Fenomena yang menimpa diri Tok semenjak Mengenali Bertap Pada Tahun 2012 hingga kini sehingga Tok sanggup mengeluarkan Modal yang agak besar bagi memonopoli bertap bertap dari simpanan pemilik asal di Negeri Cik Siti wan Kembang ini.
Kajian selama berminggu ini di jalankan oleh diri tok sendiri dan pada malam malam yang lepas ia di akhiri beserta campur tangan Bapa tok sendiri yang kebetulan Datang dari Kulim untuk mengambil adik bongsu dari POLISAS.
Kajian yang kami jalankan adalah merujuk kepada pengalaman lepas Bapa tok sebagai bekas Navy dan juga bekas Penyelia Syarikat Telekom di mana melibatkan dirinya memantau seluruh pencawang di atas gunung dan bukit di seluruh negeri di dalam Malaysia. Sudah semestinya banyak kejadian pelik menimpa dirinya semasa di dalam perkhidmatan.
Pada Permulaan Kajian bertap ini, melalui Penelitian mikroskop struktur bertap tidak sama seperti rambut manusia. Namun mempunyai Bahan yang sama iaitu Fiber.
Rambut manusia kelihatan bersisik sedangkan rambut bertap tiada bersisik dan di dalam tiub urat bertap ini adanya kandungan minyak yang tinggi.
Rambut di jaga dengan di sapukan minyak dan semua tahu jika kita menggunakan minyak kelapa asli, rambut akan tumbuh dengan lebih lebat, seperti itu juga penjagaan bertap
Ia boleh di basuh dengan air biasa dan di keringkan sama seperti kaedah mengeringkan rambut manusia.
Jika kita melihatnya sebagai sebuah tumbuhan / alga / parasit. Tidak mungkin mampu bertahan di bawah liputan minyak yang menyeliputi seluruh urat bertap ini, kerana tumbuhan perlu bernafas melalui rongga kecil di setiap batang dan daunnya.
Tumbuhan yang hampir sama dengan bertap ialah :
Cuscuta Spp, Bervariasi sebanyak 100-170 species seluruh dunia termasuk Tropika dan semi tropika, nama lain kepada tumbuhan ini ialah Dodder, Witch’s Hair Berfamili Cuscutaceae, Tumbuhan ini mempunyai variasi warna:
Hitam
Kuning
Oren
Merah
Putih
Coklat
Info Pokok Dodder : http://www.ecnca.org/plants/Cuscuta.htm
Jenis Jenis Dodder : https://www.google.com/search?q=dodder+plant&rlz=1C1CHMO_en-gbMY641MY641&biw=1366&bih=643&tbm=isch&tbo=u&source=univ&sa=X&sqi=2&ved=0CBsQsARqFQoTCKi_6PrU-8gCFQNbpgodsvwDaw
Jika anda lihat link gambar ini, ia kelihatan hampir sama dengan Bertap / Bertat :
http://www.imraw.me/uploads/7/1/1/6/7116546/5110935_orig.jpg?391
Dodder adalah sejenis Parasit yang amat merbahaya kepada Tanaman dan apabila ia tumbuh ia sukar untuk di banteras dan ada negara negara yang mewartakan ia sebagai tumbuhan yang di kuarantinkan kerana boleh merosakkan tomato, sayur sayuran, tembikai, jagung dll.
Keputusan kajian ini MENGECAWAKAN diri tok sendiri kerana sudah banyak modal di keluarkan untuk memilikinya.
Namun Kajian Di teruskan lagi dan mendapati Tumbuhan Ini berbeza dengan Bertap / Bertat.
