Jarum emas TUNGGAL air jerneh clear eyes asli
Batu Nombor 3 khodam 3
Panchar Sinar Khodam Peri Cantik
Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera. Halaman ini untuk tatapan halwa mata anda sahaja dan ia tergolong di dalam Koleksi Langka dan Paling Power dari semua semua yang di maharkan , cuma mungkin ia tiada kekuatan penarik kekayaan drastik sahaja namun kelebihan yang ada mampu menjana kekuatan kekayaan secara perlahan lahan dan stabil, stabil ertinya rezeki yang masuk itu lebih kita hargai kerana ia datang bukan semudah 1: 1000 kali ganda dan dari usaha itu tok menghargai rezeki itu dan akan mempunyai sifat hemat cermat.
Walau pun begitu, kekuatan khodam yang di masukkan oleh Grand Master dari 3 provinsi ini bukanlah calang calang, setiapnya mempunyai peranan dan fungsi tersendiri yang berbeda , selain ia menaikkan sinar pancar aura diri menampakkan kekuatan diri luar dan dalam pemakainya ia juga mempunyai daya kharisma yang berkualitas dan tinggi membuatkan orang sekeliling segan, gerun, hormat , kasih dan sayang kepada sang pemakainya.
Ia di datangkan 1 set dengan masing masing ialah 4 bentuk cincin dan ia di pakai di jari kanan dan kiri manis dan kelingking mengikut sunnah Rasullullah SAW.
Para Grand Master menasihatkan tok jika mahu memaharkannya ia mestilah di maharkan 4 bentuk sekaligus kerana ia saling bersangkutan dan setiapnya ada fungsi kekuatan penuh. Bak kata tok sendiri... 1 batu jika makin banyak kelebihan, maka makin melemah setiap kelebihannya berikut kekuatannya terbahagi bahagi, umpama 1 pohon yang kuat, akarnya kukuh, namun jika di bebani dengan buah yang besar dan banyak , setiap dahannya akan patah , ulat akan hadir merosakkan kecederaan pokok dan akhirnya pokok gagah ini akan binasa perlahan lahan. ini ialah perumpamaan yang besar ertinya bagi mereka yang memahami.
Oleh demikian , para Grand master yang menyayangi kesemua anak muridnya memberikan 1 set dan ada yang mendapat persalinan bagi kegunaan persendirian dan kekuatannya adalah super mega tidak drastis namun halus... orang kita kata... walau slow slow, tapi makan dalam dan kesannya lama.
Untuk malam ini tok masih tidak mahu memaharkannya, namun anda semua sudah kenal tok yang tok ini orang yang mudah jemu apatah tok sendiri punyai kelebihan sendiri yang tidak memerlukan memakai apa pun sudah menikah 13 gadis , jadi hari ini tok persiapkan juga untuk maharnya ke depan bila tok semakin jemu.
Mahar yang ingin tok kenakan ialah RM 6000 untuk 4 bentuk cincin ( 1 lagi ialah Kalimaya berkhodamkan 7 Dewi yang gambarnya tidak tok masukkan namun sudah ada yang melihat di dalam w.app bonda )
PULANG MALAYSIA
Jumpa atau tidak jumpa Guru untuk ilmu ilmu impian tok , tok perlu pulang ke Malaysia pada tanggal 6hb kerana sudah berjanji dengan anda semua untuk poskan semua barangan 7hb, maka janji adalah janji walau pun tok berasa sayang untuk meninggalkan tanah ini kerana masih ada ilmu belum tok kuasai, Ya kan..nak ke sini bukan mudah juga dengan ongkos tambangnya yang bukan murah, makan minum , inap dll . Semuanya bukan percuma. Tapi tidak apa. mungkin itu sudah Allah takdirkan dan in sha Allah akan di takdirkan hadir lagi ke sini dalam tempoh terdekat kelak kerana di sini juga tok sudah berjanji untuk kembali.
