Ahad, 22 September 2019

BEBEL + CINCIN KHODAM PENJAGA DIRI








Alhamdulillah pada pagi hari ini tok terbitkan kepada anda cincin Khodam penjaga diri. Pada kali in tok akan terangkan bagaimana Hal hal misterius penjagaan diri berlaku. Ya rasanya kini tok perlu menerangkan dengan lebih detail bagi menggelakkan salah faham newbie, salah faham ke atas barangan kata macam macam tu tak pa, tok tak hairan sebab tu... kerana hal hal mistik berlaku atas izin Allah dan ia hanya akan berlaku ( atas izin Allah ) kepada orang orang yang tidak pernah mengeluh dan terus berusaha, apa yang tok bimbangkan ialah akidah seseorang , apabila sesebuah hal mistik berlaku kepada dirinya maka terus ia beranggapan benda tu hebat, dan melupakan Allah barang sedetik. Ingatlah bahawasanya walau kita lupa sedetik kepada Allah maka pada detik itu kita bukan lagi orang Islam, maka ulama mengesyorkan agar kita selalu mengucapkan 2 kalimah syahadah agar kita sentiasa berada di dalam lingkungan orang2 islam.

Kalau dulu, anda lihat halaman halaman yang lama dulu, tok sering menulis artikel mengenai ilmu mengenal diri dan Mengenal Allah SWT, kemudian bermula pada tahun 2015 tok dah mulai slow . Bukan kerana ilmu tu dah habis, ilmu tu tak pernah habis dan pada diri tok sendiri pun ilmu tu sentiasa berkembang kefahamannya, cuma pada waktu tu jujur tok katakan ramai yang membaca di sini, ada pelanggan dan ramai stalker mempergunakan ia sebagai sebuah ilmu untuk menaikkan nama mereka sendiri. Banyak. Pada waktu tu pada pendirian tok, bukan tok kedekut ilmu , tapi ilmu yang di sampaikan itu ada tunasnya, ada asasnya. dan bila mereka2 ni men-copy ayat ayat tok di sini dan meletakkan di halaman mereka samada di IG , Facebook dan blog mereka sendiri..maka selepas tu akan wujud pelbagai soalan, malah mereka akan di lemparkan dengan tuduhan2 ajaran sesat, masakan tidak, mereka tidak mampu untuk menjawab pertanyaan pembaca. Dan apabila mereka bertanya pada tok, dengan kurangnya masa dan seterusnya tok tahu yang bertanya tu sengaja  mempergunakan tok untuk menaikkan nama mereka, maka selepas pada tu tok mulai memberi jawapan yang salah. pada andaian tok , tok nak mereka berfikir dan dapat tangkap bahawa jawapan tu salah, namun rupanya tok yang salah.. mereka menerima jawapan tu dan menyampaikan pula kepada pembaca mereka, maka ini memburukkan lagi keadaan mereka sendiri. Dan pada akhirnya bukan prestasi mereka sahaja yang menurun, malah prestasi tok juga. Kemudian tok mengambil langkah untuk berdiam diri , malah bukan sahaja dari soalan, tapi juga dari menulis artikel mengenainya di halaman ini. 

Terkadang tok berfikir, biarlah aku berniaga saja kat blog ni , tak payah nak cakap benda bab bab kenal diri dan lain lain, Namun timbul rasa bersalah dalam diri tok, kerana pada awal pembangunan blog ini kita ingin berdakwah sambil berniaga, dan sambil meniaga barang mistik kita nak bawak orang sentiasa lurus di dalam ugama islam. Sedia maklum, dunia melayu  bukan macam dunia orang putih. kita adalah sipi sipi dunia arab, kalau anda lihat, pernah duduk dan tinggal di arab, bergaul dengan mereka... membela toyol tu biasa saja. main sihir macam main bola sepak, benda biasa. Cuma di dunia arab benda ni semua tak di sebut kerana ia un-lojikal.. sama macam di Malaysia, jika anda sebut pada orang Rusia, Orang Amerika bahawa di Malaysia sihir tu macam acara biasa, adakah orang akan percaya dengan kata kata anda?

