Jumaat, 16 Januari 2015

MEH TOK BAGI SENJATA

Assalamualaikum wbt


Dalam siri ini Tok akan mendedahkan beberapa teknik atau senjata bagi sesuatu tujuan dan perkara yang tok sebutkan dan ia adalah  perkara yang selalu di bangkitkan Melalui pertanyaan

1. Petua Memancing

- Petua ni tok dapat dari nenek sebelah mak di Perlis, namanya Tok Putih.... Kalau cucu memancing dia pun tak alah nak memancing di sebelah. 
" orang dulu memancing pakai kayu ibus ( ibuih ) , kalau kita pakai kayu tu, dan dalam 1 kolam kita yang dapat dulu, maka kita lah asik mendapat, org lain akan hampa, kalau sebaliknya maka lebih baik kita balik "


" Kalau nak p mengail, jangan mandi "



2. Sahabat di sungai

- Petua ni Tok dapat dari Seorang guru yang boleh berjalan di atas air di kuala ketil kedah

" Buaya adalah binatang yang paling mengenang tuan dan jasa, bela anak buaya sekitar 1 tahun dan agak agak sudah membesar setengah depa, lepaskan di sungai besar yang tidak berarus kuat, semasa nak lepas cakapkan kepadanya aku dah bela dan besarkan kau sampai kau boleh hidup sendiri, bila aku perlukan bantuan, kau hadirlah"

Petua ini dinamakan petua kerana ia menggunakan buaya nyata, bukan jelmaan dan bukan jampi. Pernah beliau nak ke seberang namun akibat jambatan kampung putus, guru ini memanggil nama buayanya dan berkata, aku nak lalu ke seberang, selang beberapa minit muncul banyak buaya dari tebing ke tebing sehingga ke seberang, Guru ini melintas ke seberang dengan memijak belakang buaya buaya ini.

Pernah juga beliau pergi memukat di sungai kuala ketil dengan duduk di atas badan buaya itu, orang kampung menyangka beliau memiliki ilmu bergerak atas air, sedangkan hakikatnya beliau menunggang buaya.

3. Sahabat Di Hutan

- Petua ni Tok dapat dari " Wa" iaitu ayah saudara sebelah ibu tok di Perlis, jika masuk ke hutan beliau akan menunggang harimau ke tempat yang di tujui, pernah beliau menunggang harimau ini ke Perak kerana ketika itu anaknya yang ada di Perak mengalami kesulitan , ketika itu highway belum ada. Petua ini hanya petua dan bukan ilmu jampi serapah dan ada caranya. 

Terkadang jika dia mahu ke tempat yang jauh dan meninggalkan rumah, dia akan memanggil harimaunya bagi menjaga rumah dan janjinya bila pulang ialah 1kg daging akan di berikan , jika x bagi harimau ini akan merajuk dan susah nak datang jika di panggil lagi.

" kalau kau berani, panggil harimau ni di kaki bukit , mana mana bukit yang ada harimau, mesti di panggil 3x senja ( 3 hari ) dan di laungkan 3x dalam 1x senja. Senja ke tiga jika ada harimau di sana, ia akan turun dan kau akan melihatnya setelah menoleh ke belakang selepas laungan ke-3 di senja akhir ( senja akhir ni hari ke-3 la ). Harimau yang turun tu ialah harimau yang paling besar dan paling tua. Jika jantan ia akan duduk berteleku di keempat kakinya dan kita kena naik di belakang untuk dia bawak berjalan sehingga ke subuh di dalam hutan, jika betina, ia akan berbaring dan bila kita menghampirinya kita kena usap kepala dan tubuhnya dan tidur di bawah dakapannya sehingga subuh. 

Jika x berani jangan lari, kerana harimau sebesar ini, sekali lompat memang dia akan ngap tengkuk kau, kalau x berani diam saja, dia akan pergi sendiri..... Cara nak serunya ( seru ni panggil la bahasa skrg ) seru macam biasa saja " Hei........nama sebenar rimau......... turun lah, aku nak berkawan dengan kau " 3x selama 3 senja .... Ada Berani ???  