Anda bayangkan betapa kasih dan sayang yang ada di dalam diri setiap Grand Master2 dan master master.. ada yang punya kedudukan tinggi di dalam pemerintahan kerajaan Indonesia sampai mahu tawarkan Kartu Warga ( ic ) agar tok sentiasa berada bersama mereka, ada master lainnya juga sampai mahu menyediakan 1 rumah banglo setingkat miliknya ( rumahnya banyak ) di Pusat Jakarta dan tok sudah melihat rumah itu siang tadi dan dia juga siap memberikan sebuah kereta avanza kepada tok sekiranya tok sudi bersama dengan mereka, keakraban kami semua di sini lebih erat dari keakraban antara adik dan abang. IC yang di tawarkan adalah fleksibel.. maksudnya tok akan ada 2 ic, ic kita dan ic indonesia ...entah macam mana dia nak buat tu ...samada tak masuk komputer ke apa ke..pandailah dia ..... tok tidak terkata apa, kerana dalam diri tok ini memang agak berat juga, namun ia tidaklah sampai meninggalkan terus tanah Malaysia tercinta. jadi apa tok boleh lakukan cuma tersenyum bingung. Benar kata Allahyarham nenek tok Hjh Che Goon... kita tak perlu punya wang, tak perlu punya kekayaan, namun budi bahasa kita itulah yang akan menjadi harta kita walau di mana pun kita berada. Ya..mereka orang baik baik dan sikap tok..org baik dengan tok 1 , maka 10 tok akan balaskan.. jika jahat sama tok 1, maka 10 juga tok balaskan....demi pelajaran dan pengajaran, jika tidak sampai bila sikap yakjuj dan makjuj ini kita bisa biarkan...kata Nabi , sifat Yakjuj Makjuj ini...mati 1 dia akan meninggalkan 4000 orang sepertinya..maka pelajaran harus di berikan....sabar ada tempatnya..org tidak ada ilmu boleh bersabar kerana tidak punya kelebihan..orang punya ilmulah perlu jalankan..jika tidak apa gunanya berilmu...pasti ada sebab munasababnya kita di takdirkan untuk memiliki ilmu....dan.. semuanya pastilah hanya dari atas tikar sejadah seharian kita gunakan untuk mengadap ilahi.
In Sha Allah Tanah Indonesia - Malaysia tidak akan saling berantakan, tidak akan saling berhentaman malah kita adalah serumpun, kulit kita, bahawa kita, tulisan kita budi bahasa kita, ugama kita adalah sama. Dari Jayapura - Bogor - Inderamayu- Cirebon patah kembali ke Jakarta-Tangerang- Bogor dan tidak kesampaian ke Padang dan Bentan... perjalanan ini akan tok habiskan di kemudian hari jika masih ada nyawanya. In Sha Allah.
Sepanjang tok musafir ini ada juga kenangan manis, Pahit dan lucu... dari 25hb sampai ke hari ini dan sampai tanggal 6 ini. walau pendek tapi terasa seperti 1 tahun berada di sini, bergaulan di sini dengan pelbagai pengalaman..kejadian pelik pelik seperti kereta kiyai bergerak melintasi sebuah empangan di malam hari ... kami tersilap jalan.. map sudah memberitahu jalan yang betul tapi KHJ tidak percaya lalu kami masuk ke jalan kampung, dari mini tar sampai ke jalan tanah merah dan akhirnya belukar, di seberang sana baru jalan raya, jambatan ada tapi di tengahnya sudah runtuh dalam binaan lagi.. namun kereta dapat melintasi jalan roboh ini sepanjang lebih 8 meter ke seberang. Kemudian di hentian KHJ yang memandu pergi bersolat , kenderaan tiada parkir lalu parkir menghalang kenderaan lain, kereta KHJ bergerak sendiri ke depan dengan melulu dan parkir di kawasan lain.. terkejut tok yang sedang tidur... KHJ keluar dari surau di lihatnya kereta tiada, dia bingung ...kami di dalam kereta tertawa beramai ramai kerana KHJ sudah bingung tahap Ya Ampun tidak nampak keretanya di depan, habis orang dia bertanya di mana keretanya pergi sedangkan kami di dalam kereta ( bersama master2 lain ) ketawa sampai meleleh air mata, mahu keluar agak bahaya dengan kenderaan menyisih tepi dengan rapat... di tangerang tok hampir berhentaman beradu kekuatan supernatural apabila seorang anak kepada 1 pasangan dukun sesat / hitam cuba menyerang kami kerana membantah teguran kami kepada ibu bapanya. Tok nyaris kesurupan harimau mahu menerkam korban sebelum dia menjadi bahan korban, ibunya datang meminta maaf , mujur.