1. Dodder Plant merebak dengan BIJI BENIH dan berbunga
2. Dodder Plant Tidak Boleh di selaputkan dengan minyak dan urat batang halusnya mudah patah
3. Bertap Merebak melalui ANAK ANAK yang berpusar di tepinya, average ibu bertap mampu menghasilkan 12 bertap sekali membiak
4. Keseluruhan hayat Bertap di jaga dengan minyak dan di mandikan dengan air sekali sekala
Namun Terdapat beberapa Persamaan Di Antara Bertap dan Dodder Plant:
1. Dodder merayap di atas tumbuhan dan menyerap zat makanan tumbuhan lain
2. Bertap di perolehi dari atas daun pokok yang hidup dan beberapa uratnya kelihatan menjalar di sekeliling daun agar ia mampu hinggap di daun tersebut, namun ia tidak menyerang pokok induk
3. Dodder mempunyai akar, sama juga bertap yang mempunyai pusat akar di bawahnya ( edisi baru bertap dalam blog tok ada pusat akarnya jika anda perhatikan dengan teliti )
4. Info berkaitan dodder banyak di internet dan buku buku ilmiah dan di ketahui oleh Pekerja pertanian, namun berkaitan bertap..boleh di katakan info mengenainya adalah “0”
Dodder plant di Malaysia boleh di dapati di Tepian sungai, di pokok pokok induk terutama pokok Bernama “Kelior”. sebuah blog mistik menyatakan bahawa ia adalah tumbuhan parasit dan tumbuh di pokok Kelior, namun kajian tok di Hutan Serendah mendapati Tumbuhan parasit ini hanya bervariasi warna hitam, akarnya menusuk ke batang pokok induk untuk menyerap khasiat induk. Strukturnya lebih keras dari bertap, ia mampu di patahkan namun Bertap tidak mampu di patahkan seperti ranting kayu halus. Bertap juga tidak membiak sebagai kanopi pokok induk.
Akhir kajian tok mendapati Ada sesetengah Bertap mempunyai Telor kutu, terutama bertap Hitam. Dan telor kutu ini sudah mati semuanya mungkin kerana bertap sudah terpisah dari induk iaitu kepala tuannya sendiri, maka kutu kutu tidak dapat bermutasi kerana kutu hidup dengan menghisap darah pemilik rambut itu sendiri.
Ada yang menyatakan bahawa bertap adalah gulungan rambut manusia, namun perdebatan ini agak rapuh kerana Bertap “melahirkan “ anak anaknya dengan mewujudkan pusaran baharu sedangkan rambut tidak dapat beranak melainkan hanya bertambah panjang , kerana rambut tumbuh melalui kulit kepala manusia yang masih hidup sahaja.
Bertap mempunyai variasi warna asli bukan di celop iaitu Hitam, Kuning, keemasan, Merah keemasan, Putih kehitaman ( Uban ) dll... ia sudah di teliti bukan sebagai pencelop atau pewarna melainkan ianya asli dari bertap itu sendiri.
Rambut manusia tidak mempunyai struktur warna yang bervariasi begini kecuali jika sudah terlalu tua, keemasan, kuning, dan di dalam sejarah manusia kita tidak pernah melihat rambut manusia mampu “melahirkan” anak anak rambut yang lain di atas kepala tuannya sendiri.
Rumusan terakhir yang tok dapat ialah jika ada mana mana peniaga menyatakan hal hal berkaitan ia adalah dodder plant. kita lihat kembali dan kaji bahawa sebenarnya peniaga ini tidak mempunyai ruang atau sumber untuk mendapatkannya pada nilai murah dan boleh di maharkan kembali dengan keuntungan berganda. Itu adat kebiasaan mana mana di dalam dunia ini, sikap manusia.
Rumusan terakhir berdasarkan fakta fakta di atas melalui kajian , penelitian dan uji kaji mendapati Bertap / Bertat adalah sebuah item paling mistik di dunia melayu kini... bukan batu, bukan kayu kerana batu dan kayu boleh kita perolehi dari mana mana pun, baik magic, baik penarikan, baik di kedai , baik di tepi jalan. Bertap?........ Kajian demi kajian , akhirnya menemui kegagalan dan anggapan kepada bertap ini kembali kepada asal yakni sejenis item di jaga dengan minyak, di basuh seperti rambut, dikeringkan seperti rambut dan ia bukanlah sejenis tumbuhan dan ia bermutasi melalui anak anak bertap yang berpusar dan keluar dengan sendiri melalui lubang lubang yang terjadi tanpa terbelit dengan urat urat lainnya.
Ia bukan Tumbuhan Parasit Kerana tumbuhan Parasit Seperti Dodder memerlukan induk untuk di parasitkan atau di dalam tempoh yang lama selama ia disimpan ia akan mereput dan mati dengan sendirinya seperti tumbuhan lain.
