atas penerangan tok.

      Padam
  6. Satu orang boleh berapa khodam botol dianboleh ambil Tok?

    BalasPadam
  7. Satu orang boleh berapa khodam botol dia boleh ambil Tok?

    BalasPadam
    Balasan
    1. satu org biasa ( maksudnya takda apa apa ilmu kebatinan dan amalkan zikir berat ) hanya boleh ambil setakat 3 khodam sahaja, arwah Guru tok, Hj Yatim berkata.. org biasa maksima boleh ada 3 sahaja, jika lebih maka ia akan makan diri dengan cara kita berasa berat umpama sebuah gunung menimpa , makan urat , sakit badan dan akhirnya collapse sampai tua dan mati.

      Padam
    2. Begitu, sy ada tanya bonda. Antara yg berjaya ditangkap ada yg bernama dewa.. nk tanya yg dewa tu namanya saja atau tahap dewa? Apa bezanya dgn jin biasa ye Tok

      Padam
    3. dewa yang di puja manusia seperti ugama buddha atau hindu

      Padam

Komen menggunakan Akaun Gmail anda & Browser Opera Sahaja

CARA BERURUSAN