Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera buat semuanya.
Alhamdulillah tok di sini sihat cuma suaranya sedikit serak ( kurang minum air ) dan cuacanya panas dengan hanya purata hujan yang sedikit.
Esok tok akan ke Bogor dan perjalanan kami ke sana adalah untuk ber interaksi dengan pengamal spiritual daerah sana dalam kawasan kawasan desa yang ada hubungan kaponakan bersama Kiyai Hj Sholeh, kedatangan kami ke sana esok hari adalah untuk membincangkan masalah Sihir dan cara mengatasinya melalui kaedah Ruqyah dan juga kaedah komunikasi alam gaib bagi menajamkan lagi teknik rawatan tersebut.
Malam semalam tok sudah memasuki siri tajuk sihir ini bersama jemaah majlis kami di Jayapura ini dan perbualan ini mempunyai isi menarik yang ingin tok kongsikan...
Rupanya..... Orang Indonesia kalau mau ke Malaysia sering berpesan pesan agar berhati hati.. kerana mereka tahu di Malaysia permainan sihir amat pesat dan drastik sekali.
Maksud drastik ialah permainan sihir di tempat kita kalau kena langsung terkesan...dan ia nyata.. hari ini hantar lagi kurang 7 hari sudah muntah darah atau mati.. Namun permainannya terkadang perlu berulang kali. Maksudnya apa yang di takutkan di sini ialah kurang kesempatan peluang untuk mengubati. Kalau kena langsung terus pantas prosesnya, sudah ramai warga Indonesia yang kena dan hal ini sudah di ketahui seluruh Tanah Indonesia.
Permainan sihir di sini pula halus, membutuhkan waktu yang lama untuk nampak kesan kena sihir itu. dengan perlahan lahan kejadian un normal tidak berlaku drastis, ia berlaku perlahan lahan sampai ke tahap menghancurkan, mungkin bermula dengan kehilangan kerjaya, perceraian, kemudian dari kesedihan itu di tambah dengan sihir kesan kesedihan ini makin mendalam sehingga kesan kesedihan ini berganda dari tahapan biasa sehingga ke tahap membunuh diri, atau gila, selepas gila itu baru datangnya muntah muntah darah ( jika sebelumnya belum mati ) dan dalam tempoh yang lama baru ajalnya tiba jika sudah di takdirkan Allah SWT. Sihir di sini itu halus tapi PASTI.. pasti bermaksud, tak perlu di ulang ulang, sekali buat, langsung terus. Jika di tempat kita kalau kita lihat tidak berkesan, kita tambah lagi, tambah lagi sampai kita nampak kesan di depan mata, itu namanya NYATA.
Pengalaman tok di sarawak dulu sama juga, orang Sarawak takut sama orang semenanjung, manakala orang semenanjung takut sama orang Sarawak. jadi berikutan kes di atas, kita saling takut menakutin antara 1 sama lain. Dan sihir tidak mampu limpas laut ( lintas laut ). walau sekuat mana sekalipun jika tiada syaratnya bersama, hanya di hantar melalui angin ia tidak mungkin sampai kerana Allah sudah menetapkan akan hal itu bahawa setiap apa pun ada had dan sempadannya, dan hanya Allah yang bisa melakukan apa sekalipun tanpa had batasan atau waktu. Kecuali jika ada syaratnya, sebagai contoh barang.. di hantar barang di tanam di tanah yang mahu di tuju orangnya. Baru menjadi. contohnya dari Jayapura mau di santet orang Malaysia, tidak kira di Negeri mana sekalipun. Perlu di hantar dulu barangnya contohnya azimat, keris, besi , jarum dan di campak juga bisa, di tanam juga bisa, asalkan ia kena tanah / bumi mangsa berpijak, kemudian pulang ke Jayapura lalu di hantar sihir , maka ianya adalah UNLIMITED. Orang sini berkata PASTI sampai.
Ayat PASTI itu berani di gunakan di sini yah.. kalau kita di sana .. di dahulukan dengan In Sha Allah bukan?. tapi kalau sihir hitam itu adakah mereka awali dengan ucapan yang baik?.. maka mereka akan berani berkata PASTI KENA. Cuma kesannya memakan masa dan sukar di ubatkan.
Di Nusantara ini ada 2 tempat yang tidak takutkan sesiapa malah orang amat menggeruni mereka walau Malaysian atau Indonesian sendiri iaitu :
1. Dayak Kalimantan : Ilmunya bisa lihat nyata di depan mata jika sengaja mencari masalah terutama dengan kaum wanita mereka, zakar akan di pindahkan ke dahi dengan nyata bukan khayalan
2. Suku Sabah : orang orang sabah di geruni dan kekuatan mistis mereka tergolong langka nombor 2 dari Dayak Kalimantan
Mengenai barang yang tok perolehi kali ini ada beberapa item yang bernilai tinggi antara salah satunya ialah azimat kekayaan penumbal sihir, maksudnya kekayaan yang tidak terbatas dan sukar di kalahkan penyihir / pesaing sama bisnes lainnya. kalau di Indonesia ini ramai Trilliunaire itu memakai azimat azimat seperti ini. Dan azimat ini datangnya dari KALIMANTAN, ada tok sebutkan semalam dalam halaman restock akan item ini.
Sekian sahaja berita hari ini. Nanti sebelum petang in Sha Allah tok akan memasukkan gambar item yang tok perolehi dan sudah di ritualkan K.HJ Sholeh malam semalam.
Semoga tok di sini bisa mendapat banyak ilmu untuk membanteras sihir dan menambah ilmu untuk terus membantu mereka yang memerlukan di Malaysia, In Sha Allah.
Semoga urusan berjalan lancar tok.. Setiap jam tggu item tok
BalasPadamSatu catatan menarik tok kongsikan.walau tidak ke sana.seperti beeada di sana.semoga urusan tok di sana baik2 saja.
BalasPadamTerbaik YMPA tok..
BalasPadamSemoga perjalanan tok diberkati dan kembali dgn selamat
BalasPadamAlhamdulillah suatu pencerahan yg amat memuaskan
BalasPadamsemoga berjalan lancar dan selamat..
BalasPadamSemoga perjalanan lancar dan selamat.tok di sana cari pil aura panca warna samber lilin tok hehehh...maaf ya tok
BalasPadam