Walau bagaimana pun hasilnya kita perolehi berkaitan kajian ke atas bertap. Kajian terus menerus akan tok jalankan akan apakah asal usulnya yang sebenar dan sudah tentu kajian ini memerlukan lebih banyak modal dan masa yang panjang dan insyallah kajian ini sudah tentu akan ada penamatnya.
Adakah ia hanya Sebuah Propaganda Peniaga Atau sememangnya ia adalah Rambut Bunian????
Jika di tanya kepada Tok saat ini , apakah bertap ini.... Tok masih yakin bahawa ia adalah Rambut Bunian dan amat misteri..ia bukan mana mana tumbuhan seperti Dodder
===============================================
Dodder Plant ialah sejenis Tumbuhan herba dan di manfaatkan oleh Bangsa Cina kuno sebagai Ubatan Yang di Kenali Sebagai TU SI ZI
Dodder Plant Di Kuarantinkan oleh beberapa negara
Dodder Plant Membiak dengan Anak Benih Berupa Biji
===============================================
Kajian ini mematahkan Hujah Hujah dan perdebatan yang ada di Facebook, Blog Blog dan mana mana artikel selepas ia di kaji melalui uji kaji, penilaian, kajian menggunakan buah, tumbuhan induk, air dan pemerhatian di bawah bumbung dan matahari serta di dalam akuarium
Bahawasanya ia bukanlah Sejenis Alga, Parasit, Tumbuhan atau mana mana Fakta Yang di dakwa sebelum ini bagi menidakkan Keaslian bertap sebagai
RAMBUT BUNIAN YANG MISTERI
Kajian ini mematahkan Hujah Hujah dan perdebatan yang ada di Facebook, Blog Blog dan mana mana artikel selepas ia di kaji melalui uji kaji, penilaian, kajian menggunakan buah, tumbuhan induk, air dan pemerhatian di bawah bumbung dan matahari serta di dalam akuarium
Ada yang menyatakan bahawa bertap adalah gulungan rambut manusia, namun perdebatan ini agak rapuh kerana Bertap “melahirkan “ anak anaknya dengan mewujudkan pusaran baharu sedangkan rambut tidak dapat beranak melainkan hanya bertambah panjang , kerana rambut tumbuh melalui kulit kepala manusia yang masih hidup sahaja.
Jika di tanya kepada Tok saat ini , apakah bertap ini.... Tok masih yakin bahawa ia adalah Rambut Bunian dan amat misteri..ia bukan mana mana tumbuhan seperti Dodder
Mempromosikan item luar GB adalah di larang tuan, artikel di atas belom lengkap kerana tok tidak sebutkan ada bertap palsu yang di buat di Thailand dari tali tangsi dan kes tu kes lama. Selepas ia didedahkan tiada lagi aktiviti penjualan bertap palsu dari tangsi.
BalasPadamNanti org cakap kami subahat pula dgn item tiruan.
Mana mana I'd yg mempromosikan item luar di dalam blog kedai GB akan di sekat dari memasuki blog ini. Sat g tok sekat, skrg di luar tengah makan jap
Laa, yeke tok? Maaf banyak2 sbab saya tak tahu pasal peraturan tu. Janganlah block pulak.. Saya mmg tak jangka pulak yg mmpromosikan item luar tak boleh. Ingatkn jual je tak boleh. Tp saya serius cakap ni, mmg bertap yg saya cerita td tu asli. Sebabnya kajian pasal bertap ni bukan tok yg mulakan dulu. Dah lama dah kajian dibuat. Dan orang yg saya sebutkan td tulah org yg prtama mnjalankan kajian ni. Beliau adalah seorang Professor yg berasal dari Kelantan, dan mengajar di sana. Kebetulan beliau prnah dtg ke tmpat saya, UKM dan brcerita ttg kajian mistik dia.
PadamJadi seharusnya ia di terbitkan sebagai halaman ilmiah , bukan di sembunyikan. kerana kajian tok bukan sekadar teori, pelbagai bahan ilmiah di rujuk, dan tiada bahan ilmiah yang tuan maksudkan.
