MEMBER TOK MAT

Khamis, 6 September 2012

ISTANBUL & WAFAQ



Ya... Ini ialah Quran Istanbul, Memang gelarannya dari dahulu sehingga kini begitu. Tok sebenarnya tak berapa faseh akan kegunaan quran ini, namun ada orang menyatakan sesiapa yang menyimpannya boleh halimunan jika memerlukan, dan ada 1001 rahsia lagi mengenainya..

Jika ada yang lebih tahu, minta berkongsi di sini untuk tatapan kawan kawan..sekurang kurangnya ia adalah 1 ilmu.

Quran istanbul ini ada 1 sahaja, Bukan barang tarik Tok , tapi barang Perguruan rakan Tok yang Tok percaya, Tuan Masdi pernah bercakap dengannya melalui H/P petang tadi. 

Sapa cepat dia dapat........ sila hormati rakan anda yang lock dulu ya.... Lock dalam Hp...boleh Lock la..tapi tok akan lupa sapa yang lock, nanti ada yang lock pun tok layan juga,, lepas tu lupa lagi..tok ni banyak makan semut, sebab tu pelupa....

Jadi ...sila LOCK dalam ni....atau kalau dah bankin, sila Maklumkan dalam ni sebelum ada orang lain bankin lagi, kesian nanti tok nak kena tranf balik,kesian kat tok laaaa.... rezeki keluar hehehe

Kod Produk : Istanbul - 1
Bentuk : ???
MAHAR : RM 306
* Terima kaseh Tn Basir
&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&

WAFAQ KESELAMATAN BER-KENDERAAN



Insyallah, ianya ada key chain, diletakkan bersama kunci kereta, di dalamnya ada 3 wafaq agung, berguna sebagai :

- Pelimun jika ada pencuri kereta / motor
- Keselamatan kemalangan
- Keselamatan dari gangguan makhluk halus
- Keselamatan dari JPJ dan Polis =)

Insyallah, semuanya dengan izin Allah swt... wafaq ini cara pekerjaannya ia memancarkan 1 aura dari tulisan wafaq, walaupun tulisan ini hilang, auranya tetap ada... seperti ayat Quran yang ditulis dan dilarutkan ke dalam air, kemudian di minum... sama juga konsepnya...insyallah

Kod Produk : W.Kenderaan
Bentuk : Keychain
MAHAR : RM 46

* Ada 3 sahaja buat masa ini



&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&

DOMPET WAFAQ KESELAMATAN DAN KEBERKATAN DIRI 




Lambang " Khataman Nur Buwwah "


Ianya berbentuk DOMPET, namun bukan dompet tau, belakangnya boleh selit tali pinggang, insyallah untuk :

- Pelarisan 
- Perlindungan sihir
- Perlindungan Mata mata orang
- Perlindungan Dari Gangguan Jin dan Syaitan
- Pemagar badan dari jurus jarak jauh

Insyallah...

Kod Produk : W.Dompet
Bentuk : Dompet
MAHAR : RM 56

* Terima kaseh Tuan Azuan n9 ( 2 dompet )

Tinggal 1 lagi saja

13 ulasan:

  1. saya lock yg ni..WAFAQ KESELAMATAN BER-KENDERAAN

    BalasPadam
  2. slm...tok sy lock yg ni 1..ada lg x simpanan tok....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kat page ni ada 3 jenis item,apa barangnya tuan ?

      Padam
    2. w.dompet..mahar rm56...

      Padam
  3. cantik2 dn mantap brangan tok ni...jika ada rezki nak jugak 1.dr Din

    BalasPadam
  4. Saya lock Quran Istanbul tok...

    BalasPadam
  5. nak tanya boleh ...kalu masuk tandas macam mana ...boley ke...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jenis wafaq apa yang tok tahu, x boleh di langkah sahaja... namun untuk hal hal sebegini , kita ambil jalan tengah sahaja, iaitu masuk tandas x boleh...

      Padam
  6. abis tok kalau beg duit kita berwafaq...kalu ke tandas takan nak tinggai kat luaq...abis depa kebas

    BalasPadam
    Balasan
    1. melalui seorang sanat guru, beliau menyatakan bahawa benda berwafaq boleh dibawa ke tandas kerana ia tidak boleh dikatakan sebagai Ayat Quran, ianya menyerupai sahaja... Insyallah...hidup lagi guru tu yang pernah berkhidmat sebagai org istana bukit serene Johor ...alah..guru mataram tuuuu

      Padam
  7. As salam semua penatap blog…sy ingin berkongsi sedikit maklumat bersame..
    yg difahamkan dan mengikut pengalaman di dalam KITAB ISTANBUL mempunyai ayat2 pedinding yg begitu AMPUH & MUSTAJAB bg sesiapa yg tahu menggunakannye..dan panjang nye tidak dapat di ukur,setiap bukaan di iringi dgn bau yg harum serta tulisan ayat suci al-quran ditulis menggunakan tinta emas..wallahhu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cara mengujinya ialah dengan mengenggamnya dan memasukkan tangan ke dalam air, insyallah x basah.... pemiliknya mampu berjalan di dasar laut tanpa basah, digunakan oleh leader Abu Sayyaf Filipina.... ni info tok dpt masa dpt dri seorang guru di sarawak yang juga sekutunya hahaha...... jenis asli diperbuat dari kulit, mengikut ketinggian seseorang, jika tinggi ia jadi panjang, jika rendah maka ia akan pendek

      Padam
  8. Saya lock wafaq keselamata berkwnderaan 3 unit dan dompet wafaq 1 unit

    BalasPadam

Setiap komen anda di rekodkan di dalam sebuah sistem langganan kami beserta Peta GEO. Harap Maklum