Selasa, 12 Januari 2016

DIMANAKAH TEMPAT TERBAIK MEMPELAJARI ILMU KEBATINAN DAN MISTIK ( SEBAIKNYA )

Mungkin ramai di luar sana ingin dan berkehendak untuk mempelajari ilmu Kebatinan dan ilmu Mistik. Dan ramai juga yang tersesat di dalam Perjalanan Mereka , perjalanan yang di maksudkan di dalam Erti istilah orang lama ialah Tariqat.
Di dalam Keilmuan Diri ( Manusia ) ada beberapa Tahap yang mungkin ramai sudah Maklum.
1. Syariat Allah Dan Ugama
2. Tariqat ( perjalanan )
3. Hakikat
4. Makrifat
SYARIAT
Iaitu asas kepada semua orang dan umat Islam dan asasnya ialah RUKUN IMAN dan Rukun ISLAM Sepenuhnya dan melakukan apa yang di suruh dan meninggalkan apa yang di larang sepenuhnya, setelah selesai merukuninya dengan memahami setiapnya
TARIQAT
Perjalanan atau pencarian sesuatu umat itu di mana mereka mencari guru untuk belajar , di dalam bahasa Arab, TARIQAT beerti PERJALANAN @ JALAN yang membawa maksud pencarian umat untuk mengerti setiap apa yang di pelajari dan di fahaminya di dalam Syariat, Guru Tariqat mereka akan mengajarkan semula dari "Aliff" hingga Khatam Al-Quran siap beserta maksud, kegunaan dan juga kepentingan ayat serta mengapa ia di turunkan dan bila.
HAKIKAT
Apabila kita mengetahui akan sebenarnya apakah itu " Aliff " Apakah Kalimah Kalimah di dalam "Bismillah" itu serta pengertian Hurufnya maka HAKIKAT akan membawa maksud HAL SEBENAR @ KENYATAAN Terhadap sesuatu kalimat dan Kalimah yang tersirat dan tersurat serta mereka mampu menggunakannya untuk kehidupan.
Apa yang akan mereka gunakan ialah Hanya BISMILLAH ( Penuh ) dan hanya itu sahaja bagi sesuatu hayat manusia mampu menggunakan kerana mempelajari kalimat kalimah di dalam Bismillah ini sahaja jika di teliti dan di kaji akan mencapai sehingga usia 40 Tahun bagi memahaminya, Jika mampu mengkhatamkan BISMILLAH ini dan kemudian mulai memahami pengertian ayat ayat lain maka selalunya individu itu bukanlah lagi manusia biasa melainkan ..........
MAKRIFAT
Sebuah peringkat yang mana HANYA Allah mengetahui dan HANYA Allah yang mampu memberikannya kepada manusia yang DIA pilih dan mereka ini kita panggil sebagai WALI, namun individu pilihan ini sendiri tidak akan mengetahui bahawa dialah wali dan orang lain juga tidak akan mengetahuinya sehinggalah individu ini meninggal, seseorang wali itu di ketahui Kewaliannya setelah ia meninggal dunia di mana kuburnya bercahaya dan mayatnya berbau harum
Jika di dalam hayat ada yang mengakui mereka dalam Level MAKRIFAT dan juga WALI maka golongan ini Jelas ISIM, Golongan ISIM lebih banyak bercakap menggunakan Kehendak / Nafsu apabila melihatkan diri mereka berubah sifat ( Perasan dan Juga Perasaan yang di mainkan Syaitan )
Untuk mencapai tahap ini amat sukar kerana selalu dan kebanyakannya mereka untuk mencapai level ini , bukan lagi jin, bukan lagi syaitan, bukan lagi JENERAL Syaitan, Tapi IBLIS sendirilah yang akan hadir menyesatkan mereka seperti di dalam sejarah lepas yang mana hadirnya IBLIS menjelma menjadi Orang Alim dan Menyesatkan Seorang Alim yang di gelar Wali dan akhirnya mati di dalam kesesatan.