PadamKenapa perlu di sembunyikan tentang kajiannya dan jika kita search , tiada langsung apa yang di katakan sebagai sebuah kajian. Paling tidak ada1 halaman yang mendedahkan apakah bertap ini.
Kajian ini ialah dari pendapat tok dan ia juga di kaji melalui pemerhatian bertahun tahun ke atas bertap yang tok miliki sendiri.
Dalam kajian beliau, ditegaskan bahawa adakah bertap ini benar2 rambut manusia, ataupun ianya tunbuhan, kerana mampu membesar dan beranak, atau mungkinkah algae? Pertama sekali, bertap mengandungi fiber, melanin dan keratin yg sngat2 tinggi, ttp tiada kehadiran melanocytes dan keratinocytes iaitu cell functional yg mnghasilkan bahan specific. Kemudian, kandungan minyak seperti tok kata tu, istilah sains nya plasma, trlalu banyak dan sel bertap ibarat mati ttp masih mampu menampung kandungan cecair sebegitu banyak. Bagaimana pula air dan minyak boleh diserap masuk kedalam bertap? Hasil kajian, bertap mempunyai pori2 halus, brcanggah drpd yg tok mat katakan. Kemasukan air dan minyak ini juga dibantu oleh proses active diffusion dimana trdapat kandungan kalium yg ionised di dalam bertap. Kesemua ini menerangkan yg bertap adalah bukannya rambut manusia
BalasPadamKemudian bertap dibandingkan pula dengan tumbuhan. Mungkin ada yg tahu, tumbuhan yg diklasifikasikan di bawah kingdom plantae mmpunyai ciri2 penting yg mesti ada pada setiap tumbuhan itu sendiri. Ttp, bertap ini sendiri tidak berdaun, mahupun berakar, jd sudah awal2 out drpd dianggap sbg tumbuhan. Akhir sekali algae, atau org melayu panggil cendawan. Bukan setakat cendawan, algae ni ada bnyak. Dan satu ciri trpenting pada algae adalah strukturnya, hyphae serta sistem peranakan nya seperti cups dan sbgnya. Bertap tidak mempunyai atau dianggap sebagai hyphae kerana bertap tidak mempunyai sel-sel yang ketara serta tiada struktur peranakan. Ianya dipenuhi dngan plasma, dan sel nya ibarat mati, kerana tiada kehadiran nukleus, dan sbgnya. Tanpa nukleus, tiadalah DNA. Maka, mcm mana pulak sesuatu hidupan boleh tiada DNA? Mcm mana nk cam genetik sesuatu, kalau ianya tiada DNA. Maka, kajian beliau terhenti di sini kerana terlalu bnyak persoalan dan halangan untuk merungkai misteri bertap
BalasPadamso samalah dengan tok di sini, kajian ini terhenti seketika, namun tok akan terus merungkai misterinya... paling tidak apakah benefitnya secara nyata kepada manusia.
PadamKemungkinan mikroskop tidak mempunyai kemampuan mengesan pori pori halus itu, jika tuan lihat gambar mikroskop yang di ambil lepas, ia kelihatan sama sahaja tiada bersisik dan tiada sebarang rongga. resolusi mikroskop tok ialah 50,000x .
Kini tok merancang mahu masuk ke dalam hutan dan mengesan sendiri bertap ini, melalui petua dan ilmu yang di berikan oleh owner ini sendiri kepada tok.
Power nya mikroskop tok. Tok pakai electron microscope ke apa? Sbab kalau microscope biasa resolusi 1000-2000 je tok. Electron microscope ni dari 5000 hingga 2juta resolusi dia, tp, harganya ratusan ribu, dan power lektrik pakai industri punya output supply tok..
Padamya memang power tuan , alang alang membeli kita bukan nak beli banyak kali. dan untuk pengetahuan tuan power letrik di rumah tok di pertingkatkan, berapa banyak alatan letrik dalam rumah tok terbakar akibat terlebih supply, tv tok dah jahanam sebiji, lampu takyah cakap.
PadamMikroskop tok di beli dari U.S dengan nilai sebiji Lancer..Jika tuan mahu melihat , apa salahnya datang ke rumah untuk melihatnya sendiri, dulu kan tok ada cakap, tok ada sebuah makmal untuk mengkaji batu permata. walaupun bukan kelayakan tok untuk mengkajinya, tunjuk ajar dari seorang sahabat cukup membantu.