Apabila dah lama tok tidak menulis mengenainya di dalam blog, ada orang yang baru di blog ini berkata " jangan cakap benda yang tok tak tahu ".. mungkin dia tak membaca blog tok ini bermula sejak Feb 2012 sampai kini , ya kan ..kalau orang dah tak suka kita, apa dia baca pun semua salah. Ginilah. Tok ni bukan baru dalam bidang ni, nak tanya sikit, anda lepas SPM dulu, apa anda buat?... kerja?... sambung belajar?.... jalan jalan?  .... normal kan. tapi tok tidak macam tu, tok mengaku tok bukan manusia normal, kalau nak kata tok gila.. ya mungkin tok gila, sebab gila ni ada 33 jenis macam, cuma dunia kita sekarang ni tapis level gila macam manakah layak masuk wad untuk terapi?.. gila yang sampai membahayakan keselamatan orang lain, gila yang mengancam nyawa sendiri, itu saja. Nak ke pangkat, nak jadi kaya, termasuk gila lah.. hari2 fikir macam mana nak kaya, macam mana nak naik pangkat, apa cara nak naik pangkat. maka itu adalah sebuah kegilaan, kerana manusia normal dia akan ikut tatacara bagaimana nak jadi manusia, hidup, makan, kerja, ikut aturan agama, ikut law negara, berkahwin, bermasyarakat dll, selain dari normal ini maka ia adalah di luar normal.. di panggil luar normal.. un-normal.. maka ianya gila, iaitu 33 jenis gila. Kalau macam tok ni, tok gila ilmu, gila kasih sayang, gila ilmu mistik dan sepanjang hayat tok , tok habiskan dengan ilmu mistik, tok tak reti tengok bola, main snooker boleh main, Tapi warna buah pun tak kenal, tok buat satu satu benda bagi habis, tok x pandai buat 2 benda dalam 1 masa. kalau tok g bertapa, habis anak bini tak ingat dah. kalau tok merantau, 6 bulan, 6 bulanlah tok x telefon anak bini. Kalau tok duduk main game di rumah, sampai habis game tu sampai credential tok main, kalau game besar 3 hari, 3 hari lah nongok dalam bilik, makan bini bawak mari, solat dalam bilik, tidur dalam bilik. dah habis main game tok akan masuk balik untuk ritual di dalam bilik yang sama , ritual asas 3 hari untuk persiapan ritual berat di gunung, bukit , hutan.... dari 3 hari main game , 3 hari ritual, kemudian terus 3 hari dalam hutan 9 hari dalam sebulan tok tak cara/peduli ke anak bini, pandai lah buat hal masing2. dan iseri2 tok pula dah hadam perangai tok.. sapa nak jadi isteri tok kena tahan kena bebel 1 tahun, 2 tahun ( ikut pada tahap iq ) boleh tahan x boleh tahan, minggu ni aku lagu ni, dalam bilik jangan buat lagu ni, rumah kena kemas, anak kena jaga molek, hantar pegi sekolah, kalau sibuk upah pemandu, kalau tak larat kemas umah , upah pembantu rumah, kalau tak cukup duit upah lebih staff yang kerja tu bagi elaun sikit buat kerja umah. beli sayur ikan staff pegi beli, service kete staff pegi buat, tok?.. tok dengan kerja tok ,xda sapa kacau, xda sapa ganggu.. 13 kali tok kahwin.. yang kekal cuma 2 , no 10 dan nombor 13. hak cerai lain tu bukan salah depa, tapi salah tok dan salah iq depa saja tok suka bebel sebab tok nak depa tahu hidup dengan tok tak supo lelaki lain, lelaki lain boleh bawak mu g jalan jalan, laki lain boleh cara tolong masak, kemas rumah, jaga anak, tu laki lain, aku bukan gitu... hidup aku mudah jah... abadi di dalam ilmu mistik melayu dan mengekalkannya serupo mana orang dulu bawok, maka serupo tu lah aku kekalkan. tugas aku ialah bawak orang orang islam yang masih nak guna jalan mistik sebagai salah 1 tatacara hidup mereka. Kerana aku tahu orang MELAYU ni tak boleh kita tegah , tak boleh kita kata JANGAN, lagi kita tegah lagi depa buat. Jadi bagi aku...kena ada orang macam aku ni bawak orang kita dalam jalan mistik di jalan selamat. Jalan yang tak melampaui batas.... Jadi sesiapa halang tugas aku, maka akan terima bahana dia...bahana ni pun aku minta dari Allah bagi ke mu  dari tikar sejadah....bukan pakai asap kemenyan bagai..., itu saja...sebab tu aku selalu cakap" Allah saja yang tahu niat aku"... aku tak kira siapa. 1 orang, 1 kumpulan, 1 jabatan... Aku bagitau matlamat aku, jalan aku dari dulu, sampai ke la ni , In Sha Allah masih berlandaskan kepada 2 Kalimah Syahadah, bukan pada jin kafir, bukan pada setan iblis. Maka aku menyeru juga kepada penyihir2 sejak 2012 lagi, kalau demo nak sihir aku, maka silakan... aku cabar kita tengok Tuhan aku Allah taala kah yang kuat atau Tuhan kamu Ibliskah yang kuat. dan maka setelah itu kamu melihat tok ni sihat sihat sahaja, maka cepatlah kembali kepada Allah SWT...kerana jelas sihir iblis kamu tu lemah tak setanding dnegan kekuatan Allah SWT....kalau di takdirkan aku mati kerana di Sihir sekalipun Alhamdulillah Aku mati Syahid ( org mati kena sihir adalah mati syahid ). Jalan mistik ada banyak lorong.. kanan atau kiri itu yang utama., kalau demo kata demo orang islam, demo kena ingat, syiah juga kata mereka islam, wahabi pun kata mereka islam. Paling penting sebenarnya cara kita bawak, kefahaman kita. 