4. Sahabat di Gunung jika sesak

- Petua ni tok amik dari Guru Mataram Arwah Wak Yatim Papan Timur, petua ini di gunakan sekali sahaja untuk 1 hajat, dan ia selalu di gunakan oleh orang lama lama zaman dulu jika sesat dalam hutan, kehabisan makanan, di ganggu haiwan dan sebagainya. Orang dulu dulu masuk hutan dia selalunya akan bawak 3 barang.

1) Parang Pendek
2) Rokok Daun & Tembakau
3) Sejengkal kayu utk mentawarkan bisa ( ikut kawasan dan ilmu memasing )

Dan.....Ilmu di dada

Percaya atau tidak, 3 benda ni boleh buat 1001 macam perkara... Nak cerita bab 3 benda ni kang panjang..kita cerita bab sahabat di gunung sajalah. 

Jika berlaku apa apa yang sesak dan kecemasan termasuklah rasa tak sedap hati dengan tetiba, rasa ada sesuatu berlaku di rumah, sedangkan nak pulang amik masa berjam jam, maka memerlukan kenderaan yang cepat, cari pokok ara, pokok merimbun , pokok berakar akar, atau pokok buluh tua, cabutlah parang dan pacakkan ke tanah di depan pokok itu dan keliling pokok itu ikut arah lawan jam dan sebut " HA......HA.......HA......HA...  " sekuat hati sambil mengelilingi pokok itu 7x dan kembali duduk di depan parang yang dipacakkan tadi, tunggu di dalam masa kurang 10 minit akan keluar 1 lembaga dari pokok ini yang kita panggil penunggu pokok dan dengan lantang perkenalkan diri dan suruh dia hantar kita pulang sambil memegang hulu parang yang terpacak ini, apabila lembaga ini bergerak @ menggerakkan anggota badannya cepat cepat mencabut parang di atas tanah ini sambil memejamkan mata membayangkan rumah atau lokasi yang ingin di tuju, tak kira lah dia gerak ke depan ke, kepalanya mendongak ke, dia angkat tangannya ke, jangan tunggu, gerak terus cabut dan pejam mata serta bayangkan lokasinya, 3 saat bukalah mata, insyallah menjadi. Tok pernah buat sekali bersaksikan murid felda Air Tawar 5 namanya Hafiz Masa tu Tok di Felda Semenchu kawasan pam air masuk ke dalam atas urusan memancing, dia yang hantar.. sementara dia dan rakan lain pergi bertapa di 1 kawasan lereng Lok heng ( Kawasan Tangga 7 ), sesuatu telah berlaku kepada 1 rakannya bernama Pa'an dan hafiz ni terus menghubungi tok.... dari Semenchu tu nak ke Lok heng... hahaha jangan kata berjalan, naik motor pun dah lebih 15 minit. Makanya Tok gunakan teknik ini untuk segera ke sana... akibatnya tok menggunakan teknik ini, tok kehilangan 42 murid silat secara serentak setelah cerita itu di war warkan dan ibu bapa murid menegah belajar ilmu dengan tok ...wahahahaha.....

Ada Berani ???


5. Pembunuh Upahan Di Landasan keretapi

- Tok mempelajari petua ini secara umum suatu ketika dahulu di Kalimantan bersama guru di sana , ia bukan sahaja boleh membunuh, malah apa sekalipun jika Allah izinkan ia boleh berlaku.

Cara ini Tok x akan ajar lengkap khuatir MAKAN TUAN... mana tau kot ada musuh yang membaca ni dan melakukannya kepada diri tok hahahaha....... 

