Jumaat, 6 November 2015

ARTIKEL KAJIAN ITEM ISIAN

--Artikel Lengkap Selepas Kajian Semenjak 6 Tahun lepas--
Sebagai Peminat Barangan Mistik..... Pernahkah anda mengkaji sesuatu barangan milikan anda?....
Tok rasa.. anda tak pernah menguji item anda...Kenapa?..
Uji dengan air, uji dengan minyak, uji dengan teknologi, uji bawah mikroskop, uji dengan kimia, uji dengan api....
HARI INI... marilah Tok kupas sedikit demi sedikit dengan teliti, dan insyallah Jika Anda membacanya sehingga faham, ia akan berguna Buat anda. Ada di antara Fakta ini anda perlu kaji dahulu sebelum mempercayainya.
KHODAM BATU PERMATA
Seperti batu permata, PENIAGA semenjak zaman dahulu menyatakan. JANGAN BAWAK MASUK TANDAS........ Kenapa?.... katanya KHODAM akan Hilang dan Barang akan Jadi TAWAR....Benar kan?
Orang Zaman dahulu sebenarnya amat bijak... jika anda peniaga, anda akan tahu bahawa banyak demo mistik menggunakan Bahan Kimia. Batu permata yang kononnya mempunyai Khodam dan tidak boleh di bawa masuk ke tandas sebenarnya bukanlah batu asli.... ya... asal muasal sebenar ialah pencegahan Batu itu dari terkena air... sebagai contoh kita ambil batu Sintetik , Jika terkena air permukaannya akan semakin pudar dan gelap, Batu Druzy ( Suntik Warna ) bila kena air warna nya akan pudar dan hilang akhirnya akan menjadi warna asal batu itu sendiri, batu druzy ialah batu asli yang di suntik warna.. dan selalunya batu yang mudah di suntik ialah dari kalangan jenis- jenis Akik.
Ini ialah kenapa PANTANGAN ke tandas itu wujud... bukan kerana Khodam...Tapi khuatir terkena air dan batu ini hilang warnanya dan pudar.
Ada Juga yang menyatakan tidak boleh di masukkan dalam air, nanti Khodam Lemas.
Perlu diingat, Khodam bukan duduk di batu, tetapi mengikut Pemiliknya di bahagian Lain ...dan ia dari Jenis Khodam Isian..... anda tidak percaya?....Cuba anda perhatikan apabila seseorang mengambil item isian khodam Yang memudaratkan. Selepas berubat, barang sudah di buang sekalipun. Pemilik tetap di ganggu.... KENAPA?
Cincin isian hanyalah Syarat / Kunci untuk sesuatu hajat yang diisikan, nama Isian itu ialah nama syarat sahaja, bukan memaksudkan isian ibarat mengisi air ke dalam botol.
Pengujian Menggunakan API..... Ramai Bomoh, peniaga dan sesiapa sahaja yang duduk di alam mistik melayu langsung tidak pernah mengkaji mengapa PANTANGAN ini wujud....
Untuk pengetahuan, Batu sintetik, Batu JJ ( GGG ) sudah lama wujud, Zaman Tokwan Tokwan Kita lagi benda ni dah ada.... Tidak Percaya ?
Lihat Batu Serai..... Cuba anda search BATU SERAI, mana mana Batu serai pun semua bewarna warni dan berbentuk BERLIAN... Boleh potong kaca, Boleh Lekat di cermin. Tiada siapa pernah mahu untuk mengkajinya... ujian menggunakan air gagal untuk batu jenis ini. Namun Jika anda menggunakan Ujian API jenis JET FLAME, kurang 3 Minit anda membakarnya, ia akan Retak dan pecah... Ini menunjukkan bahawa ia adalah Batu yang di perbuat dari KACA... yang kita panggil batu GGG atau bahasa pasar Batu JJ.....Batu asli jika di bakar ia hanya akan menjadi kemerahan sepeti besi yang di bakar dan ia tidak akan retak dan pecah.
Alasan Peniaga dan Bomoh bomoh Kampung kepada Batu Jenis Jenis ini... Supaya JANGAN di bakar ialah...... Nanti Khodam Sakit, Khodam di bakar panas dan Khodam Lari... Ni lah 1 kenyataan paling bodoh.. ya lah.. mana ada bomoh zaman dulu dulu, dan apa jua orang dalam alam Mistik Melayu ni p Sekolah Tinggi Tinggi... zaman sekarang Sahaja Yang cerdik cerdik tu nak duduk bersama kelompok pemikiran cetek dan dangkal. Usah marah atau tersinggung kerana ia adalah sebuah Kenyataan Yang Berlaku Kini.
Bukankah Khodam itu JIN?... dan Bukankah JIN itu di perbuat dari API?.... Yang kedua, Khodam Benda tidak akan duduk tinggal di dalam batu yang kecil itu melainkan ia mengikut pemiliknya dari sudut lain yang kita tidak tahu di mana. Hanya Allah Maha Mngetahui. Kerana Anda tidak nampak di manakah ia.......anda Nampak Khodam Isian Cincin anda?... wah hebat...
Marilah Tok buka minda anda dan membantu anda untuk mencernakan permasalahan PANTANGAN yang di buat sesuka hati mereka ini.
Pernah mendengar :
" Jangan Berajakan Batu Permata "

