Erm.... ni dah sampai kemuncaknya bagi item ini..Stock paras hidung.. dah nak habis,namun tok kawal agar tak lupa, kang dalam simpanan tok pun semua kena kebas pulak hohoho
Alhadulillah RMG @ Raja Mani Gajah bawah sedikit dari MGT, namun aura sikit sikit ja lari, MGT memang takda dah dalam simpanan Tok....
Kod Produk : RMG 12115
Bentuk : RMG
MAHAR : RM 450
RM 300
RM 200
Kod Produk : RMG 12115
Bentuk : RMG
RM 200
==========================================
Sebelum terlupa.. sesiapa nak kayu KUA?... Tok dah jumpa center kayu kua di ganu ni...
Apa guna kayu kua?...
Ok lah tok citer sikit la walau mata sebelah dah pejam dah hahahah.
Sewaktu tok selalu ke kelantan dulu dulu, Tok pernah melawat seorang pokcik yang di panggil pakcu di kawasan Gunung Stong, umah dia depan landasan ketapi depan gunung stong tu la.
Masa tu melawat sempena raya la, orang bawak berjalan kita ikut . Pokcu ni tinggal di tanah rezab KTM dan memang di belakang umahnya hutan belukar , hutan belantara stong. Dari umah dia nak ke umah orang lain mau mau dalam 3 pelaung... tau 3 pelaung?... maksudnya 1 orang laung dengar yang kedua dan kedua laung dengar yang ketiga, laung sekuat hati dan suara laungan tu di terima orang last di hujung bunyi laungan saja.
Baik.. masa dalam umah pokcu tu, tok nampak sebatang kayu diikat pangkalnya dengan kain kuning dan di gantungkan di tingkap.... dan tok cakap " amboi boleh tahan ". pokcu tu sengih tengok tok dan tanya kenal x ni kayu apa?... tok cakap tak kenal sebab memang x pernah tengok... dia cakap ni la kayu kua.... erm..... kat kelantan memang banyak kayu ni , namun hanya orang tua tua saja kenal akan kayu kua ini..
Selesai semua majlis lawat melawat tok tanyakan pada sorang pakcik lagi di kawasan p.mas, kenal tak pokok kua?..dia cakap x kenal... kebetulan belakang umahnya ada kebun getah yang dah bersemak gila.. so..tok amik parang dan pegi belakang umah pakcik ni,. Alhamdulillah jumpa 3 batang.
Di pendekkan cerita semasa tok di Johor , masa tu tok menetap di Taman Desaru Utama No 13 Jalan cengal 3 hahaha dalam 4 tahun tok di sana sebelum menghabiskan semua pembelajaran ilmu dengan guru guru kawasan sana.
Kita pendekkan lagi.....
Ada terjadi 1 kes di mana seorang makcik dah tenat sangat di Johor lama ( kg ), kawan tok namanya wak nin ni memang org kaya kg tu ler, dia jemput sebab makcik tua ni mak dia dan dah merana terbaring 2 tahun, kalau nak cakapkan merubat, wak nin ni cakap , aku berubat mak aku ni boleh la beli sebiji merc baru...huhuhuhu... merata dah.. syifa', saka', arqam, utz sejid, utz sekolah, bomo org asli seleta ( laut ), hak pakai quran, hak pakai jin, hak pakai setan, semua aku dah cuba..semua gagal. sebab kesiankan mak aku, aku sanggup apa pun dari melihat dia menderita begini.
Er.. dipendekkan lagi... maka waktu maghrib satu hari tu tok datang lah dengan seorang anak murid dari penawar, orang ramai sungguh masa tu , semua sedara mara dia la. boleh kata memang setiap hari ada saja sedara maranya datang melihat, kebetulan masa tok datang ada sorang utz tengah buat , tok tanya kat wak nin, berapa ramai ni?... wak nin cakap malam ni 3 orang, utz ni, bomo at3 dan kau... ok la.. tok cakap tok bagi masa ke deme ni dulu , dan la tok mengusha ikan sembilang di muara Johor lama tu hahaha...