Tidak dengan itu sahaja kami juga berjumpa 1 individu yang klaim dirinya master dan akhirnya dia yang menjadi murid dan bersalaman mencium tangan tok. Seorang guru di Bogor tunduk bersalaman malah 1 individu yang di kenali di fb sebagai Kiyai juga tunduk bersalaman cium tangan dengan tok dan keduanya berkata energy dan ilmu tok lebih tinggi menjauh dari mereka.. itu kisahnya sebelum tok menceritakan kisah sihir di Malaysia di geruni oleh warga RI .. dan itulah hakikat sebenarnya kerana sihir kita drastik dan jelas. Tidak bermaksud riak atau takabbur, tok menjelaskan biarpun tok ada kekuatan begitu tapi tok tidak menggunakannya untuk memakan korban tidak bersalah , hanya mereka yang melampaui batasan sahaja akan menerima pelajaran. Khuatir tok jika terasa riak di sini .. itulah pelajarannya, biar lah ilmu kita setinggi mana, namun dengan budi bahasa kita in sha Allah kita akan di hormati walau di mana pun kita berada, biarpun manusia, Jin atau pun bunian. In Sha Allah.
Master Hinopsis Yang tok jumpa di Indramayu ada id fb nya jika tak silap tok ialah Andi Faisal Master Hinopsis yang segan silu bergambar itu. Dia juga amat menghormati tok dan tidak berhenti mengucapkan tok ini orgnya baik... time nak masuk kereta dia pula bersalaman cium tangan tok, Allah berasa segan diri tok kerana dia adalah master di sana dan lebih tua usianya, semasa tok belajar darinya ada juga ilmu yang dia belajar dari tok, kami saling bertukar tukar ilmu , Master Andi berkata sebenarnya dia segan dengan tok kerana ilmu yang di ajarkan itu sebenarnya sudah lama tok kuasai semenjak SMA dan semasa kuliahnya hinopsis banyak tok mencelah di sebalik silibus yang di ajarkan, dia bertanya kepada tok, di mana tok belajar, dan tok menjawab sy belajarnya di dalam mimpi pada tahun 1998, mukanya berubah terkejut dan berkata " hebat" , namun tok menundukkan diri dengan berkata walau saya sudah menguasainya namun teknik Master andi ini ada satu duanya dapat menambah kefahaman saya di bidang hinopsis ini. Master Andi orangnya jujur dan lurus, tok amat menghormatinya dan walau pun kami saling bertukar ilmu tok tetap menganggap dia sebagai salah 1 sifu tok. Lagipula perjalanan 10 jam tok bolak balik Bogor - Indramayu tepatnya kg Kopyah itu adalah untuk seorang sahabat di Australia, demi impian dan hajatnya in Sha Allah tok cuba capai walau perjalanan itu amatlah jauh dan kami pulang pada hari yang sama kerana esoknya masih ada kuliah di Bogor dan tok pula bercadang berjumpa 1 guru di 1 daerah lain untuk ilmu itulah ( santet menyantau tu ) .