Kebanyakan Peniaga Terpaksa Bercakap Hal Pantang bagai kerana Perkara ini sudah lama di terapkan di dalam minda bangsa Melayu, Jika tiada pantang, dah nanti orang akan cakap kita Jahil, Kita peniaga yang tak tahu apa apa, walhal.........
Maksudnya Memanjakan Batu milikan anda, Geliga Milikan anda.... Nak masuk tandas tak boleh, Jaga bagai anak kecil, di balut dengan kain , di letakkan beras , di letakkan minyak, di asapkan mengikut bulan dan tanggalnya.. Tak habis dengan itu, di jaga dari jatuh dan calar.
Tok ingin bertanya, adakah selama ini anda seorang bapa yang teliti untuk anak anda..menjaga mereka dan membimbing mereka ?, adakah anda seorang suami yang sentiasa menjadi pendengar yang setia kepada isteri anda, adakah anda berjalan berpimpin tangan dengan isteri anda walau sudah usia perkahwinan bertahun tahun?... dan , adakah anda menjaga SOLAT , ibadah, Amalan Akhirat anda seteliti anda menjaga Item item seperti ini?.....
" Apakah semulia mulia Makhluk Dan Semulia Mulia Ciptaan Walaupun di bandingkan dengan 1000 Malaikat ?"
Jawapannya ialah diri kita, iaitu manusia...bukan Malaikat... apatah Bukan lagi dan jauh sekali makhluk bernama Jin ..... Kerana 1 sahaja......ALLAH MENGURNIAKAN KITA AKAL..
Jika anda mengiktikadkan diri anda sebagai seorang Khalifah dan MEMPERLAKUKAN diri anda selayaknya sebagai seorang Khalifah, Apa anda hairan dengan semua PANTANGAN ini semua?...
Anda bukan ambil ilmu Susuk, Bukan Ambil Ilmu Penanggal , Bukan Bela Toyol... ini sudah kes berat ..bukan kes seperti memakai batu cincin... dan kes berat ini di konsep yang lain..bukan di dalam kajian artikel ini.
Kita memperkatakan Hal PANTANGAN batu permata, geliga yang menghantui bangsa kita semenjak zaman Tokwan Kita dahulu kala.
JENIS ISIAN DAN ERTI PEMAHAMANNYA.
Jika anda pasti ia nya adalah batu asli dan isian yang di gunakan ialah ayat ayat Al-Quran, maka Larangan Ini Ialah LARANGAN Ter-WAJIB untuk anda ikut dengan tidak membawanya MASUK ke dalam TANDAS. Kerana Khuatir ia umpama menghina ayat ayat yang diisikan...... Itulah yang selalu di perkatakan...BENARKAH?.. namun ingin kita tanya... adakah anda membawanya masuk kerana niat untuk MENGHINA?..... niat untuk MENGKEJI ayat ayat isian di dalamnya....?... Mari kita kupaskan mengenainya
Mengapa ?... agak ekstrim kata kata tok bukan?.. ya agak ekstrim jika anda di dalam golongan Syariat, bukan Hakikat , Bukan Makrifat...Ini berlaku kerana Terlalu banyak artikel dari mereka yang sememangnya masih dangkal erti ilmu Fikh.
Guru guru mengisikan item anda menggunakan Hakikat dan Makrifat. Memakrifatkan ayat ayat ini di masukkan ke dalam cincin anda. Bukan nampak isiannya.. itu pun anda yakin juga..
Kuncinya... di dalam tubuh manusia terisi Ayat Ayat dan abjad Al-Quran apatah dengan zikrullah.... dan ayat ayat ini kekal di dalamnya selagi adanya zikir sebagai makanan roh, Ibadah sebagai makan Roh dan Tuntutan Allah Swt....
Lalu...... Jika di dalam badan kita sudah mempunyai Kalimah.... Bagaimana?... adakah selepas ini anda tak perlu Memasuki tandas?....haaa ini soalan kalau di tujukan kepada bomoh bomoh ni semua... terdiam sekejap la sebab nak mencari jawapan nak pusing kembali.
