Sabtu, 14 September 2019

CARA LOGIN PAKAI ID GOOGLE

Assalamualaikum wbt semua dan salam sejahtera

Tok lihat banyak id Anonymous melakukan komen dan kebanyakan darinya adalah id palsu untuk menggagalkan permaharan di blog ini, tok ingin memberitahu bahawa prilaku id palsu hanya sia sia dalam 12 jam pertama sahaja kerana selepas dari itu jika tiada PD ( payment done ) maka id asli yang berminat boleh terus PD item ini dan memilikinya tanpa perlu bertanya lagi kepada kami. 

Bagi yang ada masalah melakukan Id melalui google, cuma ada 1 kemungkinan sahaja. 

Google Chrome  bermasalah dengan pautan/gadget yang kami pasang di blog , sedia maklum blog ini memang tidak berbayar namun kami menggunakan banyak gadget berbayar bulanan bagi memastikan blog ini sihat walafiat dari sebarang aktiviti Hackers termasuklah perlindungan ke atas semua id yang memasuki website kami ini. 

Apa yang anda perlu lakukan ialah DOWNLOAD Browser OPERA dan menggunakan browser ini untuk akses ke blog kami. Opera menerima Gadget yang kami pasangkan di Blog tanpa masalah . Di Opera klik Save Password ini akan membolehkan id anda automatik masuk ke blog kami tanpa perlu memasukkan semula id dan password .

Mengenai masalah ini, tok sendiri menghadapi masalah untuk melakukan komen melalui CHROME, dan opera sebagai jalan penyelesaiannya.

Jalan ke dua ialah UNINSTALL Chrome anda dan kemudian install kembali tanpa SYNC apa sekalipun, terkadang Extension di Chrome anda juga bermasalah. Sedia maklum Chrome mempunyai pelbagai Extension asal yang banyak termasuklah salah satunya mengesan lokasi kedudukan anda, menyimpan akses kad kredit anda dsbgnya, Bagi tok .. sejak dulu menggunakan Opera tidak pernah terjadi masalah. 

Terima kasih 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen menggunakan Akaun Gmail anda & Browser Opera Sahaja

CARA BERURUSAN