Alhamdulillah sudah sampai tok ke Bogor dan pada waktu petangnya kami ke sebuah hutan untuk di perkenalkan dengan gua sugihan kaya, tempat di mana sudah ramai orang ke sini termasuk Malaysian datang untuk menjadi kaya, ada beberapa nama yang tok kenal dan ada juga yang muka mereka terpampang di iklan di tepi lebuhraya. Persugihan di sini memerlukan tumbal korban , bisa kaya, tapi sekaya mana anda mahu maka sebanyak itulah di ambil. Selalunya anak. Jika mahu kaya UNLIMITED semua anak anak akan di ambil termasuk ibu, Jika Kaya Mewah anak anak di ambil, jika kaya biasa biasa tapi ya simpanan puluh juta juga cuma 1 anak di ambil. Ada yang di ambil akibat jatuh bangunan, ada yang terbakar, Nauzubillahi min zaalik.
Kawasan ini sudah hampir kosong kerana sudah banyak Jinnya di tangkap lalu di jual sebagai Khodam kepada manusia , yang bernama kepada Allah ini maksudnya jika pemiliknya melakukan maksiat maka ia akan kabur dengan sendirinya. Jika Hamba Kepada manusia, seengkar mana manusia, ia tetap kekal dengan manusia.
Khodam yang di berikan tidak akan menjadi saka, lupa tok nak pesan dalam halaman Khodam tu. Kerana itu hanya di ikat dengan nama anda Binti ibu bin ibu, kalau anaknya kan nama lain, bin binti ibu juga lain . Lainlah jika anda letak nama anak anda sama dengan anda dan nama isteri anda sama dengan nama ibu anda. Itu pasti akan turun kepada anaknya otomatis.
Lewat sorenya masuk ke Maghrib, kami bersiap untuk bersolat jemaah, Alhamdulillah jemaah di sini berhimpun ramai, ada dari Madura, ada dari Jawa, ada dari Kalimantan dan lain lain tempat.
Sebenarnya tok tak sabar nak berjumpa Grandmaster di Indramayu. Dia mengijazahkan ilmu ilmu berat langsung terus di test, ilmunya tanpa perlu amalan dan puasa hehehe.. kehebatannya ada 18 jenis dan tersenarai di dalam antara Grandmaster yang low profile, berkualitas dan hebat. orgnya masih muda, dengarnya lebih muda dari Tok, Masyallah.
Semasa selesai solat Maghrib di keluarkan benda bersinar sinar, dan bila sudah nyata ia rupanya berbelas bentuk cincin berupa naga dan ular, singa, harimau yang masing masing mempunyai khodam peringkat tinggi dari Grandmaster gurunya KHJ Sholeh.
3 Bentuk yang tok pamerkan ini mewakili 3 Master . Ada yang mungkin bertanya kenapa para master nak memaharkan cincin khodam peringkat tinggi mereka?.. kerana master bukan budak budakan yang baru kenal ilmu begini. Malah boleh di dapatkan sendiri, yang penting bagi kami di sini ialah belanja bagi meneruskan perjalanan kerana di dalam perjalanan itu kami inginkan ilmu, bukan barang. Jadi bila Grandmaster berikan kami barang ia untuk kami olahkan menjadi wang belanja. Bukan namanya tidak menghargai, tapi jika master menarik sendiri barang semasa bersama grandmaster nanti di katakan kurang ajar pula kerana seperti mahu meremehkan Grand Master.
Termasuk tok, ada tok ambil dari ritual, ada yang tok ambil bekalan macam buhur dari toko murid KHJ di Jayapura ( Jayapura kian bergolak gila kini kerana itu kami pindah ke Bogor buat sementara agar tidak menganggu pembelajaran ).
Grand Master sengaja menguji tetamu yang hadir dengan penarikan Cincin cincin yang gila kekuatannya di dalam kekayaan, beliau ingin melihat adakah kami yang datang mahukan KEKAYAAN DUNIA atau mahukan ILMU. kesemua kami inginkan ilmu dan rela barang kekuatan tinggi ini di maharkan bagi menampung perjalanan sahaja.