Ini ialah penjelasan ringkas mengenai setiap peringkat Umat Islam yang ingin UPGRADE dan berani untuk menghadapi Cabaran di dalam hidup mereka, Cabaran untuk memperolehi Jannatul Firdaus atau pun Neraka Jahannam.
Kerana itulah guru guru selalu menasihatkan kepada orang ramai, lebih baik duduk di dalam syariat sahaja sebelum mempertaruhkan diri di dalam kehidupan mereka di akhirat kelak.
Tempat terbaik mempelajari ILMU KEBATINAN DAN MISTIK ialah menyertai mana mana Tariqat yang di tauliahkan Akan Kebenarannya.
Mungkin anda hanya tahu bahawa Kumpulan TARIQAT hanya belajar Ilmu Bab Ugama dan anda akan anggap ia MEMBOSANKAN..... Sebenarnya anda silap.
Guru tariqat akan mengajarkan anda bermula seawal "Aliff " Walaupun anda sudah mengkhatamkan Al-Quran 40x sekalipun dan setelah anda Khatam Setiap ayat dan perkataan, Guru Tariqat akan mengajarkan pula maksudnya, kelebihannya, Kenapa ia diturunkan, dan kelebihan serta kegunaan sesuatu ayat dan perkataan itu. Ikut kepada tahap guru lah, ada yang ajarkan setelah tamat 1 KISMUN ( Bahagian ) maka ia akan mengajarkan KISMUN terawal tadi dengan FAHMUN ( Kefahaman ) . Belajar Tariqat ni tak sama dengan belajar dengan guru guru macam tok, guru guru silat dan kebatinan yang hanya mendalami ilmu Magic Apprentice, tapi mereka mempelajari dengan lebih mendalam akan hal sesuatu ayat dan tahu pula makna sesuatu ayat itu.
Jadi , jika anda berminat untuk mempelajari sesuatu ilmu atau minat di dalam kebatinan dan keilmuan hebat dunia, belajarlah dan masuklah Tariqat dan anda akan mendapat keduanya , Dunia dan Akhirat......
Anda rasa Guru Guru tarik duit dan sebagainya ini belajar dari mana?..... Gua?, bertapa?.... tanpa guru Tariqat....?.....
Kerana itulah walau anda sudah mendapat amalan SEBENAR iaitu ayat ayat Sebenar yang di berikan guru anda untuk sesuatu ilmu, anda buat tak jadi. Anda perlu Faham Bahawa Anda bukan lah Pilihan Allah membawa maksud anda belum bersedia kerana anda tidak mahu mempelajari hal hal Ugama dan memahami setiap ayat yang di berikan Guru anda dengan teliti Melalui Guru Tariqat yang mengajarkan sepenuhnya sesuatu tentang ayat ayat berkenaan.
Anda akan Faham Mengapa Orang cakap Hanya Bismillah Boleh Buatkan Kita Berjalan atas Air , kenapa dengan ayat ayat lazim kita mampu mendapatkan sesebuah kelebihan jika anda Memahami dan terutamanya Guru anda memahaminya dalam istilah Guru Yang SEBENAR GURU
* Janganlah anda menjadi seperti Bal'am Bin Ba'ura' Di Zaman Nabi Musa A.S Yang doanya Makbol namun akhirnya Mati di dalam Kekufuran

===========================================
Inilah Rahsia kenapa Orang Melayu Umumnya Orang ISLAM mampu melakukan hal hal di luar akal manusia seperti yang kita dengar iaitu tarik emas, tarik duit dan sebagainya lah. Dan kenapa orang Bukan Islam tidak mampu melakukan hal sedemikian walaupun mereka menghafal Sebuah Al-Quran itu dan mampu mengucapkan 2 Kalimah Syahadah dengan sempurna namun masih di dalam Agama Mereka.... Kerana Rahsia Setiap Peringkat ini.....
Ia sebuah Rahsia yang sudah Lama di dedahkan, namun ia tetap menjadi Rahsia Di depan mata

10 ulasan:

Komen menggunakan Akaun Gmail anda & Browser Opera Sahaja

CARA BERURUSAN