Bab mengenal diri ni panjang, kalau mau di tulis 10, 000 halaman pun tidak akan cukup kerana kefahamannya sentiasa bertambah dari masa ke semasa. 


Tok tahu ramai orang dahagakan ilmu, cuma tok lupa nak memesan dulu, sebelum copy pastekan dalam halaman anda, belajarlah dulu sampai faham, sampai orang tanya kita, kita boleh jawab.. ni w/app tanya tok pulak bunyi macam nak belajar, tapi rupanya soalan tu di tuju oleh pembaca dia. 

Itu yang di fb naik nama nama " tok ", org tu tok, org ni tok.... tu semua hak copy artikel tok dari fb dan blog ni ( saja depa exclude id fb tok x dapat nak baca benda tu di halaman mereka, x nak tok tahu depa copy ), sebab dalam tu tok membahasakan diri sebagai "tok ". maka pembaca mereka memanggil mereka tok. 

Sebenarnya, sejarah panggilan " Tok Mat " ni bermula dengan gurauan seorang pelanggan yang tinggal Kluang ( bukan ayah lajen ). Masih ingat detik tu tok ada di JB dalam kereta di jalan Kempas skudai. dia mesej tak silap, panggil nama " Tok mat ", tok cakap dengan dia sy bukan " tok "..muda lagi.. masa tu baru umur 30-31. Panggilan ni kemudian masuk ke dalam komen blog ( Si dia lah ), nak tahu siapa dia ni, baca balik semua halaman tok bermula dari tok guna perkataan " Saya " dan kemudian convert menjadi "tok"

Alhamdulillah setahun selepas tu berkat dok Panggil " tok" maka ramai pulak orang panggil dan jadi sebuah doa sampai tok mendapat sesuatu yang layak untuk di panggil " tok". itu lah ceritanya.