Petang nanti kami akan di bawakan ke telaga merah delima, di dalamnya ada 1 biji merah delima yang memerahkan air 1 telaga, Grand Master akan meminta kami beradu kekuatan dan siapa yang berjaya akan memiliki Merah delima merah air ini. Maka tolong doakan tok di sini.
Tengah malamnya kami di mandikan di Telaga Merah delima ini sebanyak 21kali jirusan. anda tahu jirus tu macam mana?.... tok hampir lemas di jirusan ke 3. Ya... air di jirus dari baldi dan di jirus perlahan lahan dari atas kepala, muka kena dongakkan, tak boleh usap muka dengan tangan, maksudnya kena duduk steady, boleh nafas ikut mulut dan minum airnya, airnya sedap loh... rasa manis. kalau asyik minum tanpa bernafas kan lemas?.. selepas jirusan ke 5 tok tahan nafas sampai habis jirusan 21. lama juga menahan nafas, mujur latihan tok dulu membuatkan tok mampu menahan nafas sekitar kurang lebih 4 minit . Ada Master yang melihat tok sambil menunjuk nunjuk ke arah tok kerana tok tidak bernafas selama jirusan 5 ke 21 secara perlahan lahan itu. Maksudnya tok berjaya menahan nafas selama itu juga. Airnya sejuk sekali, macam ais.. air telaga kok, tengah malam pula , cuba korang bayangkan.
Sebenarnya di dalam hati setelah master master Dari Madura dan Bali menyerahkan cincin mereka utk tok tolong maharkan .Tok dah pasang niat dah, kalau tidak ada yang memaharkan, tok sendiri akan maharkan dari mereka kerana kedua dua cincin mereka ini kekuatannya . masyallah.. jika tok gandingkan dengan kekuatan Bala tentera Jerai dan Tahan, tok rasa masih lagi mampu ia kalahkan , dan jika di gandingkan dengan dukun siam di Satun masih lagi mampu mengalahkan 3-4 sekaligus dalam 1 masa. Kekuatannya amat hebat sekali. Jika di takdirkan tok memilikinya in Sha Allah kekayaan dunia juga akan di peroleh dalam waktu sekejap , itu nanti anda sendiri bisa nampak sendiri, kalau sudah nampak hasilnya memang sudah tidak di maharkan lagi, sayang deh. Ini semua hanya dapat 1x sahaja dalam hidup.
Baik, sekarang sudah jam 7.30am WI, tok perlu bersiap , pagi begini ada aktiviti di dalam rumah Grand Master, namanya tidak di benar reveal. Segala gambar semasa aktiviti kecuali waktu solat sahaja di benarkan ambil. Itu juga muka muka yang hadir tidak di benarkan reveal atau akan di singkirkan terus. Ini bukan Malaysia yang kebanyakannya mahu popular , mahu selfie dan tidak ada privasi, dan sampai dalam selimut mahu di ceritakan.hahaha
Kita jumpa lagi.
Assalam tok.sy doakan tok berjaya dptkan delima merah air tu.
BalasPadamSemoga ada rezeki utk merah delima dlm perigi tu ya tok.
BalasPadamaminnn
PadamAssalamualaikum tok, kalau ada rezeki mohon bawa balik raw manigajah 2 alam alami barang 2 kilo tok?
BalasPadamw.salam wbt tuan. setahu tok mani gajah banyak di kawasan jawa. di sini banyak getah kayilayu. modalnya katilayu sekitar 2000 untuk 1 meter, tok takda modal sebanyak tu tuan, sekarang tok lebih kepada nak cari modal nak ke indramayu pula, jauh neh . kalau tuan berhajat tuan pm bonda utk deal modalnya , tok tolong beli sahaja...kalau nak pos teru juga boleh pakai EMS, tapi kos pos mahal juga tu tuan. sebab brg dah berat
Padam