Khamis, 5 November 2015

UNTUK ANSURAN

Assalamualaikum wbt , ok di sini tok ingin ingatkan, semasa anda meletakkan pembayaran melalui ansuran, sila maklumkan kepada Tuan Baz dengan sungguh2, Tok khuatir item anda yang nak di bayar ansuran ini di maharkan oleh Tuan Baz kepada orang lain kerana bila dia melihat stok itu terlalu lama dalam simpanannya, terkadang dia akan memaharkannya kepada pelanggan lain baik online @ offline atau pun menerbitkannya semula. 

Macam tok maklumkan kepada anda, mahar yang anda bayar sudah masuk Kos Kerja Tuan Baz, maksudnya dia bekerja untuk anda, tok hanya "tolong " asingkan jumlah dan membayar gaji beliau.

Oleh itu.. sebarang kesulitan yang bakal berlaku di masa hadapan bukanlah di dalam tangungan tok kerana tok dah bagi tau anda , Mr Baz bekerja dan berkhidmat untuk anda, Tok di sini cuma Tolong bayarkan gajinya melalui Bayaran yang anda lakukan. 

Kerana sesekali manusia melakukan kesilapan, itu adat. cuma Tok x nak ke depan ia menjadi isu. 

Jadi terbaik ialah anda lock seperti biasa, atau grab terus dan bagi yang belum mampu sila holdkan pembelian anda kerana Ansuran anda perlu di jalankan berterusan setiap bulan tanpa excuse. Jika ada excuse tok akan mengeluarkan arahan yang bertentangan kepada Mr baz. 

Skim ansuran ini pernah kami jalankan tahun 2012 dan pengalaman yang tok terima, ramai yang akhirnya tangguh , tangguh dan berbulan akhirnya diam terus... nak mai balik malu dah... jadi sila jaga silaturrahim dan adab kita , insyallah...jangan sampai ke depan jadi macam tu, tok x suka silaturrahim rapuh kerana masalah duit dan wang ringgit.

Perlu anda faham, kami di sini menggunakan modal dan modal ini perlu di pusing semula. Jika modal tidak mencukupi , untuk mendapatkan item terbaik bagi di sajikan kepada anda di Blog Ini, maka yang menanggung kerugian ialah pelanggan dan tok sendiri. Mungkin anda perlu mendapatkan item item idaman anda pada nilai lebih mahal dari peniaga lain. Itu sudah tentu. 

17 ulasan:

  1. Kikikikikiki penah kene pun dgn mr baz, Mr baz mmg bz nak kene ingat semua barang yg packing and pos so tolong

    BalasPadam
    Balasan
    1. ya.. tok nak marah dia , kang dia majuk berhenti keje, susah juga...

      Padam
    2. He he.. jgan tok.. pembantu terbaik tu.. tuan baz xde, susah kami kat sini.. #kipidap tuan baz.. ;)

      Padam
    3. Saya xmrh pun mr baz.. tok, xterasa hati pun, saya suka tanya dulu, kalau xde anggap xde rezeki...., tapi kalau dia asik lupa saya nak cubit2 mr baz tu.... kikikikikiki

      Padam
    4. Kalau rajin bg tarikh page barang dimaharkan nk lagi senang bg gambar barang xsusah mr nk cari nnt....

      Padam
    5. He he biasa la tuan, kita manusia biasa ni, semua gitu.. yg penting, kerjasama.. betui x? Maaf na, kalau salah cakap.. ;)

      Padam
  2. Biasa je kira kwn2 juga walaupun xkenal rupa, janji minat benda yg sama...

    BalasPadam
  3. tok pesan awai awai saja, bukan apa.. takut jadi... haaa. tu yang takut tu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betui tok, sy pun tkut sebenarnya.. harap sy xjd lagu tu.. sejak kenal blog ni, bnyak sy dah tgok page2 yg terdahulu & video2 tok.. harap perkara yg negatif x terjadi pd sy... dan dengan sahabat2 di blog ni, kalau ada komen2 sy yg berunsur negatif, mohon tegur na.. ;)

      Padam
  4. Btul tu tok... Bila bab2 ansuran ni, yg ni paling susah nak handle... Kalo tak inform btul2... Silap2 item yg telah dimaharkan xde... Yg pembeli xbayar2 jgn cakap la... Hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. sebab tu dulu ia di tamatkan sekejap, sekejap pun ... 1 tahun lebih jugak la kita tak pakai sistem ni sebab ia memberi banyak masalah huhu

      Padam
  5. Salam Tok, sy doh wassap ko Tuan Baz utk item sy lock ansuran semalam....terima kasih tok

    BalasPadam
  6. Salam Tok, sy doh wassap ko Tuan Baz utk item sy lock ansuran semalam....terima kasih tok

    BalasPadam
  7. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam

Komen menggunakan Akaun Gmail anda & Browser Opera Sahaja

CARA BERURUSAN