 Gelaran ni " Tok " mulai di tiru di halaman dan gelaran ni umpama "org pandai " dan di gunakan untuk naik nama nama seller mistik. Tok tak kisah, tapi please lah.... kalau ada SOALAN pembaca anda sendiri, maka JAWABLAH sendiri, selayak mana kamu suka nak di panggil " TOK ". selayaknya gelaran tu untuk orang pandai menjawab soalan dalam bidang ni, bukan yang "Pandai Meniru ". Maka sebab tu lah sampai ke hari ini., soalan yang di ajukan , tak tok jawab salah, tok x jawab langsung. Malah ada yang lepas lepas kata tok ni MURID mereka.. wei la hoooo... guru aku.. ada hok mati dah, ada masih hidup, nak tekan w/app pun tak reti nak habaq bagi. takda guru aku dalam facebook tu. takda. apa jatuh ke kalau orang kata aku ni murid dia?... dak.. aku tak kisah, tapi anak murid aku kisah, anak murid aku 9000 org, la ni kurang 20 rasanya nak capai 10,000. jadi pakat kecoh dalam grup, dalam w/app..... tok melatah ke yang nak marah sangat?.. tak tok tak marah, tapi yang aku marah ni, masa aku nak jawab nak menidakkan benda tu terbuang begitu saja, dan aku paling tak suka nak duduk depan hp jawapn w.app ni.. sebab tu hanya 2 minggu, 1 minggu, kekadang 1 bulan baru tok jawab mesej dalam w.app... sebab tu tok keluar modal bagi hp sorang sebiji ke bonda, admin staff 1 ... bagi kat pelanggan nombor bonda.. bini2 aku yang jawab semua, tapi tanya tok la kalau soalan yang pelik2 tu. cuba baca balik hak atas, kalau tok keluar 6 bulan, 6 bulan lah tak call anak bini... nampak dak perangai tok kat situ apa dia?.. tu pun ada juga orang yang degil, bantah, buta perut , buta hati, buta kayu mesej tok , dah mesej takpe lah...tunggulah..., ni tidak..... maroh kita bila lambat balas, merajuk, kata kita seller sombong, kata kita x nak berniaga, eh eh, kang eksiden patah kaki sat g kata aku pulak yang buat kot. ni masalah dia. Jadi soalan soalan yang di hantar ke nombor peribadi tok 01111113044 / 01133012715 ni anda kena faham risikonya.. mungkin 1 bulan..mungkin 2 bulan baru tok boleh jawab.. jadi bab stok tanya bonda lah. Tok ada urusan tok, nak habaq bagi, tok bukan hidup dengan hp sangat pun. hp ni bukan sahabat baik tok. kekadang tok pun tak tahu mana tok letak. Yang penting buat tok ialah complete gear untuk masuk hutan, panjat bukit.... tok nak cerita 1 kisah lucu... ada sekumpulan budak UITM, rasanya dorang ada baca blog ni... dorang climbing, hiking bukit berbatu menegak, dengan alat tali bagai, tah apa benda tok pun x kenal alat depa pakai, dengan tangan berkapor..alatan lengkap lah... sekali lalu sebelah depa ni 1 mamat pakai pakai baju silat , pakai selipar jepun, bersongkok , tangan tak ada kapor memanjat sampai ke puncak....hp jangan kate lah, memang xde. gamam puak ni. sampai atas depa interview tok, tok ni sapa .. buat keje apa.. tok cerita lah, kita jurus/betul. Turun sama turun. rehat sekejap tok pun nak balik lah buka RS4 tok terus drive, nganga puak ni.. org mistik naik rs4, dok terkejut beruk?, sebab kalau ikut gaya bomo... gaya bomo guane?... tradisional, naik motor pengg pengg pengg je kan... dia orang mesej, tok tanya balik.. kita duduk zaman bile ni?... zaman tuah ke zaman Mahathir?... gelak deme tu jadi saing pai hari ni, hok jadi murid berbaiah pun ada. 