Jawapannya anda Boleh masuk, tetapi Al-Quran Seketul tak boleh di bawak masuk Tandas... Namun Ayat Ayat bercebis, cebisan ayat boleh dengan syarat ia tidak di buka, disimpan di dalam poket boleh, disimpan di dalam bekas boleh, bukak tak boleh... di ulangkan.. Seketul AL-Quran Tak Boleh di bawa masuk ke dalam Tandas, Namun Cebisannya Boleh dengan SYARAT ia tidak di buka...
Apakah kuncinya di sini anda perolehi...?... Item isian anda diisikan dengan cara bagaimana?.. cara yang anda tidak nampak di manakah ayatnya ( tersembunyi/ditutup )...... dan ia bukan NYATA nampak terang terang ada ayatnya di situ.... Lalu bagaimana?.... Jawapannya...
Item isian Ayat Ayat anda boleh di bawa masuk ke dalam Tandas / Bilik Air dengan syarat ia tidak di baca ayat isian itu, di nyatakan ayat itu ......
Lalu bagaimana Wujudnyan PANTANGAN di atas , tidak boleh masuk tandas ( Tak boleh Kena air ) , Tak Boleh di bakar ( Tak Boleh bakar Khodam )....
Sebagai Manusia dan Rakyat Malaysia yang Mempunyai Ilmu Pendidikan dan pengetahuan Luas kini dan Tok Mt GB rasa anda semua lulusan paling paling SPM..., Bagaimana kita semua masih di Bullshitkan oleh Mereka yang Bullshit?... Sedangkan Allah meminta kita menggunakan akal dan Berkali kali disebutkan di dalam Al-Quran agar kita menggunakan Akal Yang Allah berikan.
Malah kita masih di perbodohkan dengan melihat Batu yang di guriskan di lantai dan tidak bercalar, dan batu itu di kira ASLI...????
Tidakkah anda sedar, bahawa Batu permata mempunyai kekerasan pelbagai, Ada yang mempunyai kekerasan Skala MoH 9, Ada yang Skala MoH 5, Ada yang Skala MoH 2.... Yang 9 itu selalunya delima, Sapphire ( Yakuk ).... Kekerasan batu bukanlah pengukur keaslian permata. Untuk pengetahuan Batu GGG ( JJ ) mempunyai ketahanan permukaan yang kuat akibat tekanan Haba yang tinggi semasa pembuatannya dan ia di panggil HEAT TREATMENT. Bukankah "Heat " itu maksudnya Pemanasan.... ?.. Ada batu JJ mempunyai kekerasan Skala MoH 9 Seperti delima sintetik 6 Rays ( 6 Bintang ) .....
Jika anda ke Pasar Malam atau di mana sekalipun ada peniaga yang menggunakan kaedah Menggesekkan ia di lantai dan ia tidak calar.. dan anda terpegun... malangnya anda sekali lagi menjadi mangsa tipu.. Mahu di salahkan siapa?... peniaga itu pun mungkin di tipu pembekalnya.... Dan Pembekal pun di tipu oleh Pengedarnya , pengedar itu pun mungkin di tipu oleh pengeluarnya....
Usah belenggu diri anda dengan pantangan yang merapu lagi... Bebaskan diri anda dari belenggu ini .
Ketelitian... penjagaan Rapi itu..alangkah bagusnya di pindahkan kepada Isteri dan anak anak anda..... Teliti dan prihatin kepada isteri anda yang amat dahagakan perhatian seorang suami, Jaga dan bimbing anak anak anda yang esok belum tentu nak jadi siapa dan apa....
Ingat....
" Jangan Berajakan Batu Permata dan Geliga "
-------------------------------------
PALING MUDAH JIKA ANDA NAK MENJAGA ITEM MISTIK
Masukkan dalam Kain Kuning , letak beras sikit ...... Simpan..dah biar kat situ..sebulan sekali semak untuk tambah berasnya...
Jika nak buat cincin, pakai ia sebagai "Cincin Sebenar " , kita tahu ia ada khasiat, biarkan khasiatnya kerana yang mengizinkan ialah Allah SWT juga. Walau di mana, walau apa pun PANTANGAN yang di berikan peniaga..... INGAT... bukan Peniaga yang berkuasa... Tapi Allah Yang berkuasa.....