KHODAM DI DALAM BOTOL
Permintaan khodam di dalam botol terlalu banyak sekali, Alhamdulillah , namun ingin tok sampaikan bahawa sampai ke hari ini dari hari terakhir ia di masukkan ke dalam blog, tidak ada khodam kami tangkap atau Grand Master tangkap kerana nak tangkap bukan boleh sembrono. mesti ada kesalahan yang di lakukan Jin itu barulah boleh di hukum menjadi Hamba . Namun kami sentiasa mencari cari peluang di mana pun, di kampung mana pun yang berdekatan , di kawasan angker mana pun , baik bukit, hutan, gunung, tasik, danau kami cuba mencari yang melakukan kesilapan untuk di tangkap, itu pun untuk memenuhi permintaan. Jika Kami atau tok sendiri ini TAMAK.. ya kan 1 botol murah murah pun sudah rm 400 lebih .. sembarang sahaja jin sana sini di tangkap. tapi kita BUKAN TAMAK. kalau ada... ya ada... kalau tidak ada... maka tidak ada,. jadi harap anda di Malaysia silakan bersabar. Tok sendiri sering merayau rayau mencari sambil mempraktikkan ilmu ini ( ilmu tangkap Jin dalam botol ). Teknik ini bukan main main, bukan saja saja, bukan macam orang dok buat tu, letak dalam gelap dan ambil gambar, cuma ada silau cahaya menatang apa pun tak nampak, dah tak nampak suruh scan, dah sukar scan, nampak pun tidak nanti di kata kalau tak nampak anak luar nikah ( cerita nujum pak belalang ) maka nak tak nak iyakan saja... yang ini jelas di dalam gambar semasa menangkap , mata memang tidak dapat melihat jika tidak kasyaf, namun di dalam gambar jelas kelihatan.. kalau sudah jelas begitu masih belum nampak maka mahu belajar kasyaf itu adalah masih terlalu jauh kerana itu cuman dasar kepada kasyaf yakni bantuan kamera tanpa sebarang editan ( check pixel la kalau nak tau edit atau tak, jangan main cakap sat g aku hantar hantu usik korang 1 famili baru tau kih kih kih ) , gurau aja doang..
Jadi sila bersabar ya.
PERBEZAAN KEKUATAN ILMU MALAYSIA VS INDONESIA
Tajuk ini agak menarik kerana ia berkaitan perbezaan yang jelas.
Tidak di sangkal bahawa kekuatan ilmu Di Indonesia itu agak kuat lebih kuat dari Malaysia kerana ini antara tampuk permulaan ilmu gaib di tanah nusantara selain Thailand.
Namun kekuatan ini hanya terhad di dalam setiap tanah dan ada master lainnya yang ada pengaruh di Pemerintahan Gaib Ratu Ranjani mampu menghantar sihir di luar tanah jawa, sumatera atau borneo, namun tetap masih di dalam negara RI.
Maksud umumnya ilmu mereka walau kekuatannya deras dan kuat, ia tidak mampu lintas laut atau sempadan
Berbeda dengan ilmu mistis dan supernatural tanah Melayu kita. Kebanyakan ilmu kita yang mempunyai kekuatan egergy yang kuat , sihirnya mampu melintas laut mahupun sempadan kerana ia sudah di moderate-kan.
Contohnya dulu seorang penjual batu permata dari pantai timur yang tidak menghantar barang yang di tempah, kemudian di marahi seorang pembeli dari Brunei , akibat di desak dan tertekan peniaga ini menyihir pembeli ini dengan menghantar sihir pisau Gilette langsung ke dalam perut, mangsa yang di kenali sebagai Hj Ludin meninggal dunia kurang seminggu.
Warga RI yang ke tanah melayu bekerja memang mereka pergi bukan kosong, mereka pergi berisi itu kerana untuk keselamatan diri, bukan untuk mengancam kita, ini kerana mereka yang berasa terancam.
Di dalam kajian tok dan pengalaman tok sendiri berkaitan kemampuan sihir mampu melintas laut dan sempadan.. ia sebenarnya base on energy seseorang, dan kita di Malaysia suka mengolahkan energy melalui ilmu kaji haq . Tok singkatkan saja ya... di Malaysia orang kita tidak terlalu lurus untuk menerima bulat2 apa yang di ajarkan para guru guru lama, malah kita sentiasa mengkaji dan melakukan eksperimen kekuatan energy, kita meminimakan kekuatan energy menjadi tipis namun masih dapat menggerakkan bahan ( paku, gilette, kaca, rambut dll ) sehingga ia dapat menembusi raga seseorang korban , sejauh mana ia mampu pergi bergantung kepada sebanyak mana kekuatan spiritual kita ada. ini... kalau x faham tok berikan contoh mudah.... Roket.. mahu ke angkasa... katakan mahu ke bulan... jika di gunakan bahan api lebih besar malah lebih dari keperluan.. sampai di tengah jalan bahan apinya habis..destinasi belum sampai... manakala roket yang menggunakan bahan api yang lebih tipis namun mampu melonjakkan akan membuatkan bahan api / bakar ini dapat bertahan sampai ke bulan malah mampu lagi pusing kembali ke bumi... faham persamaan ini?... maksudnya energy spiritual ini di lancarkan kecil namun dapat membawa bahan sihir , dan bila hampir dekat dengan tubuh korban, tenaga spiritual akan di lancarkan 100% agar menembusi perisai dan aura korban. Ngerti ?.