Tok ni orang nak kata bomo, mengaku jugaklah. pawang pun ye, gang bikers pun ye, rocker pun ye, nak suruh karaoke pun boleh, nak suruh ngaji pun boleh, nok suruh jadi imam boleh, nak suruh azan di sejid boleh. boleh blake macam Mawi tu. kita serba boleh, nak wat gane dah Allah bagi supe tu dah, orang nak kate ape, kate ah, dok rugi sesen pun. bagi tok lagi ramai orang mengata, lagi bagus, kite ni kurang pahala di dunia.. kat akhirat boleh gak tuntut sorang sikit, dok gitu?. Orang hak mana faham ugama ni... kalau dia buat salah ke orang atas dunia.. dia ego macam mana pun x nak minta maaf, tapi bila sebut " dakpe ah, nanti aku mintak kat akhirat sana".. bila dengar macam ni. hilang ego dia, benda tu lah paling berat sekali.. bakpe sangat minta maaf di dunia ni pakai mulut?.. nak kena nampar, kene lah.. biar lah, kat akhirat kalau dia tuntut pahala kita, gile naya.. miskin terus kita di depan Allah Taala. 

Tok dalam bidang ni sejak kecik.. tok ulang semula.. tok ni anak angkat kepada bapak sedara tok. Bapak sedara tok ni keciwi nak anak lelaki sangat, maka abah tok ( kandung ) bagi anak sulung dia dekat abang dia , bagi terus. siap buat surat bagai , surat takkan amik dah sampai bila2. tok takda dan tak pernah menyusu badan seorang ibu, malah pernah tok merasa tok ni bukan anak, tapi cuma bahan untuk ayah tok ni luahkan semua ilmu dia pada tok. anok lain boh, nak moto, bagi moto... tok beli sendiri. anok nikah kenduri grand2, tok menikoh duit sendiri makan berhidang dengan bonda pun boleh kami dua saja duduk, meja lipat warung ja. sebab tu tok kata tok ni kurang kasih sayang, sebab tu la ni, tok tak tahu pun macam mana nak bagi kasih sayang pada anak, anak anak tok semua berdikari sendiri, mak mak dia yang dok cara semua.. jadi kalau nak kata tok ni un-normal, kurang kasih sayang takda masalah, benda betul, orang kata tok gila babi, kata lah. gila tu betul dah, gila ilmu, babi pun betul juga dia buat kerja dia yang Allah amanahkan untuk bersihkan dunia ni dari sampah. tak rasa hina pun. Sebab apa?.. tok pernah di hina lebih teruk dari ni, di keji lebih advanced dari sekarang, di maki di khalayak masa tok miskin dulu, susah. tok pernah di lampu isyarat di kulim, minyak kete habis... tok Keluar dengan penuh malu bubuh minyak botol Rm 1 dalam tangki kereta, dah la kereta kita jadi lead kat depan, mujur semua orang faham, takda 1 pun yang hon. susah tok dulu lagu tu. kalau hangpa kata hangpa susah..... boleh bawak kereta, boleh bawak anak bini makan kfc, dok kata susah , miskin, aku tatau lah.. kita ni hidup kena bersyukur dan sabar. Kalau kita sabar,... dan 1 masa Allah bagi kita senang dan kaya, percayalah... takda 1 pun yang boleh jatuhkan kita, buat lah agenda macam macam. Takkan jatuh. Sebab?... Allah tu adil. Kita hanya akan jatuh kalau kita buat DOSA pada Allah taala, Kita Langgar apa Allah Larang, Kita Sombong dengan Allah. Maka Percayalah.. sekelip mata saja kita akan jatuh.