Sediakan ****&@*% ( yg pasti ia x salah dan bukan memuja ), selusuri landasan keretapi di kawasan hutan. carikkan kawasan yang ada hantu, jin dan keras dan selalu org jumpa @ ada kes gantung diri di sana. Kes begini ada banyak di kawasan landasan, orang bunuh diri. Perginya mestilah di waktu petang dan sampai di lokasi di waktu senja, boleh nak pergi berapa orang pun ( tapi x lebih 9 org ). Letakkan ***%@#$** tadi bersama gambar orang yang di maksudkan, berserta nama dan alamat atau no plat kenderaannya dan cakap " Aku nak kau ****** orang ni , dan ini upahnya..Selesai "... terus pulang dan buat dek/ buat pekak/ buat tak tau.... insyallah menjadi... tok pernah buat dulu untuk merubat 1 pesakit yang kena sihir , dan sihir tu kuat sampai merata tempat usaha x juga sembuh, dan tok gunakan kaedah ini sebagai ikhtiar terakhir...ingat..tok bukan MEMINTA atau MERAYU....tok MENYURUH.... 

Ada Berani? 


6. Sahabat Dari Langit 

- Mungkin ada yang kenal dengan " Awang si Jambul Lebat " dan banyak di ceritakan di dalam cerita hikayat , malah mungkin dah ada yang difilemkan... namun anda tahukah siapa Awang si Jambul Lebat ini?.....

Petua ini Tok perolehi dari " Wa " Tok sendiri iaitu ayah saudara sebelah mak di Perlis.

Orang tua tua dulu jika memakan sireh akan mengupas pinangnya, dan kulitnya selalu di simpan dan tidak di buang ( bagi yang reti ). Anda tahu sejarah sireh?.... ok toksah citer la bab sireh tu hahha... 

Kulit pinang yang kering akan di simpan sampaikan " wa " tok menyimpannya berkarung karung selama bertahun tahun di rumahnya... bila dia ke hutan dia akan membawa sedikit, jika dia pergi merubat orang dia akan berjalan kaki atau menunggang harimaunya sambil parang pendeknya tidak dilupakan di selit di pinggang kiri, sementara poket kanannya terisi dengan kulit pinag kering.

Apabila dia ke hutan atau merubat dan berjumpa dengan situasi KURANG AJAR sesuatu makhluk... terutamanya makhluk yang mengapa apakan manusia atau cuba menganggunya, dia selalunya akan menghalau cara baik , jika x termakan juga, dia akan menggunakan kulit pinang ini ( sabut ). orang berilmu di dada sebenarnya malas nak guna ilmu dia apatah kalau melibatkan kepenatan bermain jurus nafas hahaha, mereka selalunya akan menggunakan jalan yang tidak memenatkan dan menampakkan diri seperti boss kawasan... ok... wa tok akan membakar Sabut pinang ini dan dan menyeru ( ingat menyeru tu panggil la ok, sebab bila sebut seru je org dah anggap lain .. bodo betui..dasar Bahasa Melayu Fail Hehehehe )... 

Dia Seru ni pakai bahasa pasar je... Seperti ini " Hai Awang si jambul lebat mari sini aku nak bincang sesuatu ".... jika dia hadir akan ada guruh di langit walau tiada mendung. dia akan hadir nyata di hadapan di dalam bentuk manusia bercawat dan kulitnya gelap... sebenarnya memang dia manusia yang mempelajari ilmu dan hayatnya agak lama, mungkin dia duk di alam lain kut . Dia akan hadir dan tanya apa wa tok nak... dan wa tok cakap " tuh... halau benda tu".... awang ni berseloroh " la, nak halau je pun, macam la kau x boleh buat sendiri".... wa tok pun tersengih.... " malas aku layan benda ni "... Hang la buat ".... dan dengan malasnya awang ni akan panggil raja Jin bagi bangsa Jin yang menganggu tu dan bernegotiate... perkara ini pernah berlaku semasa tok belum lahir lagi, diceritakan kembali saja, dan tok pernah buat sekali ... dia datang tok lari hahahahaha....masa tu baru lagi dalam benda begini , umur 16 tahun... Sekarang tak buat lagi mungkin ada cara lebih mudah dari itu ....wink wink........