Artikel ini Automatik Menjadi Patern selepas ia di keluarkan di sini ( Tarikh/Masa ) ia di tulis dan tidak di benarkan Mengubah, mencetak KECUALI untuk di Sharekan tanpa edit

9 ulasan:

  1. Tok dan beberapa peniaga lain yang bersekutu ....kami terpaksa cakap pasal pantangan, ada pantangan walaupun sudah tahu hakikat sebenar.

    Ini adalah kerana ramai pembeli masih di pekung dengan pemikiran sempit tok nek zaman tok wan dulu kala, kalau kami cakap takde pantang..... ada yang x yakin...dan tak kurang juga yang cakap kita pulak yang jahil.... terutama peniaga lain yang ilmunya masih dangkal kerana di dalam simpanan mereka masih banyak item palsu, sintetik yang akan di maharkan, kalau x ... habislah musnah semua modal yang di laburkan..

    Itu sahaja....

    Jadi silakan anda kaji sendiri pula bagaimana.

    BalasPadam
    Balasan
    1. bila masuk barang asli pun terpaksa pakai pantang yang sama juga.... naya peniaga yang jual batu asli...terpaksa ikut cara org lama dulu yang berhelah

      Padam
    2. cincin tok...selamber duck je masuk keluar tandas.... sebab kita nak bercerita kepada orang yang susah nak faham..minda yang sudah lama terpupuk dengan info yang salah, khuatir kita pulak yang di persalahkan

      Padam
    3. assalamualaikum tok, jadi maksudnya, batu yg asli boleh masuk tandas lah kan tok?

      Padam
  2. Terbaik tok. Terima kasih di atas perkongsian tok

    BalasPadam
  3. Alhamdulillah, time kasih bnyk2 tok ats perkongsian drp tok.. Mohon izin tok utk copy nak save dlm fon ilmu ini.. Time kasih bbnyk tok..

    BalasPadam
    Balasan
    1. sama sama... terima kasih juga kepada isteri tok yang menerangkan hal cebisan ayat ayat tadi

      Padam
  4. Byk ilmu diperolehi melalui penulisan tok ni... Terima kasih tok

    BalasPadam
    Balasan
    1. sama sama tuan, alhamdulillah sebelum ia di keluarkan, banyak di rujuk dari guru guru tua , dan ada yang dah meninggal pun

      Padam

Komen anda Di Trace melalui Pengimejan satelit langganan kami