Berusahalah, tak kira jalan apa pun, asalkan masih dalam landasan Allah Taala. In Sha Allah Allah akan bagi, Jangan MENGELUH, jangan hanya TAHU SALAHKAN orang lain, jangan CARI SALAH orang. Takda orang yang sempurna. Dalam hidup kita. Allah bagi tanggungjawab pada kita... Allah bagi Mak, Allah Bagi Ayah, Allah bagi Isteri, Anak... untuk kita jaga, bimbing, bela dan pelihara sampai jadi molek. Tak gaduh nak cara hal orang lain, tok cukup takut kalau nak cara/peduli urusan orang lain sebab akhir zaman la ni, Allah bayar cash... kita kata anak perempuan org lain, esok anak kita pulak. hari ni kita kata orang tak betul, esok orang kata kita pulak... kerana Allah dah kata, " Sesungguhnya bagi umat islam yang membuka aib saudaranya di khalayak, Maka Allah akan buka Aibnya walau di dalam Kamarnya sendiri  "..contohnya mu ada anak umur 2 tahun 3 tahun.. pandai main hp... pandai tekan... dalam bilik mu mu dok salin seluar tak pakai tuala, rupanya anak kecik mu dah tekan FB life... tak gila nama dia?.... tak pun mu tengah gaduh dengan bini mu, anak kecikmu rakam pakai Youtube life masuk direct orang tengok, tak gila nama dia?... budak kecik zaman ni kan pandai dah pegang hp tengok tik tok bagai.. Kalau Allah nak buat, DIA boleh buat. 

Kawasan tok duduk, dari bandar tenggara dulu, dari ganu dulu, dari perlis dulu, sampai duduk di Satun ni ( hari ni Satun ) esok di kedah, jiran sebelah tak kenal tok.. kalau mari rumah tok, aci g tanya, kenal dak sapa jiran dia?.. tok ni kalau start kete , aci start je.. nuh.. 300km above.. paling paling 150 Km minima. tok bukan  orang yang ada semangat membawang, tapi pencuri dok intai umah jiran , suara tok lah yang bertempik sampai lari. Nak ajak bersembang .minta maaf, ambe ni House Man.. duduk dalam umah. kalau keluar, nuh jauh. 

Jangan mengata orang kalau kita tak kenal orang. takut esok lusa orang ngate kite, ngate anak bini kita.. 

Kalau susah, usaha sendiri , jangan pinjam sana sini.. Demi Allah masa tok susah dulu.. xdak orang bagi pinjam... g tanya parent tok di kulim, di Kangar, pernah dak tok mintak duit parent, buat nak makan, buat nak hidup?.... rekod boh.. x pernah sama sekali.. mu nak nikoh, pilihan hatimu, mu sara hidupmu sendiri, usaha sendiri. In Sha Allah , Allah akan bagi jalan. 

Nak naik macam sekarang pun tok mengaku... bukan boleh kosong2 usaha macam orang biasa dok usaha, tidak boh... tidak.. tok di bantu saudara seugama Bunian, Jin, malah ada keluarga angkat Bunian, Bini bunian saja pernah menikah 6 orang. la nim cuma tinggal 1 bangsa bunian..2 manusia .. Bonda JJ, Siti Rafizah dan Bonda Sha. 

Manusia ada 9 Roh... 2 pada Allah 7 pada kita.. tapi hanya 2 sahaja Allah bagi izin Kita belajar dan ketahui iaitu Roh jasmani dan Roh Idofi ( Menghidupkan )..kalau nak belajar lebih macam tok ni, boleh.. tapi jadi gila.. gila pada khalayak org ramai lah yang mana belum campai tu. 

Ilmu Allah ada 100%

Dari ilmu Allah ni 20% ada pada manusia... ni hak kita hidup sekarang, teknologi kita pakai ni ialah 20% sahaja 

30-40% ada pada Ulama

50-80% ada pada ahli sufi, waliyullah ( Penyampai )