Wow! Power gila! Hahaha. Serius la tok nii.. Electron microscope tu, rare sngat2 kat malaysia ni. Dasyat ar.
Padamya tuan electron mikroskop.. ada baberapa benda di mikroskop tu tok tak pandai guna..hahaha.. basic boleh la
PadamTok, kalau ikutkan apa yg saya tahu, kajian yg dilakukan secara terperici di pusat2 kajian dan universiti, hasil kajian akan dijilidkan dan dijadikan sebagai artikel simpanan hak milik penaja kajian atau persendirian.
BalasPadamJadi, mmg mustahil sama sekali diterbitkan kepada umum. Jikalau ada pun, ianya diterbitkan sebagai satu kod nama, dan bukannya boleh search mcm tu je. Mcm saya, ada je artikel dia kat library sana..
Padamya benar tuan, namun berkenaan tesi UKM tentang peradaban asal usul orang melayu, jilid itu ada di internet dan mampu di muat turun .
PadamSeseorang Dr atau professor perlu melakukan 3 tesis setahun untuk di sediakan kepada Pihak Universiti..
Bagi tok tiada apa yang misteri. Bertap ini suatu masa pasti akan dapat di rungkaikan, paling tidak. Kegunaan nyatanya pasti ada untuk tubuh badan manusia
Paling popular kepada sesetengah individu yang tidak mempercayai hal hal yang ghoib dan wujudnya yang ghoib, mereka menyatakan bertap adalah sejenis alga. Tok dah pun meletakkan bertap di dalam akuarium dan tiada tanda tanda ia adalah sebuah alga. Tok dulu study pertanian tuan.
PadamJadi kerana belum ada sebarang tanggapan melalui kajian di dedahkan, maka tok cuba untuk mendedahkan, paling kurang menjelaskan bahawa ia bukanlah sejenis tumbuhan
Jadi, mmg sah sah lah bukan tali tangsi, ye tak?
BalasPadamada dulu tuan yang di buat apaki tali tangsi hahaha..... sekejap ja di jual lepas tu kita di GB dedahkan kepada pembeli agar cuba membakar hujungnya , lihat apa bau keluar, plastik atau neutral
PadamLara kapas tidak sama dengan bertap tuan, ia ada rahsianya yang tersendiri dan tok cuma perlu 1 step sahaja lagi untuk membuktikan bahawa ia benda apa. dan semestinya rahsia itu di jaga rapi oleh pemilik asalnya ... hanya dia saja yang tahu dari mana sumber lara kapas ini.. apabila hadirnya 2 ibu bertap ke tangan tok, tok dapati teori tok mengenai lara kapas hampir selesai ...ibu lara kapas ada beberapa ranting hitam halus yang keras tuan. dan ada beberapa objek di dalamnya yang menarik minat tok
BalasPadamOwh ye. Lara kapas ni, kalau tok hantar kajian nuklear dan dna identification, akan dpt hampir dngan rusa tok. Tp, ada kehilangan satu rasanya kromosom dia.. X ingat. Cubalah. Buat micrographing separation tu. Sbab lara kapas ni jenis kering, jd nuklear cell masih selamat dan genetik boleh dikenal pasti. Tp, saya x ingat apa ntah dapatan yg agak pelik tu...
Padamerm, tok tak rasa ia dekat dengan rusa tuan. kerana beberapa objek yang di kenal pasti tu bukan datangnya dari haiwan... nanti bila tiba masanya tok akan dedahkan dengan kajian lengkap lara kapas pula.. insyallah
Padamcuma 1 tok pesan jangan promosikan item luar di sini... ramai luar sana dok tunggu nak ikut promo sama item mereka.. ini bukan blog iklan tuan, blog iklan pun kena bayaran kalau nak letak banner bhahaha
BalasPadamHahaha. Insyaallah tok. Saya minta maaf bnyak2. Saya trlalu ikut kata2 org. Dia suruh cari pengumpul bertap, saya pun apa lagi, kat sini jelah saya jumpa pengumpul tegar. Lagi2 tok mat.
Padamtakpa tuan.. biasa la org baru blog ni...
Padam