Apa namo dia entah la, kerana ia dwi warna maka tok namakan ia sebagai batu dwi warna dari keluarga Akik jenis Jasper, ya Jasper tu bawah keluarga akik, bawah jasper ada macam macam pula jenis jasper.. penin woo sapa yang nak kaji bab Gems. Macam Pietersite juga bawah Jasper contohnya macam ni susunan keluarga permata...
AGATE---> Jasper--->Calcidony----> Pietersite---> Colombian, Australia, Ha mana lagi
CRYSTAL----> Quartz ----> Rutiliatz----> Citrine, Alexandrite, Smoke Quartz, Star Lemon Quartz, Ametrine, Amethyst dll
Cuba Tengok di sini :
http://www.gemselect.com/alexandrite/alexandrite.php
Macam macam anda boleh belajar dan boleh lihat pelbagai variety bagi setiap jenis keluarga batu permata. Sebab tu, kalau beli batu , peniaga jawab ni batu akik... tanya dia akik apa, kalau dia kata akik la... nama dia akik... blah je dari situ, tu ialah peniaga yang tatau apa dia niagakan dan tatau pula AKIK tu nama umum keluarga yant besar bagi batu permata huhu...
Di sana anda boleh lihat nilai dan harga pasaran kini ( Global )
=========================
Dwi warna di atas di gunakan di dalam kelebihan :
Penunduk manusia dan Jin
Perdamaian hati di dalam jiwa setiap manusia berdekatan., sukar bermusuh dan mudah berdamai, bagus untuk hidup berjiran dan mudah mendapat kenalan berdekatan etc :opis sebelah
Setiap batu permata mempunyai kelebihan khusus untuk pemiliknya mengikut jenis dan aura seseorang.
AURA
Manusia mempunyai pelbagai jenis aura dan tok sertakan contohnya di bawah :
JENIS JENIS GETARAN AURA MANUSIA
Anda mungkin boleh agak mana aura yang damai dan mana aura yang dalam kegelisahan dan bermasalah
PERISAI AURA
Tidak semua manusia mempunyai perisai *rujuk gambar Paling atas
BAGAIMANA AURA BERCAMPUR
BAGAIMANA MEMBACA PIKIRAN MANUSIA MENGGUNAKAN AURA
Jika anda meminati bidang mistik, anda perlu meminati juga untuk mempelajari bidang aura dan cakra , kerana di sana ada jawapan bagi segala misteri yang selama ini orang melayu mengaitkan ia dengan Jin, dan setelah itu barulah anda akan memahami apakah istilah " KHADAM DIRI " dan " Pembangkitan" khadam diri atau dalam bahasa modennya " PEMBANGKITAN AURA "
Sama juga dengan penggunaan batu permata dan geliga, mereka adalah ALAT bagi membantu manusia mencapai apa yang ingin mereka kehendaki, dan kerja aura ialah kerja yang ghoib iaitu sesuatu yang kita tidak nampak dan lihat, namun hasilnya akan kita lihat setelah beberapa lama memakainya di mana akan ada perubahan sekitar kepada diri kita, perubahan masalah kewangan, pengurusan dan permasalahan dengan orang ramai serta kerjaya, Allah SWT itu maha Mengasihi dan menyayangi setiap makhluknya biarpun mereka bukan berugama islam, maka tiada had untuk bukan islam menggunakan apa sekalipun yang Allah cipta di bumi ini.
Sayang jika kita sebagai orang islam menghenjakkan ciptaan Allah hanya di bawah tapak kaki dan menyatakan ianya syirik , khurafat dan sebagainya sedangkan kita tidak faham apakah itu syirik, apakah itu karut dan sebagainya..... Ideologi yang di terapkan oleh sekuler bagi melemahkan orang islam itu sendiri sedangkan Allah lebih mementingkan HambaNya yang dapat menggunakan ia untuk kehidupan seharian... Jangan kata Allah Tak Bantu.. tapi cara kita ambil peluang dan cara kita gunakan peluang, Ibarat Boss bagi kemudahan kenderaan untuk ulang alik, kita salah guna heret awek dan bawak balik Kampung, kena lah marah dengan boss..... samalah juga dengan apa Yang Allah Cipta... How U Use it........sebab tu lah padang pengadilan Allah itu Wujud ( Masyar ) batu tidak akan di salahkan, peniaga tidak akan di salahkan, tapi yang menggunakan itu lah yang akan di persalahkan total kerana Setiap Manusia Allah telah keruniakan Akal Untuk mereka berfikir.
Untuk pengetahuan anda, rupa paras permata tidak menjadi ukuran, yang menjadi ukurannya ialah...
Sesuai tak dengan aura kita
Efektifnya ia terhadap diri kita
Jika tidak sesuai ia tidak akan menadi masalah apa apa melainkan ia tidak akan memberikan faedah, ini adalah kerana Getaran Aura kita belum cukup sesuai bagi menerima aura Batu ini, maka batu yang mampu menyeimbangkan aura di perlukan sebelum memiliki batu permata lainnya
Kod Produk : GB 01 10116
Bentuk : Dua Warna
MAHAR : RM 110
Lock
BalasPadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
PadamLock deposit.. maklumat bayaran sy maklumkan pd tuan baz.. ;)
Padamlock
BalasPadamTahniah tuan... Apa yg tok ulaskan sudah terjawab knp sesuatu batu tu xserasi dgn penggunanya... Terima kasih tok
BalasPadamsama sama, ia taks erasi bukan tak serasi total, tapi kerana masalah aura kita yang berpunca dari diri peribadi kita sendiri, maka permata lain di perlukan untuk memperbetulkannya sebelum memiliki permata tersebut bagi memulihkannya.
PadamJika ubat memerlukan nasihat doktor
Batu permata pula memerlukan nasihat pakar aura
dengan adanya ilmu pengetahuan barulah tidak timbul fitnah...
PadamJika anda berjumpa bomoh kerana sakit, pertama sekali mesti drg akan tanya, ada pakai / simpan barang tak, kedua, pasti brg itulah yang akan di persalahkan, mereka menanya begitu agar ada orang / barang yg boleh mereka persalahkan dan nak menunjukkan mereka hebat.
Tapi jika anda jumpa pakar aura, anda akan nampak cara mereka amat jauh berbeza, mereka akan menyarankan batu mana dulu yang sesuai sebelum memakai sekian sekian