Bila kata Ahli sufi 80% sembang dengan manusia biasa yang cuma ada 20% ilmu ...orang biasa ni akan kata ahli sufi ni gila. tak reti apa, tak sekolah, sekolah tak cemerlang .. memang , ahli sufi tak kejar sekolah, sebab sekolah ni dunia, sekolah kita ni FREEMASON yang susun, lihat video ustaz Auni kalau nak lebih jelas lagi. Biar kita tak cemerlang di sekolah, tapi kita cemerlang di depan Allah Taala. Tok dulu SPM bukan cemerlang pun..matematik dari sekolah rendah sampai menengah, dok berdiri atas meja tu lah. hahaha, kawan kawan sekolah semua ingat. Tapi bila kita cemerlang dengan Allah ni.. la ni kita tengok siapa yang cemerlang.. tok mengaji bodo dulu.. SPM 3. bini 2 orang duk serumah molek...hak di satun ni taat dan setia pada suami , nak sangat duduk dengan kakak2 dia tapi ic bezalah... anak anak ngaji pandai blake, anak sulong sekolah SBP  la ni..cuti ni masuk pondok dengan adik lelaki dia..masa hak tok .. tok nak tido ka, nak main ka, nak jalan jalan ka, nak masuk hutan ka, nak apa pun lah, tak terkejar.. takde pitih duit bunian sampai 2hari sekali RM 100, tapi cukup untuk diri saja lah.. jadi kena berniaga juga walau tak seketat orang cemerlang lain masa sekolah dulu. Ye lah belajar pandai ... kena kerja, jam 8am kena punch card, jam 5pm baru balik, 2 jam jem tengah jalan, hujung minggu bawak anak bini jalan.. terima lah dah itu yang awak kejar selama ni.. yang dengki dengan orang tak cemerlang masa sekolah dulu tu kenapa?.. kehidupan awak kini sebab awak kejar dari sekolah lagi, nak cemerlang dalam SPM, dapat masuk U, dapat keje molek , gaji tinggi. Dah wat pe nak dengki ke orang tak cemerlang sekarang ni?.. eh bodo sangat.. cukup cukup lah aku sorang je bodo, jangan mu tumpang bodo sekali, orang cemerlang kena buat kerja cemerlang lah. dok gitu?

Jadi orang yang ada ilmu 80% maksima iaitu ilmu Allah , sembang dengan orang ada 20%..maka jadilah orang kata macam macam, dok belajar sekolah cemerlang, dok reti apa.gebang lebih dll.. masalahnya cuba baca balik .. dan repeat balik dalam minda, pernah dak baca tulisan macam ni?.... kalau tak pernah baca, maksudnya kamu takda ilmu ni... maka siapa yang tak reti sebenarnya?.. kamu ke aku?... maka bila kita tahu kita belum pernah belajar, maka carilah guru dan belajar, guru berlambak, silap haribulan jiran hujung jalan rumah mu pun tahu benda mistik gini . 

Sekolah dulu tak ajar semua ni, kenapa masuk sekolah?, lain kali masuklah sekolah pondok, persantren, madrasah, baru jupe semua ilmu ni... orang tak cari cemerlang sekolah sebab benda ni dunia saja. kita nak cari cemerlang dunia akhirat. 

Baiklah , lama tok bebel ni. ok ok tok teruskan saja. 

Cincin di atas ni ada khodam yang di amanahkan menjaga diri pemakai, umpama bodyguard... tapi kalau ada duit banyak. boleh upah bodyguard, maka tak payah la pakai benda ni. paham dak?

Jadi macam mana dia jaga diri pemakai?... dengan memberikan gerak dan daya kepada pemilik agar jangan buat perkara itu/ jangan lalu lorong itu / jangan itu dan ini. Jangan klik buy, tapi klik sell sat g indeks jatuh....ya benda ni boleh la di gunakan dalam hal urusan forex juga, keselamatan diri, keselamatan duit anda sendiri dalam bid forex. 

Tapi kalau dah kaya boleh rasuah org dalam forex, boleh buat platform forex sendiri, boleh beli drone terbang dulu di depan atau beli satelit tengok depan kita selamat ke dak, maka tak payah la pakai benda ni, tu saja. 

Benda sama je fungsinya, cuma jalan lain, kos lain. Tu saja. 

Pakai dan jalan, apa mai dekat hati bisikan apa apa bab keselamatan, contohnya " jangan lalu depan sana "...maka ikut.. lalu jalan lain. ni dak... ikut jugak jalan tu.. lepas tu kena rompak.. kemudian marah tok barang tak jadi, what the H***.... so tolonglah , benda ni ada lojikal juga, datang bisikan tu un-lojikal , percaya x percaya tu lojikal, tapi bila kena rompak dan marah tok, maka ia sepenuh nya dah jadi tak lojik dah. Tak lojiknya ialah bila kamu tak percaya, buat apa kamu beli?.... 