Jika kekuatan spiritual seseorang tinggi dan kuat. melalui kaedah ini sahaja sihir mampu di hantarkan dari Kedah sampai ke hujung Tanah Jawa malah lebih jauh lagi.
Itu dasarnya sahaja.. sebenarnya selain kekuatan energy pengamal juga perlu mempunyai hubungan diplomatik yang baik dengan pemerintah2 kerajaan gaib di laut dan darat serta udara di Indonesia juga bagi meluluskan perjalanan energy sihir ini menyeberang ke sana. Kerana anda semua maklum juga di alam sana mereka akan menahan / menangkap mana mana pendatang asing yang melalui ruang kerajaan mereka , jadi jika tiada hubungan baik dengan mereka, kekuatan sehebat mana pun tidak akan mampu menembusi. Namun.... ya...kalau dengan tok..masih ADA namun kerana kajian tok di bidang ini amat mendalam... tapi tok beri contoh sahaja agar anda faham.... sebuah pesawat jika terbang rendah, mampukah di kesan radar sesebuah negara?... itu hintnya .
Macam tok sendiri selalu tok berceritakan mengenai kisah kisah kerajaan dari semenanjung sampai ke Pemerintah besar Tanah RI iaitu Kerajaan Ranjani. jika kita lihat artikel ahli spiritual Indonesia, pernahkah mereka menyebut tentang kerajaan ledang..jika ada sekalipun..bagaimana dengan kerajaan tahan,kerajaan jerai?. itu belum di Jelebu, kuala Pilah, kerajaan Gaib di Qorbu negeri Perak?. Mereka tiada hubungan diplomatik dengan kerajaan Ghoib semenanjung, tapi kita ada. Ya.. malah Nyai Roro Kidul sendiri pernah request melalui 1 jemaah antarabangsa untuk mengahwini seseorang yang di gelar tok mat gb di Malaysia suatu ketika dulu dan di tolak ( ada tok cerita di 1 halaman ). Puteri Ratna Sari Purna Dewi yang kini menjadi ratu Sunda di bawah pemerintahan Nyai roro Kidul yang juga isteri kepada salah 1 anak didik tok di Malaysia.
Ilmu kita di tanah melayu amat besar dan hebat kerana pengolahan oleh mereka yang cerdik pandai di dalam bidang paranormal. dan ia bukan terhad kepada apa yang guru asal ajarkan sahaja.
Di Indonesia sekali lagi tok ulang, ilmunya asli, asli ertinya asal muasal kepada ilmu yang kita olahkan tadi. Kekuatannya penuh . Namun Kurang ada kajian Ilmu Haq dan pengolahan kerana mereka lurus, apa guru asal beri, itulah mereka telan. Itu kelebihan sikap lurus mereka dan sikap inilah yang akan membuatkan 2 negara ini kekal menjadi adik abang, abangnya Indonesia adiknya Malaysia , abangnya di sakiti Thailand, adiknya di Malaysia membela , nah lari sampai ke Burma atau Hanoi masih bisa menembusi kesan sihirnya kerana ada pengolahan. Kita saling membantu dan bekerjasama antara satu sama lain kerana darah persaudaraan itu kekal ada.
Jadi ingatlah baik Malaysia atau Indonesia. Anasir anasir batu api ini jika boleh di banteras, banteraslah, jika tidak boleh cara undang undang, kita pakai undang undang paranormal..itu pasti bisa .. kapanpun, bila bila sekalipun.....
Wassalam
Menarik
BalasPadamTerbaik YMPA tok.
BalasPadam