Selang beberapa jam, selesai utz tu keluar menggeleng kepala... bomo at3 tu pun geleng kepala.. wak nin panggil tok, hah, kau cuba pulak... tok pun sengih la sambil bawak kayu kua yang nampak macam kayu reput tu.. habih la orang tengok tok masuk dalam umah termasuk anak anak dare sedare mare die tuh.. aiseh.. malu pun ada sebab ni la 1st time tok pakai kayu kua...maka tok pun buat lah seperti yang di ajarkan oleh pokcu di gunung Stong tu.
Oleh sebab pesakit ni wanita , maka kayu kua ni di letakkan di bawah ketiak kirinya memanjang ke bawah... ala ala bomo bodo gitow, tok pun mintak la secawan air, walhal air tu pokcu tak ajaq pun, ahh hentam je la , kang letak kayu saja kang org tak yakin pulak kang.. so air pun sampai tok pun rendamkan lah sebiji batu yang dalam simpanan tok.. Namanya batu tu biarlah menjadi rahsia, namun murah je kalau kita jual dalam GB ni, malu nak sebut sebab batu murah .heheheeer...
Baca la apa yang tok tahu bismillah, fatehah , 3 qul, selawat syifa, dan mintak pada Allah la. Renjis renjis dipilis... tok renjis dari kanan bawak ke bawah, kiri bawak ke bawah dan tengah bawak ke bawah, dah macam mandi hadas pulak rasanya.. hadoiih... tok buat apa yang terlintas saja lah, dan sedikit tok masukkan dalam mulut makcik tu.. dok kejap... dalam 10 minit.. Alhamdulillah penyiksaannya selesai, makcik tu menghembuskan nafas terakhirnya, tok suh ikat kakinya dengan kain putih, terkebil kebil semua yang hadir, dan tok suh sediakan Kayu berbara sebanyak 4 batang, kenapa tok suh buat macam tu?.... sebab nampak ada tanda tanda dia nak bangun duduk, walhal dah meninggal... sah la meninggal sebab doktor di sebelah tu anak dia sendiri yang sahkan... lagipun makcik tu mana boleh bangun, dah 2 tahun terbaring...
Makanya 4 batang kayu berbara ni pun disediakan dan tok mengarahkan anak anak dia sendiri melakukannya.. tak rot la aku semua nak buat kan hahaha.... dorang buat apa... tu toksah tanya.. apa pun alhamdulillah perubatan tu success.
So tok konpius jugak dalam rawatan tu, apakah puncanya selain asbab memang ajalnya tu.. adakah air yang di jampi, adakah batu atau adakah kayu kua.
Maka tunggu punya tunggu, datang lagi 1 kes lain yang hampir sama. Ketika tu tok sudah mampu berhubung dengan penjaga kayu kua ni. Kes ni berlaku di felda penggeli.. di jemput oleh anak dan isterinya... katanya suaminya dah lama tak bangun bangun, jadi dorang datang amik tok, maka tok kena la juga ke sana, jadi nak tahu punya pasal tok x bawak batu tok, tasbeh tok , bawak kayu kua ja.. Sampai di rumahnya suaminya elok je duduk di depan umah sambil hisap rokok tersenyum, anak isterinya pucat lesi... eh..bila abg bangun?.. tanya isterinya.. suaminya jawab " aku dah sehat ".... erm... anaknya berbisik di telinga tok, sumpah demi Allah ayah sy selama ni x leh bangun... Aih.. pelik..timbul kebingungan dalam hati tok.. erm..takpa ..meh kita cuba... maka tok pun berjalan la bertongkatkan kayu kua tu, Tok suh orang ni baring dan letakkan ia di bawah ketiak kanan, dia pun akur dan tanya, nak buat apa kayu ni?... jawab isterinya.. buat je la orang dah mintak tu...
Selesai dalam 10 minit tok keluar hisap rokok yang enak dan gurih nikmat tu. anak isterinya keluar.. tok cakap.. erm.. kalau saya salah minta maaflah, tapi kurang 40 hari. kalau iya, si hantarkan Al-Quran ke rumah saya. Memang utk perubatan macam ni tok hanya Mintak Senaskah Al-Quran saja... Al-Quran ni tok akan kumpul dan wakafkan kepada rumah anak yatim di Johor , selalu macam tu la. Kalau tok p sendiri saja tok minta duit minyak tok.. tu saja.