Kod Produk : C22S16 14919
Bentuk : Cincin Khodam Jaga Diri
MAHAR : RM 350





Siap Kos Pos, dont worry be happy untuk semenanjung dan Borneo kini

Pantangan Membeli Item Mistik ialah JANGAN meminta kurang kecuali di beri promosi, berkurangnya Mahar maka berkuranglah Khasiat dan kelebihan, Ini lah peraturan dunia Mistik Semenjak Berabad lamanya



*we use FREE Shipping In Malaysia  
( No Postage cost will be charge )


Id " Tanpa Nama" @ " Anonymous", sila lakukan pengesahan id di no khusus yang kami sediakan yang berhubung dengan sistem canggih kami di +601111113044, Atau komen anda tidak akan di terbitkan

Hantarkan whatsapp nama anda dan komen GRAB yang anda lakukan di halaman tertentu

Bagi Pelanggan Baharu ( Id Baharu ) sila Whatsapp juga Nama anda ke Nombor ini Sebelum Komen anda di terbitkan

Kami ingin menggelakkan SPAM ID dari pesaing blogger lain yang meniagakan item yang sama bidang

Sekiranya ada peniruan ID , Pihak kami akan merujuk kepada pemilik asal ID dan memintanya melaporkan kepada pihak berkuasa di atas penyamaran yang di lakukan

GRAB Melebihi dari 1 di dalam 1 Halaman Perlu pengesahan ID di 01111113044 KECUALI bagi OTAI LAMA BLOG, Jika Tidak GRAB anda tidak akan di Pamerkan


Sila Tinggalkan ulasan GRAB anda dan semak semula dalam masa kurang 2 jam sebelum melakukan permaharan, sekiranya anda berjaya mendapatkannya, maka sila lakukan bayaran dalam tempoh 12 jam, kemudian buat Ulasan PAYMENT DONE atau PD atau sudah bayar di bawah ulasan GRAB anda itu tadi. Langkah ini sangat penting kerana ia akan memudahkan semua pihak. Harap maklum.

Setiap permaharan atau bayaran hendaklah dimasukkan ke: 

Maybank 551016691626 My Gemstone
ATAU
RHB : 2012 9160 00660 3
ATAU
Paypal : Mohdyasirahmadrozi@gmail.com

Atau Jika anda ingin menggunakan medium RHB atau PAYPAL, sila rujuk header blog di atas akan maklumatnya . 


Kemudian hantarkan detail bayaran anda ke Bonda JJ  ATAU BONDA SHA Blog ini yang menjadi admin anda dan pemudah cara anda di dalam permaharan bersama GB




BONDA JJ : 0178259540







BONDA SHA : 0127845231

8 ulasan:

  1. Alhamdulillah..dpt msg tersurat dan tersirat dr tok.lama benar tok xmembebel panjang mcm ni.sekali tok membebel,nah panjang berjela.ni baru suku ni.

    BalasPadam
  2. Terima kasih tok.. Sy fhm je wlu tok dh read wa. Tp x bls.. X kisah mne.. Bertanya sambil mencari jawapan sdri & sambil menunggu jawapan dri tok.. Jd nya,nt blh la banding kn persoalan yg dicari dgn jawapan yg tok berikan nt. Alhamdulillah, InshaAllah walau sy masih newbie dlm ilmu mistik ni, masih boleh berfikir, memohon kpdaNya walau brg mistik digengam ditangan.. Sy pn bnyk blajar dri bebelan tok dlm bolg GB ni.. Terima kasih bnyak ats perkongsian tok.. 👍👍👍

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sama sama. Dah di baca?🤔. Rasanya bukan tok yg buka. Sebab kalau tok yg buka. Tok akan terus jawab sebab tok tau nanti tok lupa. Takut anak tok yg buka. Tuan mesej kembali

      Padam
    2. Baik2 tok.. Nt sy forward kt no tok 1 lg tu..

      Padam

Komen menggunakan Akaun Gmail anda & Browser Opera Sahaja

CARA BERURUSAN