Ok setakat ni saja dulu walau ada banyak lagi teringin nak tulis... wife ajak ke umah mertua pulok...... adios amigos....... Sayonara




* Tok Halalkan petua petua ini jika mahu di amalkan sebagaimana Guru terdahulu menghalalkannya kepada Tok  di sini, Tapi jangan Share di blog sendiri, di wall fb dan cakap ilmu sendiri..nescaya makan diri kerana ia ada rahsia yang sudah tentu tok x cerita di sini....hehehee.....





W'Salam wbt

34 ulasan:

  1. Terima ksh tok mat...terbaik tp klo bab2 bela2 rimau tu yg tkt..kang x smpt bela kita yg kena ngap...huhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Opss..bkn rimau tp buaya...huhu type eror..

      Padam
    2. Tok keje ganti malam tok ke gong badak tu huhu. Jadi bos pun kena ganti tugas hari bercuti. Hadoi

      Padam
  2. Tq Tok. Mintak ijazah ilmu Ni kt sy Tok ye. Petuanya,he,he.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hah boleh. Syaratnya kalau dddah amik kena buat

      Padam
    2. Hihi dgr tu tuan badbisa.brsyarat tu.kna buat.tkleh simpan2 huhu

      Padam
    3. Alamak. Hu,hu. Lps kem la klu gitu gak. Tunggu kem mistik Ni. Bilo la tok nk bt.

      Padam
    4. Tuan Irfan,yg pasti sy bt tang mancing tu,he,he. Kayu ibus tu? Ayya,talak kenal loo..

      Padam
  3. Salam tok.. terima kaseh tok atas perkongsian ilmu dan petua2 diatas.. sy amik utk pegangan dan mintak halal ye tok..

    BalasPadam
  4. tok klu dri semencu nk ke lokheng mau2 dekat 30minit gak tu klu merempit pun.. tangga 7 mmg top dgn puteri biru nye dan kaki no heeheh

    BalasPadam
  5. terima kasih tok... mintak halalkan ilmunya ye tok..

    BalasPadam
  6. Terima kasih tok sebab kongsi petua ni.. Minta halal ilmu ni ye tok

    BalasPadam
  7. terima kasih tok diatas pencerahan ilmu izinkan saya menggunakannya bila diperlukan ye tok

    BalasPadam
  8. Terima kasih tok di atas ilmu yg di beri

    BalasPadam
  9. Salam Tok Mat. Kayu IBUS@IBUIH tu negeri2 sebelah selatan ni gelar nama kayu apa ye Tok?

    BalasPadam
    Balasan
    1. entah la tuan MM. tok tak arif nama pokok sebelah luar kecuali utara

      Padam
  10. Alhamdulillah.... merasa gak..... hehehehe

    BalasPadam
  11. Sesuatu yg baru yg baik utk di kongsikan bsama...terima kasih tok..rindu kt tok..dh lama btol x jmpe tok..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Amboi firus .lama x nampak heheh. Ni blog runnerantik dah aktif semula.

      Padam
    2. Tu la tok lama x jmpe n aktif kt blog tok..ni pn dpt e mail dr tok ckp blok tok aktif semula.tok ok? Sihat? Xpe la tok.yg penting silaturahim x putus kn tok?ok la tok.mcm jejak kasih la plak.heheheh..pe2 take care tok.salam sejahtera tok...

      Padam
  12. Halal ilmu took time beruntuk boleh digunakan

    BalasPadam
  13. Assalamualaikum tok..petua no 3 tu cara nk panggil harimau tu dgn panggilan ape ye?tok cepoh ke?rinching emas ke?kilat senja ke?mohon pencerahan tok..

    BalasPadam

Komen menggunakan Akaun Gmail anda & Browser Opera Sahaja

CARA BERURUSAN