40 hari lama woo... sampai tok lupa jugak la... 1 bulan lebih .. 1 hari mertua tok cakap, ada org datang tadi bagi Al-Quran, tah la sir, mak pun tatau kenapa dia bagi , tapi rasanya yang datang amik ko sebulan lepas.... ermmmm..tok pun cuba untuk ingat....dan terucap di bibir " innalillah".....
Kayu kua tok yang tu tok hadiahkan kepada sorang murid tok ketika tu, tok pun tatau la dia buat apa dengan kayu tu .
Selain tu kayu kua ni kata pokcu jika di gantungkan di tingkap jin setan x leh masuk umah, berubat boleh letak bawah ketiak, boleh libas ular sebab ia berbisa, boleh libas pencuri juga, boleh letak atas alang umah atau bendul umah agar dapat menjaga rumah jika kita keluar. Banyak gunanya..
Alhamdulillah di dalam center yang baru di temui tu, boleh la kalau nak supply dalam 2000 batang panjang tongkat.
Kalau nak maharnya cumalah Rm 200 sebatang termasuk kos pos Rm 30 ( termasuk dah )
Kayu kua ni ada di kelantan banyak.. usah tanya la.. hanya pencari kayu usia 80 tahun ke atas saja kenal kayu ni, tok dah tanya yang dalam lingkungan usia 50-60 pun depa tak kenai kayu ni. Tukang kayu pun tak kenal... Kalau nak kata takda, ia memang ada.... dan ada pun nama kampung Gong kua di P.Puteh. di ajil dan di kola berang pun ada nama kampung Kua ni.
Tok x leh p cabut sembarangan , order saja tok p amik sebab ia ada penjaga dan rambutnya kekadang ada di batang pokok tu ....eeeeeieiiiiiiiii... GM saifulnizam , GM Azha dan GM Razi tau la, drg dah tgk pokoknya dan cabut sendiri....
Along
Angah
Ateh
hebat allah kan tok...maha hebat.
BalasPadamsudah tentu
Padamtokdah lupa ni...mahar RMG brapa? crita pasal kayu kua paling panjang dlm sejarah blog. Atau tebus kayu kua dapat RMG...?...gitu ek..tok..
BalasPadamtuan nazir kui kui tok lupa la tu...layan blues jap
Padamhahahaha, ngan tuk la ni punya pasal
PadamNostalgia Tok tu...dlm kenangan. Kayu kua ni Cara sebut dia,ucap sambil tutup hidung. Begitu lah panggilannya kt cni.
BalasPadamhuhuhuhuh. aduh cikgu.. sekali dengan tok terbuat ( tutup idung ) hahaha
PadamTok pn bt jgk? Hu,hu.
Padamyup tok rmg ni bape maharnya..rm200 ke..klu ye sy nk lock tok..
BalasPadamye tuan
PadamLock RMG 12115
BalasPadamTp klau tuan rie clasico yg bjaya lock dlu...bg kt dia la....
Padambenar tu tuan wan latif,mungkin tuan rie clasico tgh sibuk blum bukablog. sian dia
Padamalhamdulillah sy lock RMG 12115..
BalasPadampayment done..
Padamye tu betul cakap Tok Mat. Saya pun bukan kenal pokok kua tu macam mana tapi dari panduan Tok Mat ajar kami untuk mengenali sifat pokok Kua tu dari situ kami belajar khasiatnya. Ternyata memang sukar nak cabut kerana faktor cuaca, sifat pokok itu sendiri. Maka, kami terpaksa menggunakan daya kreativiti kami sendiri.
BalasPadamsilap tak amik yang terbelit belit di batangnya tu hari ateh. kalau amik dan di gulungkan , masukkan dalam kain dan letak minyak , dalam masa 14 hari ia akan membulat jadi bertap...
PadamTakpa lain kali kita amik, hehehe berani ke teh?
Kalau Tok kata boleh, In Sya Allah Ateh bungkus bawa balik je.. Hehehe
BalasPadamKayu ni klu dibt permata Cincin lari ke khasiatnya Tok?
BalasPadamkalau buat cincin tatau la pulak macam mana, nak letak kat ketiak pesakit macam mana tu ya .. rasanya kalau buat bentuk permata, ubatkan pesakit dgn letakkan bawah ketiak dia... rasanya tuan bad kena letak teruih, x amik amik dah huhuhu ;p
Padam